Bab 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Siap kau lepas ni!"

Ugutan Roland terngiang-ngiang semula di telinga Mia Aurora. Disebabkan takut punya pasal, Mia Aurora melarikan diri dengan bersembunyi di dalam bilik Riley untuk sementara waktu.

Di luar sana pula tampaknya hujan lebat. Entah kenapa setiap kali hujan turun membasahi bumi, ingatan Mia Aurora terimbas semula kisah lama. Kisah lama yang meninggalkan seribu satu kesakitan di dalam hatinya.

"Woi! Apa yang kau buat hah?!"

Jeritan seorang budak lelaki membantutkan niat Mia Aurora daripada terus menyembuh sebatang pokok yang sudah ditebang.

Dia dikerumuni oleh beberapa budak yang memandangnya dengan pandangan yang jelek. Tatkala itu, hujan turun renyai-renyai.

"Saya sembuhkan pokok ni. Kesian dia," naif Mia Aurora berbicara.

Mendengar jawapan Mia Aurora, semua budak tergelak kuat.

"Dia? Kau ingat pokok ni macam manusia ke?!" ejek seorang budak lelaki lantas dahi Mia Aurora ditunjal kasar.

"Tapi..pokok adalah hidupan yang hidup," balas Mia Aurora, lembut.

Riak wajahnya meminta simpati pada mereka semua.

"Kau takyah nak ajar kitorang sains lah, si pelik! Kau rasa kau layak ke bercakap dengan kitorang yang normal ni?"

Budak lelaki tadi merentap kasar rambut Mia Aurora yang terurai ke bawah. Tak dipedulikan jeritan Mia Aurora yang merayu minta dilepaskan.

"Kau boleh sembuhkan benda yang hidup en? Kalau macam tu, sembuhkan hati aku yang sakit bila tengok muka kau ni!" pekik dia.

Kepala Mia Aurora ditolak sehingga dia jatuh atas tanah. Masing-masing hanya tertawa melihat Mia Aurora yang sudahpun menangis cengeng.

"Kau kena terima hakikat yang kau tu pembawa malapetaka! Kau tak sama dengan kitorang yang normal ni! Bodoh!"

Mia Aurora tertunduk sedih. Dia tak faham kenapa semua orang membenci dirinya. Kenapa semua orang melayannya seperti seekor anjing jalanan?

Walhal niatnya suci. Dia cuma nak sembuhkan hidupan yang memerlukan pertolongannya. Salah ke kalau dia nak seimbangkan semula ekosistem yang sudah dirosakkan oleh manusia sendiri?

"Ke..kenapa korang semua benci saya?" rintih Mia Aurora.

"Kenapa kau tanya?! Sebab kau tu pelik! Orang pelik takleh hidup dalam dunia ni!"

Baru sahaja tubuh si kecik Mia Aurora ingin ditendang oleh budak lelaki tadi, tiba-tiba ada satu suara menyampuk di belakang mereka.

"Ada masalah ke jadi orang pelik?"

Kepala masing-masing ditoleh ke belakang. Melihat gerangan wanita yang sedang berdiri seraya memegang payung putih, terus sahaja kesemua mereka melarikan diri.

Mia Aurora pula masih menangis. Dilihat tangannya yang mulai mengeluarkan aura hijau. Dia benci pada kelebihannya. Semua orang bencikan dia.

Dia nak jadi normal sama seperti budak lain. Dia nakkan seorang kawan untuk berbual. Itu saja.

"Hei..." panggil si dia yang bergelar penyelamat Mia Aurora.

"Kenapa semua bencikan saya?" nangis Mia Aurora.

"Sebab kamu tak sama dengan orang lain. Kamu luar biasa. Mereka cemburu pada kamu."

Wanita tersebut melindungi tubuh Mia Aurora yang kebasahan menggunakan payung tadi. Sambil memayungkan Mia Aurora, tubuh si kecik itu turut dipeluk.

"Saya nak jadi normal," ngongoi Mia Aurora dalam pelukan wanita tersebut.

"Menjadi normal tak guna jika kamu ada seperti hati mereka. Jadilah manusia luar biasa bersama hati yang luar biasa," bisik dia lagi.

"Kak Mia!"

Mia Aurora tersentak. Bayangan wanita dalam fikirannya hilang serta-merta sebaik sahaja suara Riley menyapa halwa telinganya.

"Amboi, duk termenung along erk?" usik Riley lalu melabuhkan punggung di sebelah Mia Aurora.

"Erhhh maaf. Riley panggil Mia ke?" soal Mia Aurora, janggal.

"Yupp..Riley panggil Kak Mia lah. Fikirkan apa tu?" tanya Riley, ingin tahu.

"Takde apa-apa. Mia cuma teringat masa Mia kecik dulu."

"Best kan masa jadi bebudak?" ceria sahaja Riley bertanya.

Mia Aurora terdiam. Seronok ke?

"Masa kecik dulu Riley selalu main dengan along. Riley sayang sangat dengan dia tau. Along selalu kata takkan ada rahsia antara kembar. Tapi tulah..masa kecikpun, along suka buli Riley. Lepas Ryan, Grey dan Triple Han masuk dalam keluarga ni, perangai along makin menjadi-jadi. Tahap buli diorang tu sampai buat Riley menangis. And tiap kali Riley nangis, mesti diorang berenam belikan Riley macam-macam untuk pujuk Riley balik," cerita Riley panjang-lebar.

Gembira sahaja riak wajah Riley bila mengingati semula zaman kecik mereka semua. Tak seperti Mia Aurora. Dia sekadar berdiam sejak tadi.

Kisah silamnya tak sama seperti Riley. Riley hidup bersama keluarga yang bahagia. Bila dia nangis, ada yang pujuk. Lain dengan Mia Aurora. Jika dia nangis, takkan ada yang pujuk.

Malah, mereka dulu suka bila air mata Mia Aurora keluar. Penderitaan Mia Aurora merupakan kebahagiaan pada semua budak yang mengenalinya dahulu.

"Oh, ya. Kak Mia buat apa kat sini? Cari Riley ke?" soal Riley.

Dari tadi nak tanya tapi lupa pula. Sekarang baru teringat balik.

"Erhh..Mia...Mia sebenarnya larikan diri dari Roland," gusar Mia Aurora.

"Larikan diri? Kenapa?" pelik Riley.

"Sebab Mia kan dah tahu Cinderella sebenarnya nama lakonan Riley. Korang nak kelentong Mia tapi Mia dah lama tahu niat korang semua," tutur Mia Aurora.

Riley tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jujur, dia pun malu juga. Rupa-rupanya tembelang diorang dah lama terbongkar.

"Sorrylah, Kak Mia. Ini semua plan diorang berenam. Riley ikut je," beritahu Riley, segan.

"Takpelah. Best juga dapat tengok korang berlakon. Macam real."

"Hmmmmm.. Kalau Roland nak marah Kak Mia, Kak Mia bagilah dia ayat-ayat power sikit," cadang Riley gila-gila.

Teringat pula pickupline Anneliese dulu. Juara bertahan dalam keluarga mereka yang sukar nak dikalahkan. Uish, sampai suami sendiri tumbang.

"Ayat-ayat power?" bingung Mia Aurora.

"Ya. Meh Riley bagi contoh. Ehem. Kak Mia, Kak Mia. Lepas huruf A apa?"

"B (biy)," polos Mia Aurora, menjawap.

"Ya sayang?"

Mata Riley terkedip-kedip memandang Mia Aurora. Walhal Si Mia ni pula dah garu kepala tak faham.

"Hmmm..Tak fahamlah, Riley."

Prakk!!

Terciduk Riley dibuatnya. Memang dia sudah maklum otak Mia Aurora agak sedikit lembab. Lambat nak faham dengan sesuatu situasi.

"Meh Riley fahamkan. B tu macam panggilan biy. B.I.Y.."

Riley siap mengeja. Kalau tak faham juga, eh tak tahulah nak cakap apa. Eisk eisk.

"Ohhh macam tu. Faham-faham," angguk Mia Aurora, kemas.

Syukurlah dia faham. Sedang mereka berlatih memikirkan ayat-ayat power untuk memujuk semula hati Roland, tiba-tiba encik suami datang bersama riak wajah yang cemberut.

"Mia!" panggil Roland, dingin.

"Alamakkkk!! Along dah sampai tu. Good luck, Kak Mia!" bisik Riley lalu berlari pantas beredar dari bilik sekali gus meninggalkan Mia Aurora yang terpinga-pinga melihat gelagat dia.

"Suka kau kenakan aku en?" Roland berdiri menghadap Mia Aurora manakala Mia Aurora turut berdiri sama seperti suaminya.

"Saya minta maaf. Tapi...saya tak nak rosakkan mood awak. Lakonan awak dengan Riley nampak hebat," naif Mia Aurora berbicara.

Terselit pula sedikit pujian pada ayatnya yang dirasakan sindiran bagi Roland.

"Seronok kau en? Kau nak tengok aku balas balik dengan apa yang kau dah buat?" tajam anak mata Roland mencerlung mata Mia Aurora.

"Tapi..saya tak buat apa-apa. Saya cuma dah tahu lama pasal lakonan awak. Tu je," takut-takut Mia Aurora menjawap.

"Itu masalahnya, Mia. Kalau kau dah tahu, asal tak bagitau aku awal-awal? Takyahlah aku penat-penat berlakon macam tu," geram Roland.

Buat malu bah tu. Eh, tiber Sabah.

"Saya suka tengok awak. "

Roland terdiam. Suka apa?

"Suka tengok aku?"

Mia Aurora mengangguk perlahan. Tiba-tiba matanya terarah pada tingkap Riley yang dihujani dengan air hujan. Teringat semula kata-kata Riley tadi agar memujuk Roland dengan cara yang lebih romantik.

"Hujan lebat kat luar," Mia Aurora mulai memancing perhatian encik suami.

Terus sahaja Roland memandang ke arah luar. Ya, memang hujan lebat. Semenjak ni hujan jarang menimpa bumi. Mungkin disebabkan dunia  terlalu panas. Sikap manusia yang gemar melakukan pelbagai jenis pencemaran.

"Ya, hujan lebat," Roland mengiyakan.

"Selebat cinta saya pada awak," sambung Mia Aurora lalu tersipu-sipu malu.

Dengar sahaja balasan isterinya, Roland mengerutkan dahi seribu. Pelik dengan tingkah Mia Aurora yang tiba-tiba tergedik macam ulat beluncas. Entah siapa ajar.

"Kau dah kenapa, kambing? Gila?" sindir Roland.

Jujurlah, dia tak main dengan ayat-ayat power macam ni. Dia tak termakan dengan kata. Tak berminat langsung. Sukar dia nak cair.

"Awak! Awak!"

"Apa?" malas Roland menyahut.

Entah kenapa riak wajah Mia Aurora kelihatan risau sekarang.

"Tadi saya pergi hospital," beritahu Mia Aurora.

"Bila masa kau pergi hospital? Asal aku tak tahu?" pelik Roland.

"Tadi."

"Kau sakit apa, Mia?" soal Roland.

Kedengaran ada aura risau pada ayatnya.

"Doktor kata saya positif..."

"Positif apa?" serius Roland bertanya.

"Positif mencintai awak," tunduk Mia Aurora lalu menggoyangkan bahunya ke kiri dan ke kanan.

Nak tak nak, akhirnya senyuman nipis terukir pada bibir Roland. Ingatkan positif apa. Ada-ada je Mia Aurora ni. Nak kata gila pun...memang dah ada ciri-ciri nak masuk Hospital Tanjung Rambutan.

Sedar yang Mia Aurora hampir melihatnya, Roland cepat-cepat berdehem lalu membuat riak wajah serius.

"Tidur. Dah lewat malam," katanya dingin lantas beredar dari bilik Riley.

Mia Aurora memuncungkan bibir sedikit ke depan bila ayat-ayat powernya tidak dilayan . Kepala digaru sambil memikirkan jika ayat-ayat tadi mungkin tak cukup power lagi.

"Miaaa!! Tidurrr!!" jerit Roland.

Nasib sahaja kaki Mia Aurora tidak terpelecok mendengar jeritan encik suami. Uish, garang macam singa!

_______________________________

Seperti biasa, bila tibanya hujung minggu, mereka sekeluarga akan melepak di rumah agam Tengku Zamil. Tengahari itu, semua mereka berkumpul di ruang tamu manakala anak-anak sibuk membuat kerja sekolah.

Tengah syok menonton siaran di televisyen, mata Zack terarah pada Tasya yang sejak tadi menundukkan kepala. Rasanya macam dah sejam Tasya duk tunduk. Tu yang pelik.

"Lex, bini kau okay ke?" soal Zack, prihatin.

Semua mata memandang terus ke arah Alex dan Tasya silih berganti. Seketika, Alex meletakkan kepala Tasya perlahan-lahan di atas bahunya.

Dia sedar bawah mata Tasya kelihatan gelap dan isterinya itu sejak kebelakangan ni nampak tak bermaya. Lemah macam takde makan.

"Tasya, kau okay tak?" giliran Akim bertanya.

"Kalau tak okay, pergilah rehat," saran Qistina sebagai doktor.

Tasya menghela nafas. Dengan longlai, dia bangkit berdiri sambil dibantu oleh Alex. Namun, belum sempat kaki Tasya menapak selangkah, kepalanya terasa pening.

Ada sesuatu yang melintas di fikirannya sehingga membuatkan Tasya tertunduk lemah.

"Aku tak main-mainlah weh. Kau buat apa kat sana?"

Dalam bayangan yang terlintas di fikiran Tasya, kelihatan Riley mengejar langkah seseorang dalam gelap. Tempatnya pula di sebuah hutan.

"Kakak!!!"

Jeritan Xendra Magdelena bergema di seluruh hutan. Kaki pendeknya berlari pantas menuju ke rumah bersama deraian air mata yang membasahi pipi. Bukan itu sahaja, tangan anak ketiga Tengku Fazril tampak berdarah begitu juga dengan baju putihnya.

"Daddy!! Kak Riley... Ada orang bunuh Kak Riley."

Bayangan di fikiran Tasya diteruskan dengan keadaan Putri Risha yang menangis di dalam bilik rawatan.

Teresak-esak perempuan itu menangis bila melihat Qistina menekan dada Riley berulang kali bertujuan untuk menyelamatkan anaknya.

"Macam mana keadaan anak aku, Qis?! Kenapa denyutan nadi dia jadi lemah?!"

"Keadaan Riley teruk sangat, Xen. Melalui apa yang aku nampak, perut Riley ditikam berulang kali dengan sesuatu yang tajam. Aku rasa mungkin orang tu guna pisau atau..."

"Aku tak nak tahu semua tu! Aku nak anak aku selamat!"

"Xen, dengar cakap aku! Riley ditikam dekat dengan bahagian jantung! Bawah jantung dia dah koyak! Riley kehilangan banyak darah. "

"Arghhhh!!"

Tasya menjerit kesakitan. Kepalanya benar-benar sakit bila bayangan tersebut habis sahaja melintas di fikiran. Bagai kehilangan tenaga, akhirnya Tasya pitam di dalam pelukan Alex tanpa sempat menceritakan semua yang dilihatnya.

#Author taip bab ni, masa author sakit. Kalau ada perkataan atau typo ke apa, abaikan je lah. Author memang nak rehat memandangkan semalam author takleh tidur sebab demam panas.  Tapi disebabkan korang nak author update, author gagahkan diri juga untuk taip.

#Nak tegur sikit. Yang plagiat cite author ni, tak tahulah nak cakap apa. Kalau nak plagiat, buatlah. Suka hati korang.

Bukan sikit orang yang plagiat cite author. Ramai. Nasib tu pun bebudak kat gp yang lapor. Plagiat bukan perbuatan yang baik. Setidaknya, minta keizinan dari author dulu.

Author izinkan kalau korang nak. Just ambik ilham bukan copy. Dahlah korang copy cite author lepastu cakap 100% dari imaginasi korang.

Jangan malu-malu. Author jenis sempoi, sporting, relax camtu. Tak baik plagiat karya org tanpa keizinan. Itu je author nak cakap. Adios!

#Eh, jap. Cuba teka apa yang akan jadi lepas ni? Siapa betul, author akan ss jawapan dia, then sertakan jawapan tu pada bab seterusnya. Good luck!

#Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro