Bab 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Awak tahu tak.. Dalam dunia ni, kita ada 3 alam. Satu, alam sebenar. Dua, alam mimpi. Dan ketiga, alam yang hanya ada manusia istimewa je boleh datang."

Anneliese menoleh ke arah belakang pabila terdengar satu suara bergema di hadapannya. Tempat yang dihuni oleh dirinya sekarang adalah tempat di mana ruang yang penuh berwarna ungu gelap.

Suara tadi memang pernah didengar. Suara yang pernah menjadi arwah ibunya sewaktu Anneliese sedang bermimpi. Tapi..kenapa mimpi ini datang balik?

Semuanya dah selesai. Kisah silamnya sudah terungkap. Si pelaku pula sudah dimaafkan.

"Kau siapa?"

"Kau tak patut tanya aku. Kau patut tanya siapa diri kau," balas suara asing itu.

Anneliese berdecit jelek. Entah makhluk mana lagi nak menghasut fikirannya.

"Dulu kau pernah muncul dalam mimpi aku dan berubah jadi arwah ibu aku (The Chosen One, bab 66). Apa tujuan kau berada dalam mimpi ni kalau betul aku berada dalam alam yang kedua sekarang?" soal Anneliese, dingin.

"Aku insan yang sekadar ingin pulihkan ingatan kau, 02."

"Apa?" kerut Anneliese.

Dia bingung. Matanya melingas mencari dari mana suara itu datang namun, tidak ditemui sejak tadi. Jika didengari secara teliti suara tersebut memang datang dari atas.

Tapi kat atas tu ada apa? Semuanya nampak ungu. Alam apa ni? Bagi Anneliese, ini semua cuma mimpi buruknya.

"1800 tahun yang lalu.. Ada dua alfa yang tak bersefahaman. Mereka digelar Alfa Kegelapan dan Alfa Kesucian. Masing-masing mempunyai penjaga terkuat. Alfa Kegelapan dikenali lebih dalam dengan kekuatannya mampu mengangkat segala pedang dan mempunyai pedang hitam terkuat.

Manakala, Alfa Kesucian dikenali dengan kekuatannya yang mampu membangkitkan orang yang telah mati dan mempunyai kelebihan telepati. Kisah mereka menjadi lagenda sehingga kini. Dikatakan mereka akan kembali semula membawa peperangan dunia yang terbesar."

Anneliese mengerutkan dahi bila suara tersebut habis bergema. Jujur dia tak faham apa yang dimaksudkan oleh suara asing ini. Mengenai Alfa Kegelapan dan Alfa Kesucian. Eh, apa semua ni?

"Kau nak berada di pihak mana, 02?" soal suara tersebut, lagi.

Walaupun masih tak faham, Anneliese tetap menjawap.

"Alfa Kesucian lebih baik aku rasa," balas Anneliese, mendatar.

"Satu perkara kau kena tahu, 02. Kegelapan tak semestinya jahat dan kesucian tak semestinya baik. Kadangkala benda yang kita sangka baik, ada talamnya. "

"Aku tak faham semua ni. Aku tahu benda ni cuma mimpi. Aku kena bangun..Aku.."

"Mimpi atau memori?"

Anneliese tersentak. Dia tiada jawapan bagi soalan itu. Memori? Merepek. Ini bukan ingatannya. Dia cuma berada dalam ruangan mimpi. Ya, dia yakin.

"Aku tak faham apa yang kau cakap. Aku langsung tak tahu dan tak nak ambik tahu!" tegas Anneliese.

"Kelakar bagi manusia macam kau yang ingat semua ini sudah berakhir. Setiap pengakhiran yang gembira adalah cerita yang tak habis lagi," bergema suara asing itu.

"Oh, come on! Kau nak bagi aku teka-teki sekarang? Kau siapa sebenarnya?" geram Anneliese.

Dia benci bila mendengar kata-kata kiasan. Terlalu dalam maknanya sehingga buat kepala terasa pening. Lagi-lagi suara ni bercakap mengenai benda yang Anneliese sendiri tak tahu.

"Teka-teki? Kalau macam tu, benarkan aku tunjuk perkara yang sudah berlaku pada 1800 tahun yang lalu."

"Apa?"

Zappp!!

Dunia ungu gelap yang dihuninya sekarang bergegar kuat seakan-akan ada gempa bumi. Sampai Anneliese terjatuh di atas lantai atau tanah yang dia sebenarnya tak tahu apa yang berada di tapak kakinya.

Disebabkan Anneliese terlalu takut, dia menekup kedua-dua telinganya dengan kuat. Ada sesuatu yang sedang terjadi. Dia takut sangat.

"Arghhhh!! Berani..Berani dia sentuh kerajaan beta!!"

Seluruh tubuh Anneliese mengigil ketakutan. Perlahan-lahan dia membuka tangannya lalu kepala didongakkan.

Sebaik sahaja matanya melihat seluruh ruang tadi, hampir ternganga mulut Anneliese. Apakan tidak, ruang ungu tadi sudah bertukar di dalam istana yang sungguh cantik dan klasik.

"Sabar, tuanku. Kita tak boleh terburu-buru," ujar seorang perempuan yang merupakan penasihat diraja.

"Sabar?! Sampai bila beta nak bersabar?! Syaitan tu hampir hasut semua rakyat jelata beta!"

Lelaki yang memakai jubah dan mantel hitam serta pedang hitam yang tersarung di belakang tubuhnya ditenung lama oleh Anneliese.

Dia pelik. Di mana dia sebenarnya? Kenapa ruangan ini nampak besar semacam?

"Tuanku, patik turut berasa marah. Tapi jika kita menyerang Alfa Kesucian tanpa strategi yang betul, kita seakan-akan masuk ke dalam perangkapnya," nasihat perempuan tersebut.

"Beta sangat murka! Syaitan tu dah ambik nyawa ayahanda dan ibunda. Bagaimana beta ingin terus berdiam diri?"

Anneliese mengerutkan dahi. Kedua-dua insan yang tengah bercakap menggunakan bahasa istana itu membelakangnya. Ingin sahaja Anneliese maju dan melihat siapakah kedua-dua gerangan di hadapan ia itu.

"Sampai sini sahaja kebenarannya, 02."

"Tunggu!!"

"Mama!! Mama!! Ayla lapar."

Anneliese bangun daripada lena bila Adelaide Ayla mengadu lapar. Bila sahaja kesan kabur hilang dari pandangannya, dia melihat di segenap ruangan.

Oh, dia tertidur kesiangan rupanya. Patutlah Adelaide dah lapar.

"Sorry sayang. Mama tertidur," senyum Anneliese seraya kepala si anak digosok perlahan.

"Mama mimpi apa?" comel sahaja Adelaide bertanya sambil naik di atas riba Anneliese.

"Mimpi? Mama tak mimpi apa-apa," pelik Anneliese.

"Ya ke? Tapi Ayda dengar mama mengigau," lapor si comel.

"Mama cakap apa?"

"Mama cakap pasal alfa gelap dan suci," jujur Adelaide Ayla.

Anneliese terkebil-kebil. Seingatnya dia tak mimpi apa-apa pun. Tidur macam biasa kut.

"Mama, suatu hari nanti kegelapan akan ambik alih dunia ni ke?"

Anneliese terkedu. Tak pernah pula dia fikir pasal ni. Adelaide Ayla masih kecik untuk fikir benda yang mengarut.

"Tak sayang. Kebahagiaan sentiasa ada untuk atasi kegelapan...Lagipun.."

Anneliese tidak jadi meneruskan ayatnya. Dia terfikirkan suatu ayat yang tiba-tiba terlayar dalam kotak ingatan.

"Lagipun apa mama?"

"Lagipun kegelapan tak semestinya jahat dan kesucian tak semestinya baik. "

______________________________

"Ella, benda ni mahal. Saya takut nak jaga," luah Mia Aurora, kekok.

"Takpelah, Mia. Saya memang belikan subang ni untuk awak. Limited edition tau! Ada tiga je subang berlian macam ni diciptakan. Kira bertuahlah saya dapat beli berlian ni untuk orang yang saya sayang," senyum Riley, ceria.

Mia Aurora terdiam. Baru sebulan Riley tinggal bersama mereka, Riley dah jatuh sayang padanya. Macam-macam yang Riley belikan. Itulah inilah. Rasanya tiap hari, ada saja Riley berikan untuk Mia Aurora.

Kalau diorang keluar, Riley tak putus-putus memintanya untuk memilih pakaian. Apa sahaja yang Mia Aurora nak, semua Riley tunaikan.

Sama macam Roland. Cuma beza mereka, jika Mia Aurora mengambil satu sahaja barang, Roland akan mengambil 5 lagi barangan yang sama untuknya.

"Mia, malam ni kita nak balik rumah daddy tau," beritahu Riley.

"Ya ke? Mia suka tinggal kat rumah daddy. Diorang semua baik layan Mia," ikhlas Mia Aurora memuji.

"Ohhh..kalau tinggal kat sini camne?"

Sejurus mendengar soalan Riley itu, senyuman Mia Aurora hilang perlahan-lahan.

"Suka juga. Tapi.. Roland dengan yang lain suka buli Mia," muncung Mia Aurora.

"Actually, diorang tu saja nak usik Mia. Mia kan comel. Naif pula tu," sengih Riley sambil mengusap bahu Mia Aurora.

"Hari tu diorang Grey tutup lampu bilik Mia masa Mia tengah lipat kain," beritahu Mia Aurora, lurus bendul.

Riley terkebil-kebil. Amboi jahatnya lima mangkuk jamban ni. Acah nak minta kena sepakan penalti kat muka.

"Erhhh.. Diorang nakal sikit," sengih Riley.

"Hmmm Roland pula...Dia tutup lampu bilik air masa Mia tengah mandi," sambung Mia Aurora.

Kali ini mata Riley terbeliak luas. Yang main tutup-tutup lampu masa orang tengah mandi ni is another level of shit lah. Celaka betul. Kau bayangkan kau tengah basuh muka. Buka je mata takde lampu.

Hah, kat situlah terbayang ada puntianak ikut mandi sama. Gerangan yang suka main tutup-tutup lampu ni layak kena pijak.

"Takpe Mia. Kita satu geng," sokong Riley.

Tiba-tiba Mia Aurora terfikir sesuatu untuk mengusik Riley. Duk berlakon selama ni, dia pun boleh even tak layak jadi pelakon utama.

"Ella.. Ella kan bini Roland. Kenapa Roland tak pernah tidur sebilik dengan Ella?" soal Mia Aurora.

Riley yang kebetulan meneguk air hampir tersedak dibuatnya. Cepat-cepat dia menyeka air di bibir yang terkeluar dari kerongkong tadi.

"Korang gaduh ke?" usik Mia Aurora lagi.

Belum sempat Riley menjawap, entah dari mana Roland datang sebagai penyelamat. Selamba sahaja bahu Riley dirangkul kemas sambil tersenyum licik.

"Sayang, jom duduk kat luar. Kita dating kat sana," lakon Roland.

Riley a.k.a Cinderella sekadar tersengih lantas mengangguk umpama burung belatuk. Abang punya pasal, dia juga kena ikut.

Mia Aurora pula sekadar menundukkan kepala. Buat-buat tak tahu je lah yang lakonan diorang tu dah kantoi sebenarnya.

"Kau pula Mia.. Buatkan aku maggi goreng tak nak mi," suruh Roland, mendatar.

Terus sahaja Mia Aurora mendongakkan kepalanya. Maggi goreng tak nak mi? Jap, bukan maggi tu mi ke? Habistu nak masak rempah dia je ke?

"Awak.. Saya campur mi boleh?"

Lagi sorang bengap. Ditanya pula macam tu. Maggi memang mi lah ngok.

"Hmm okay. Kalau macam tu, aku ubah. Aku nak maggi goreng kampung. Lepastu letak kampung tu lebih sikit. Adios!"

Selesai mengarah, Roland beredar bersama Riley yang hanya mampu mengetap bibir menahan tawa. Dia perasan riak wajah Mia Aurora bingung dengan arahan Roland tadi.

Tahulah si abang saja nak mengusik si isteri.

______________________________

Tengku Zamil's House.

"Mana Eryn dengan Maisara?" soal Sarah, tertanya-tanya.

"Entah. Kata nak beramah mesra dengan Mia. Tapi duk hilang je," balas Putri Risha.

"Korang perasan tak Eryn dengan Mai asyik hilang semenjak dua menjak ni?"

Yang lain sudahpun saling berpandangan. Tangan masing-masing terhenti daripada terus menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Busy lah tu," sampuk Ciko.

"Oh, ya. By the way, syok tak belajar kat U.S?" tanya Zalikha merujuk ke arah Riley yang sedang duduk bersebelahan dengan Mia Aurora.

"Not bad."

"And how about you, along?" soal Putri Risha, mendadak.

Buat seketika, Roland mengerutkan dahinya. Tak faham dengan soalan Putri Risha. Dia bukan belajar sama dengan Riley.

"About what, mummy?" soal Roland acuh tak acuh.

"Masih buli Mia ke?"

Mendengar bicara Putri Risha, Roland terbatuk-batuk kuat. Ringan sahaja tangan Mia Aurora menepuk perlahan belakang Roland.

"Along tak buli dia. Kan Mia kan?" sengih Roland nakal lantas kepala Mia Aurora diusap seperti budak kecil.

Mia Aurora tak menjawap. Angguk tak, geleng pun tak. Dia sekadar membiarkan soalan Roland dibawa angin. Nanti kalau Mia Aurora cakap jujur, Roland marah dia.

Kalau dia tak jawap jujur pula, berdosa. Jadi, diam je lah. Dah biasa berdiam diri.

"Ye lah tu," gumam Riley perlahan namun masih mampu didengari Putri Risha.

"Along, stop okay? She's your wife," tegas Putri Risha.

"Memanglah wife along. Takkan mummy along pula," geram Roland menjawap seraya belakang kepala Riley sempat ditolak.

Menyampuk je budak kecik ni!

"So, Mia pula camne? Best tak ada Riley sebagai kawan berborak?" giliran Tengku Fazril menyoal.

Ajaibnya, Roland dan Riley sama-sama tersedak sejurus soalan Tengku Fazril kedengaran. Alamak, bahaya ni.

"Hei, kenapa dengan kamu berdua ni? Asyik tersedak je mummy tengok. Makanlah betul-betul," tegur Putri Risha.

"Kalau dah adik-beradik itu memang sama je perangai," sampuk Ethan, selamba.

"Bro!"

Roland menyepak kaki Ethan yang berada di sebelahnya sebaik sahaja dia berbisik kuat. Aduii, pecah rahsialah camni! Karang Mia tahu yang Cinderella ni bukan bini kedua dia.

"What?"

"Kau dah lupa ke plan kita?!" marah Roland dalam bisikan.

Mengingatkan plan gila-gila mereka, Ethan terkebil-kebil lantas senyuman terukit di bibir. Opocot, terlepas cakap. Ehe.

"Double R memang camni. Nakal sikit, Mia. Kau janganlah layan perangai diorang tu sangat," giliran Akim berbicara.

"Double R?" soal Mia Aurora.

"Yupp. Riley and Roland. Diorang kembar tak seiras," balas Tengku Fazril.

Nampaknya, kedua-dua kembar tidak seiras itu mulai panas punggung. Si abang berpura-pura berdehem dan si adik berpura-pura mengipas wajahnya.

"Uish, panas pula malam ni," dalih Riley, janggal.

"Diorang susahkan Mia ke?" tanya Putri Risha, lagi.

"Taklah. Sebagai ADIK-BERADIK diorang layan Mia sangat baik. Tak susahkan Mia pun. Dari hari pertama Mia jumpa Riley, Mia rasakan dia adik ipar yang peramah," komen Mia Aurora, ikhlas.

Roland terdiam. Tangannya mendarat di atas meja sambil berfikir semula dengan ayat Mia Aurora. Hari pertama? Maksudnya....

"Kau tahu Riley tu adik aku masa hari pertama dia masuk ke rumah?" bisik Roland.

Dengan riak wajah yang naif, Mia Aurora menjawap...

"Ya."

Roland terkebil-kebil. Jadi lakonan diorang selama satu bulan ni... HANYA MERUGIKAN?!

"Bro, aku ada lagu untuk kau," ujar Jethan tiba-tiba. Semua mata memandang ke arah Jethan yang sedang mengangkat telefonnya di atas udara.

"Lagu apa? " malas Roland menjawap.

Dahlah dia tengah geram sekarang ni. Sebulan lebih doh. Siap kau Mia Borara!!

"Lagu ni.."

https://www.youtube.com/watch?v=X-KwYX2u8e4

Dan kedengaranlah lagu tema " Directed by Robert B.Weide."

#Vote and comment.

#Bila kau nak kenakan orang tapi kau yang sebenarnya yang terkena. Hmmm..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro