Bab 54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Comment mencecah 200 lebih, author akan buat triple update.  Dilarang spam lebih dari 5 kali dengan perkataan yang sama.

________________________________

"Master! Master kena pergi ke bahagian makmal utama sekarang! Ada sesuatu yang sedang berlaku!"

Pintu bilik besinya terbuka setelah mata ia berjaya dianalis. Lantas The Master berjalan laju ke arah makmal utama yang terletak di sebelah barat.

Baru saje tadi dia berkomunikasi bersama 03 dengan izin DIA. Hanya kuasa DIA mampu menyambungkan segala komunikasi antara semua pengikutnya di serata dunia.

Usai tiba di bahagian makmal utama, riak wajah The Master bertukar serius. Skrin di atas udara kini mempaparkan peningkatan daya kuasa seseorang.

Nombornya pula 01. Daya tenaga yang terjadi secara drastik ini menyebabkan The Master mengecilkan matanya tanda kurang faham.

Kenapa tiba-tiba 01 mengalami tekanan tinggi malam ini? Sepatutnya tenaga yang dihasilkan oleh tubuh 01 berada dalam nisbah dan peringkat yang normal.

Hanya 05 sahaja menunjukkan sedikit perkembangan positif. Namun, adakalanya kuasa 05 jatuh merudum yang membuatkan mereka faham bahawa fikiran 05 (Tasya) tidak seimbang.

Kadangkala dia ingat sape diri dia, kadangkala tak. Tapi bukan 01 (Genji). 01 tak sepatutnya berubah secara mengejut macam ni. Pasti ada sebab!

"Bagitau aku apa yang dah jadi!" herdik The Master pada semua anggota makmal berkot putih.

Jari mereka masing-masing sibuk menekan papan kekunci komputer untuk meneliti dengan lebih dalam mengenai kejadian misteri ini.

Takut dihukum oleh The Master, ketua makmal yang bernama A-13 maju ke hadapan bersama riak wajah yang tampak sungguh serius.

"Maaf Master. Tenaga yang dikeluarkan oleh 01 tiba-tiba jadi tak terkawal. Dia seakan-akan mengalami hal yang tak sepatutnya berlaku pada tubuh ia," jelas A-13.

"Paparkan apa yang sedang berlaku," bengis The Master bersuara.

"Baik, Master!"

A-13 menekan sesuatu pada pennya lalu tak lama kemudian satelit di angkasa mula memperbesarkan imej yang berlaku pada koordinat 349683• arah Utara.

Tampaknya imej tersebut menunjukkan seorang lelaki sedang terbaring di atas katil dalam keadaan yang pegun.

"Tunjukkan perkara yang dah berlaku pada dia," arah The Master, dingin.

A-13 mengangguk faham. Sekali lagi skrin diperbesarkan lalu keadaan 01 dimainkan secara langsung. Video tampaknya menunjukkan 01 sedang meracau-racau kecil dalam lenanya.

The Master melihat dengan penuh teliti. 01 benar-benar menakjubkan! Dia melawan dirinya sendiri melalui mimpi. Tapi mengapa? Itu persoalan yang menimbulkan rasa pelik pada mereka semua.

Tiba-tiba skrin di sebelah video 01 menangkap perhatian The Master. Perkembangan Genji benar-benar memberangsangkan sehingga melepasi tahap sederhana. Lebih bagus dari 05 sebelum ini.

Jadi benarlah tekaan The Master. Ada sesuatu yang sedang menganggu Tazaki Genji tatkala lelaki tersebut sedang tidur.

"Bonda, apakah engkau melihat semua ini?"

The Master bertanya pada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA melalui telepati di minda. Beberapa saat berlalu, kedengaran suara DIA bermain di benak The Master.

"Ada sesuatu yang sedang mempengaruhi 01 melalui alam mimpi. Nampaknya, bukan kita sahaja yang cuba menarik semula 01. Ada orang lain turut bersaing."

"Tapi siapakah gerangan yang dah berani mencabar kuasa Bonda?"

"Dia berasal daripada kebaikan. Satu makhluk yang hanya mampu menghantar mesej melalui alam mimpi," balas DIA.

The Master kini faham. Ada lagi makhluk lain yang cuba membaikpulihkan ingatan 01. Siapapun orang tu memang menempah nahas.

"Apakah yang harus kita lakukan, Bonda?" tunduk The Master.

"Biarkan. Lebih baik mereka dapat semula ingatan dengan cara seperti ini. Tidaklah membazirkan kuasa aku," kata DIA.

"Mereka? Adakah Bonda maksudkan makhluk durjana itu juga menghasut fikiran ujikaji yang lain?" soal The Master, cerdik.

"Ya, Master. Biarkan makhluk daripada Alfa Kegelapan itu datang ke alam mimpi-mimpi mereka. Dia tak tahu apa yang bakal ia hadapi dengan memberi semula ingatan pada mereka berempat dalam masa yang tak tepat."

The Master tersenyum sinis bila nama Alfa Kegelapan terpacul daripada ayat DIA. Dasar keturunan tak sedar diri.

Alfa mereka telah mati dan makhluk kebaikan itu masih berani mengganggu mereka? Apa yang ia fikirkan?

Cuba nak rekrut 01, 02, 04 dan 05 ke arah kebaikan? Walhal ketua kebaikan telah MATI. Takde sesiapa yang boleh pimpin mereka lagi.

_________________________________

Malam seterusnya, Roland dan Mia Aurora membuat keputusan untuk tidur di tengah halaman belakang rumah. Tilam besertakan cadar, bantal serta selimut tebal dihamparkan di tempat semalam.

Selesai melakukan hal tersebut, pasangan suami isteri itu berbaring di atas tilam tadi sambil menyelimuti tubuh mereka dengan selimut tebal.

Selamba Roland memeluk Mia Aurora dengan alasan kedinginan mencucuk sehingga ke tulang sumsumnya. Walhal, tak terasa pun. Selimut tebal gaya macam berlapik-lapik.

Mia Aurora tak banyak bunyi. Dia mendaratkan kepalanya pada tangan Roland lalu membiarkan pinggangnya dipeluk oleh lelaki tersebut.

"Cantikkan bintang tu?" soal Roland, kagum.

Matanya terarah pada bintang-bintang yang mulai membentuk buruj di atas cakerawala.

"Cantik. Terima kasih pada kegelapan sebab hadir untuk sinarkan cahaya," ujar Mia Aurora, tiba-tiba.

Roland terdiam. Dipandang Mia Aurora sebentar lalu bibirnya melakarkan senyuman penuh bermakna.

"Tengok kat sebelah kiri tu. Ada buruj Biduk," tunjuk Roland pada buruj di sebelah arah Hemisfera Utara.

Mulut Mia Aurora ternganga luas. Dia rasa kagum dengan keindahan ciptaan Allah. Sangat-sangat cantik!

Kenapa Mia Aurora tak perasan sebelum ini? Ohh, mungkin dia terlalu sibuk merenung kisah hidup malangnya.

"Suka tak?" bisik Roland, geli hati melihat riak wajah kagum Mia Aurora.

"Suka! Cantikkk sangat!" gembira Mia Aurora.

"Macam kaulah. Tapi kau cantik sikit," puji Roland.

Kembang semangkuk Mia Aurora dibuatnya. Husband kita puji kita cantik! Mak aih, bergetar tulang rusuk kiri kita tau! Kau ada? Kau kan (Pandai-pandailah korang sambung.)

"Saya cantik sikit dari buruj tu ke?" Mia Aurora tersipu malu.

"Haah. Kau cantik sikit. Buruj tu cantik banyak," sambung Roland.

Prakk!!

Berkecai hati Mia Aurora. Hidup-hidup Mia ingatkan Roland ikhlas puji dia. Siap main-main pula mamat kurang vitamin A ni. Nasiblah Mia sayang tau.

Malu dipermainkan, Mia Aurora berdehem. Nak coverline lah tu.

"Awak tahu tak dalam astronomi moden, sebanyak 88 buruj piawai yang diakui oleh International Astronomical Union sejak 1992. Kebanyakannya, dirujuk kepada 48 buruj dinyatakan oleh Ptolemy dalam Almagest bertarikh abad ke-2. Selebihnya dinyatakan pada abad ke-17 dan ke-18. Baru-baru ni , diorang dah jumpa di langit selatan. Ada dinyatakan dalam Coelum Australe Stelliferum oleh Nicolas Louis De Lacaille pada 1763," jelas Mia Aurora panjang lebar sambil memandang dada langit.

Tak sedar, mata Roland sudahpun terkebil-kebil mendengar penjelasannya. Roland baru bercakap mengenai buruj yang diajar semasa darjah enam. Asal tetiba Mia cakap pasal buruj lagak saintis ni?

Roland ingatkan Mia Aurora tak tahu bilangan buruj sebenar. Sebab tu dia hanya cakap pasal buruj yang ada kat buku teks darjah enam.

"Mana kau tahu semua tu?" syak Roland.

"Erhhh, ada kat buku awak hari tu. Saya ada terbaca kat bilik bacaan. Awakkan suka kumpul buku-buku ilmu macam tu," janggal Mia Aurora menjawap.

Roland sengaja tak menjawap. Mungkin benar kata-kata Mia Aurora. Dah acap kali Roland tengok Mia Aurora ulang-alik masuk ke bilik bacaannya.

Confirm pompuan tu dah banyak ilmu dapat tanpa pengetahuan sesiapa.

"Ohh, baguslah macam tu. Membaca tu jambatan ilmu. Rajin-rajinlah membaca sikit supaya kau boleh betulkan otak biul kau tu," dalam pujian sempat Roland mengutuk.

"Okay awak," angguk Mia Aurora.

Sejenak, kedua-dua insan tersebut mengunci bibir. Mata Mia Aurora leka merenung ke arah buruj yang ditunjukkan oleh Roland sebentar tadi.

Tanpa sedar, bibirnya mengukirkan senyuman yang cukup manis. Seketika, Mia Aurora mengangkat tangannya ke udara seakan-akan ingin menggapai gugusan yang berada di langit gelap.

Dia suka. Sangat suka merenung bintang yang kelihatan bebas mengukir bentuk. Alangkah cantiknya apa yang diciptakan oleh Allah sampai kadangkala Mia Aurora lalai mengenai keindahan pada waktu malam.

Tiba-tiba jari -jemari Mia Aurora diraih oleh Roland. Tangan mereka berdua dicantumkan menjadi satu sehingga membuatkan Mia Aurora mengalihkan pandangan ke arah si dia bersama tangan yang masih berada di atas udara.

"Kita kuat bila bersama, Mia. Berasing membuatkan kita lemah," bisik Roland, mendatar.

Mia Aurora tak menjawap. Dibiarkan kata-kata Roland dibawa oleh bayu malam. Kebelakangan ini, Roland suka membalas kata-katanya dengan bahasa kiasan.

Sampaikan Mia Aurora sendiri tak faham.

"Mia, kau nak tak buat benda menarik yang pasangan suami isteri suka buat?" bisik Roland.

Dia menarik tangan Mia Aurora lalu dibawa ke arah bibirnya. Turut tak ketinggalan, tangan gadis tersebut dikucup romantis.

"Benda menarik yang dibuat oleh pasangan suami isteri? Apa tu?" bingung Mia Aurora.

Roland tersengih nakal. Dia memberikan sedikit jarak dari tubuh Mia Aurora lalu berdehem kecil.

"Maksud aku, kau..." Roland menunjuk jari ke arah Mia Aurora.

"Dan aku..." seterusnya dia menunjukkan jari telunjuk ke arah dirinya sendiri.

"Kita plop plop plop," sambung Roland sambil mencantumkan jarinya lantas menghasilkan bunyi lucah.

Dia tersenyum nakal melihat Mia Aurora sudahpun mengerutkan dahi tak faham.

"Apa awak cakap ni?" Mia Aurora benar-benar tak faham.

"Kita ehem," dehem Roland masih membuat bunyi 'plop', 'plop'.

"Hah? Plop plop? Apa benda tu?" kerut Mia Aurora.

Senyuman Roland hilang dimakan lalat. Hancur harapannya ingin membawa Mia Aurora untuk menjalankan tanggungjawap bersama-sama.

Boleh pula Mia ni tak faham. Nak cakap bahasa yang terus-terang ke? Kang Roland kena tampar pula.

"Takde apalah. Saja nak buat persembahan," tipu Roland lalu kembali melontarkan pandangan ke arah langit.

"Persembahan? Awak nak ajak saya buat persembahan apa?" bahas Mia Aurora.

"Mana jelah Mia. Aku nak tidur. Esok kena kerja," dalih Roland.

Dia mengalah. Malas nak layan otak Mia. Slow sangat nak tangkap maksud encik suami.

"Awak, boleh tak saya nak tanya sesuatu?" soal Mia Aurora, tiba-tiba.

"Hmmm?" sahut Roland, malas.

"Kenapa erk saya jarang nampak Aunty Maisara dengan Aunty Eryn? Diorang berdua tu tak suka lepak kat rumah daddy ke?" tanya Mia Aurora.

"Taklah. Hubungan kitorang semua sangat rapat. Tapi semenjak ni, aku perasan diorang berdua agak busy kat rumah masing-masing," jawap Roland, senada.

"Mana anak-anak diorang?" soal Mia Aurora, lagi.

"Diorang takde anak lagi," balas Roland.

Selepas itu, Mia Aurora tak lagi bertanya. Matanya tekun memandang ke arah Roland yang kini mengeluarkan dengkuran kecil.

Melihat Roland sudahpun tidur, Mia Aurora turut memejamkan mata. Berada di sisi Roland, dia berasa sangat selamat dan selesa.

Sekejap sahaja dia tertidur sehingga bibirnya turut mengeluarkan dengkuran halus.

#Vote and comment.

#Nak tahu sape 03? Betul nak tahu ni? Okay, okay. Author akan bagitau pada bab seterusnya kalau comment mencecah 200 ke atas. Dilarang spam lebih 5 kali tau.

Pendapat adik Fizah.

Pendapat-pendapat fans dari gp author. Actually ada banyak lagi tapi pendapat diorang sampai lebih 1000 chat masuk. Author ss yang author dapat je.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro