Bab 66

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Warning: Sila kentalkan hati anda ketika membaca bab ini. 

Author akan update bila comment dah mencecah 200.

_______________________________

Kuasa aura hijau Mia Aurora masuk ke dalam tubuh Anneliese lalu menuju ke otak. Bila organ utama itu dicerobohi dengan kuasa Mia Aurora,  dia melihat segala memori terindah milik Anneliese. 

Salah satunya, ketika dia jatuh cinta pada Tengku Haikal sewaktu mereka masih kecil. Tak ketinggalan juga,  kenangan Anneliese dibelai manja oleh suaminya ketika dia mengandungkan Adelaide Ayla. 

Mia aurora cuba berlagak selamba sehinggalah peratusan nyawa Anneliese kembali pada paras yang normal. Darah pada perut Anneliese masuk kembali pada perutnya sekali gus membuatkan luka pada perut dia sembuh tak berparut.

Hampir sahaja tiba pada peratusan 100% namun,  tiba-tiba Mia Aurora diganggu oleh satu suara yang bermain di mindanya. Suara DIA. 

"Berani kau khianat aku!"

Kuasa Mia Aurora terhenti. Sepantas kilat dia menjauhkan tangannya daripada tangan Anneliese lantas terundur ke belakang.  Riak wajahnya yang pucat tak berdarah dipandang oleh semua orang dengan riak yang risau.

Takut andai Mia Aurora terkesan seperti kali pertama dia menyembuhkan Tasya dahulu.

"Mia, kau okay tak? " bimbang Roland lalu memeluk tubuh Mia Aurora ke dalam pelukannya.

"Macam mana dengan Liese? " soal Tengku Nurfaiza, gusar. 

"Di... Dia... "

"Dah sembuh, " gumam Maisara,  perlahan. 

Serentak kepala masing-masing menoleh ke arah Anneliese yang matanya sudah terbuntang luas manakala mulut ternganga terkejut.  Rasanya dia hampir mati tadi.

"Sayang! Hei, it's okay. Abang kat sini."

Tengku Haikal memeluk tubuh Anneliese dengan erat sambil belakang isterinya diusap perlahan.  Hampir sahaja dia kehilangan harapan. Takut sangat Anneliese pergi meninggalkannya. 

"Sayang dah mati ke? " soal Anneliese,  bingung. 

"Tak!  Tak!  Sayang tak mati lagi.  Mia selamatkan sayang.  Dia ada kuasa penyembuh, " tutur Tengku Haikal lembut. 

Sejenak,  Anneliese memandang ke arah Mia Aurora lalu tersenyum sebagai tanda berterima kasih. Nasib baik Mia ada sebagai penyelamat agung. 

Teringat pula sebelum dia tumbang di atas tanah tadi.  Perkara pertama yang Anneliese tengok sebelum terkulai layu adalah figura Mia Aurora yang berlari ke arahnya dengan jeritan kuat.

"Macam mana kau buat? Maksud aku..."

Maisara tidak jadi meneruskan ayatnya.  Dia tertunduk sambil mata ia terketar-ketar memikirkan sesuatu

Perkara ini mustahil tapi bukti ada depan mata.  Habistu sape... Arghh!!  Banyak sangat persoalan BabyFik buat!  Sampai stress jadinya. 

Mia Aurora sengaja tak memandang Maisara.  Dia tahu perempuan tu nak tanya apa.  Pucat semacam muka Maisara menunjukkan bahawa dia dalam ketakutan.

"Guys, jom balik! Kita kena blah sekarang! "

Datang pula Black Eryn dari dalam hutan sebelah kiri lantas mendekati mereka.  Setibanya dia di sebelah Maisara, dia tergamam. 

Giliran Black Eryn merenung Mia Aurora dengan pandangan yang sangat bermakna.  Kedua-dua penjaga itu merenung isteri kepada Roland tanpa mengeluarkan suara.

Mereka berdua sangat terkejut sampaikan keadaan menjadi hening buat seketika.

"Sape tengah target kita sekarang ni? " soal Putri Risha sehingga menyebabkan semua mereka mulai berfikir.

"Ki... Kita kena balik sekarang, " usul Maisara.

Dia mengalihkan perhatiannya daripada terus menatap pada Mia Aurora.  Cuma Black Eryn masih terkejut bukan kepalang. 

"Tunggu. Kau datang dari mana Eryn? Asal aku tak nampak kau masa Mia sembuhkan Liese? " curiga Tengku Fazril. 

Black Eryn terkedu. Sembuh? Jap,  apa?

"Aku masuk dalam hutan bila nampak ada orang mencurigakan tengah intip kita, " jujur Black Eryn berbicara. 

"And kau sorang je yang masuk? " pelik Alex. 

"Aku sorang dah cukup untuk periksa keadaan.  Aku tak nak ganggu korang semua, " terang Black Eryn. 

Walhal dia tak nak sesiapa pun tahu mengenai orang-orang yang datang daripada DIA.  Jika nak dibandingkan DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA dengan keluarga Fazril,  sah keluarga Fazril akan mati dulu dalam sekelip mata.

Diorang yang penjaga ada kuasa pun tak dapat lawan.  Apatah lagi manusia biasa. 

"Aku tak nak cakap benda ni.  Tapi cukuplah,  aku dah penat.  Penat berpura-pura okay dengan semua benda pelik yang berlaku di sekeliling kita," luah Tengku Nurfaiza,  tak tahan.

"Apa maksud kau, Faiza? " giliran Riko bertanya. 

"Takkan korang tak perasan lagi?  Takde sesiapa yang nak tanya ke kenapa markas kita terbakar?  Siapa yang dah hampir bunuh Riley? Asal Tasya sakit hari tu?  Dan kenapa Anneliese ditembak?! Dan korang pula! Mana korang pergi selama ni?  Jangan bagi jawapan sibuklah.  Dulu korang berdua selalu datang kat rumah dan sekarang dah busy semacam. Masih nak kata semua ni kebetulan ke? "

Tengku Nurfaiza memandang Maisara dan Black Eryn silih berganti.  Sebagai inspektor yang cerdik, dia perasan pada keanehan yang telah melanda mereka sekeluarga.  Jangan kata dia tak siasat. 

Masa Putri Risha jadi Angel pun,  dia orang pertama yang tahu isteri kepada abangnya tak mati lagi.  Cuma kali ini,  agak berbeza. Terlalu banyak persoalan.

"Apa kau merepek ni,  Faiza? "

Belum sempat ayat seterusnya dihujahkan, tiba-tiba skrin yang berada di atas pentas terpasang dengan sendirinya tanpa disentuh oleh sesiapa. 

Kelihatan video pada skrin menunjukkan aksi Black Eryn dan Maisara membelasah ramai orang di dalam sebuah kelab malam.

Terbeliak biji mata mereka sekeluarga terutama Zack dan Miko pabila kelibat isteri mereka tampaknya bermain dengan pedang berwarna merah terang.

"Bagitau aku mana 03?!" herdik Black Eryn, ganas.

"Ak.. Aku tak tahu.  Aku betul-betul tak tahu.  Aku sumpah! " ujar si mangsa.

"Berani kau tipu aku!! "

Black Eryn melibaskan pedangnya tepat ke arah leher si pemangsa sehingga kepalanya bergolek di atas lantai.  Tak dipedulikan orang ramai yang tengah melarikan diri.

"Eryn, blah.  Kita gerak ke lokasi lain, " ucap Maisara serius seraya mendekati Black Eryn. Pedangnya turut dimasukkan ke dalam sarung. 

"Huh,  makhluk tak guna!" cebik Black Eryn,  jelek.

Video akhirnya terhenti sampai di situ sahaja.  Lantas semua mata menoleh ke arah Maisara dan Black Eryn yang tergagap-gagap ingin menjelaskan sesuatu.

"Apa semua ni? " soal Zack,  tak percaya.

"Honey,  I can ex.. "

"Aku tanya apa semua ni?! " suara Zack naik seoktaf.

Yang lain hanya membiarkan suami isteri menyelesaikan masalah walaupun masing-masing masih tak percaya perbuatan mereka berdua.

"Sebab ni korang berdua banyak alasan nak gi rumah Xender? Dengan buat perkara ni kat belakang kitorang hah? " kecewa Miko.

Maisara tak membela diri.  Dia pun turut terkejut dengan video yang baru disiarkan sebentar tadi. Tak sangka en. Cepat je pihak DIA buat kerja untuk buat diorang satu keluarga ni bergaduh.

"Tak.  Kitorang sebenarnya... "

"Eryn, cukup. Takde benda yang kita perlu jelaskan, " halang Maisara.

Lidah Black Eryn menjadi kelu.  Rasanya dia silap dengar.  Maisara kata cukup? Cukup apa? 

"Tapi Mai... "

"Eryn,  kau tak faham ke?  Kita dah diperangkap sekarang," tegas Maisara,  dingin. 

Dia mendongakkan kepalanya ke arah skrin putih lalu memandang pada setiap orang yang ada di situ.

"Mari, Eryn. Kehadiran kita tak diperlukan kat sini, " ajak Maisara lalu berpusing ke belakang. 

"Maisara! You nak jadi isteri derhaka ke?! " herdik Miko tak puas hati.

"Habistu korang nak apa sebenarnya? Kalau kitorang bagitau hal yang sebenarnya pun,  korang percaya ke?  Hah? Percaya? " uji Maisara, sinis.

"So, tell me the truth! " marah Miko. 

Dia mengatur langkah setapak mendekati isterinya. 

"I dengan Black Eryn bukan berasal dari dunia ni! Kitorang bukan manusia! Puas?! "

Hening.  Semua tergamam sejurus ayat Maisara berakhir. Reaksi ahli-ahli keluarga mafia itu membuatkan Maisara mengetap bibirnya lalu tergelak sinis.

"I tahu you tertanya kenapa sampai sekarang I tak mengandung. Jawapannya sebab I seekor makhluk dilahirkan dengan bentuk seperti manusia. Dan I sekadar penjaga. Sama dengan Eryn.  Itu kan yang you nak dengar?" Maisara menahan air matanya.

Bila Miko tak menjawap, tahulah Maisara bahawa lelaki itu bagaikan tak mampu terima kenyataan. Anak?

Suami mana yang tak nak anak kan? Anak adalah suatu anugerah yang merupakan keturunan orang lelaki. Dan Miko takde keturunan sebab Maisara takleh mengandung.

Sama dengan Zack.  Lelaki itu tampaknya turut tak mampu berbicara lagi.

"Seperti yang I jangkakan.  Jomlah Eryn.  Kita blah dari sini, " ajak Maisara,  serius.

"Tapi Mai,  kita kena lin... "

"Aku tahu! Kita kena cari penjaga-penjaga yang lain, " tegas Maisara lalu berpatah ke belakang.

Black Eryn terpaksa mengikuti Maisara kerana tahu bahawa rakan baiknya itu lebih bijak membuat keputusan.  Walaupun hatinya tak rela nak berjauhan dengan Zack,  dia terpaksa jua. 

Demi keselamatan mereka. Demi mencari penjaga-penjaga 01. Tatkala kedua-dua penjaga tersebut berlalu di sebelah Mia Aurora,  Maisara sekadar melontarkan pandangan ke arah depan manakala Black Eryn memberikan jelingan tajam.

"Mai, kau tahu... "

"Aku tahu.  Sekarang ni, kita kena minta pertolongan dia untuk hapuskan ingatan diorang semua pasal kita.  Aku tak nak Miko dengan Zack merana cari kita.  Entahlah,  aku pun tak tahu kalau diorang nak cari kita pun atau tak. Yang penting,  kita kena cari penjaga-penjaga Genji dulu.  Bila keadaan dah okay,  kita balik, " rancang Maisara,  cerdik.

Black Eryn mengangguk setuju.  Pada masa yang sama dia berasa sakit hati apabila Zack sekadar berdiri tunggul tak menghalangnya pergi. 

Takpelah. Maisara dengan Black Eryn faham yang Miko dan Zack masih terkejut termasuk mereka yang lain.  Siapalah tak terkejut lepas tahu bini diorang tu bukan manusia en. 

_______________________________

Keesokan harinya,  selepas Roland keluar daripada rumah,  Mia Aurora masuk ke dalam bilik bacaan.  Dia termenung sendiri apabila seluruh keluarga mafia tersebut sudahpun kehilangan ingatan mengenai hal semalam.

Tak mengejutkan bagi Mia Aurora,  Zack dan Miko lupa bahawa mereka pernah berkahwin dan mempunyai isteri masing-masing.  Pendek kata,  semua orang tak ingat kehadiran kedua-dua penjaga itu.

Hal ini membuatkan Mia Aurora faham yang mereka berdua mengambil langkah yang efisien supaya tak merisaukan sesiapa.  Hanya Mia Aurora sorang saja yang ingat siapa Maisara dan Black Eryn. 

Ketika gadis tersebut ralit termenung, datang figura lain dari balkoni luar lantas mengatur langkah ke hadapan Mia Aurora.

Usai tiba, dia menghentakkan cermin mata milik adiknya di atas meja.

"Bodoh!  Kau buat apa semalam?! " jerkah si kakak kembar.

Mia Aurora tak menjawap. Dia takde mood nak bertikam lidah kali ini.

"DIA sengaja nak targetkan 02! Berani kau guna kuasa yang diberikan oleh DIA untuk sembuhkan pihak musuh!! " tengking gadis berhoodie hitam. 

"Kita nak rekrut semula mereka berempat. Jadi pehal diorang kena mati?! " Mia Aurora tak mampu lagi menahan sabar.

"Adikku, kau kena ingat asal-usul kau.  Jangan fikir diorang akan sentiasa bersama kau.  Bila-bila masa DIA boleh bunuh semua keluarga bodoh tu. Mereka hanya sekadar mafia lemah, " perlekeh dia. 

"Diam!  Kau tak layak hakimi diorang! " bengis Mia Aurora.

"Habistu kau layak? Huh! Apa yang dah jadi pada kau?  Ke mana sifat kejam kau sebelum ini?  Dah dipadamkan oleh Roland ke?  Aku memang dah agak dia akan menyusahkan kita semua, " gadis tersebut tersenyum sinis.

"Jangan kau berani libatkan dia dalam masalah ni! " tengking Mia Aurora merujuk pada Roland.

Si kakak kembar menjadi baran tiba-tiba. Dia sangat kecewa bila sang adik nampaknya sudah beralih arah. Semuanya gara-gara manusia lemah bernama Roland!

"Kau tinggikan suara pada aku?!  Aku kakak kau!  Aku selama ni orang yang sanggup pakai hoodie dan kanta mata hitam palsu bodoh ni semata-mata nak alihkan perhatian penjaga-penjaga bodoh tu!  Aku pertaruhkan nyawa aku untuk kau dan apa yang kau buat sekarang?! Khianat aku dan juga kumpulan kita!"

"Aku tak perlukan sebarang pertolongan! " herdik Mia Aurora, sebal.

"Kita hidup menyembah DIA! kau kena ingat siapa diri kau,  Mia.  Atau lebih tepat aku panggil... 03. Kau sendiri yang dah bakar markas suami kau. Kau juga yang dah hantar bahan bukti pada polis untuk masukkan Roland dalam penjara!  Kau juga yang dah banyak khianat keluarga sial tu!  Bukannya aku!  Aku sekadar dilantik menjadi pemerhati kau! Aku adalah orang yang memakai hoodie bodoh ni supaya Eryn dan Maisara percaya aku adalah kau!  Susah payah aku ciptakan cermin mata ni supaya dapat sembunyikan simbol di atas kepala kau dan kau senang-senang hilangkannya semalam! Sebab apa?!  Sebab kau nak selamatkan orang yang dah khianat kita!! "

Puas sang kakak kembar menengking, Mia Aurora bangkit berdiri lalu mata hitamnya merenung tajam pada si kakak.

Hakikat bahawa dialah dalang atas malapetaka yang pernah berlaku sebelum ini tidak mampu diterimanya.

"Jangan buat aku marah, " bengis Mia Aurora berbicara.

Sedar tak sedar aura hijaunya mulai keluar dari tubuh.  Dia betul-betul rasa bengang sampai tak mampu kawal kuasanya sekarang.

"Kau memang adik yang tak guna, " lafaz dia lalu beredar dari tempat tersebut bersama hati yang sakit.

Mia Aurora mengetap giginya menahan berang.  Kalau dia tak mampu kawal kuasa, alamatnya satu rumah ini akan hancur tak sampai seminit.

Dia cuba bertenang.  Berkali-kali dia menarik dan menghembus nafas sehinggalah kuasanya kembali masuk ke dalam tubuh. 

Sejenak,  cermin mata yang baru sahaja diberikan oleh si kakak dicapai lantas disarung pada celah-celah telinga.  Bila sahaja cermin tersebut melekat pada wajahnya, automatik simbol 03 pada atas kepala ia hilang.

Dialah Mia Aurora.  Atau lebih tepat 03.

#Terciduk!!! Hahahaha!!  Maaf. Prmulaan, readers jawap Elivia tu 03. Lepastu beralih pada kakak Mia. Salah!  Author memang nak readers anggap macam tu.

Toksah bagi alasan "Aku dah agak Mia ni 03. Hahaha,  jawapan aku tepat. " Tengkorak hang!  Kalau hang dah tukar jawapan hang pada bab-bab sebelum ni ke jawapan "Kakak Mia" atau "Elivia" baik takyah cakap erk. 

#So, sekarang ni korang dah tahu siapa Mia dan apa sebab dia tak suka cermin mata dia ditanggalkan.  Korang dah boleh susun siapa 01 sehingga 05.

SORANG JE PEMENANG KITA!!  Dia jawap betul dengan berangan.  Sape kata berangan tu salah?  Untuk capai sesuatu,  kita kena berangan. Untuk menggapai apa yang kita nak,  startlah untuk 'bermimpi'.  Bukan tidur erk.  Author sepak juga korang ni. 

Ini pemenangnya! 

NURUL SYAHIRAH. 


Orang pertama yang buat author terciduk.  Tahniah!  Nanti claim hadiah erk kat ws.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro