Bab 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Melampau!"

Black Eryn meluru ke arah wajah 03 seraya melepaskan tumbukan. 03 berundur setapak lalu memalingkan wajahnya ke arah tepi bagi mengelakkan tumbukan yang datang dari penjaga Tasya.

Ketika dia menoleh ke depan semula, matanya terbeliak luas melihat Maisara menerpa ke arahnya dengan sebuah lagi tumbukan.

"Pergi mampus!"

Wajah 03 ditumbuk kuat ke tepi. Habis serangan Maisara, sekali lagi 03 dikejutkan dengan tumbukan ketiga daripada penjaga Anneliese.

Makhluk yang selama ini merupakan nenek (The Chosen One)  melayangkan tumbukan yang terlalu kuat sehingga 03 terseret ke belakang.

03 tercungap-cungap. Kehadiran 3 penjaga dan serangan bertubi-tubi daripada mereka berjaya mengugat kekuatannya. 3 versus 1. Huh.

"Jangan kau berani sentuh tuan-tuan kitorang!" gertak Maisara, bengis.

03 tersenyum meleret. Jadi ini permainan mereka? Tuan-tuan mereka tak ingat siapa diri mereka yang sebenar lalu penjaga-penjaga mereka pula yang ambik alih untuk menentangnya? Cis!

03 merenung tajam ke arah Tasya, Putri Risha dan Anneliese. Ketiga-tiga wanita itu kini berada di sisi Tengku Haikal dan Tengku Fazril. Masing-masing cuba menyedarkan mereka yang masih tidak sedarkan diri.

Tiba-tiba 03 tersenyum seram. Dia tak perlu berlawan dengan penjaga-penjaga ini kerana mereka takkan mati. Mereka bukan manusia. Satu-satunya cara untuk membunuh Maisara, Black Eryn dan makhluk hitam bertanduk dua adalah dengan...

"Mari sini korang bertiga!!"

03 berlari laju ke arah penjaga-penjaga lalu melompat melintasi mereka. Targetnya ditumpukan pada 3 manusia yang mempunyai roh untuk hidup.

Disebabkan cuai, tangan Putri Risha berjaya ditarik lalu wajah perempuan itu dicakar ganas.

"Arghhhh!!" nyaring jeritan Putri Risha bergema.

Maisara menderam geram. Ketiga-tiga mereka meluru ke arah 03 dengan kelajuan yang pantas. Namun 03 lebih bijak menentang musuh.

Makhluk hitam yang merupakan penjaga Anneliese diserang dari arah belakang lantas perut makhluk itu diberikan sepakan lutut.

Terpelanting terus makhluk tersebut ke arah dinding. Habis mendera penjaga Anneliese, 03 menarik kaki Maisara dan Black Eryn.

Kedua-dua penjaga itu terjatuh di atas lantai lalu kaki mereka diseret dengan ganas.

"Aku 01! Rank number 1! Genji dah mati!!"

03 memusing-musingkan tubuh Maisara dan Black Eryn sepantas kilat sehingga menimbulkan angin kencang. Puas sahaja membuat pusingan, 03 melemparkan tubuh kedua-dua penjaga itu ke atas siling.

"Eryn!!"

"Mai!!"

"HAHAHAHA!! Korang bukan lawan aku!!"

03 mendekati Anneliese dan Tasya yang sedang memeluk Putri Risha. Cedera teruk wajah perempuan itu akibat dicakar kasar tadi. Tambah sakit, bila mengenai air matanya.

"Bila korang dah mati, tiada siapa lagi yang boleh ancam aku. Aku sentiasa nombor 1! Aku paling terkuat!"

03 ingin mendekati Putri Risha, Tasya dan Anneliese. Namun, ketiga-tiga penjaga tadi segera beransur bangun lalu berdiri melindungi tuan masing-masing. Bak kata 03, diorang takkan mati.

"Seriously? Berapa kali aku nak belasah orang yang sama huh?" sindir 03.

Black Eryn, Maisara dan makhluk bertanduk itu hanya mampu berdiam diri. Masing-masing tercungap lalu membuka langkah kekuda sebagai tanda memberikan pelindungan kepada Anneliese, Putri Risha dan Tasya.

Saat 03 hampir mendekati, tiba-tiba beberapa das tembakan mendarat pada kepalanya dari belakang. Rengusan bengang terbit daripada bibir lalu kepala 03 ditoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang berani menganggu kerjanya.

"Tak guna!!!"

03 tergamam. Kehadiran sepasang suami isteri dekat pada tubuh Alex berjaya menarik perhatiannya. Roland yang sedang mengacukan pistol serta seorang gadis yang berada di belakang lelaki itu berjaya membuatkan 03 tidak melakukan sebarang pergerakan.

Melihat Roland, mata hitam 03 kembali normal seperti sediakala. Bagaikan sedar apa yang sudah berlaku, 03 mengigil melihat telapak tangannya yang mempunyai sisa darah.

Cepat-cepat bebola mata ia memerhati segenap sudut ruang tamu. Tubuh-tubuh yang kini bergelimpangan dipandang dengan riak kurang percaya.

Tak mungkin dia yang buat semua ini. Misi yang diberikan adalah memaksa kuasa Tazaki Genji agar keluar. Bukan misi membunuh orang.

03 sedar. Bila matanya bertukar hitam, kewarasannya mulai hilang. Dia bukan diri dia lagi.

Saat itu juga, 03 terpandang dirinya melalui cermin.

Rank number 1.

03 terkedu. Pangkat Tazaki Genji jatuh kepadanya dan ini bermaksud, lelaki itu dah mati.

"Sialll!!"

Roland meluru ke arah 03 lalu memberikan tendangan 360 darjah di atas kepala 03. Melihat riak wajah Roland yang penuh amarah, tiga lagi penjaga menerpa ke arah 03 sebagai pertolongan untuk membantu Roland.

"Aku tak sengaja!"

"Pergi mampuslah sial!!"

Roland menumbuk bawah dagu 03 ke atas sehingga 03 terbuang ke belakang dan tanpa sedar topeng mulutnya terbuka akibat serangan Roland.

Merasakan mulutnya bebas dilihati, 03 cepat-cepat bangkit lalu melarikan diri sepantas kilat melintasi Mia Aurora yang sekadar berdiri ketakutan di sisi tubuh Alex.

Dia risau jika identitinya bocor malam itu.

"Kau nak pergi mana?!" herdik Roland.

Tak dipedulikan semua orang, Roland berlari mengejar langkah 03 walaupun gadis itu sudah hilang dalam kepekatan malam.

"Mana kau pengecut?!!"

Zapppp!!!

"Tasya! Tasya! Bangun!!"

Mendengar suara Sarah, Tasya bangun daripada pembaringan bersama peluh yang merenik di dahi. Habis lencun bajunya akibat mimpi tadi.

Para wanita pula hanya mampu saling memandang bila melihat Tasya tercungap-cungap lalu meraup wajahnya yang pucat.

Sejak Tasya pitam, mereka menjaga wanita itu sehinggalah Tasya meracau-racau dalam mimpinya. Lama juga Tasya meracau sampai buat diorang risau.

"Pehal dengan kau ni?" soal Zalikha, pelik.

"Kau mimpi buruk ke?" soal Sarah pula.
Tasya menarik nafas sebelum berbicara. Pening kepalanya memikirkan mana realiti dan mana mimpi.

"Ak..Aku..Aku mimpi sorang pompuan cuba bunuh kita semua," ujar Tasya sehingga membuatkan yang lain mengerutkan dahi.

Lain pula reaksi Black Eryn dan Maisara. Mereka tampaknya berminat pada mimpi Tasya.

"Erhh..kau boleh tak, cite mimpi tu?" pinta Maisara, penuh bermakna.

Tasya menghela nafas . Memang teruk juga mimpinya sampai semua orang hampir meninggal dunia kena bantai oleh seorang gadis yang tak tahu asal usulnya.

"Aku mimpi kita semua hampir mati kena belasah oleh sorang pompuan..erhh..entahlah, aku dah tak ingat. Cuma aku ternampak satu nombor di atas kepala pompuan tu," beritahu Tasya.

"Nombor apa?" pantas Black Eryn menyampuk.

"1. Dia kata dia paling kuat. Dia dah bunuh.."

"Genji?!" Sahut Black Eryn dan Maisara hampir serentak.

Tasya mengerutkan dahinya. Takde pula dia cite pasal Tazaki Genji. Macam mana dua orang ni boleh tahu? Eh, pelik. Pelik.

"Macam mana korang tahu?" syak Putri Risha yang sekadar berdiam diri sejak tadi.

"Erhhh..ala, gurau jelah," nafi Maisara.

"Hmmm..Sha, Sarah, Zalikha..Boleh tak tolong sediakan makanan untuk Tasya? Dia kan tak makan lagi," pinta Black Eryn.

Walhal niatnya yang sebenar adalah supaya mereka bertiga keluar daripada bilik tersebut agar mereka berdua boleh mencungkil 'mimpi' Tasya.

"Ohh okay. Jomlah," ajak Sarah lalu Putri Risha dan Zalikha mengikuti langkah Sarah untuk keluar daripada bilik.

Usai kelibat mereka hilang, giliran Black Eryn dan Maisara duduk di sisi Tasya. Wajah pucat perempuan itu dipandang simpati.

"Aku...sukalah cite kau. Erhhh.. Cite lah lagi," saran Maisara.

"Buat apa?" pelik Tasya.

"Saje nak dengar. Biasanya mimpi macam ni berlaku kat tv je," sengih Black Eryn.

Tasya menggangguk faham. Dia berfikiran positif walaupun gelagat Maisara dan Black Eryn sememangnya pelik.

"Aku mimpi pompuan tu pergi rumah Genji then bunuh dia. Lepastu, dia bunuh Faiza pula. Kita semua takleh fight dia. Yang peliknya korang berdua pun ada kat mimpi aku sebagai..penjaga. Merepekkan mimpi aku?" Tasya tergelak kecil.

Maisara dan Black Eryn turut tergelak kecil namun janggal.

"Erhhh..kau ingat tak macam mana gambaran pompuan tu?" soal Maisara lagi.

"Berhoodie hitam, pakai mask mulut. Oh , ya. Mata dia pun hitam. Syukur semua tu mimpi kalau real, kita semua mati," Tasya menarik nafas lega.

Black Eryn dan Maisara saling bertatapan mata. Nampaknya mimpi Tasya bukan sekadar mimpi biasa-biasa. Ada sesuatu yang bakal terjadi.

"Tasya..kau rehatlah dulu. Jangan banyak sangat fikir," senyum Black Eryn lalu mengusap tangan Tasya.

Tak sampai 30 saat, Tasya kembali berbaring lalu memejam matanya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu yang baginya tak masuk akal.

"Aku mimpi kau jadi penjaga aku," gelak Tasya.

"Haha," Black Eryn tergelak tawar.

Seketika, Maisara dan Black Eryn memberikan ruang untuk Tasya berehat. Hampir sahaja mereka keluar daripada bilik, Maisara menoleh kepalanya menghadap Tasya yang dijangka masih belum terlena sepenuhnya.

"Erhh.. Tasya.. Kau ada ternampak tarikh atau masa kejadian ke?" soal Maisara.

Tanpa membuka mata, Tasya memberikan jawapannya.

"13 bulan 5 2026, tengah malam."

_____________________________

Tap! Tap! Tap!

"Well, well, well... Tengok siapa yang datang."

03 mendongakkan wajahnya merenung ke arah dua wanita yang sedang berdiri menyandar pada pagar
rumah Tazaki Genji. Selamba sahaja Black Eryn dan Maisara memberikan senyuman palsu.

"Tak mati lagi rupanya," sindir 03 merujuk pada Black Eryn.

"Kau datang sini nak serang 01 erk?" teka Maisara.

03 terdiam. Entah dari mana Maisara dan Black Eryn tahu niatnya datang ke sini. Walhal, misi tersebut sememangnya misi rahsia.

Malas ingin melayan, 03 mendekati kedua-dua wanita tersebut. Tak sempat dia menyerang, Black Eryn terlebih dahulu membuka bicara.

"Tasya si 05. Dia dapat mimpi petang tadi. Dia kata pada tarikh 13 bulan 5 akan ada sesuatu yang berlaku. Kebetulan tarikh tu jatuh pada tengah malam ni. Pelikkan?" beritahu Black Eryn.

03 tidak menjawap. Dia berniat untuk mendengar seluruh cerita mengenai mimpi Tasya.

"Tasya kata ada sorang pompuan muncul dalam mimpi dia. Berhoodie dan bermask hitam. Sama macam kau," sambung Maisara.

"Kau ingat aku percaya? Dasar penjaga-penjaga tak guna. Ini cara kau nak lindungi diorang semua? "

03 tersenyum mengejek. Bagi dia, cara ini takkan berkesan. Ikutkan hati mahu sahaja leher Maisara dan Black Eryn disembelih tapi dia tahu hakikat bahawa mereka berdua tak boleh mati.

"Kitorang tak paksa kau untuk percaya. Tasya yang bagitau kitorang semua ni. Kau pun tahukan apa kelebihan dia," perli Black Eryn.

"Kalau Anneliese boleh nampak benda ghaib, Tasya pula boleh nampak masa lalu dan masa depan. Bermaksud, kitorang berdiri di sini untuk halang kau daripada bunuh 01," sambung Maisara lagi.

03 mengerutkan dahinya. Ya, memang dia tahu kelebihan Tasya. Tapi tak mungkin dia akan membunuh Tazaki Genji. Itu bukan misinya.

"Tasya nampak kau berubah. Mata kau jadi hitam. Huh, kau masih tak mampu kawal kuasa kau en? Tu pasal kau hilang pertimbangan sampai terbunuh 01. Come on, 03. DIA pasti mengamuk kalau tahu Genji mati walhal DIA perlukan Genji dalam peperangan nanti. Bukan ke itu niat DIA?"

"Aku bunuh Genji?"

"Yes, sweetheart! Kau bunuh 01! Kau bunuh Faiza! Kau hampir bunuh seluruh keluarga kitorang! Kau takleh control kuasa kau sendiri. Lepas kau bunuh Genji, pangkat dia jatuh pada kau. Kau dah jadi kuat antara diorang semua. Itu yang Tasya nampak," jelas Black Eryn, serius.

03 menjadi bingung. Dia tahu kelebihan yang ada pada diri Tasya. Perempuan itu mampu melihat masa depan. Kalau betul dia bunuh Genji, dia memang gila!

"Apa yang aku perlu buat sekarang?"

03 menghantar suara melalui telepatinya bersama DIA.

"Pulanglah semula, anakku."

03 mengangguk faham. Tanpa kata dia berundur ke belakang tanpa memandang ke arah Black Eryn dan Maisara.

Usai kelibat 03 hilang di sebalik gelap, Maisara dan Black Eryn menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya diorang berjaya menghalang apa yang sepatutnya terjadi di 'mimpi' Tasya.

Tiada siapa yang mati dan identiti mereka masih kekal menjadi rahsia.

#Comment and vote.

#Korang bacalah buku and follow diorang erk. Diorang dari gp author juga. DVFYDA and frowein . Last sekali JackieSonJunior.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro