Bab 50

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bab ni kita dah boleh singkirkan calon-calon yang disyaki sebagai 03.

#Vote and comment.

**************************

Bahu Mia Aurora ditarik lembut ke belakang menghadap seseorang. Dalam keadaan tak rela, tubuhnya berpusing bersama riak wajah yang pucat.

Jantung ia mula berdegup tak sekata. Bila sahaja dia berpusing, mata Black Eryn terbeliak luas manakala riak wajahnya bertukar....

Bertukar...

Bertukar...

Bertukar!!!


Berehat bersama kitkat.

Anda murung? Anda kesepian? Mari berehat bersama Trivago. Hotel yang sama, bilik yang sama. Tetapi dua harga yang berbeza. Kenapa bayar lebih? Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago. Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web.  Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan hotel terbaik. Hotel? Trivago.

Done iklan.

Bertukar........

Gembira. Black Eryn sangat gembira melihat wajah isteri kepada Roland yang selama ini menjadi sebutan hangat mereka sekeluarga. Serius, memang Mia cantik.

Sampaikan Black Eryn menarik pipi Mia Aurora lalu digoyang-goyang atas bawah lagak gadis tersebut masih bergelar anak kecil.

Mia Aurora pula sekadar mengerutkan dahinya. Tahan sabar je lah kena cubit. Sesekali dia membetulkan cermin mata badutnya yang hampir tertanggal dari hidung.

"Cantik sangat! Kan Mai?" soal Black Eryn, teruja.

"Yupp! Sesuai dengan Roland," setuju Maisara dalam pujian.

"Dah-dahlah tu Eryn cubit pipi dia. Sakit karang," tegur Putri Risha.

Black Eryn tersengih malu. Dia segera melepaskan tangannya lalu kaca mata Mia Aurora dibetulkan sedikit.

"Awak dah cantik, Mia. Tapi hmm... Spek mata ni besar sangatlah. Awak rabun apa?" soal Black Eryn sekadar berbasa-basi.

"Kak Mia rabun jauh. Dia pakai spek mata tu takut jatuh tangga," sampuk Riley mewakili Mia Aurora.

"Erhh tak terlalu besar ke?" tutur Maisara pula.

"Still nampak cantik," pintas Roland.

Sunyi.

Mia Aurora mengalihkan kepala ke arah Roland bersama pandangan yang sayu. Seketika, pandangan mereka saling bertaut lama.

Semua orang kata dia nampak pelik pakai spek mata ni tapi bukan Roland. Lelaki itu memujinya di hadapan semua orang.

Walhal Mia Aurora sendiri percaya bahawa dia taklah cantik mana jika mengenakan kaca mata besar serupa badut ini.

"Ehem. Jangan kata rumah ni takde bilik," Tengku Fazril berdehem nakal.

"Apa you ni. Biarlah diorang nak bermanja pun," tegur Risha walaupun dia sendiri tersengih suka.

Nampaknya hubungan Roland dan Mia Aurora dah ada perkembangan yang sangat baik. Bolehlah tengok drama cintan-cintun diorang berdua. Awww!

Suka tu suka juga. Jangan lupa dengan Elivia. Sakit pula hati dia tengok adegan mesra tak berbayar mereka. Lepastu konon acah sweet.

Dahlah Mia tu setakat budak biasa-biasa. Entah rabun ke si Roland ni. Menyampah betul.

"Budak dilamun cinta," usik Ciko lalu keningnya dijongketkan pada Roland yang sudah berdehem janggal.

Mia Aurora sekadar menundukkan kepala. Malu giler kena usik depan-depan. Alahai Roland. Kenapa awak makin sweet memanjang ni?

Cukuplah badan awak je yang hot dan sexy. Ayat janganlah sampai tahap potong kaki. Ngrrr. Bergetar iman senipis bawang tau!

"Malam ni giliran Ayla kan untuk bercerita? Semalam Zulkanain dah sampaikan cite dia," comel Adelaide Ayla berbicara lalu dia tampil di tengah ruangan.

Sebagai ibu bapa yang baik tahap dewa (uhuk), mereka mengajar anak masing-masing untuk menanam sikap berani bila berada di hadapan orang ramai.

Sebab tu bila setiap malam diorang melepak, pasti akan ada anak-anak mereka yang menyampaikan sebuah cerita mengikut giliran.

Sesiapa yang ada anak tu boleh cuba ye. Ajar anak supaya jadi berani. Jangan penakut sangat.

"Ya sayang. Ayla boleh mulakan cite yang Ayla suka." Tengku Haikal memberikan sokongan positif.

"Okay, Ayla mulakan! Ehem. Tersebutlah kisah di mana sebuah istana besar dibina ribuan tahun yang lalu. Istana tersebut dihuni oleh seorang alfa yang sangat kuat! Dia adalah ketua segala raja. Dia dikenali sebagai Alfa Kegelapan!

Namun, pada suatu hari, istana besar itu diserang oleh sekumpulan pihak jahat. Mereka merupakan angkatan tentera dari Alfa Kesucian atau lebih tepat Alfa Cahaya yang dianggap suci bak debu.

Dikhabarkan, Alfa Kegelapan mati di tangan Alfa Cahaya dan istana tersebut dibiar tanpa dijaga sehingga sekarang. Tamat!!!"

Selesai menghabiskan ceritanya, Black Eryn dan Maisara saling berpandangan terkejut kurang percaya.

Hairan. Macam mana budak seumur Adelaide Ayla boleh tahu cerita zaman dahulu? Tambah-tambah lagi cerita itu memang wujud sama sekali.

"Cite apa tu Ayla? Macam pelik je," komen Alex, mendatar.

"Cite mama. Mama selalu mimpikan kisah tu. Kan mama kan?" teruja Adelaide Ayla yang kini berada di dalam pelukan si ibu.

Anneliese tak mengangguk mahupun menggeleng. Riak wajahnya menunjukkan perasaan janggal setelah Adelaide Ayla menghabiskan cerita tadi.

Jujur, dia sendiri terkejut apabila kisah itu yang menjadi bahan Adelaide Ayla untuk bercerita. Selalunya si comel itu lebih suka berkongsi cerita mengenai kartun-kartun Disney.

"Dah berapa kali kau mimpi kisah tu?" soal Tazaki Genji tiba-tiba.

"Erhhh. Taklah selalu tapi..."

"Mama kata mama selalu mimpi cite tu. Mama tak ingat erk? Mama siap bagitau Ayla yang Alfa Kegelapan tu baik dan Alfa Cahaya tu jahat. Tapi sayangnya, alfa yang baik tu dah mati," sedih Adelaide Ayla.

Anneliese tak terkata. Lancang betul mulut anaknya sampai tak bagi dia bercakap langsung. Kira nak rahsiakan aje tapi Adelaide Ayla dah bagitau dulu.

"Mustahillah. Semua tahu gelap tu jahat. Cahaya tu baik," komen Zack, selamba.

"Tak juga. Kegelapan tak semestinya jahat dan cahaya tak.."

"Semestinya baik," sambung Putri Risha sehingga menyebabkan Anneliese menoleh ke arahnya secara senyap-senyap.

Sejenak, suasana menjadi hening. Pertama kali dalam sejarah, mereka takde benda nak dibualkan. Malam ni rasa lain macam. Rasa awkward dan pelik.

Tatkala itu, mata Tasya beralih ke arah Putri Risha lalu turun ke arah Anneliese dan seterusnya Tazaki Genji. Senyumannya tak mampu ditahan lagi.

Tak semena-mena, dia tergelak kecil sehingga mengundang rasa bingung pada yang lain.

"Ow, kisah yang sangat menarik. Gila tapi nyata," gumam Tasya perlahan lantas dia bangkit daripada atas sofa.

"Eryn, meh temankan aku gi dapur jap," ajak Tasya.

Black Eryn terpinga-pinga. Asal antara diorang semua, dia yang kena panggil? Bukan ke Tasya lebih rapat dengan Putri Risha disebabkan status mereka sebagai kawan baik sejak zaman universiti dulu?

"Why me?" bisiknya pada Maisara.

"Sebab dia nak buli kau kut. Sape suruh kau muncul dalam buku Mr &Mrs. Assassin," balas Maisara, selamba.

"The heck girl? Kau pun muncullah giler!" jeling Black Eryn, geram.

"Tapi watak aku dirahsiakan," sengih Maisara.

Black Eryn mengecilkan matanya kurang berpuas hati. Boleh pula diorang berdua ni main ungkit-ungkit cite lama.

Tak lama kemudian, Black Eryn bangkit daripada sofa lalu melangkah ke arah dapur. Diikut saja ke mana Tasya membawanya. Mungkin nak minta tolong buat air.

"Nak buat apa ni?" soal Black Eryn sambil mencapai sebuah teko kaca.

"Takde. Aku cuma nak tanya kau pergi mana dengan Maisara kebelakangan ni?" serius suara Tasya kedengaran.

"Erhhh. Mana lagi en? Duduk kat rumah je lah," tipu Black Eryn.

Dia sedar pada perubahan wajah Tasya. Tampak garang seakan-akan tak berkenan dengan jawapan yang baru diberikan.

"Alright, then. Aku cuma tak nak korang terlalu kerap merayau. Dunia kat luar sana terlalu bahaya," pesan Tasya lalu beredar daripada dapur.

Dia meninggalkan Black Eryn berseorangan yang terpinga-pinga tak faham.

_____________________________

Tepat jam 3 pagi, Mia Aurora bangun daripada pembaringan lalu menuju ke arah luar balkoni. Angin dingin yang menodai tubuhnya tidak diendahkan.

Ini semua kerana otaknya lebih banyak berfikir. Sarat dengan pelbagai perasaan membuatkan tidur Mia Aurora terganggu.

Argh, kalaulah dia bawa sekali ubat tidurnya, kan senang. Tak perlu lagi dia termenung sambil tengok langit malam macam ni.

Bercakap mengenai malam, Mia Aurora tiba-tiba mengerutkan dahinya bila minda ia terimbau semula kisah yang diceritakan oleh Adelaide Ayla.

Si comel itu mengatakan Anneliese sering sekali bermimpi mengenai Gelap dan Cahaya. Dua warna utama tetapi tak bersefahaman.

"Gelap tak semestinya jahat. Cahaya tak semestinya baik."

Mia Aurora melepaskan keluhan berat. Lambat-laun pasti diorang semua tahu siapakah dirinya sebenar. Dia rasa tertekan. Hatinya berbelah bahagi.

Patutkah dia ikut kata-kata si gadis berhoodie hitam? Atau kata hatinya sendiri yang acap kali diserang dengan pelbagai andaian?

"Mia..." seru seseorang.

Mia Aurora tersentak. Bahunya terhincut ke atas sebaik suara Roland memanggil lembut namanya.

Sepantas kilat dia berpusing menghadap Roland yang kini berdiri tak jauh daripada dia berada.

"Tak dapat tidur?" sapa Roland, mendatar.

"Hmmm ya."

"Fikirkan apa?" soal Roland acuh tak acuh.

Mia Aurora berjeda. Tak tahu nak cakap apa. Takkan dia nak bagitau semua benda yang dia tengah fikir sekarang?

Kalau dia bagitau, alamat sampai esok cite ni tak habis.

"Awak... Kalau saya jahat, awak masih nak terima saya ke?"

Entah kenapa soalan itu yang tiba-tiba terpacul dari dua ulas bibir Mia Aurora. Mungkin soalan ini menjadi pertanyaan yang utama di dalam benak ia.

"Aku pun jahat," tenang Roland, menjawap.

"Tapi awak jahat dan baik. Awak tak tinggalkan solat dan awak selalu bawa adik-adik awak ikut solat sekali walaupun diorang lebih suka tidur dan main game. Saya harap saya boleh jadi macam awak," luah Mia Aurora, hiba.

"Kalau kau nak, kau pun boleh Mia. Aku dah kata sebelum ni. Berubah adalah suatu kehendak. Kehendak pula dicipta oleh diri kita sendiri dan bukannya orang lain. Kau pun ada peluang untuk menentukan pilihan," tegas Roland.

Mia Aurora tertunduk sayu. Rasa sedih menyerang hatinya tanpa dipinta. Dia nak bahagia macam orang lain juga. Salah ke?

Dia hanya nakkan Roland. Hidup bahagia bersama Roland. Dan sentiasa temani Roland walaupun perangai lelaki itu agak kerek nak mati.

"Siapa pun kau, aku terima dengan hati terbuka. Aku percaya kita dah ditakdirkan bersama Mia," lembut Roland berbicara.

Mia Aurora rasa nak menangis. Bila aje Roland cakap pasal takdir, hatinya rasa terharu. Tak macam dia, tak berani nak tengok takdir sendiri.

"Saya takut. Takut sangat," sedih Mia Aurora.

"Aku ada Mia. Aku sentiasa ada untuk kau." Roland mendekati Mia Aurora.

"Ka..kalau saya teruk, awak masih nak terima saya ke? Kalau saya bahayakan nyawa awak, awak masih nak terima saya? Andai saya jadi punca kematian awak suatu hari nanti, awak tetap nak terima saya?" soal Mia Aurora bertalu-talu.

Roland tidak segera memberikan jawapan. Perlahan-lahan dia mendekati Mia Aurora bersama senyuman yang agak tawar.

"Masa aku jahat dulu, kau terima aku. Malah, kau kahwin dengan aku walaupun kau dah tahu aku adalah sorang mafia yang dah bunuh ramai orang. Aku jahat dan hipokrit. Aku teruk dan selalu sakitkan hati kau. Sampaikan satu tahap aku rasa aku tak layak hidup bersama kau. Tapi aku berhenti fikir semua tu. Aku hanya nak cuba...cuba dekatkan diri dengan kau dan mencintai gadis yang halal buat aku. Tak salahkan kalau kita cuba?"

Tiba di hadapan Mia Aurora, tangan gadis itu diraih kemas manakala sebelah lagi tangannya mengusap pipi si dia.

"Please Mia. Kita cuba jadi pasangan yang sebenar," bisik Roland, romantis.

Mia Aurora memejamkan mata selama beberapa saat. Puas berfikir, akhirnya dia menganggukkan kepala sehingga membuatkan Roland mengukirkan senyuman.

"I love you Mia," ucap Roland ikhlas lantas pinggang Mia Aurora ditarik rapat ke dalam pelukannya.

"I love you too awak," balas Mia Aurora, lega.

Dari jauh, seorang gadis berhoodie hitam mengepal kuat penumbuknya. Dia bengang. Terlalu bengang sehinggakan matanya hitam ia terketar-ketar menahan marah.

Adegan mesra antara Mia Aurora dan Roland di atas balkoni membuatkan amarahnya kini meluap-luap.

Sudah diagak benda akan jadi macam ni! Disebabkan terlalu berasa marah, si dia berpusing meninggalkan rumah agam tersebut lalu hilang di sebalik kepekatan malam.

Perkara ini harus dilaporkan kepada The Master. Biar Mia Aurora tahu pada sape dia tengah cari masalah!

#Vote and comment.

#Hari ni birthday Mia kat group, bukan Mia Aurora ye. Maksud author Mia kat gp. So, dia kata nak double update untuk hadiah dia. Nah Mia! Happy birthday!

#Dah hilang rasa nervous tak? Sape calon yang korang dah buang daripada disyaki sebagai 03?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro