Bab 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"Psst! Psst! Psst! Meow!! Fluffy sayang! Tuan awak dah balik!"

Suara Riley bergema di halaman luar mencari kehadiran si comel montel. Kucing parsi itu entah hilang ke mana. Suka sangat nak merayau sampai tuan dia yang asal dah balik pun dia tak tahu.

"Fluffy! Meow! Meow!!" panggil Riley, kuat.

Mia Aurora yang kebetulan ingin menyiram pokok-pokok bunga mengerutkan dahi melihat telatah si adik ipar. Terbongkok-bongkok gadis itu mencari sesuatu.

"Awak cari apa Riley?" pelik Mia Aurora.

"Cari hati saya yang awak dah curi," jawap Riley, nakal.

"Hah?"

"Guraulah. Riley cari kucing parsi Riley. Bulu dia warna hitam dan putih. Riley panggil dia Fluffy sebab bulu dia gebu," jelas dia terperinci.

"Ohhh..kucing tu," angguk Mia Aurora, selamba.

"Ada nampak tak?" tanya Riley, risau.

Dahlah dia paling sayang si comel montel tu. Bulu gebu-gebu macam kain sutera. Lembut je.

"Tak nampak pula. Dari semalam Mia tak nampak," Mia Aurora menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hmmm..Riley nak bagi dia makan. Dah lama..."

"Rileyyy!! Ohh Riley!! Jom main game!!" jerit Nethan dari dalam rumah.

"Alah pak cik sorang ni. Sekarang pula nak ajak main game. Tak serik kalah betul," dengus Riley.

"Aku busy ngokkk!! Fluffy hilang!" pekik Riley, lantang.

"Apa?!! Nak beli gelang?!!" balas Nethan turut dalam jeritan.

Mia Aurora sudahpun mengerutkan dahi. Lain bebenor telinga Nethan ni. Lain dicakap, lain dia dengar.

"Bukan gelanglah kambing!! Hilang! Hilang! Fluffy hilang!!" teriak Riley semakin kuat.

"Hah?! Fluffy bunting?! Tu lah! Aku dah kata jangan biarkan kucing kau merayau! Kan dah bunting dengan jantan yang tak bertanggungjawap!!" balas Nethan, lantang.

Seketika Riley dan Mia Aurora saling berpandangan pelik. Pekak ke apa Nethan ni? Jauh betul dari yang Riley cakap. Mungkin ada mana-mana saraf dia rosak kut kat telinga.

"Eee Nethan ni! Jap erk Kak Mia. Riley nak masuk dulu," pamit Riley cuba menahan geram.

Mia Aurora mengangguk faham. Nethan, Nethan.. Pelik betul kau ni. Orang kata ambik air, kau ambik baldi. Orang kata ambik duit, kau ambik kertas biasa.

Tengah ralit Mia Aurora memusingkan kepala paip, tiba-tiba telinganya terdengar bunyi kucing mengeow ganas.

Bila didengari betul-betul, sah itu kucing milik Riley! Fluffy merayau sampai ke dalam hutan belakang rumah ni.

Tak menunggu lama, Mia Aurora menutup semula kepala paip lantas berlari ke dalam hutan belakang halaman rumah. Kebetulan Riley yang keluar semula, terpinga-pinga melihat aksi pantas Mia Aurora.

Nampak gelabah semacam. Segera langkah si kakak ipar diikut tanpa Mia Aurora sedar.

Tap! Tap! Tap!

Langkah kaki Mia Aurora semakin deras. Semakin dia maju ke hadapan, semakin jelas suara Fluffy mengeow. Tiba sahaja di lokasi Fluffy yang sebenar, Mia Aurora tergamam.

Di depannya ada figura seseorang yang tidak dikenali memakai hoodie hitam sedang berlari menjauhi lokasi kucing Riley.

Mia Aurora tak terkata. Tepat di kakinya sekarang, kucing Riley sedang menggelupur kesakitan. Darah keluar membuak-membuak membasahi tanah hutan itu.

"Fluffy!! Arghhh!!"

Riley jatuh terjelepok. Lemah lututnya melihat keadaan si kucing kesayangan yang menderita kesakitan. Kucing yang sudah dipelihara sejak kecil itu sama-sama membesar dengannya.

Kini, sudah mati di hadapan Riley sendiri. Berjuraian air mata si tuan bila melihat keseksaan satu-satu kucingnya yang ada.

"Riley..." pujuk Mia Aurora sambil memegang bahu adik iparnya.

"Fluffy! Arghhh!! Kucing Riley!! Dia dah matii!!" ngongoi Riley tak mampu terima kenyataan.

"Fluffy tak mati lagi. Dia masih hidup cuma tenat," beritahu Mia Aurora sekali gus memujuk Riley daripada terus menangis.

"Ma..macam mana Kak Mia tahu?" soal Riley tersekat-sekat.

Pelik juga bila melihat senyuman nipis yang terukir pada bibir Mia Aurora sekarang.

"Nyawa dia sekarang 8%. Saya... Saya akan sembuhkan kucing awak," tergagap-gagap Mia Aurora berbicara.

Walaupun Riley memandangnya dengan riak wajah yang pelik bersama juraian air mata, Mia Aurora cuba berlagak selamba.

Kepala si gebu dipegang kejap lalu dia memejam matanya. Tatkala itu, aura hijau seperti kabus keluar dari tapak tangan Mia Aurora sehingga Riley tergamam tak mampu berkata-kata.

"Sembuh," gumam Mia Aurora, perlahan namun masih mampu didengari Riley.

Bila sahaja ayat tersebut keluar dari dua ulas bibir Mia Aurora, kucing Riley kembali bangun lalu terduduk menghadap si penyelamatnya.

"Awak dah sembuh Fluffy. Pergilah pada tuan awak," kata Mia Aurora, gembira.

Bagai faham dengan arahan Mia Aurora, Fluffy bangun lantas menuju ke arah Riley yang kaku tidak bergerak.

Pelik Mia Aurora dibuatnya melihat tingkah si adik ipar. Macam kena sumpah jadi patung cendana.

"Riley..awak.."

"Hannnn Hantu!!!!! Mummy tolong Riley!!!"

Mia Aurora terkebil-kebil melihat telatah Riley yang sudah lari bersama Fluffy di dalam pelukannya. Terjerit-jerit gadis itu seraya menuju ke rumah.

Tak nak ketinggalan, Mia Aurora turut mengejar larian Riley dengan pantas.

"Lari semua!! Lari!! Hantuuu!! Ada hantu dalam rumah nii!!" Jerit Riley lalu menuju ke arah tingkat atas yang menempatkan biliknya.

Yang lain pula sudah terkebil-kebil. Tak sampai beberapa saat melihat Riley, mereka menjongketkan bahu lalu sambung bermain alat permainan tadi melalui televisyen.

"Riley! Riley! Awak semua nampak Riley tak?" lembut sahaja Mia Aurora menyoal.

Grey tidak menjawap. Cuma bibirnya sahaja dimuncungkan ke arah tingkat atas manakala tangan sibuk menekan-tekan di atas skrin telefon.

"Terima kasih, Grey."

"Welcome!"

Tak menunggu lama, Mia Aurora segera melancarkan larian 100 meternya. Laju sahaja dia berlari ke arah bilik Riley lantas bilik gadis itu dimasuki. Usai tiba, Mia Aurora menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Pelik melihat perangai Riley yang tiba-tiba berselubung di dalam selimut dalam keadaan yang mengigil. Fluffy pula sekadar menjilat bulu kakinya di sisi Riley.

Bersama helaan nafas, Mia Aurora menuju ke arah Riley lalu selimut gadis itu ditarik ke tepi. Terjerit terus Riley dibuatnya.

"Hantu!! Uwarghhh!! Jangan apa-apakan saya! Daging saya tak sedap. Makanlah daging diorang kat bawah tu," takut Riley.

"Mia bukan hantulah, Riley. Mia memang ada kelebihan nak sembuhkan organisma hidup," lembut Mia Aurora memperjelaskan sambil punggung dilabuhkan di tepi Riley.

"Kelebihan? Maksud awak macam power ke?" Riley mulai berminat.

"Power? Power tu apa?" bingung Mia Aurora.

"Kuasa."

"Ohhhh..."

Mia Aurora terangguk-angguk bengap. Jadi maksudnya, ayat-ayat power tu ayat-ayat yang berkuasalah? Ayat yang boleh usir hantu?

"Kak Mia betul boleh sembuhkan hidupan dalam dunia ni?"

Riley bangun daripada pembaringan lalu memandang serius pada bebola anak mata Mia Aurora. Ini berita yang seronok! Boleh sembuhkan sesiapa je? Wow! Salute!

"Haah."

"Omg!!! Akak ada power!! Maksudnya kalau kitorang ni sakit, tak perlu pergi hospital lah ye? Akak just buat macam kat Fluffy tadi and pftt! Sembuh!" teruja Riley.

"Errhhh Mia takleh sembuhkan diorang macam tu je," tunduk Mia Aurora.

"Alah, kenapa pula?" hampa Riley.

"Se..sebab..diorang tak tahu lagi pasal kelebihan Mia ni," beritahu Mia Aurora.

"Termasuk along?!" terkejut Mia Aurora.

Mustahil kut. Dah hampir 7 bulan diorang sekeluarga tinggal bersama-sama. Takkan perihal Mia Aurora pun diorang tak tahu.

"Erhhh..Roland tahu tapi...dia tak percaya. Dia kata saya tak betul," luah Mia Aurora, naif.

"Ceh along ni. Biasalah tu Kak Mia. Orang takkan percaya selagi takde bukti kat depan mata," seloroh Riley, jelek.

"Betul juga."

Sesaat dua saat, suasana menjadi hening. Riley terfikir sesuatu yang agak serius. Tangan Mia Aurora dipegang sambil bebola mata kakak iparnya ditenung penuh bermakna.

"Kalau nyawa Riley dalam bahaya, boleh tak.. Kak Mia sembuhkan Riley?" pinta Riley tanpa amaran.

"Hah? Ap...Apa Riley cakap ni?" tersekat-sekat Mia Aurora menyoal.

"Saja, kak. Boleh tak ni? Janji dengan Riley erk," senyum Riley lalu mengangkat jari kelingkingnya menghadap Mia Aurora.

"Apa ni?"

"Ni maksudnya janji. Akak raih jari kelingking akak dengan Riley."

Sepanjang memberikan penerangan, Riley menunjukkan contoh membuat janji menggunakan jari kelingking. Bila sahaja jari mereka bersentuhan, Riley tersenyum ceria.

"Pinky swear!" semangat Riley.

"Erhh pinky swear juga," janggal Mia Aurora.

Kedua-dua mereka melepaskan jari masing-masing semula selepas selesai membuat perjanjian.

"Tapi janji tu apa?"

Praakk!!

Terciduk dikau. Ambik!

"Kak Mia tak tahu janji tu apa? Takpe. Meh Riley terangkan. Janji tu adalah sesuatu perkara yang kita wajib tunaikan. Bila janji dah dibuat, kita kena pegang sampai bila-bila," lembut Riley berkata.

"Apa jadi kalau kita tak ikut janji tu?" soal Mia Aurora, ingin tahu.

"Semua akan berubah. Contohnya, kepercayaan. Kalau kita dah rosakkan sesebuah janji, orang dah tak percayakan kita. Yes, memang boleh dimaafkan tapi kepercayaan tak boleh dipulihkan semula," jawap Riley.

Selesai gadis tersebut berbicara, Mia Aurora terdiam. Janji... Sesuatu perkara baru yang dia belajar dan faham dari Riley. Janji.. Tak sangka, janji tu susah nak dipegang.

"Kak Mia pernah berjanji tak?"

Mia Aurora menggeleng pantas. Macam mana nak janji kalau dia takde kawan? Dia takde sesiapa pun dalam dunia ni melainkan Roland. Suami yang agak kerek perangainya. Suka membuli.

"Takpe. At least hari ni Kak Mia dah ada janji. Mesti kena tunaikan tau," Riley tersenyum manis.

Dan Mia Aurora sekadar mengangguk faham.

Janji...janji.. Boleh ke dia pikul sepatah perkataan itu? Nampak pendek tapi besar maknanya.

Puas mereka berbual hampir sejam lebih, Mia Aurora pamit keluar. Dia harus sediakan makanan tengahari untuk Roland yang bekerja seorang diri di office.

Yang lain pula katanya MC. Hmmm banyaklah sandiwara diorang.

Hilang sahaja kelibat Mia Aurora, Riley mengeluh berat. Dia teringat semula kejadian semalam semasa dia menghantar makanan ke bilik Tasya.

Bila wanita itu sedar sedikit, Riley hampir terperanjat. Tasya tampak mengigau dalam tidur tapi bila direnung dengan teliti, Tasya tampak cuba memberitahunya sesuatu.

"Riley....jangan pergi hutan. Bahaya."

Sebab tu lah dia meminta Mia Aurora agar berjanji dengannya. Walaupun bingung, Riley kena bersedia.

Bak kata peribahasa dari Roland, sediakan payung yang lain sebab payung pertama boleh rosak.

Hmmm..macam ada yang tak kena dengan peribahasa tu.

#Hai. Author okaylah sikit lepas makan ubat. Hari ni duk baring sambil menaip je.

#Mulai malam ni dan hari-hari yang bakal datang, author akan taip cite sebanyak 1500 lebih patah perkataan sebab penat taip cite guna phone. But, author jenis yang rajin update. Buktinya pening-pening lalat camni pun author masih boleh taip.

#Yang meneka tu, nanti author akan selitkan jawapan yang betul kat bab seterusnya.

#Thank you pada semua yang doakan kesihatan author.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro