Bab 85

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Laju naw korang comment. Terkejut jiran kita.

#200 comments baru aku update tau. Spya hehehe aku boleh hilangkan diri lama sikit.

_______________________________

"It...itu penjaga Mia?!"

Terbeliak mata Black Eryn melihat penjaga Mia Aurora untuk kali yang pertama. Semasa 1800 tahun yang lalu, penjaga Mia Aurora bebas seperti mereka. Tapi kenapa penjaga Mia terkunci dalam loket pula dah?

Tampaknya sekarang, air muka penjaga Mia Aurora kelihatan mendung. Tubuh tuannya berada dalam dakapan seseorang.

"Tuan?" panggilnya, sebak.

"Dia nazak. Boleh tak kau sembuhkan dia?" soal Tasya, penuh pengharapan.

Tak perlu dipinta, penjaga 03 tahu tugasnya. Dengan rambut yang berterbangan ke belakang, penjaga tersebut menghentakkan kakinya di atas lantai lalu muncullah satu kuasa hijau berbentuk bulatan mengelilingi Mia Aurora dan Roland.

Apa yang baru bangkit adalah beberapa kuntum bunga dan rama-rama hijau yang sibuk berterbangan di sekeliling pasangan suami isteri tersebut.

Si penjaga memejam matanya lalu menaikkan tangan ke atas menghala Mia Aurora. Serentak itu, satu kuasa bersinar hijau meresap ke dalam tubuh perempuan tersebut.

Yang lain hanya mampu melihat dan menanti keberkesanan yang bakal berlaku. Dalam beberapa minit kemudian, si penjaga akhirnya menurunkan tangan ia semula lalu membuka mata.

Sedetik, dua detik, hening. Sehinggalah masuk saat ketiga.

"Arghhhh!!"

"Tuan!"

"Mia!!"

Mata Mia Aurora terbeliak luas manakala mulutnya ternganga menjerit penuh kejutan. Rasanya dia dah hampir mati tadi. Camne dia boleh bangkit pula ni?

"Mia!! Kau okay tak?" bimbang Roland separuh mati.

Pipi isterinya diusap penuh kasih sayang bersama pandangan yang cukup redup. Hampir saja dia kehilangan perempuan itu. Cuba bayangkan kalau Mia takde, rasanya hidup Roland dah tak seronok.

"Ma...macam mana?"

Soalan Roland dibiarkan tanpa jawapan. Ligat Mia Aurora memerhati segenap tubuhnya yang telah bersih tanpa dinodai sebarang luka. Darahnya juga sudah hilang entah ke mana.

Mesin apakah yang telah sembuhkan dia atau kuasa dari mana yang tiba-tiba selamatkan nyawanya? Dalam dunia ni, hanya Mia Aurora sorang saja yang mempunyai kuasa penyembuh. Jadi, siapa yang dah bertanggungjawap dalam hal ni?

"Tuan?" panggil si penjaga.

Mia Aurora tersentak. Suara tu. Pantas kepalanya didongakkan ke atas menghadap si penjaga.

"Alice?" Mia Aurora mengerutkan dahi bila si penjaga telah keluar daripada loketnya. Tak silap dia, dia takde pula bagi Alice keluar.

"Tuan tak apa-apa ke?" soal Alice, kerisauan.

"Hmm aku okay. Camne kau boleh keluar?" soal Mia Aurora seraya dibantu oleh Roland untuk bangkit daripada atas lantai.

"Maisara dah bantu tuan untuk bebaskan saya. Nyawa tuan dalam bahaya," tunduk Alice tanda hormat.

Mia Aurora berdehem kecil tanpa memandang pada ahli keluarga yang lain. Ingatannya teringat semula pada keselamatan para manusia yang berada di dalam khemah. Syukur diorang semua dah selamat.

"Tindakan kau pentingkan manusia tu agak mengharukan," tutur Black Eryn, dalam nada sindiran.

Ele, auta lebih je 03 ni sebenarnya. Kata tak suka dengan manusia. Acah lebih tak nak selamatkan diorang. Betullah orang kata en. Apa yang kita cakap tak sama dengan apa yang kita buat.

Malas ditegur, Mia Aurora mengorak langkah ke hadapan sekali gus meleraikan tangan Roland daripada tangannya. Kepalanya terasa pening dan dia takde mood nak bertekak buat masa sekarang.

"Maafkan saya, Tuan Roland. Tuan saya perlukan rehat," tunduk Alice lantas mengikuti langkah tuannya yang sebenar dari belakang.

Roland berjeda sebentar. Nafas dihela berat manakala pandangannya dihantar ke arah Mia Aurora sehingga kelibat perempuan itu hilang dari pandangan.

Kadangkala, Roland sendiri takde idea dengan fikiran sang isteri. Acap kali berubah. Entah apa benda yang Mia Aurora tengah fikir. Kata tak nak lindungi sesiapa, habistu asal dia sanggup belakangkan nyawa dia demi manusia kat padang golf tu?

Sementara itu pula, Mia Aurora melontarkan tubuhnya di atas katil lalu mengerdipkan matanya dalam jangka yang perlahan. Si penjaga hanya duduk di sisi tuannya.

"Tuan perlu rehat yang banyak," ujar Alice, mendatar.

"Aku tahu," balas Mia Aurora, tak bersemangat.

"Tuan, camne dengan perjanjian tuan dengan DIA? Betul ke tuan nak..."

Alica tak sanggup meneruskan ayatnya. Cuma mata ia diarahkan pada pergelangan tangan Mia Aurora yang ditandai dengan simbol cahaya kematian.

Mendengar bicara Alice membuatkan Mia Aurora bangkit daripada pembaringannya lalu atas kepala si penjaga, diusap lembut.

"Aku akan okay."

Tipu. Mia Aurora tak okay sebenarnya. Dia tahu ajalnya akan tiba. Arghh, lantaklah. Apa pun yang nak jadi, biarlah terjadi.

Bercakap pasal ajal, baru Mia Aurora teringat pasal Tengku Nurfaiza. Pompuan tu masih kat hospital ditemani oleh suaminya dan Riley.

"Alice."

"Ya, tuan?"

"Bawakan Faiza pada aku."

"Mengikut analisis, Tengku Nurfaiza ditemani..."

"Aku tahu. Bawa diorang berdua sekali tapi hantar diorang kat ruang utama. Faiza pula, biar aku yang urus," arah Mia Aurora, lalu bangkit berdiri membelakangkan Alice.

Si penjaga menganggukkan kepalanya tanda faham lantas menghilangkan diri tak sampai sesaat. Alice, makhluk tersebut sama seperti penjaga-penjaga yang lain.

Cuma Mia Aurora diberikan kelebihan oleh DIA dahulu untuk menyembunyikan keberadaan Alice dalam loketnya. Siapa saja yang mengikut arahan DIA, pasti akan diberikan ganjaran.

Dan inilah ganjaran yang Mia Aurora perolehi. Dia boleh seru Alice, penjaganya pada bila-bila masa yang dia nak. Loket yang didiami oleh Alice hanya akan berkerdip jika tuannya berada dalam zon yang bahaya.

Mujur, Alice berjaya dibebaskan sebentar tadi. Kalau Alice takde, confirm Mia Aurora dah lama mati.

"Tuan, Tengku Nurfaiza dah sampai," kejut Alice.

Mia Aurora memusingkan tubuhnya ke belakang lantas melontarkan pandangan ke arah Tengku Nurfaiza yang dah sedarkan diri tapi tak mampu bergerak. Kesian perempuan tu. Gaya dah macam lumpuh. Entah berapa tahun yang diperlukan supaya dia sembuh semula.

________________________________

"Arghhhh! Mac...macam mana a...aku dengan Riley boleh kat sini?!"

Tazaki Genji menelan air liurnya menahan ketakutan. Baru kejap tadi dia berbual dengan Tengku Nurfaiza. Tup-tup dia berada kat sini dengan Riley. Syirik!!!!

Confirm hospital tempat Qistina bekerja tu berhantu! Patutlah Tazaki Genji tak pernah tidur lena. Ada hantu kat bilik isterinya. Cis, bedebah punya hantu!!

"Ap..apa semua ni? Macam mana Riley dengan uncle boleh kat sini? Uwarghhh!! Roh kita dah dipindahkanlah uncle! Kita dah mati!!" rengek Riley kuat seraya tubuh Tazaki Genji dipeluk, sedih.

Air matanya bergenang di tubir mata. Dahlah dia banyak dosa. Uwarghh!! Adakah tempatnya di 'negara panas'?

Seluruh penghuni di dalam rumah tersebut, takyah cakaplah. Confirm terkejut beruk. Sampai ada yang terkentut sekali.

Cite punya cite, boleh pula muncul dua ekor beruk ni. Sape tak terkejut weh? Micheal Jackson pun terkejut sampai boleh bangkit balik tau.

"Ko...korang bukan kat hospital ke?" takut Zack.

Kakinya sudah lama dinaikkan ke atas sofa sambil tangannya pula erat memeluk tangan Akim. Ni confirm kes Hantu Mak Jemah!! Seram siakkk!!

"Riley pun tak tahu. Lepas satu pompuan tu datang tarik tangan Riley dengan uncle, tetiba je kitorang sampai kat sini. Uwarghhh!! Hantu tu cantik tapi mesti dia dah sedut roh kami. Eisk eisk, uncle kita dah mati!!" ngongoi Riley dengan kepala yang masih menyembam di perut Tazaki Genji.

"Takpe. At least, kita mati sama-sama," sedih Tazaki Genji.

Tak tahan dengan drama swasta tuannya, Kami segera maju ke hadapan lantas kepala Tazaki Genji diketuk kuat.

"Hah, mati kau! Sakit pula hati aku. Tah mana yang matinya?!" geram Kami.

Kalau Tazaki Genji tu dah goal, confirm Mikami Brothers takde kat bumi ni lagi. Logiklah sikit.

"Sakitlah sial! Kau pahal ketuk kepala aku?!" marah Tazaki Genji.

"Sakit en? Tu tandanya kau tak mati lagi, bangang!"

Kan dah kena maki. Sape suruh over sangat. Yakuza konon. Yakuza taik kucing adalah! Bila bunuh orang bukan kemain power lagi. Acah neraka tu dia yang raja. Ni baru sikit, dah nangis ingatkan mati. Puikk!

"Habistu, camne kitorang boleh pindah kat sini?" pelik Riley.

Buat sesaat para penjaga saling berpandangan sebentar. Riley kata ada pompuan lain yang tarik tangan dia lepastu diorang tetiba kat sini. Hanya makhluk yang ada kuasa je boleh pindah tempat. Mia ke yang buat?

"Semua orang. Dah lama tak nampak."
Hening. Mata masing-masing terbuntang luas bila mana kelibat Tengku Nurfaiza muncul di anak tangga yang terakhir bersama air mata yang berlinangan dan senyuman yang penuh kemanisan.

"Fai..Faiza?"

Tazaki Genji terkejut. Sangat-sangat terkejut gila babi. Dia tahu ini semua mimpi. Memang tak masuk akal bila dia tetiba kat sini dan Tengku Nurfaiza pula dah sembuh sepenuhnya.

Doktor sendiri dah mengesahkan bahawa isterinya akan sembuh dalam tempoh beberapa tahun atas sebab kerosakan pelbagai saraf dalamannya. Jadi, ini semua tak logik. Tak masuk akal.

"Sugar baby...is that you?"

Tengku Nurfaiza mengangguk perlahan lantas berlari memeluk tubuh suaminya. Pipi Tazaki Genji dikucup bertalu-talu bersama air matanya yang tak henti-henti mengalir di pipi.

Reaksi lelaki itu tak terduga. Kehangatan tubuh Tengku Nurfaiza seakan-akan ini bukannya mimpi. Betul ke ini bukan mimpi? Babyfik saje ke nak bagi prank tak bertamadun?

Tak lama kemudian, Mia Aurora muncul bersama Alice yang berada di belakangnya. Apabila pandangan ia bertaut dengan Roland, dia tersenyum nipis.

"Alice."

"Ya, tuan?"

"Keluarga 01 tentu akan jadi sempurna bila si kecik hadir."

Bagai faham maksud Mia Aurora, Alice mengangguk lantas menghilangkan diri. Tak sampai beberapa saat, dia kembali semula bersama si kecik, Tazaki Zulkanain.

"Mama!!"

"Nain!!"

Apa semua ni? Tazaki Genji tak mampu nak tangkap. Tak faham langsung. Okay, mungkin Tengku Nurfaiza sembuh disebabkan Mia Aurora. Tapi sape pula pompuan yang ada kat sebelah Mia Aurora sekarang?
Siap bawa Zulkanain kat sini. Apa semua ni?

"Biy tak perlu fikir apa-apa. Yang penting kita dah bersama," bisik Tengku Nurfaiza seolah-olah memahami air muka suaminya.

Tazaki Genji tersenyum pendek. Ya, yang penting diorang bersama. Dalam pada itu, Mia Aurora mencapai jari-jemari Roland lantas diraih lembut. Mereka berdua tersenyum lebar melihat keluarga mereka akhirnya sempurna. Tak terpisah lagi.

"How sweet, little sister!"

Zappp!!

Suara tu! Suara A-5!

Sepantas kilat Mia Aurora dan lain-lain menoleh ke belakang. Tampaknya A-5 datang bersama 4 lagi orang-orangnya yang berpakaian serba kot putih. Di kaki mereka, ada 6 jejaka kembar berada dalam keadaan yang sungguh... Teruk.

Mata Mia Aurora terbeliak luas. Peratus keenam-enam jejaka tersebut berada di bawah 10 peratus. Automatik tangan Mia Aurora mengepalkan buku lima.

"Triple Han!"

"Triple Ko!"

Serentak itu, Roland dan Tengku Fazril maju ke hadapan namun dihalang oleh satu kuasa dari jauh. Bukan diorang berdua je, yang lain pun merasa hal yang sama. Tentu The Master dah arahkan A-5 untuk dapatkan 03 semula.

"Ba...badan aku tak dapat nak bergerak!" ujar Roland, tersekat-sekat.
Pantas Mia Aurora menoleh ke arah kakak kandungnya dengan wajah yang penuh kemarahan. Bengang pula rasanya melihat Roland disakiti.

"Manusia tak patut masuk campur dalam hal kita, betul tak 03?" senyum si kakak.

Mia Aurora tak menjawap. Sekejap dia meleraikan jari-jemari Roland lalu pipi lelaki itu sempat dikucup sekilas.

"Awak tunggu. Saya akan okay," bisik Mia Aurora, lembut.

"Mia!" geram Roland.

Jangan pula Mia Aurora bertukar macam hari tu. Mahu diorang naya. Arghh ingat pun dan buat bulu roma rasa meremang.

Ketika Mia Aurora maju ke hadapan, tiba-tiba 4 lelaki di bawah arahan A-5 muncul di belakang Mia Aurora lalu melepaskan serangan mengejut.

Yang dihairankan sekarang, walaupun Mia Aurora mampu melihat serangan tersebut, tak sedikit pun dia berniat ingin mengelak. Cuma bibirnya menguntum senyuman sinis.

Keempat-empat lelaki itu melayangkan tendangan atas ke arah kepala Mia Aurora. Tetapi belum sempat tendangan masing-masing ingin mendarat pada kepala 03, tubuh mereka terlebih dahulu melayang sehingga terpelanting pada dinding.

Mia Aurora berdecit angkuh. Alice, si penjaganya yang kini berada di belakangnya merenung tajam pada keempat-empat lelaki yang cuba menyerang hendap Mia Aurora.

Alice takkan biarkan sesiapa pun sentuh tuannya. Tanpa arahan pun, Alice tahu apa yang perlu dia lakukan.

"Alice, kau rindu bermain?" soal Mia Aurora, penuh bermakna.

Alice faham sangat dengan maksud tuannya. Sudah lama dia terkurung dalam loket Mia Aurora selama ini. Kebanyakan masa, Mia Aurora lebih suka bergerak solo berbanding meminta pertolongan daripadanya.

"Ya, tuan."

"Pergilah bermain bersama diorang. Bila kau dah puas, kembali pada aku," arah Mia Aurora sekali gus membuatkan Alice maju ke hadapan menghadap 4 lelaki tadi.

A-5 berjeda. Jeritan-jeritan orang-orangnya dibiarkan terus berlagu di telinga. Sedikit pun dia tak tengok keadaan 4 lelaki tadi yang kini dikerjakan oleh Alice. Alice, walaupun cantik seperti tuannya, namun mereka mempunyai sifat yang sama.

Hati binatang dan tak tahu erti belas kasihan. Segala tindak-tanduk Mia Aurora akan Alice ikuti. Dan apa yang Alice tengah lakukan sekarang, adalah benda yang selalu Mia Aurora lakukan sebelum ini.

Sementara itu, Mia Aurora maju ke hadapan lalu mengangkat tangannya ke udara. Triple Han dan Triple Ko disembuhkannya dalam masa yang singkat. Tak pula dihalang oleh A-5.

Bila keenam-enam jejaka tersebut telah sembuh barulah mereka bangkit lalu menuju ke arah Tengku Fazril sekeluarga. Seiring dengan itu, mereka semua mampu menggerakkan tubuh masing-masing.

Hampir menitis air mata Putri Risha bila melihat keadaan Triple Han sebentar tadi. Laju sahaja 3 kembar itu dipeluk erat.

"Triple Han, okay tak?" bimbang Tengku Fazril.

"Okay daddy. Cuma kitorang terkejut sebab pompuan tu datang dan tetiba bantai kitorang," adu Jethan, sedikit geram.

Dahlah dia tengah tidur masa tu. Biasalah curi tulang en. Nak harapkan dia buat kerja? Jangan haraplah. Sampai ayam jantan bertukar betina pun, dia malas nak kerja. Sama macam perangai Alex.

Terpaksalah harapkan Triple Ko aje walaupun tiga kembar beruk tu pun, sama je perangai. Ke laut Antartika.

"Aku tak nak tengok muka kau kat sini. Blah!" halau Mia Aurora, dingin.

Alice pula sudah kelihatan puas mendera lelaki-lelaki tadi. Bajunya yang bersih telah kotor dengan darah 4 manusia tersebut. Puas melampiaskan nafsu buasnya, Alice kembali di sisi Mia Aurora.

Si tuan hanya tersenyum nipis bila penjaganya kembali bersama darah pekat di wajah. Alice, memang tak pernah mengecewakan dalam bab membunuh makhluk hidup.

"Kau ingat kau akan hidup bahagia bersama diorang manusia? DIA takkan pernah lepaskan kau. Kau takkan pernah bahagia, 03!" bengis A-5 berbicara.

Tanpa perasaan, Mia Aurora mengabaikan bicara A-5 lalu berpusing ke belakang. Saat itu bibirnya melakarkan senyuman sinis.

"Aku lebih rela hidup tak bahagia daripada hidup dalam kepura-puraan."

Zappp!!

Bagai halilintar yang membelah bumi, roh A-5 terasa tersentap daripada tubuhnya. Pedas sungguh kata-kata 03 sehingga membuatkan A-5 terkedu dengan mata yang terketar-ketar menahan kemarahan.

Jadi, 03 nak cakap yang dia tu hidup dalam kepalsuan selama ni? Arghh, tak guna! Ini semua tak boleh dibiarkan!

Kalau 03 tak termakan dengan hasutannya tadi, baiklah. A-5 akan gunakan cara yang kasar.

Zapppp!!

Dalam masa sesaat, A-5 berdesup pantas ke arah Tengku Zamil lantas leher lelaki itu diacu dengan mata pedangnya. Automatik, Tengku Zamil mendongakkan kepala manakala tubuhnya kaku tak bergerak.

Tinggal 1cm lagi dan mata pedang tersebut bakal selamat menusuk lehernya. Melihat nyawa Tengku Zamil berada dalam bahaya, semua orang terpaksa mengundur diri.

Demi keselamatan ketua keluarga tersebut.

"A-5!!" tengking Mia Aurora, bengang.

"03! Aku cabar kau untuk bertarung dengan aku! Kalau aku menang, kau kena ikut aku dan tinggalkan diorang. Kalau aku kalah, aku janji takkan ganggu kau buat selama-lamanya," cabar A-5 dengan darah yang membara dalam badan.

Mia Aurora menggenggam erat penumbuknya dengan mata yang terketar-ketar, kemarahan. Tak sangka A-5 berani," mengugutnya seperti ini.

Takde pilihan lain. Baiklah, cabaran tersebut diterima. Demi keselamatan Tengku Zamil walaupun Mia Aurora sendiri pernah berkata bahawa dia takkan lindungi Tengku Zamil dan Tengku Lily walaupun mereka berdua dalam bahaya.

"As you wish, A-5," sahut Mia Aurora, tak berperasaan.

"Miaaa!!"

"Tuan! Tuan kena..."

"Alice, kau boleh pergi sekarang," potong Mia Aurora, dingin.

Alice terdiam. Terpaksalah dia akur dengan arahan tuannya. Maka, Alice menundukkan kepalanya lalu hilang dan masuk semula ke dalam loket yang sentiasa melingkari pada leher Mia Aurora.

"Kita akan bertarung dalam...duel match," kata si kakak.

Para penjaga sedikit tersentak lantas memandang lama pada Mia Aurora.

"Underground and power can't be used," sambung A-5 lagi.

"Got it."

"Miaaa!!"

A-5 tersenyum puas. Dia melangkah ke arah halaman belakang diikuti Mia Aurora dari arah belakang. Tak semena-mena matanya sempat melihat Mia Aurora berkata sesuatu pada Maisara. Entah apa muslihat 03 kali ini.

"03, aku benarkan keluarga kau tengok perlawanan kita," angkuh sekali A-5 berbicara.

Mia Aurora tak membalas. Matanya melirik pada Maisara yang sedang mengarahkan agar semua berada dalam satu kelompok seraya berpegang tangan.

Walaupun pelik dengan arahan tersebut, terpaksalah diorang ikutkan aje memandangkan Maisara tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap soalan mereka.

"Duel match? Duel match tu apa?" soal Riko, kebingungan.

"Satu lawan satu. Peraturannya tak sama dengan adat dunia. Ada 3 jenis duel match untuk menentukan kekalahan. Satu, sape nyawa dia yang paling rendah sekali, dia kalah. Dua, sape mati dulu, dia kalah. Tiga, sape terkeluar daripada garisan perlawanan, dia kalah. Jenis perlawanan ada dua. Sama ada underground atau fly," terang Black Eryn, serius.

"Underground? Tak silap aku A-5 baru cakap pasal..."

"Ya, underground yang bermaksud perlawanan atas tanah. "

"Kalau macam tu, apa pula jenis penentuan kekalahan yang A-5 nak?" giliran Alex menyoal.

Belum sempat Black Eryn menjawap, Tengku Zamil terlebih dahulu memotong.

"Yang kedua. Sape nyawa dia rendah, dialah yang kalah. Bila A-5 kata nak bawa Mia balik, daddy boleh teka A-5 nakkan penentuan kekalahan jenis kedua."

"A-5 pun ada kuasa ke?"

"Takde. Dia cuma manusia biasa sama macam kita."

"The heck? Dia pun manusia. So, asal dia benci dengan spesies yang sama macam dia?" bingung Miko.

"Sebab tu arahan DIA," kata Black Eryn lantas maju ke hadapan bersama riak wajah yang ketat.

Tak lama kemudian, dia menekan sesuatu pada atas udara dan berdiri di tengah antara Mia Aurora dan A-5.

"Information call!"

"Bini aku buat apa weh?"

Banyak betul benda yang para manusia ni tak faham ye. Kesian. Nak tak nak, Maisara kena jelaskan.

"Sediakan perlawanan. Dalam 1 minit 15 saat, diorang kena turunkan nyawa antara satu sama lain," terang Maisara.

Sekali sekala anak matanya jatuh pada figura Roland yang sejak tadi berdiam diri. Jejaka dingin itu sekadar memerhati Mia Aurora tanpa mengalihkan pandangan walau sebentar.

Tentu Roland bingung dengan semua keadaan ni. Bayangkan, ketua mafia dah terjebak dengan dunia yang penuh kepelikan. Eh, takyah bayangkanlah. Dah jadi pun.

"Dah mula," bisik Tasya, perlahan.

Walaupun ingatannya tak seimbang, namun peraturan perlawanan ini seakan-akan masih terpahat di dalam benaknya.

Nampaknya, Mia Aurora dan A-5 mulai mengeluarkan pedang masing-masing. Pedang hijau gelap vs pedang silver bercahaya. Si adik dengan wajah tenangnya manakala si kakak dengan wajah angkuhnya.

Pasangan kembar tersebut mempunyai wajah yang sama tapi hidup dengan perwatakan yang berbeza. Yang sorang rambut panjang, yang sorang lagi rambut pendek.

Start!

Mula saja masa, A-5 berdesup maju ke arah Mia Aurora lalu melancarkan serangan. Namun, setiap serangan yang dilancarkannya dielak mudah oleh perempuan itu.

"Kau sedar birthday kita dah berlalu?" A-5 tersenyum sinis.

Mia Aurora tak menjawap. Setiap serangan kakaknya dielak tanpa dibalas semula. Dibiarkan saja A-5 terus-menerus melibas pedang manakala dia hanya cuma menepis menggunakan bilah pedang hijau gelapnya.

"Sebagai ganjaran aku taat bersama DIA, DIA dah anugerahkan aku satu keistimewaan. Kau nak tengok tak, 03?"

Sejenak, dahi Mia Aurora berkerut seribu. Ganjaran? Keistimewaan? Apakah?

"Kenapa Mia tak menyerang?" soal Grey tak faham dengan cara Mia Aurora berlawan.

Duk tadi mengelak lepastu tepis je. Bila dia nak serang? Kalau terus camni, confirmlah A-5 menang.

"Ini keistimewaan aku!"

Zappp!!

Mata Mia Aurora terbeliak luas diikuti sang penjaga-penjaga. Apa yang mereka lihat sekarang adalah benda yang sangat mustahil untuk A-5 miliki.

Pedang silver A-5 mempunyai kuasa yang tinggi. Ia bercahaya terang. Tapi bukan itu yang membuatkan mata Mikami Brothers terbuntang luas melainkan kuasa pedang A-5 sudah melebihi kuasa pedang Tazaki Genji, 01!

Yang menjadikan pedang A-5 lebih kuat daripada 01 sehingga 05. Dalam masa satu saat, A-5 melancarkan serangan ke arah Mia Aurora sebanyak 11 kali atau lebih tepat dipanggil 11 hit combo!

"KALAHLAH KAU!!"

Mia Aurora terundur belakang. Jadi, inilah kuasa yang tersembunyi di sebalik pedang A-5! Dalam 3 kali, Mia Aurora masih mampu menepis serangan A-5 sehinggalah masuk serangan yang keempat.

A-5 menyasarkan mata pedangnya tepat ke arah perut Mia Aurora tanpa sempat perempuan itu mengelak. Sempat bibir A-5 mengukirkan senyuman sinis bila riak wajah Mia Aurora jelas menunjukkan dia benar-benar terkejut dengan kuasa pedangnya.

"MIAAAA!!"

"ARGHHHHHHHH!!!"

Diiring dengan jeritan maha kuat, A-5 mengakhiri serangannya tepat ke arah atas tangan kiri adiknya lalu tangan perempuan itu dibelah sehingga terputus daripada tubuh.

"MIAAAA!!!"

TAK MUNGKIN. TAK MUNGKIN!!! Sebelah tangan Mia Aurora dah takde. Nyawanya hilang sebanyak 50% dan wajah perempuan itu berkeringat dengan peluh. Jujur, dia terkejut.

Serangan A-5 sangat-sangat kuat! 11 hit combo. Gila. Ini memang gila. A-5 dah kalahkan kuasa pedang Tazaki Genji yang berjumlah 10 hit combo.

"Ini hadiah yang aku dapat atas kesetiaan aku," bangga A-5.

"Mia, berhenti aku kata!!"

Roland meleraikan tangan Black Eryn untuk menghalang perlawanan tersebut daripada diteruskan. Namun, pantas sahaja tangannya diraih kembali semula Kami.

"Roland, takde sesiapa boleh masuk campur dalam pertarungan ni," kata Kami, berpengetahuan tinggi.

Roland mengetap giginya menahan sebal. Rasa tak berguna bila tak dapat tolong Mia. Arghhh!! Apa boleh buat. Dia manusia tanpa kuasa.

Tiba-tiba, entah macam mana Riley boleh melepaskan pegangan tangan Maisara lantas maju ke hadapan bagi melindungi kakak iparnya. Dengan aksi berani matinya, dia mendepakan tangan di hadapan Mia Aurora.

"Riley tak nak kehilangan Kak Mia!!"

"Riley!!" jerit mereka, serentak.

A-5 tersenyum sinis. Manusia. Terlalu banyak sangat dramanya!

"Kau tak layak berdiri kat sini tapi kau layak untuk mati!!"

A-5 berlari ke hadapan bersama mata pedang yang diayunkan ke arah Riley. Hampir saja serangan maut tersebut hinggap di kepala Riley, tiba-tiba muncul satu lagi pedang menghalang serangannya.

"Ini perlawanan antara kau dengan aku!" bengis Mia Aurora berbicara.

Seketika, Maisara berlari masuk ke dalam pertempurangan lalu tangan Riley diraih semula. Ditarik tangan gadis itu agar berkumpul semula dengan ahli keluarga yang lain.

"Kau nak aku bertarung dengan kau? Huh, aku terima!!"

A-5 kembali semula ke tempatnya tadi seraya tunak mata tajam memerhati postur badan ke arah 03. Kini, perempuan itu membuka kekudanya sambil mata pedang diacukan tepat pada sang kakak.

Dengan tangan yang berbaki satu bersama mata yang bertukar serius, cukup membuatkan A-5 tersentak dengan gaya 03. Sekejap dia tersenyum lebar. Hehe, ini barulah 03!!

"Masa tinggal 6 saat!" umum Kami tanpa dipinta.

"Nyawa Mia dalam bahaya. Kalau dia tak lancarkan serangan sekarang, dia akan kalah!" tambah si abang kembar.
5 saat!

Zapppp!!

"Aarghhhhh!! Lawan aku 03!!"

"AKU MIA!!"

Serentak itu, Mia Aurora melancarkan kuasa pedangnya yang mempunyai 8 hit combo sama seperti 02, 04 dan 05. Jangan harap dia bagi muka pada kakak kandungnya lagi. Dia nak 03 bertarung, baiklah. Ini diaaa!!!

Dengan hanya berbaki 3 saat, Mia Aurora melancarkan 8 hit combo ke arah si kakak. Tindakannya itu benar-benar membuatkan riak wajah A-5 bertukar terkejut.

7 serangan Mia Aurora dielak oleh A-5 namun masuk saja serangan terakhir, pedang silver milik perempuan itu terbuang jauh ke tepi. Apa yang lagi memeranjatkan, serangan Mia Aurora tak berakhir sampai di situ saja.

"KALAHLAH KAUUU!!"

Mata A-5 terbelalak besar. Dilihatnya 03 baru saja melayangkan penumbuk maut tepat ke arah perutnya. Akibat daripada serangan tersebut, mulut A-5 memercikkan darah merah lalu dia terbuang jauh ke belakang sehingga mendarat di atas tanah beberapa meter daripada keberadaan Mia.

Time's up!!

Hening. Bagaikan mimpi. Mia Aurora dah menang. Si kakak telah berjaya ditumpaskan. Mia Aurora dah menang!!

"Kak Mia dah menang!!"  sorak Xendra sambil memeluk tubuh Riley.

Dalam pada itu, mata Riley beralih ke arah Roland yang baru melepaskan keluhan lega. Bini dia dah menang weh.

"Uhukk! Uhukkk!! Kau...kau ingat kau dah menang?"

Keadaan kembali tegang. Semua mata kini mendarat pada A-5 yang berdiri sambil menaikkan tangannya ke tepi bagi mendapatkan pedang silvernya semula.

Bila saja pedang tersebut terbang ke arah tangannya, A-5 menguntumkan senyuman penuh bermakna. Tingkahnya sedikit sebanyak membuatkan Mia Aurora berasa curiga.

"Aku dan kau dilahirkan pada tarikh yang sama, 03. Kau dah lupa? Hehe. Setiap kali hari jadi kita tiba, DIA akan anugerahkan kita dengan kuasa yang baru. Aku baru saja diberi kuasa pedang. Dan DIA juga dah anugerahkan kau kuasa baru iaitu racun kematian pada pedang kau. Tapi kau khianat dia! Sebab tu kuasa racun kematian tu ada pada pedang aku sekarang!!"

Mia Aurora tersentak. Ini bermaksud..

Tiba-tiba beberapa buah helikopter muncul entah dari mana lalu pantas saja menurunkan tali tangga. Petugas-petugas yang berpakaian serba putih mula turun memenuhi kawasan halaman belakang rumah Tengku Zamil.

"Kau dah terkena, 03," sengih A-5, seram.

"Subjek 03 dikenalpasti. Tangkap dia!!" arah si ketua petugas.

Mia Aurora berpatah balik ingin mendapatkan ahli keluarganya. Namun, semuanya sudah terlambat apabila racun kematian yang dikatakan oleh A-5 telah merangsang seluruh saraf tubuhnya sehingga membuatkan dia jatuh melutut dan kemudian terlantar kesakitan di atas tanah.

"MIAAAA!!"

Mia Aurora menggelengkan kepala bila Roland ingin datang mendekat. Para petugas DIA sudah datang. Dengan riak wajah yang hampir menangis, Mia Aurora mengalihkan pandangan ke arah Maisara.

"Lari!"

Maisara mengigit bibir tanda faham. Sebelum perlawanan tadi, Mia Aurora dah awal-awal bagi amaran dengan dia tentang kemungkinan muslihat jahat A-5. Sebab tu juga, Maisara arahkan semua orang supaya berpegangan tangan.

Tujuannya cuma satu. Maisara diarahkan oleh Mia Aurora untuk membawa seluruh ahli keluarga mafia tersebut ke tempat yang selamat andai dirinya ditimpa musibah.

Dan ya, ia berlaku. Sekarang.

"MIAAAAA!!"

Roland berusaha ingin mendapatkan isterinya semula. Tetapi tubuh sasanya pula dipeluk kuat oleh Mika. Perkara kali terakhir yang Roland mampu lihat adalah senyuman nipis isterinya. Dan selepas itu, semuanya bertukar gelap.

Sunyi. Roland jatuh melutut di atas tanah bila seluruh tempat bertukar menjadi sebuah tempat yang asing. Dia tak tahu tempat ni. Dia cuma nak balik ke tempatnya semula dan dapatkan Mia Aurora semula.

"Bawa aku balik!! Aku kena selamatkan Mia!! Aku kena selamatkan dia!!" desak Roland seraya kolar Mika dicengkam kasar.

Hilang segala rasa hormatnya pada lelaki itu.

"Roland, bertenang. Kitorang janji kitorang akan bawa balik Mia," halang Kami sambil tubuh Roland ditahan.

Maisara yang melihat situasi tersebut berasa simpati pada Roland. Sedar tak sedap, bibirnya diketap kuat manakala tangannya mengepal buku lima.

"Kau puas? Kau puas dengan semua ni?" ujarnya merujuk pada seseorang.

"Kau cakap apa ni, Mai? Kau tak nampak ke Roland..."

Tak sempat Black Eryn menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba saja suara Maisara naik seoktaf.

"AKU TANYA KAU PUAS KE TAK?! KAU INGAT MIA TAK SEDAR APA YANG KAU DAH BUAT?! Aku tak sangka kau bijak dalam lakonan. Kau sanggup khianat ahli keluarga kau sendiri. Ini yang kau nakkan?!" tengking Maisara tanpa menyebut nama si pelaku.

"Peng...pengkhianat?!" terkejut mereka semua.

"Sape Mai?! Sape yang dah khianat kita?!" sebal Tengku Fazril. Tak sangka ada duri dalam daging.

"Mia bagitau aku dia dan Faiza diculik bukanlah satu perkara yang kebetulan. Dalam diam-diam kau berhubung dengan DIA! Kau hantar makhluk lain culik Mia dengan Faiza. Betul tak....02 atau lebih tepat aku panggil Anneliese?" sinis Maisara memberikan hujah dengan mata yang membara kemarahan.

"Liese?" terkejut Tengku Haikal.

Tak mungkin. Anneliese bengap orangnya. Dia normal. Dia tak sama macam Mia. Dia...Dia...

"Apa benda yang kau merepek ni Mai?" tanya Anneliese janggal dengan tawa kecilnya.

Maisara tak mampu bersabar lagi. Pedang merah terangnya ditarik dari dalam sarung lantas dia berdesup lari ke arah Anneliese. Ketika serangannya tiba di wajah perempuan itu, tiba-tiba ada satu kuasa asing bewarna ungu gelap menghalang serangannya.

Dah agak! Maisara berputar semula ke belakang lalu memasukkan  semula pedangnya ke dalam sarung. Jelas riak wajah Tengku Haikal bertukar terkejut. Mungkin tak sangka isterinya dah bertukar jahat.

"Liese... Sejak bila...sejak bila kau dapat memori kau ?" soal Tasya terketar-ketar, tak percaya.

Ingatkan dia aje yang dah dapat. Rupanya...Anneliese pun sama.

Anneliese tak memberikan apa-apa jawapan. Dibiarkan mereka semua tergamam melihatnya.

"Kau penyebab Faiza koma?!"

Tajam bebola mata Tazaki Genji mencerlung ke arah Anneliese.

"Huh, ya memang aku yang buat. Tak sangka. 03 dah tahu pasal aku. HAHAHAHAHA! Tapi aku tak kesahh!! Aku puas!! Aku 02 dan aku akan berada di tempat aku yang selayaknya!" ucap Anneliese, angkuh.

Tak lama kemudian, sang penjaga  muncul di sebelahnya dengan gigi yang menyeringai tajam. Anneliese melakarkan senyuman lebar bersama tangan yang ditunjukkan tepat ke arah mereka sekeluarga.

"Penjagaku, Luciana! Hancurkan diorang semua!"

Selepas memberikan arahan, Anneliese berpusing ke belakang lalu hilang dalam sekelip mata. Seperti yang baru sahaja dikatakan tadi, dia akan berada dia mana selayaknya yang dia patut berada. Dan tempat itu adalah di sisi DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA.

#Korang comment laju je en? Nah, ambik ni. Aku dah taip sebanyak 4670 patah perkataan. Siap lebih lagi.

#Comment mencecah 200 baru aku update ye. (Supaya boleh lma sikit aku hilangkan diri. Muahahaha!!)

#Tak sangka Anneliese jadi pengkhianatkan. Auto terciduk. Memang ada yang tak kena dengan Liese tapi tak tahu pula dia boleh jadi pengkhianat. Sape fikir camtu?




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro