Bab 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ryan merengus geram seraya jam tangan ditilik berulang kali. Kelibat sepasang suami isteri itu masih belum turun daripada tingkat atas. Entah apa yang lewat sangat. Nak cakap buat anak pun, masing-masing tak jatuh cinta lagi.

Tunggu punya tunggu, akhirnya insan yang ditunggu-tunggu tiba jua. Tapi Mia Aurora je lah yang turun. Abang Macho entah buat apa kat tingkat atas tu. Nak cakap santau orang pun, eh fitnah.

"Roland mana, Mia?" soal Ethan cuba bersabar.

Teringin diri mereka berlima ingin berjumpa dengan kembar tak seiras Roland. Sejak kecil, Riley lah yang diorang selalu buli. Bila Riley dah takde, Mia Aurora pula dijadikan mangsa. Muahahaha!!

"Masih kat bilik air. Sakit perut kut," ujar Mia Aurora, janggal.

"Haih! Dia beranak babi ke sampai lambat nak keluar? Babi beranak pun tak macam dia tau," rungut Grey, sebal.

"Bro, kau pernah tengok babi beranak ke?" sindir Nethan dalam senyuman ejekan.

"Eh, pernahlah. Aku lagi yang sambut tau," kelentong Grey.

Iya-iyalah dia sambut. Salah satu insan yang terlalu yakin bila bagi jawapan.

"Hah, babi beranak camne?" sampuk Jethan, selamba.

Grey menjulingkan matanya ke atas. Come on bin come off lah. Itu pun tak tahu ke? Ni lah padah tak tengok National Geographic.

"Confirmlah aku tahu. Macam yang aku kata, aku yang sambut anak-anak diorang. Mak babi tu kata ergghhh!! Aku nak beranak!! Sambut anak aku bukan taik akuu!!"

Grey meraup rambutnya ke belakang acah-acah cool. Memandai dia translate bahasa babi. Entah mana babi sekarang ni. Grey ke atau babi tadi tu.

Triple Han sekadar memberikan tepukan gemuruh walaupun masing-masing membuat riak wajah nak muntah. Mamat ni tahap kelentong dia mengalahkan orang hisap gam.

Tak lama kemudian, Roland tiba sambil tangan dimasukkan ke dalam poket. Seperti biasa, lelaki itu gemar berpakaian hitam daripada warna lain. Tak suka cerah.

"Aku sakit perut tadi," jujur Roland.

"Dusta! Telor kau berat sangat ke sampai berak pun nak dekat sejam?" perli Jethan.

"Cara cakap macam kau takde telor," jeling Roland.

"Eh, aku ada telor. Besar pula tu," bangga Jethan.

Mia Aurora pula sekadar mengetap mulutnya seraya buat-buat tak dengar. Kalau dah diorang berenam berkumpul, memang segala ayat-ayat tahap syirik keluar daripada mulut masing-masing.

Namun walau apapun diorang cakap, Mia Aurora sedar hati dan budi mereka berenam baik seperti..

"Aku masuk dululah sial! Aku kan abang!"

Kedengaran suara Ethan menjerit pada Nethan dan Jethan yang berpusu-pusu ingin masuk ke dalam perut kereta.

"Abang tak abang! Kau keluar dua minit awal dari kitorang je!"

Nethan menarik seluar Ethan sehingga terlurut ke bawah pergelangan kaki. Jethan pula sudah terkekeh ketawa lalu masuk selepas Ethan.

"Sial lah korang!" maki Nethan, tak puas hati.

Entah sejak bila kepala tali pinggangnya dibuka. Mungkin angkara si adik bongsu yang memandai-mandai menyelitkan tangan semasa perkelahiannya dengan Nethan.

Mia Aurora mengangguk perlahan. Ya, diorang sangat baik.

Dalam perjalanan menuju ke airport, keadaan di dalam kereta semestinya tak pernah nak senyap! Ethan dan Nethan yang sibuk mengganggu Jethan dan Grey dan Ryan yang sibuk bermain ohsom.

Roland pula seperti biasa akan senyap tak berbicara bila bersama dengan Mia Aurora.

"Apa ni? Aku dah keluarkan burung. Kau keluarkan batu! Burung menanglah!" marah Ryan, tak puas hati.
"Eh, asal burung menang?" tempelak Grey.

"Bro, burung kan boleh terbang. Jadi dia elaklah kalau kau baling batu dekat dia," sampuk Jethan, cerdik.

"Tak semestinya burung tu. Kalau aku humban batu dekat 'burung' kau. Kau tak rasa sakit ke?" bahas Grey dua kali ganda cerdik dari Jethan.

Yang lain terdiam memikirkan kebernasan bicara Grey. Boleh diterima akal. Burung akan kalah.

"Okaylah kau menang," kata Ryan, malas.

"Muahahaha! Meh sini Abang Macho nak jentik dahi orang kalah!"

Grey menarik kepala Ryan ke arahnya lalu dahi lelaki itu dijentik dengan kekuatan tahap 2.0. Kau ada?

"Serangan combo Boboiboy!!"

Pakkkk!

"Arghh! Sakit jahanam! Bodohlah kau! Bergegar otak aku!"  carut Ryan seraya kepala Grey ditolak kasar.

Habis merah dahi kesayangan readers sekalian. Kalau lebam terus ni, sah burung Grey kena sunat!

Yang faham tu, faham jelah.

Selesai dua beruk ni bergaduh, giliran tiga lagi beruk kembar terjerit-jerit di dalam kereta. Lagu Waka Waka by Shakira dinyanyikan sekuat hati seakan-akan ingin satu dunia dengar. Padahal tingkap kereta tertutup kut.

"Tsamina mina zangalewa cause this is Africa!! Tsamina mina eh eh!! Waka waka eh eh!! Tsamina mina zangalewa!! This time for Africa!! "

Mia Aurora terpaksa menutup kedua-dua telinga bila Triple Han terjerit-jerit menyanyikan lagu Shakira. Mia Aurora sendiri pun hairan. Diorang nyanyi ke kena rasuk?

"Mia, nyanyilah dengan kitorang," ajak Nethan, gembira.

Mia Aurora tersenyum tawar lalu menggeleng-geleng kepala tak nak ikut. Dia lebih suka menjadi pendengar walaupun dia sebenarnya tak nak dengar Triple Han menyanyi.

Boleh pecah gegendang telinga wo. Tak sia-sia jadi pekak.

"Lagu ni syok apa?" sampuk Ryan.

"Erhh.. Saya tak tahu nyanyi bahasa Inggeris. Saya lebih suka nyanyi bahasa melayu punya," naif Mia Aurora berkata.

Sesekali kaca mata besarnya dibetulkan pada hidung yang mancung.

"Ohhh..kitorang tak dengar lagu melayu sangat. Tapi memandangkan kau suka dengar lagu melayu, cuba nyanyi salah satu lagu yang kau suka," kata Ethan, mendatar.

"Erhh okay. Tajuk lagu ni Aspalela," beritahu Mia Aurora, lembut.

"Aspalela? Lagu apa tu?" pelik Grey.

"Lagu duyung," balas Mia Aurora.

"Duyung? Cuba nyanyi sikit," pinta Jethan.

"Lagu dia camni. Aspalela, lela, lela, lela. Oh, Aspalela, lela, lela. Ingatkah lagi janji kita dulunya As...As..pa..lela....."

Melihat Triple Han, Grey dan Ryan yang saling berpandangan pelik membuatkan semangat Mia Aurora untuk menyanyi lagu melayu tersebut hilang serta-merta.

Termuncung sedikit bibirnya bila dia mulai berasa malu.

"Lela ke Leha?" bisik Jethan pada yang lain.

"Aku rasa Mak Leha kut dia kata," balas Nethan dalam bisikan.

"Aspalela lah ngok! Aspalela tu kut yang duyung dia maksudkan," teka Ryan.

"Takyahlah bisik-bisik. Saya boleh dengar," Mia Aurora hampir menangis.

Segera Ryan, Grey dan Triple Han tersengih lebar. Kesian pula Mia Aurora. Diorang memang tak nak buli cuma...tulah...DIORANG TETAP RASA NAK BULI. Muahahahaha!!

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di kawasan lapangan terbang. Bila sahaja mereka memasuki balai ketibaan, mulut Mia Aurora ternganga luas.

Wow, ini kali pertama dia melihat kawasan balai ketibaan. Ramai pelancong datang dari pelbagai negara. Duk cakap-cakap bahasa yang dia sendiri tak tahu.

Maklumlah dia takde spm macam Roland. Mana faham. Yang dia tahu I, you, no, yes. Tu pun dah kira okay baginya.

Dari jauh, Roland tersenyum penuh bermakna melihat reaksi Mia Aurora. Alang-alang gadis itu masih sibuk merenung tempat tersebut, Roland membisikkan idea nakalnya sejak kelmarin kepada kelima-lima orang kanannya.

"Weh, aku ada idea nak kelentong Mia," bisik Roland, jahat.

"Idea? Apa dia?" soal Ethan sekepala dengan ketuanya.

"Hehehe.."

6 minit kemudian...

"Riley dah sampai!" bisik Roland.

"Okay! Jalankan misi kita!" sahut Ryan lalu kelima-lima mereka sengaja mengalih perhatian Mia Aurora daripada melihat Roland dan Riley. Double R.

"Along!!!"

Melihat sahaja tubuh abang kandungnya, Riley terus berlari lalu menerpa ke arah lelaki itu.

"I miss you so much, along!!"

"Nanti aku balas rindu kau. Sekarang ni aku nak kau buat sesuatu," sengih Roland.

"Buat apa? Wait, where's kak long?" pelik Riley.

"Nanti aku perkenalkan. Sekarang ni, aku nak kau berlakon jadi girlfriend aku depan Mia. Boleh tak?" pinta si abang, gila-gila.

"What?! Eyuhh! Hell no!" bantah Riley.

"Pleaselah Riley. Aku saje nak erhh uji kesetiaan kakak ipar kau," tipu Roland.

Membongak aje kerja dia.

"Hmmm..Nak uji kesetiaan ye. Okay!" Riley tersenyum nakal seperti abangnya.

Kalau dah kembar tu, memang tak ke mana. Sama nakal. Sama gila. Dua-dua masuk air. Masuk zoo lah terus.

"Kalau dia tanya nama Riley camne? Of courselah dia kenal nama Riley sebelum ni kan?" cerdik Riley menduga.

"Cakap je lah Cinderella," jawap Roland lalu menarik bagasi Riley ke arah mereka yang lain.

Riley pula sekadar mengangguk umpama burung belantuk. Diikutkan sahaja idea gila-gila si abang.

"Riley!! Yooo!! Dah besarrr sial!! Meh peluk abang hot dari neraka!"

Ryan memeluk tubuh Riley lalu rambut gadis itu digesel geram. Diorang sejak kecil memang dah rapat. Kan adik-beradik angkat. Main kasar dah sinonim dengan diorang. Takde istilah lembut punya.

"Sakitlah ngokk!!"

Riley mencubit perut Ryan. Sesuka hati nak gesel rambut orang. Mula lah tu nak buli dia!

"Ouch! Mentang-mentang dah habis belajar," Ryan mengecilkan matanya kepada Riley.

"Uish! Riley kitorang dah besar wooo!! Dah lama kita tak jumpa!!" giliran Jethan memeluk tubuh Riley.

"Dah lama tak jumpa? Kita baru berjumpa 6 bulan yang lepas," Riley menolak tubuh Jethan lalu memberikan jelingan tajam pada lelaki itu.

"Ohh ye ke? Apesal rasa macam 20 tahun erk?" sengih Jethan.

Selesai memberikan pelukan kepada adik-beradik angkatnya, mata Riley terarah pada seorang gadis bercermin mata besar. Nampak dari gaya, uish teruk bebenor fesyennya. Seluar kembang-kembang. Ini bukan pantai.

Baru sahaja Riley ingin memberikan pelukan mesra, tiba-tiba Roland berdehem memberikan signal kepada adiknya itu.

Faham terus Riley lalu dia memulakan lakonannya.

"Sayang, siapa ni?"

Riley memeluk tangan Roland dengan penuh manja manakala Grey, Ryan dan Triple Han sudahpun memandang ke arah lain bagi menyembunyikan tawa masing-masing.

"Dia isteri biy, sayang. Isteri pertama. Madu sayang," senyum Roland, bermakna.

Sebaik mendengar jawapan Roland, hati Mia Aurora terasa remuk-rendam. Hancur luluh hatinya bila Roland sudah menduakan dia dalam diam. Tak sangka Roland playboy tahap bulan.

"Ohh. So, inilah yang biy maksudkan Mia Aurora ye. Saya....Saya..."

Sesaat, Riley terdiam. Dia terkebil-kebil cuba mengingati nama lakonannya yang telah disarankan oleh Roland sebentar tadi.

"Awak apa?" soal Mia Aurora, cuba beramah mesra.

"Nama saya..erh....Elsa..Rapunzel.. "

"Elsa Rapunzel?" pelik Mia Aurora.

"Erhhh di antara Elsa dengan Rapunzel.."

Riley menyiku tangan si abang sebagai meminta pertolongan. Boleh pula dia lupa nama lakonannya yang diberikan tadi.

"Along, Elsa ke Rapunzel?" bisik Riley lalu tersengih ke arah Mia Aurora.

Dengan yakin Roland menjawap...

"Snow White."

Mendengar jawapan Roland, Riley terus mengerutkan dahinya. Asal tiber Snow White? Cubalah bagi nama macam Anna ke? Ursula ke?

Tak, yang sekarang ni asal diorang petik nama dari kartun Disney erk? Petik je lah nama orang lain.

"Awak lupa nama awak ke?" naif Mia Aurora menyoal.

"Erhh tak. Nama say Cinde.."

"Cenderian (Sendirian) ke?" sambung Jethan, selamba.

Segera mereka berempat menolak kepala Jethan serentak. Ganggu je drama swasta diorang.

"Yang sendirian tu kau babi!" jeling Grey.

"Aku cakap je," sengih Jethan.

"Ohhh!! Cinderella ke? Macam kat kartun Disney tu? Yang hilang sepahtu kaca masa turun tangga?" teka Mia Aurora, ceria.

"Ya! Ya! Tu nama saya," balas Riley, janggal. Pandai juga bini along teka, desisnya.

"Saya Mia Aurora. Erhh..bini pertama suami awak juga,"

Dari tersenyum, Mia Aurora terus tertunduk sedih. Tahulah dia tak cantik macam 'bini kedua' Roland. Tapi janganlah sampai nak bermadu kasih kut. Mana adil.

Ditikam dari belakang lepastu terima pula berita mengejut secara depan-depan. Mentang-mentang dia nerd, semua nak buli dia.

"Well, adik..bini! Aku ehem maksudkan bini! Dia akan tinggal serumah dengan kita," umum Roland hampir tersilap kata.

Bagai halilintar membelah bumi, itulah yang dirasakan Mia Aurora sejurus mendengar pengumuman Roland. Lagi menyakitkan hati, bila Roland selamba merangkul bahu Riley lalu mereka berdua beriringan jalan ke depan tanpanya.

"Janganlah sedih, Mia. Awakkan ada empat lagi kouta. Kahwinlah lagi satu," usik Nethan.

"Kau ingat Mia ni lelaki ke?" jeling Ethan sambil menarik bagasi Riley.

Disebabkan rasa kasihan, mereka berlima menemani Mia Aurora sepanjang menuju ke arah kereta.

Monyok sahaja wajah gadis itu walaupun mereka berlima sudah cuba menceriakan dia. Yelah, siapa sanggup nak dimadukan? Kau? Dan kau? Eh, ini semua poyo!

Di dalam kereta, Roland sudah terbahak-bahak ketawa mengingatkan wajah ingin menangis Mia Aurora.

Kesian tu kesian tapi seriouslah.. Mia Aurora nampak comel bila tunduk kepala macam tu. Cakap je lah sedih. Ni diam lepastu angguk.

"Kemain suka along usik dia erk," sindir Riley.

"Lah.. Aku usik dia sebab nak buat hati dia kuat. Lelaki macam aku ni kan banyak peminat. Mestilah dia kena banyak sabar menahan rasa bila aku diganggu peminat yang lain," yakin Roland.

Acah nak minta santau. Kalau diberikan sepakan penalti kat muka dia, memang terus tak tahu nak beza mana muka mana jamban.

"But Riley sukalah tengok muka dia. Tenang je walaupun spek mata tu agak besar sebenarnya. Kalau spek tu takde, confirm dia nampak cantik," puji Riley seraya merenung ke arah Mia Aurora yang sedang menuju ke arah kereta bersama yang lain.

Dalam diam, Roland mengangguk setuju. Spek mata dan fesyen Mia Aurora menyebabkan gadis itu kehilangan 80% kecantikkan asalnya.

#Nasib kau lah Mia.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro