Bab 51

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Vote and comment.

"Bangun. Bangun Mia. Aku dah nak gi kerja."

Roland tersenyum nakal melihat wajah Mia Aurora yang masih enak diulit mimpi. Bila telinga gadis itu sengaja dikuis-kuiskan dengan jarinya, Mia Aurora menggeliat kecil.

Confirm Mia Aurora rasa terganggu. Bukan salah dia kalau jam 3 lebih pagi baru rasa ngantuk. Tu pun nasib Roland yang dodoikan.

Kalau lelaki tu takde, alamatnya Mia Aurora terpaksa bersengkang mata.

"Mia," panggil Roland lembut.

Pipi si cantik manis tanpa cermin matanya itu dicubit geram oleh Roland. Tidur pun cantik. Sape tak sayang bini oii?

Kau tak sayang? Yelah, kau kan single. Hmm.

"Apa ni? Janganlah kacau saya," rengek Mia Aurora.

Roland tersenyum senget. Pantas kepalanya menghampiri wajah Mia Aurora lalu bibir si isteri dikucup sekilas. Geram tau tak.

"Good morning, sleeping beauty," ucap Roland.

Tampaknya Mia Aurora masih mamai. Ciuman tadi pun mungkin tak disedari oleh gadis tersebut.

"Hmmm hmmmm... Awak nak apa?" rengek Mia Aurora, manja.

"Bangunlah. Aku nak gi kerja ni. Kau duduk kat rumah ni diam-diam tau. Jangan jadi kutu rayau pula," tegas Roland memberikan amaran.

"Kutu? Saya mana ada kutu. Saya pembersihlah," jawap Mia Aurora, bongok.

Kalau dah namanya Mia Aurora, mustahil tak bengap. En? En?

"Aku nak gerak dulu," pamit Roland.

Sebelum beredar, dia sempat mencium dagu Mia Aurora lalu kemudian tersenyum nipis.

Awal-awal pagi Mia Aurora dah comel macam ni. Alahai nafsu, stop lah bergelora. Kena tunggu Mia sendiri bagi green light dulu. Mana baik main terkam terus en.

Kang dikategorikan sebagai jantan pengambil kesempatan dalam kesempitan. Kau nak? Tak nak en. So behave.

Hilang sahaja Roland dalam beberapa minit, Mia Aurora memaksa diri agar bangun dan membersihkan diri.

Usai mandi, Mia Aurora menuju ke arah almari lantas pintu almari dibuka ke tepi. Tampaknya, baju yang dia ada sekarang cumalah beberapa helai baju kurung moden dan pakaian kembang-kembang lagak badut nak ceriakan kanak-kanak.

Tapi sekarang Mia Aurora kan dah jadi pada Riley untuk berubah. Takkanlah nak pakai baju kembang-kembang lagi?

Terpaksalah Mia Aurora memakai baju kurung moden di dalam rumah. Biarlah diorang rasa pelik. At least, dia kotakan janji.

Selesai memakai pakaian, Mia Aurora menyarungkan cermin mata besarnya pada celah-celah hidung. Dia turun ke arah tingkat bawah tak lama kemudian.

Sebaik Mia Aurora turun, tak semena-mena telinga gadis itu terdengar jeritan seorang lelaki di luar halaman belakang rumah.

Risau apa yang sedang berlaku, Mia Aurora pantas berlari ke arah luar rumah. Namun, apa yang terhidang cumalah figura Putri Risha sedang mengunci kedua-dua tangan Akim ke belakang tubuh lelaki tersebut.

Mia Aurora jadi tak faham. Pehal mummy mentuanya menyerang Akim? Akim kan salah satu bff Tengku Fazril. Agaknya Putri Risha dah jadi pembuli macam Roland, Ryan, Grey dan Triple Han kut.

Yelah en. Mak borek, anak-anak rintik. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Confirm Putri Risha tengah buli Akim.

"Bravo! Bravo! Kesayangan daddy dah pandai curi serangan!" puji Tengku Fazril lalu memberikan tepukan gemuruh.

"Curi serangan apa bodoh? Kau suruh aku berdiri macam patung kat sini tanpa buat apa-apa. Memanglah Risha dapat curi serangan," jeling Akim lalu duduk di salah sebuah kerusi besi.

"Alolololo. Cian my kesayangan. Sakit erk? Meh, abang sado usapkan," usik Alex seraya kepala Akim diusap-usap manja.

Sakit pula hati Akim dibuatnya. Tangan Alex ditepis lalu dia mengeluarkan dengusan kuat. Boleh pula budak kurang vitamin A ni buat lawak hambar. Minta kena pijak agaknya.

"Miss Destroyer mestilah kuat!" sampuk Maisara lalu turut memberikan tepukan dengan rasa bangga.

"Cite tu dah lama berlalu, Mai. Takyahlah ungkit," tegur Riko.

Putri Risha sekadar tertawa kecil. Dia mencapai sehelai tuala kecil lantas leher serta wajahnya dilap menggunakan tuala tersebut.

Puas dapat asah kemahirannya lagi. Nampak gaya segala ajaran The King dia masih ingat. Malah, Tazaki Genji turut berkongsi sedikit teknik bertarung The King sebelum lelaki tua itu mati.

"Elivia, kau tak nak cuba ke?" tanya Riko sekadar berbasa-basi.

"Dengan siapa El kena bertarung?" soal Elivia, ingin tahu.

"Dengan Olivia kan ada," pintas Ciko.

"Takpelah uncle. Olivia penat jaga bebudak semalam. Olivia baru je bahagikan bebudak semalam ke markas yang berbeza mengikut kemahiran masing-masing," jelas Olivia sekali gus menolak ajakan Ciko.

"Hmmm... kalau camtu, Elivia tak nak cuba. Elivia kan dah hebat," acah Elivia nak minta kaki.

"Kau memang hebat, El. Tapi jangan terciduk sudah bila ada orang yang lagi hebat dari kau. Karang kau juga yang menangis kat bucu dinding nanti," ejek Alex, selamba.

"Betul cakap Alex. Kita takleh anggap diri kita yang terhebat. Pasti akan ada yang menandingi kita," sampuk Putri Risha.

Elivia menarik nafas. Yelah, dia faham. Dia tahu hakikat tu cuma dia nak acah sombong bila berada di depan Mia Aurora.

Baru gadis tu tahu Elivia lebih hebat dari dia. Elivia saje yang layak buat Roland sebab mereka berdua sangat sepadan! Cocok hawau!

Dahlah sama-sama mafia. Kuat pula tu. Sape yang berani lawan diorang en? Mia Aurora pula ada apa?

Setakat spek mata besar dengan otak IQ rendah. Jadi manusia pun tak layak. Hampeh.

"Kalau macam tu, giliran aku pula."

Suara Tasya kedengaran terlalu yakin. Matanya pula terarah pada seorang gadis berbaju kurung moden. Ya, pelik. Mana ada orang pakai baju kurung dalam rumah.

Kalau nak keluar, logik arh.

"Kau nak berlatih dengan sape?" soal Zack, pelik.

"Dengan akulah," sengih Alex. Dia bersiap sedia untuk berdiri.

"No, mama tak nak dengan you. Bosan and you suka main kasar," tolak Tasya, sombong.

Lagak direject oleh seorang kekasih, tubuh Alex perlahan-lahan jatuh di atas kerusi sambil dadanya dipegang menahan sakit.

Ouch, kena tolak. Eisk eisk sanggup Tasya permainkan hati Alex. Alah, lek arh. Tak sampai 5 saat, Alex kembali okay lalu Aplikasi Mobile Legends dipasang dengan senang hati.

Lagak tak kena apa-apa. Alex kan hati kayu. Setakat kena reject macam ni, dia dah biasa oleh Tasya. Contohnya, bila Alex nak gusti Tasya, Tasya tak benarkan.

Bila Alex nak pinjam bra buat hiaskan kucingnya, Tasya senang-senang reject. Walhal niatnya tulis suci di embun pagi.

Kucing pun ada boobs tau. Maka, diorang kena pakai bra. Tapi si Tasya tu tamak pula. Sengaja tak nak faham hati nurani Alex.

"Kau nak lawan dengan sape, Tas?" soal Putri Risha acuh tak acuh.

"Mia."

Zappp!!

Hampir tersembur minuman yang baru diminum oleh Putri Risha. Pantas dia menoleh ke arah Tasya dan seterusnya ke arah Mia Aurora yang matanya sudah terbeliak luas.

"Kau nak buli menantu aku ke apa?" Putri Risha kurang suka.

Dahlah Mia tengah pakai baju kurung. Korang bayangkan, camne budak tu nak gerak? Nak elak pun tak dapat tau. Gila betul Tasya ni.

"Nop. Aku saje nak ajar dia cara berlawanan macam..."

"Kita," sambung Putri Risha, dingin.

Tasya ingin mengubah Mia Aurora? Biar betul. Dia tak setuju! Biarlah Mia jadi macam ni. Dia tak nak budak sebaik Mia terpengaruh dan menjadi salah seorang manusia teruk seperti mereka.

"Tasya, aku tak rasa ini masa yang sesuai untuk kau ajar Mia. Baju dia kan tak sesuai. Pergerakan dia terbatas," halang Tengku Fazril.

Tasya terdiam. Lama dia berfikir seraya pakaian Mia Aurora dipandang atas bawah. Sejenak, dia mendapat sebuah idea bernas.

Pisau di atas meja belakangnya dicapai lalu dia menuju ke arah Mia Aurora bersama niat yang tersirat.

"Errhhh ya?" soal Mia Aurora janggal bila Tasya berada di hadapannya sekarang.

"Baju ni tak berapa sesuai untuk Mia. Nanti aunty belikan yang baru erk."

Sejurus itu, pisau tadi dijulang tinggi lalu tepi skirt panjang yang dipakai oleh Mia Aurora dihiris sehingga ke penghujung kain. Terbeliak terus mata Mia Aurora begitu juga yang lain.

"Tasya, kau buat apa ni?" soal Maisara, terkejut.

"What? Oh, relax guys. Chill. Tak luak mana pun aku koyakkan," senyum Tasya lalu pisau di tangannya dilemparkan di atas meja.

"Jom Mia. Meh, praktis dengan aunty."
Tasya menarik tangan Mia Aurora ke tengah halaman belakang rumah walaupun gadis itu masih tak memberikan sebarang persetujuan.

"Cuba tengok tu. Sorang pompuan yang handal bertarung dan sorang lagi pompuan lembab yang akan patah tulang lepas ni," ejek Elivia kepada Olivia.

Olivia sekadar berdiam diri. Malas nak layan karenah Elivia yang gemar memandang rendah pada orang lain.

"Maafkan saya. Tapi saya tak pandai.."
"Shhh, takde alasan. Sedia buka kekuda!"

Tasya membuka langkah persediaan manakala Mia Aurora terkinja-kinja mengikuti gaya persediaan Tasya. Ketika itu, mata Tasya melihat Maisara masuk ke dalam rumah sambil melekapkan telefon di telinganya.

"Dah ready Mia?" soal Tasya, mendatar.

"Saya tak bersedia dan bila-bila masa takkan.."

"Elak!"

Tasya tak memberikan kesempatan walaupun sedikit. Tepi pinggang Mia Aurora ditendang kuat sehingga Mia Aurora terjatuh di atas rumput. Merah padam wajahnya menahan sakit.

"Tasya!! Lembutlah sikit!" marah Putri Risha. Ni kalau Roland tahu, habis diorang semua kena.

"Rule number one, focus on your enemies!" tegas Tasya seraya menarik tangan Mia Aurora agar bangkit dari rumput.

Mia Aurora hampir menangis. Uwarghh!! Asal semua orang ada rules ni? Dia sorang je ke takde rules dalam hidup dia?

Sedikit malu Mia Aurora rasakan apabila matanya tertangkap figura Elivia sedang tergelak jahat. Mengejek konon. Sepak kang!

"And rule number two! Back to the first rule! Focus!"

Kali ini, Tasya menyepak kuat kaki Mia Aurora secara mengejut sehingga menyebabkan gadis itu gagal mengelak dan membuatkan Mia Aurora hampir tersembam di atas tanah.

Mujur Tasya sempat menahan bahu Mia Aurora daripada terus jatuh. Berada dalam jarak yang terlalu dekat, Tasya terdiam.

Dia dapat rasakan deruan nafas Mia Aurora yang tak sekata. Kesempatan ini diambil oleh Tasya untuk membisikkan sesuatu.

"Jangan biarkan dendam menguasai kau Mia," bisik Tasya perlahan namun syahdu.

Suaranya seakan-akan memohon sesuatu daripada Mia Aurora. Riak wajahnya pula kelihatan sedih. Sesaat berlalu, riak wajah Mia Aurora bertukar serius.

Dipandang wajah Tasya dengan pandangan yang cukup tajam.

"Dendam buat aku terus hidup," bengis Mia Aurora.

"No, Mia. Sometimes we need fantasy to survive the reality," bicara Tasya.

"Reality buat aku nak mati!"

"Mia, kau tahu apa yang kau perlu buat. Ini semuanya salah! Kau perlu bersama Genji ter..."

"Don't tell me what i can and can't do!"

Mia Aurora berkeras menolak tubuh Tasya tetapi perempuan itu cuba menahannya.

"Kau dah berubah, Mia. Kau sanggup nak khianat kitorang? Nak sangat ke?" uji Tasya, kurang percaya.

Mia Aurora tersenyum sinis. Kelakar betul dengar ayat Tasya. Rasa dia tu baik walhal sama je jahat macam dia.

"I didn't change. I just found myself," bisik Mia Aurora, pedas.

"Mia!" tegas Tasya.

Mia Aurora tak ingin menjawap lagi. Dia faham. Daripada kelima-lima orang yang sudah dibangkitkan, Tasya orang pertama yang telah mendapat ingatannya.

Entah macam mana. Mungkin disebabkan Tasya telah melihat masa depan atau masa lalu. Mia Aurora tak kesah pun sebenarnya.

"Mia, aku akan tolong kau tapi bukan sekarang. Ingatan aku ada limitnya. Kadang aku ingat, kadang tak. Kadang aku rasa berkuasa, kadang aku rasa lemah. Aku tak seimbang, Mia. But trust me, i will help you..."

"I don't need your help!"

Mia Aurora menolak kasar tubuh Tasya lalu dia berjalan pantas masuk ke dalam rumah. Hatinya masih sakit.

Dia tak kesah dengan pandangan pelik atau panggilan daripada diorang semua terutama Elivia yang mengejeknya.

Apa yang dia rasa cumalah kesakitan. Demam. Sakit hati. Marah. Semuanya bercampur-baur. Dia tak perlukan sesiapa.

Dia hanya nak berada dalam sebuah bilik dan duduk memeluk lutut tanpa diganggu oleh sesiapa.


#Vote and comment.

#Still tak tahu sape 03. Misteri. Uhuhuhuh~~~~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro