Bab 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Comment and vote.

***************************

"Kata kunci."

Putri Risha menggerutu geram. Sudah 3 hari dia berada di dalam mimpi yang sama . Selama 3 hari ini juga, Putri Risha masih gagal mentafsirkan kata kunci yang pernah disuruh cari oleh makhluk yang tak diketahui dari mana datangnya.

Makhluk yang berada di dalam mimpi Putri Risha pernah berkata, seandainya dia nak tahu kebenaran, Putri Risha harus menyatakan kata kunci terlebih dahulu untuk masuk ke alam demensi lain.

Lihatlah sekarang. Putri Risha masih gagal menemui jalan keluarnya. Dia tak tahu apa yang dimaksudkan oleh suara dari langit jingga gelap pada tempoh hari.

"Kata kunci," ujar suara itu lagi.

Putri Risha diam tak terkata. Hanya dahinya berkerut seribu tak memahami.

"Takde. Aku takde kata kunci tu," dingin Putri Risha.

"Takde kata kunci, takde kebenaran. Kau tak layak masuk dalam dunia ni!" herdik suara yang bergelar penjaga pintu dua demensi.

"Tapi aku..."

"Pergi!!"

Tubuh Putri Risha ditolak oleh satu kuasa kuat agar menjauh pintu demensi. Terbeliak terus biji mata perempuan itu menerima serangan berbentuk angin kencang.

Dia gagal lagi. Putri Risha terpelanting jauh sehingga tubuhnya mendarat ke atas tanah kering bewarna hitam. Arghh, apa yang nak dipelik sangat.

Dunia ini memang kelihatan suram. Dengan langit jingga bewarna gelap serta tanah keringnya pula bewarna hitam.

Warnanya pula tak pernah sekali berubah sejak hari pertama Putri Risha masuk di alam mimpi ini.

Tak lama kemudian, mata Putri Risha kelihatan tampak layu. Dia terbaring lemah setelah tubuhnya dipaksa terbang jauh ke belakang.

Sesaat dua saat , akhirnya mata Putri Risha terpejam rapat sekali gus membuatkan dia tersedar daripada mimpinya.

Sebaik sahaja dia telah sedar, Putri Risha bangkit daripada pembaringan. Matanya terpisat-pisat memerhati keadaan.

Dan seperti biasa, ingatan perempuan tersebut mengenai mimpi tadi pasti akan hilang pabila dirinya kembali semula hidup di alam realiti.

________________________________

The Master memandang 03 dengan pandangan kosong. Gadis itu sejak tadi tak bercakap sambil memandang lantai makmal.

Walhal berita mengenai perkembangan Tazaki Genji sangat penting. Diam-diam The Master tahu apa yang sedang difikirkan oleh 03.

Tak lain dan tak bukan mengenai misinya. Setakat ini, 03 tak memberikan sebarang laporan seperti yang sering dia lakukan.

Hal ini menyebabkan The Master tersenyum sinis. 03 memikirkan sesuatu yang tak sepatutnya gadis tu fikirkan.

"Kau tak nak berikan aku apa-apa laporan, 03?" soal The Master, sinis.

03 mengalihkan pandangan ke arah The Master. Dia berhenti menyandar pada dinding makmal lalu seterusnya menuju ke arah The Master.

Sempat lagi dia menghela nafas sebelum suaranya diutarakan.

"Tetap sama," dingin 03.

"Pelik. Kau selalu datang bersama rungutan. Malam ini kau tak kata apa-apa pun pada aku. Jauh pula nak merungut. Kau tak sihat ke 03 atau ada sesuatu yang dah berlaku pada kau tanpa pengetahuan aku?" sindir The Master.

Jangan kata dia tak tahu apa sedang berlaku pada 03. Takde apa yang 03 boleh sembunyikan daripada The Master terutamanya pada si DIA yang mengawal kuasa telepati.

"Apa maksud kau?" tajam anak mata 03 mencerlung ke arah The Master.

"Kau tentu faham maksud aku , 03. Usah berpura-pura bodoh. Kau tak boleh sembunyikan perasaan sebenar kau pada aku. Pada DIA," garang The Master berbicara.

"Sejak bila korang peduli perasaan aku?" jelek 03.

The Master tersenyum senget. Riak wajahnya sukar ingin ditafsirkan tambah-tambah pula bila lelaki itu mulai melakarkan senyuman sinis.

Sesiapa pun pasti rasa takut.

"Kau kena ingat asal-usul kau, 03. Jika DIA tiada, kau takkan bangkit dari kematian. Kau manusia yang telah lama mati..."

"Dan bangkit bersama hidup yang baru," gumam 03, perlahan.

The Master terdiam. Jelas dia terdengar apa yang baru dikatakan oleh 03. Pertama kali, 03 seolah-olah mengatakan sesuatu yang tak diamalkan dalam kumpulan ini.

Apa yang baru dibicarakan oleh gadis itu merupakan sesuatu ajaran yang bertentangan dari konsep mereka.

"Pergi. Teruskan misi kau," arah The Master tak beriak.

03 tak mengangguk dan tak juga menggeleng. Dia melangkah menjauhi The Master lantas menuju ke arah pintu keluar masuk makmal utama.

Semasa 03 berjalan keluar, mata tajam The Master merenung gadis berhoodie hitam itu. Hari demi hari, 03 tampak tak bermaya dan sering berbicara mengenai perkara yang bertentangan dari konsep yang dididik oleh DIA YANG TAK DIKETAHUI ASALNYA.

"Bonda," panggil The Master.

"Biarkan."

The Master mengangguk faham. DIA lebih tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tak perlu dilakukan.

The Master yakin DIA turut dapat merasakan aura yang pelik datang daripada 03. Seakan-akan 03 mulai melupakan asal-usulnya yang sebenar.

______________________________

Tasya melihat dirinya melalui pantulan cermin. Kelihatan mata ia sekejap bertukar normal dan sekejap bertukar hitam. Dia mulai menderam geram.

Beberapa minit yang lalu, kepalanya terasa berdenyut-denyut kuat sehingga sekarang. Tanpa diundang, tiba-tiba satu gambaran muncul melintasi benaknya menyebabkan Tasya menjerit kesakitan.

"Arghhhhh!!!"

"Serahkan 05 sekarang pada aku."

Gadis berambut pendek paras bahu perlahan-lahan menuju ke arah Black Eryn yang kini terdampar kesakitan.

Dalam ramalan Tasya, Black Eryn kelihatan berada berseorangan di rumahnya tanpa Zack atau Maisara. Black Eryn kini tampak nazak.

Dia terbatuk-batuk kuat mengeluarkan darah pekat dari mulutnya. Walaupun bagaimana, perempuan tersebut masih mampu tersenyum sinis.

"Kau takkan dapat tuan aku, 03. Takkan. Bunuh je lah aku berapa kali pun kau nak. Aku takkan mati. Aku makhluk yang setia dengan tuannya," bengis Black Eryn mempertahankan Tasya.

"Very well, Eryn. Aku sendiri akan pergi ke rumah Tasya untuk dapatkan pompuan tu," 03 tersenyum sinis.

Pedang di sisi pinggangnya dikeluarkan dari sarung lantas dijulang tinggi.

"Kau takkan mati. Tapi masih rasa kesakitan!"

Tanpa belas kasihan, 03 menghunus pedang peraknya ke arah tulang rusuk Black Eryn sehingga matanya terbeliak luas.

Black Eryn tak terkata-kata. Mulutnya terbuka luas menerima tusukan padu dari 03. Benar dia makhluk yang takkan mati. Namun, kesakitan ini masih mampu dirasainya.

Terasa tulang temulangnya remuk- rendam dibelasah habis oleh 03. Black Eryn hanya mampu terbatuk kuat.

Dalam keadaan lemah seperti ini, Black Eryn melihat 03 menarik pedangnya semula lalu dimasukkan ke dalam sarung.

Sebelum Black Eryn pitam tidak sedarkan diri, 03 berbisik sesuatu tepat di cuping telinga ia.

"Kau rasa sakit macam ni disebabkan pilihan bodoh kau! Kau ingat kau sape wahai penjaga bodoh?! Kau akan terus dalam kesakitan selagi bersama 05. Dasar makhluk tak guna! Buang masa aku!"

Tasya kembali membuka mata seluas-luasnya. Dia terbatuk-batuk manakala tubuh ia melorot jatuh ke lantai. Ketika ini, dia berasa sangat lemah.

Satu lagi penglihatan yang melintasi akal fikirannya tanpa kawalan. Bila keadaan Tasya mulai baik semula, dia terdiam sepi.

Kejadian tadi benar-benar meruntun jiwanya. Memang benar Tasya takkan mati tapi penderitaan yang dihadapi oleh perempuan itu sangat teruk sampaikan Tasya sendiri tak sanggup melihatnya.

Black Eryn dalam bahaya! Walaupun Tasya tak tahu bila perkara tadi akan berlaku namun, jauh di sudut hatinya, dia pasti kejadian tersebut bakal berlaku jua. Lambat atau cepat, Tasya harus diselamatkan.

________________________________

Hari ini, Mia Aurora dihantar oleh Roland ke rumah Tengku Fazril. Kata lelaki itu, Mia tidak dibenarkan untuk tinggal berseorangan di rumah selagi dalang di sebalik kebakaran markas tempoh hari masih belum dijumpai.

Takut-takut jika pelaku tersebut mensasarkan Mia Aurora sebagai mangsa seterusnya memandangkan Roland tiada kat rumah.

Bercakap mengenai Roland, Mia Aurora termenung berseorangan di atas katil. Memang jarang dia keluar ke aras tingkat bawah.

Dia tak suka turun tanpa kehadiran Roland di sisi. Dia lebih rela berkurung kat bilik.

Leka duduk berseorangan, tiba-tiba daun pintu bilik dibuka oleh seseorang. Mia Aurora sangkakan insan yang membuka pintu biliknya ialah Riley memandangkan hanya gadis itu gemar menemaninya.

Namun, kali ini tekaan Mia Aurora jauh sekali meleset. Dari jauh, Tasya melangkah ke arahnya dengan riak wajah yang dingin.

"Mia..."

"Apa kau nak?" potong Mia Aurora, bengis.

"We need to talk!" tegas Tasya.

Mia Aurora mendongakkan kepala ke arah Tasya. Senyuman sinis terbit bila wajah perempuan itu direnung tajam.

Setakat ini, hanya Tasya menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan walaupun kadangkala keadaan dia tak seimbang.

"Aku takde benda yang nak dibincangkan," jeling Mia Aurora.

"Aku tahu kau marah, Mia. Aku faham perasaan kau tapi..."

"Diam! Kau tak tahu apa-apa pasal perasaan aku! Kau sama dengan yang lain, 05. Kau manusia yang sangat teruk."  Mia Aurora menahan buku limanya.

"Aku tahu," Tasya menundukkan kepalanya tanda rasa bersalah.

"Dan aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak tahu apa yang dah jadi. Maafkan kitorang, Mia. Kami perlukan kau. Genji..."

"Cukup aku kata! Jangan naikkan darah aku, 05."

"Dendam buatkan kau lebih menderita," lembut Tasya memberikan nasihat.

"Dendam? Huh! Baru kau nak cakap pasal dendam? Apa kata kau bagitau aku kat mana korang selama ini sementara aku hidup menderita selama 24 tahun!!" herdik Mia Aurora, sebal.

"Aku tak tahu. Aku..."

"Kau tak tahu sebab kau hidup bahagia bersama suami kau! Sementara hidup aku terumbang-ambing mencari sebab kenapa aku ditinggalkan oleh korang semua! Apa salah aku, 05? Apa salah aku sampai korang sanggup tinggalkan aku kat belakang?!" tengking Mia Aurora.

Air matanya menitik setitik demi setitik bila terimbau semula kisah hidupnya selama 24 tahun. Dan Tasya pula sekadar tundukkan kepala tumpang rasa sedih?! Boleh gi mampuslah!

"Kita boleh mulakan hidup yang baru, Mia," cadang Tasya, lembut.

"Hidup baru? Hidup aku dah ditentukan sejak aku lahir," bidas Mia Aurora.

Tasya ingin membalas semula kata-mata Mia Aurora. Namun, di kala itu, matanya pula tiba-tiba terpaku pada seorang insan berhoodie hitam datang dari luar balkoni.

Tasya tergamam manakala matanya terketar-ketar tak percaya. Dia segera melarikan diri ke luar pintu. Sewaktu Tasya berjaya melepaskan diri, dia tak sedar Maisara dan Black Eryn kebetulan lalu di belakangnya.

Gelagat Tasya yang ketakutan menarik perhatian Maisara dan Black Eryn. Dua makhluk tersebut saling berpandangan sebentar lalu bertekad menapak ke dalam bilik Mia Aurora.

Sementara itu, di dalam bilik, Mia Aurora menyeka saki baki air matanya. Dia mengalihkan perhatian pabila gadis berhoodie hitam mulai merenungnya dengan pandangan yang cukup bermakna.

"Jangan bazirkan air mata kau. Aku sentiasa ada kat sini. Mereka tak layak dengan kita. Ingat sape diri kau. Kau berasal dari keturunan yang kuat wahai..."

Bamm!!

Pintu bilik dibuka dari luar. Sebaik sahaja wajah Black Eryn dan Maisara terpacul di sebalik pintu, mata gadis berhoodie hitam serta Mia Aurora terbeliak luas.

Black Eryn dan Maisara benar-benar terkejut bukan kepalang. Simbol berbentuk nombor yang ada di atas kepala gadis misteri tersebut direnung oleh penjaga Risha dan penjaga Tasya dengan riak wajah tak percaya.

"03!!" jerkah Black Eryn lalu mencapai pedang di sebalik sarung halimunannya diikuti Maisara.

"Lari!!" tempik Mia Aurora.

Dipaksa tolak badan 03 agar keluar dari bilik lantas dia menghadang jalan Maisara dan Black Eryn daripada terus mengejar langkah 03.

"Mia! Ke tepii!! Apa kau buat ni?!" pekik Maisara.

"Tolong. Tolong jangan apa-apakan dia!" tangis Mia Aurora, merayu-rayu.

Akibatnya Maisara dan Black Eryn kehilangan jejak 03. Diamuk rasa geram, mata Black Eryn merenung tajam pada Mia Aurora yang menjadi punca 03 menghilangkan diri.

"Mia! Kau dah gila ke?!" tengking, Black Eryn.

"Kenapa kau halang jalan kitorang?" soal Maisara cuba bersabar.

"Di.. Dia..."

"Bagitau kitorang Mia!" desak Maisara, garang.

"Dia kakak saya!"

Bagai halilintar membelah bumi, Black Eryn terundur ke belakang manakala Maisara tertunduk ke bawah.

Mata masing-masing terbuntang luas masih tak percaya bahawa 03 mempunyai adik yang tinggal sebumbung dengan mereka.

Mia...Mia isteri Roland tu... Adik kepada 03?!

#Sila luahkan kemarahan korang beramai-ramai.

#Comment and vote.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro