Bab 65

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Double update seperti yang dijanjikan.  100 comments lebih,  baru author update ye.

                              *****

"Awak dah bagi lima hadiah dalam satu malam.  Ada lagi ke? " Mia Aurora tersenyum lebar. 

Roland memang seorang lelaki yang sukar nak dijangka. Dah macam-macam hadiah Roland belikan khas untuk Mia Aurora bermula dari sebentuk cincin berlian hijau tua gelap sehinggalah sepasang subang emas berkilauan. 

Tak tahu apa lagi yang Roland nak bagi. Semua usaha dia agar Mia Aurora mampu mengekalkan senyum manisnya.  Syukur, malam ni Mia Aurora lebih banyak tertawa berbanding dengan dirinya sebelum ni.

"Dah takde.  Cukuplah lima hadiah tu. Penatlah nak fikir barang yang pompuan suka, " sempat lagi Roland merungut. 

Tu pun nasib baik Riley tolong Roland belikan hadiah tau. Kalau tak,  alamatnya Roland tinggal kat kompleks beli-belah tu terus. Stress nak cari hadiah untuk sang isteri.

"Saya hargai semua pemberian awak.  Tapi saya lebih suka kalau awak setia di samping saya sebagai hadiahnya, " tunduk Mia Aurora seraya cuba menyembunyikan senyumannya.

Roland terkedip-kedip comel. Dah pandai Mia Aurora bagi ayat kaw kaw. Korang ada? Ele, kalau setakat 'apa beza awak dengan... ' arh baik masuk longkang.  Ini tahun 2026 lah,  mana orang pakai ayat hambar tu lagi. 

" So, apa kita nak buat sekarang? " sampuk Ryan diikuti adik-adik angkatnya yang lain. 

"Ikut acara majlis, kita kena... "

"Ohh,  kita ada acara majlis ke? " pintas Mia Aurora.

Jethan tak jadi meneruskan ayatnya sebaik sahaja kertas di tangan ia dirampas oleh Roland.  Selamba kertas tersebut dikeronyok oleh si ketua mafia lalu dibaling ke arah belakang sehingga mengenai kepala Tazaki Genji. 

"Ouch! Sape yang buang sampah merata-rata tempat ni?! Pantang belah nenek punya pak cik punya jiran punya datuk aku dengan manusia berperangai binatang macam ni!  Buang sampah lagak buang taik merata-rata! " bengang Tazaki Genji,  geram.

Dipandang-pandang orang sekelilingnya untuk mencari sang pesalah. Roland, Ryan,  Grey dan Triple Han buat-buat tak tahu.  Sebab tu benda yang paling diorang pro buat.

Pura-pura bodoh.  Kalau jadi bodoh sebenar, padan muka!

Mia Aurora pula sekadar mengerutkan dahinya kebingungan.  Kelihatan Alex pula jadi mangsa dipukul oleh Tazaki Genji memandangkan wajah lelaki tersebut memang layak digelar penjenayah.

Kesian Alex.  Tengah nak ngorat Tasya, tiber kena pukul kepala. Nasib Tengku Haikal datang sebagai penyelamat.  Serentak kedua-dua kepala lelaki itu ditolak kasar apabila mereka mulai bercakaran sesama sendiri.

Lain pula jejaka-jejaka kacak yang sedang berada di hadapan Mia Aurora.  Ryan dan Grey berpura-pura bersiul manakala Triple Han berpura-pura mengira jumlah bintang di langit. 

Hanya Roland berdehem lalu tersenyum kacak.

"Kita takde acara majlis.  Semua ni dirancang oleh aku pagi tadi, " temberang Roland.

Padahal perlu satu minggu tau! Nak cari kawasan,  tempah 100 ekor burung merpati, cari juruhias majlis,  pilih hadiah dan banyak lagi. Itu pun hari terlewat sedikit sebab Triple Han punya pasal. 

Orang suruh cari burung merpati.  Diorang pula cari burung gagak.  Apa diorang ingat Roland nak buat hidangan setan ke kat sini?

"Awak memang pantas buat kerja, " puji Mia Aurora, manis.

Terasa bangga pula Roland dibuatnya. Ini yang dia suka. Bila dapat pujian dari Mia Aurora, terasa hatinya melonjak gembira.  Tapi kalau orang lain yang puji,  dia rasa biasa aje.

"So, apa kita nak buat sekarang? " tanya Mia Aurora,  ingin tahu.

"Hmmm, rasanya..."

Roland mengusap dagu cuba mengingat acara majlis.  Tak sempat nak ingat keseluruhan rancangan, tiba-tiba Alex mengambil sebuah mikrofon lalu menjerit lantang.

"Let's party, everybody!! Woowww!!"

Entah bila masa Ethan ada kat atas pentas lalu memasang muzik lagak deejay tak berbayar.  Sebuah lagu bergenre hindustan tiba-tiba berkumandang di seluruh hutan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=E45hHSWOtqk

Roland ternganga luas. Terkebil-kebil matanya melihat Ryan, Grey,  Zack, Akim,  Triple Ko, Double Han mulai menari menuju ke tengah ruangan.  Giler.  Wahhh,  memang giler!!

Paling tak disangka lagi bila Tengku Fazril dan Putri Risha menjadi tumpuan utama kerana menyanyikan lagu Blame The Night daripada Arjit Singh yang bergenre hindustan. 

Tak sangka daddy dan mummy Roland boleh berbahasa hindustan.  Siap nyanyi dengan suara yang merdu.  Asal selama ni Roland tak tahu?!

Mia Aurora pula sudahpun tergelak kecil. Serius, semua orang kat dalam dewan ni memang gila!  Menari dengan pinggul digoyang-goyangkan manakala kaum isteri menari dengan tubuh yang sengaja digeselkan pada dada kaum suami.

Bagi yang single pula,  hanya mampu menari dengan kerusi. Fakhrul dan Joshua siap peluk kerusi lagak pasangan bahagia.

"Tak boleh dibiarkan! " dengus Roland,  tak suka.

Tak lama kemudian,  dia turut berjalan ke arah tengah dewan lalu membuat tarian tunjuk langit. Yang lain pula terkinja-kinja melompat seperti monyet.

Bila lagu itu tiba pada pertengahan,  Roland membuka kekudanya dengan luas lalu menari ala-ala pancak silat.  Tariannya tak padan dengan lagu membuatkan Mia Aurora menggeleng-gelengkan kepala seraya tergelak besar.

Apa style Roland menari ni? Gaya bapak-bapak!  Adoii!!  Sakit perut nak gelak!!

Hanya Mia Aurora sahaja yang tak menari.  Rasa segan nak menari depan semua orang walaupun satu keluarga besar ni menari tak ingat dunia.

Tak semena-mena Roland berdiri tegak semula lantas menari ke arah Mia Aurora.  Digoncang-goncangkan dadanya seperti gaya dangdut lalu menarik tangan Mia Aurora agar turut menari sama. Dikocok-kocok!

"Tak nak! " tolak Mia Aurora menahan gelak.

"Jomlah! " Jerit Roland untuk cuba melawan bunyi muzik.

"Saya malu! "

"Kalau macam tu,  menari dengan aku! "

Tak sempat bercakap apa-apa,  tubuh Mia Aurora dipusingkan lantas tangan gadis tersebut digoyang-goyang oleh Roland.  Dari atas ke bawah.  Macam budak kecik. 

"Mana ada orang menari macam ni!" gelak Mia Aurora.

Roland hanya tersenyum lebar. Sengaja kepalanya didaratkan pada bahu Mia Aurora lalu leher jinjang si isteri dikucup sekilas. 

"I love you so much, Mia Borara, " lafaz Roland dekat pada telinga isterinya.

Mia Aurora tersenyum ikhlas.  Tubuhnya dipusingkan menghadap Roland lalu dahi mereka saling bertemu lama.

"I love you too, dear husband. "

Roland memejam matanya dengan erat diikuti oleh Mia Aurora.  Pasangan suami isteri itu menghayati perasaan masing-masing sementara yang lain sibuk menari. 

Seminit berlalu,  Mia Aurora membuka matanya terlebih dahulu.  Sebaik sahaja mata gadis itu terbuka luas, perkara pertama yang menyapa pandangannya adalah kelibat Black Eryn sedang berlari masuk ke dalam hutan gelap bersama wajah yang serius.

Mia Aurora tergamam.  Perlahan-lahan dia menjarakkan kepalanya pada Roland.  Dia dapat rasakan sesuatu yang kurang baik.

Segera mata Mia Aurora melingas ke serata tempat. Semua orang ada kat tengah dewan kecuali Anneliese.  Ya,  perempuan itu sedang meneguk air di hadapan pentas.

Tak jauh daripada Anneliese,  terdapat figura makhluk berbulu hitam sedang menyeringai ke arah suatu sudut. Penjaganya tiba-tiba sahaja muncul sehingga menarik perhatian Mia Aurora.

Penjaga takkan datang jika tuannya tak berada dalam bahaya.  Mungkinkah kehadiran penjaga Anneliese datang disebabkan...

"Mia? " panggil Roland,  bingung.

Dia melihat Mia Aurora sedang fokus ke arah Anneliese. Panggilannya tidak diendahkan sama sekali oleh si isteri.

Berulang kali Mia Aurora merenung ke arah si penjaga dan Anneliese secara silih ganti.  Penjaga Anneliese tampak menyeringai ke arah hutan jauh lebih dalam.

Tak mungkin. Mia Aurora sudah dapat agak apa yang akan berlaku.  Sepantas kilat,  dia berlari lalu melanggar mereka yang berada di tengah dewan. 

Hanya satu tujuannya.  Dia ingin melindungi Anneliese.  Namun,  apakan daya.  Gaun yang dikenakan terlalu banyak mengawal pergerakannya sehingga terbatas.

Tingkahlaku Mia Aurora membuatkan seluruh keluarga tersebut berhenti daripada menari manakala Ethan sudah memberhentikan lagu. Sekarang semua mata melontarkan ke arah Mia Aurora yang sedang menuju ke arah isteri Tengku Haikal.

"Elak Liese!! " jerit Mia Aurora.

Dia cuba menggapai tangan Anneliese. Malangnya, sedas tembakan sudahpun kedengaran menguasai hutan tersebut. 

"Nooooo!! " teriak Mia Aurora,  tak percaya.

Anneliese tumbang di dalam pelukannya bersama darah di bahagian perut.  Seluruh keluarga mafia itu berlari pantas ke arah mereka berdua terutama sekali Tengku Haikal. 

"Liese!!! " jerit Tengku Haikal,  bagai nak gila.

Mata Mia Aurora terketar-ketar menahan kemarahan.  Dilihat ke arah kiri yang menunjukkan penjaga Anneliese sudahpun tumbang di atas tanah seperti tuannya. 

Tengku Haikal segera mencempung tubuh Anneliese.  Tak sempat diangkat,  Maisara menahan Tengku Haikal daripada bergerak.

"Aden, stop! Kalau awak terus bergerak, Liese akan tambah sakit!! " halang Maisara.

"Aku tak nak dia mati! Aku kena selamatkan dia! " marah Tengku Haikal.

Dia berdegil ingin mencempung Anneliese yang matanya sudahpun tertutup lemah. 

"Takde gunanya! Peluru ni beracun.  Ada orang tengah targetkan kita sekarang .  Lindungi diri masing-masing! " tegas Mia Aurora memberikan arahan lalu mengorak langkah ke arah hutan yang baru sahaja ditenung oleh penjaga Anneliese tadi. 

Roland langsung tak sempat nak halang Mia Aurora daripada berlari. Risau akan keselamatan isterinya,  Roland turut memasang langkah seribu. 

Dalam keadaan gelap,  Mia Aurora mengejar seseorang yang sedang berlari di hadapannya dengan  pergerakan yang terbatas. Sewaktu dia berlari,  dia tak sedar cermin matanya sudah jatuh di atas tanah.

Dia ralit berlari sehinggalah dia tiba di suatu tempat yang agak mencurigakan.  Dia dapat rasakan aura yang berbeza.

"Keluarlah!  Aku tahu kau ada kat sini! Aku takkan maafkan kau kalau kau berani kacau diorang!! " marah Mia Aurora,  bengis.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tepukan serta gelak kecil dari belakang sebatang pokok besar.  Kelihatan si kakak kembar muncul dengan rupa yang sinis.

"Jadi betul kata Master yang kau ni pengkhianat? " sindir sang kakak.

"Apa yang aku buat,  bukan urusan kau!" balas Mia Aurora, berani.

"Bukan urusan aku?! Kau dah berani berpaling tadah pada DIA?! kau kena sedar asal usul kau yang sebenarnya! Kalau kau nak mati pun, aku tak nak kau mati di tangan DIA! KAU ADIK AKU! " tengking gadis berhoodie hitam.

"Aku tahu apa yang aku buatlah,  bodoh!  Yang korang nak serang Liese,  apehal?!  Kalau dia mati macam mana?! " herdik si adik.

"Rancangan dah berubah. Kalau sebelum ni,  DIA nak rekrut semula diorang semua tapi kali ni berbeza.  DIA sendiri yang akan bunuh 02. 02 akan mati sekarang," sinis gadis itu berbicara.

Mia Aurora tergamam.  Tak mungkin.  Tak mungkin rancangan DIA dah berubah.  DIA kan nak semua orang-orang terkuatnya untuk berpihak pada dia agar menjadi sang ratu yng terkuat di alam semesta ini. 

"Mia! Mia!! " suara Roland jelas menjerit.

Sedar kedatangan lelaki tersebut,  kakak Mia Aurora segera menghilangkan diri di sebalik kepekatan malam. Mia Aurora pula tak tahu nak buat apa.

Hanya di fikirannya Anneliese.  Argh,  dia lupa nak sembuhkan perempuan tu sebab terlalu fokus nak kejar pada kakak kembarnya! 

"Mia,  what the hell are you doing huh?! Kau tahu tak kat luar ni bahaya! " marah Roland,  risau.

Mia Aurora tak mengendahkan kata-kata Roland.  Dia segera berlari semula ke arah dewan tadi sambil dikejar oleh Roland dari belakang. Banyak kali pun dia memanggil Mia Aurora,  gadis itu tidak menyahut. 

Usai tiba dekat pada dewan,  langkah Mia Aurora semakin perlahan.  Nyawa Anneliese berada di hujung tanduk. Segera dia menuju ke arah perempuan tersebut.

Namun, tanpa dketahuinya, Maisara sedang merenung ke arah Mia Aurora dengan pandangan terkejut.  Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Tak mungkin semua ini terjadi.

Maisara cuba mencari kelibat Black Eryn.  Masih tak kelihatan semenjak rakan baiknya mengatakan ternampak sesuatu di dalam hutan tadi. 

"Liese... " panggil Mia Aurora.

Dia melutut di hadapan Anneliese lalu tangan perempuan tersebut dipegang lembut.  Peratusan nyawa yang berada di atas kepala Anneliese menunjukkan angka 2%. Dia akan mati dalam sekelip mata.

"Liese, jangan mati, " gumam Mia Aurora lalu memejamkan matanya. 

#Kebahagiaan boleh hilang dalam sesaat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro