Bab 86

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Comment and vote.
#Abaikan segala typo aku tau sebab aku taip benda ni panjang sepanjang cintaku padamu.

*****************************

"Ke tepi. Biar kitorang urus penjaga 02," dingin Mikami Brothers berbicara lalu maju ke hadapan melindungi keluarga besar tersebut.

Tetapi lain pula yang terjadi. Penjaga 02 yang diberi nama Luciana tiba-tiba berpusing dalam sekelip mata lalu mengubah dirinya ke bentuk yang ASAL.

Ryan dan Grey ternganga luas. Kalau tadi Ryan rasa takjub melihat penjaga Mia Aurora, kali ini giliran Grey pula. Penjaga Anneliese nampak sangat...cantik. Sebijik macam tuan dia.

Seksi dan wow gitu. Iman mana iman? Dalam diam-diam, Grey menelan air liurnya lalu memandang ke arah lain.

"Luciana?" panggil Black Eryn.

Dia menepuk bahu Mikami Brothers sebagai tanda agar kembar seiras itu jangan melancarkan serangan dahulu.

"Apa yang korang fikir tak sama apa yang dah jadi. Otak tuan aku dah dimanipulasikan beberapa minggu yang lalu. Ia menyebabkan keadaan dia hampir sama seperti 05. Tak seimbang. Kesempatan ini diambil oleh DIA untuk hasut fikiran tuan aku," lapor Luciana tanpa perasaan.

Sang penjaga saling berpandangan serius. Patutlah Anneliese pendiam semenjak ni. Lepastu bila cite pasal benda-benda pelik, dia okay je. Nampak gaya, macam faham.

"Tapi kau nak serang kitorang kan? Tu arahan tuan kau. Kau tak boleh langgar," agak Mika, tak nak berkias-kias.

"Aku takkan serang korang. Dia memang tuan aku. Apa yang dia arahkan, harus aku ikut. Tapi aku tahu hati tuan aku macam mana. Dia takkan benarkan sesiapa sakiti korang terutama Tuan Aden berserta anak kandungnya, Adelaide Ayla," jawap si penjaga lantas mengorak langkah ke arah seorang budak kecik yang sejak tadi memeluk tubuh ayahnya.

Luciana tersenyum nipis menyentuh pipi Adelaide. Terasa anak kecik itu menahan rasa takutnya dengan bersembunyi di sebalik pelukan Tengku Haikal.

"It's okay, sweetie. Dia tak jahat," bisik Tengku Haikal, menahan sebak.

Adelaide Ayla memusingkan kepalanya sedikit menghala Luciana. Riak wajahnya mendung memikirkan sesuatu.

"Akak nampak tak mama saya?" soalnya, polos.

Luciana mengangguk kemas lalu duduk mencangkung untuk menyamai kedudukan si kecik, Ayla.

"Jangan risau. Aku akan jaga mama kau walau apapun yang terjadi."

Luciana mengusap atas kepala Adelaide Ayla dengan senyuman yang paling manis sekali. Dia tahu tuannya sungguh sayang sekali pada si kecik ini. Mana mungkin Luciana ingin jadi punca penyesalan 02 suatu hari nanti.

"Aku kena pergi. Aku janji akan sentiasa buka komunikasi antara kita penjaga supaya korang boleh nampak lokasi tuan aku. Sebelum tu..."

Luciana sengaja tidak meneruskan ayatnya. Dia menarik tangan Tengku Haikal lantas tangan lelaki tersebut dihiris dengan kuku tajamnya sehingga mengalir darah pekat.

Yang lain sudah terkejut beruk. Nasib takde yang terkentut terberak sekali. Kata tak nak serang, apa ni? Apa barang main hiris-hiris tangan orang?

"Aku perlukan darah untuk buktikan pada tuan aku bahawa aku dah lakukan apa yang dia baru arahkan sebentar tadi," ujar Luciana seolah-olah tahu tindakannya menimbulkan pelbagai spekulasi mereka semua.

Maisara menarik nafas lega. Tak lama kemudian, dia melihat Luciana mendongakkan kepala menghadap dada langit lalu hilang dalam sekelip mata.

Ugh, mujur Luciana tu bijak makhluknya. Takdelah benda yang diorang harus pertaruhkan lagi-lagi ditambahkan dengan kehadiran anak-anak yang lain.

"Jadi, kita boleh tahu lokasi Anneliese?" bimbang Tengku Haikal.

"Ikut kata Luciana, ya," balas Mika.

Dalam pada itu, tiba-tiba Grey mengusap belakang tengkuknya lalu melemparkan sebuah soalan tak guna.

"Erhh... Nak tanya sikit. Luciana tu single ke?"

Krikkk krikkk.. Burung berterbangan. Gajah terlepas. Ex kau minta getback.

Sedar semua mata memandang ke arahnya dengan pandangan dingin, Grey cepat-cepat membela diri.

"Apa? Aku tanya je," rengus dia.

"Kau tanya soalan yang pelik-pelik doh," komen Ryan, selamba.

"Habistu, kau ingat aku tak tahu kau duk pandang Alice dengan bijik mata kau yang hampir nak terkeluar tu?" sindir Grey, perlahan.

Ryan tersentak. Alamak kantoi. Arghh!! Lantaklah. Bukan luak manapun. Takkan pandang pun salah?

Pandang tu tak salah weh. Tapi kau duk tenung dia macam orang sakai!

"Hari dah hampir malam. Kita kena balik sekarang," tutur Maisara, masuk akal.

"Tunggu! Kita takkan balik kat rumah ke?" Ciko tertanya-tanya.

"Tak. Tempat tu bahaya sekarang."

"Mia pula camne?" soal Roland, dingin.

Black Eryn terdiam. Kakinya tiba-tiba bergerak ke hadapan mencari tempat tinggalnya bersama Maisara. Soalan Roland, serius agak sukar dijawap. Dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Kang guna bahasa Pluto, Roland tak faham pula.

"Mia camne?!"

Yang lain tersentak. Segera mata masing-masing dialihkan ke arah Roland yang berubah jadi garang.

"Along..." si ayah menepuk bahu anaknya.

"Dahlah, daddy! Along boleh terima semua benda pelik ni tapi bukan kehilangan Mia! Along suami dia! Along yang kena protect dia. Bukan dia yang protect kita!" luah Roland, tak puas hati.

Automatik kepala semua tertunduk, sedih. Entah apa nak jadi dengan keluarga mafia diorang. Dulu membunuh sekarang dah termasuk dengan dunia yang tak masuk akal langsung!

Belum sempat satu kata disuarakan, tiba-tiba kedengaran suara lain menyampuk dan mendekati mereka sekeluarga. Seiring itu, satu kumpulan besar mengelilingi mereka semua bersama riak wajah yang dingin.

"Wahai penjaga-penjaga! Apa tujuan kau bawa manusia ke mari?!" tengking si ketua kawasan.

Para penjaga saling berpandangan lantas menghela nafas masing-masing.

"Kitorang datang dengan satu tujuan. Hanya nak menginap beberapa hari," kata Kami, mendatar.

"Menginap? Korang ingat ni hotel ke? Kau tak sedar diorang ni manusia? Manusia membahayakan nyawa kita! Demensi kita!" jerit salah satu makhluk yang berbadan separa kuda.

Reaksi diorang takyah bincanglah. Hampir pitam Triple Ko tengok makhluk pelik ni. Ingatkan dongeng je. Dahlah pandai bercakap. Uwarghh!! Scary doh.

"Aku tahu! Tapi diorang takde niat jahat nak serang kita semua!" tambah Kami.

"Huh! Kau yakin ke? Kalau kau tak sedar, mari aku sedarkan. Makhluk yang kau bawa tu para pembunuh yang dah bunuh keturunan kita semua! 01, 04 dan 05 diorang dah bunuh ahli keluarga aku dulu! Dan kau berani kata diorang tu takde niat jahat?!" marah ahli lain.

Tazaki Genji dan Putri Risha kurang faham memandangkan diorang masih tak tahu diri mereka yang sebenar. Cuma Tasya tertunduk kesal. Teringat sikap kejamnya dahulu.

"Kau nak ungkit hal yang dah berlalu?" geram Black Eryn.

"Kau takde dengan kitorang, penjaga 05! Kau nak bahayakan nyawa kitorang semua dengan kepulangan diorang semua! Ramalan kebangkitan mereka dah termaktub dalam kitab kebenaran. Sepatutnya kita lebih berwaspada dan cari cara untuk hapuskan semua pembunuh ni!"

"Kitorang takkan pernah maafkan apa yang diorang dah buat. Kau nak kitorang terima mereka walhal mereka adalah makhluk yang menitiskan darah ahli keluarga kami dahulu?" sungguh makhluk-makhluk tersebut tak percaya.

"Ikutkan hati, kitorang tak nak terima kehadiran korang sebagai penjaga memandangkan korang pun sama saja perangai dengan tuan korang masing-masing!"

"Bunuh saja mereka!"

"Bunuh! Bunuh!! Bunuhh!!"

"Pembunuh tak boleh hidup! Mereka harus mati!! Matii!! Mati!!"

Tasya tak tahan lagi. Dia tahu, dia jahat. Tangan ni dah rampas beratus nyawa yang tak bersalah. Kecik, besar semua jadi mangsanya.

Sesaat dua saat, dia maju ke hadapan sedikit jauh daripada kumpulan keluarganya. Tak lama kemudian, dia mengangkat tangannya lalu mengeluarkan satu kuasa biru gelap.

"Aku pasti kau adalah ketua kawasan. Kalau aku dapat buktikan yang kitorang ni tak berbahaya sama seperti dahulu, boleh tak kau bagi kitorang peluang untuk tinggal kat sini?" pinta Tasya, berani mati.

Tindakannya membuatkan yang lain tergamam. Tak percaya langsung Tasya seberani ini.

Buat seketika, si ketua kawasan yang mempunyai badan yang sado, menghela nafas. Fikir punya fikir, akhirnya dia bersetuju.

"Baiklah."

"Ketuaaa!!"

"Diam!! Andai kamu semua membunuh mereka, apakah beza kita dengan mereka dahulu? Kita bukan pembunuh! Kita makhluk yang mempunyai akal yang tinggi. Sejak bila kamu semua berfikiran cetek?!!" marah si ketua kawasan.

Lantas semua tertunduk kesal. Kalau itu yang si ketua nak, takde lagi sebarang kata yang diorang boleh ungkapkan.

"Tunjukkan kebaikan engkau, 05," arah si ketua, mendatar.

Tasya menarik nafas sebentar. Tak lama kemudian, kuasanya berubah menjadi satu aura yang berpusing-pusing di atas udara lalu menunjukkan satu bayangan.

"Ini adalah memori aku! Memori aku sepanjang menjadi insan biasa! Aku juga ada keluarga sendiri. Anak sendiri. Dan aku bukanlah 05 sama macam dulu!"

Tasya melontarkan suaranya dengan gaya yang sungguh berani lagak pahlawan. Bila kuasanya memainkan memori selama ia hidup, pelbagai makhluk yang berbisik sesama sendiri.

Tak percaya bahawa 05 hidup sama seperti mereka. Berkahwin, bercinta, bersalin dan mempunyai anak sama seperti mereka. Jauh sangat dengan pendirian 05 dahulu.

"Memang benar aku adalah makhluk! Tapi korang lupa pada satu benda. 30 peratus tubuh aku separa makhluk sama macam korang. Lagi 70% aku adalah MANUSIA! Hukum dunia kita melarang makhluk bercinta dengan manusia biasa. Tapi aku adalah manusia sama seperti mereka!" tegas Tasya.

Dan saat itu Miko tersentak. Hukum dunia melarang makhluk bercinta dengan manusia? Jadi Maisara dah langgar hukum ke? Diam-diam anak mata Miko terarah pada si isteri.

Selesai saja Tasya berbicara, si ketua kawasan memandang lama pada dia. Sedetik dua detik, akhirnya lelaki berbadan berketul-ketul itu menganggukkan kepalanya tanda mengizinkan.

"Baiklah. Aku benarkan kamu semua tinggal di sini untuk beberapa hari. Aku akan segera halau kamu semua jika sebarang onar berlaku. Faham?" tegas si ketua.

Tasya tersenyum lebar. Dia segera menganggukkan kepalanya tanda bersyukur. Nampaknya, setengah penduduk lain ada yang tak puas hati.

Masing-masing mula beredar dengan pelbagai andaian yang berbeza. Tak percaya yang diorang dah berubah baik.

"Wahh, aku sendiri tak caya bini aku dah jadi baik," komen Alex selamba sehingga membuatkan semua ahli keluarga memandangnya dengan renungan tajam.

Gaya nak kena halau je. Lempang kang.

"Kau ni tak reti bersyukurlah. Kalau diorang dengar, dengan kita sekali kena halau," geram Akim.

"Aku cakap benda yang betul apa. Tasya selalu buli aku tau. Tah mana yang baiknya?" sungut Alex.

Ala, tu bukan jahat cik abang oi. Tu gaduh manja-manja. Sape suruh kau biarkan dia buli kau.

Eh, eh kita orang laki. Biarlah pompuan buli kita. Baru ada stingg. Tiber.

__________________________________

Sehari kemudian...

Tazaki Genji membuka matanya. Langit hitam yang disinari dengan butir-butir bintang membuatkan dia alpa dengan keindahan dunia. Tapi bukan itu yang ada di fikirannya melainkan sesuatu.

Sesuatu yang membuatkan dia tertanya-tanya. Sejak dia memijak tanah dimensi ini, dia merasakan aura yang amat asing sekali.

Rasanya dia pernah datang ke sini tapi entah bila. Mimpi, dejavu atau lebih tepat memori? Arghh, kusut siakk!

Asal tempat ni dia pernah nampak weh?

"Cantikkan bintang kat atas tu," tegur seseorang sehingga membuatkan Tazaki Genji terkejut kecil.

Kelihatan Putri Risha datang merapatinya dengan senyuman yang pendek.

"Mungkin," balas Tazaki Genji, acuh tak acuh.

Buat seketika, kedua-dua mereka menguncikan bibir. Takde kata atau ayat yang sesuai untuk menggambarkan perasaan masing-masing.

"Aku rasa aku pernah pergi tempat ni," luah Putri Risha tanpa amaran.

Tazaki Genji tersentak. Risha pun rasa apa yang dia rasa? Mustahil!

"Mungkin perasaan aku je," janggal Putri Risha lalu melepaskan nafas berat.

Kat tempat ni, best doh. Taklah sejuk sangat bila malam menjelma. Kanak-kanak bebas ke hulur hilir tak sama macam dimensi manusia yang sebenar.

Putri Risha ingin berura-ura pergi. Puas menatap bintang di langit walaupun tak memakan masa sehingga 5 minit.

"Risha, jap!"

Pergelangan Putri Risha ditahan. Namun, saat sentuhan tersebut berlaku , ada bayangan lain yang menyerang fikiran Tazaki Genji sehingga mata lelaki itu bertukar hitam sekali gus dia jatuh melutut di atas tanah.

"Aku tanya mana 04?!"

"Bonda!! Tak mungkin 03 (Mia Aurora) tahu keberadaan 04 (Putri Risha). Dia tak bersalah, bonda. Lepaskan dia!" halang 01 (Tazaki Genji), kurang senang dengan tindakan DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA.

"Aku takkan tanya pada benda yang aku tak tahu!! " jerkah DIA.

Tanpa belas kasihan, tubuh 03 dipijak kuat sehingga gadis itu menjerit kesakitan. Sakitnya sungguh tak terperi sekali.

"Bondaaa!!" ucap 01, 02 (Anneliese) dan 05 (Tasya) serentak.

Walaupun gadis itu menjerit kesakitan, namun mulutnya masih tak mengatakan sebarang kebenaran yang ingin diketahui oleh DIA.

Sedar tak sedar, tangan 01 mengepalkan penumbuk maut. Dia mengetap kuat giginya menahan kemarahan. Sakit hatinya melihat 03 diseksa di hadapan matanya sendiri. (The Last Survivor).

"Arghhhhh!!"

"Tazaki!! Kau okay tak?!" panik Putri Risha.

Seluruh penghuni yang berada di situ mulai menghentikan kerja masing-masing. Diikuti dengan Tengku Fazril, seluruh ahli keluarga mafia tersebut keluar daripada rumah lantas menuju ke arah mereka berdua.

"Genji, kau okay tak?"

"Asal dengan kau ni, bro?"

"Biy?"

Mata Tazaki Genji bertukar hitam. Atas beberapa sebab, tangan Putri Risha ditarik rapat ke dadanya lalu dua pasang mata itu saling bertatapan lama.

Putri Risha terkedu. Seluruh badannya mengigil melihat anak mata Tazaki Genji yang sungguh menakutkan. Hitam seakan-akan takde lagi kebahagiaan di dalam hidup lelaki itu.

"Kau pergi mana? 1800 tahun lalu kau pergi mana?!"

Putri Risha ingin menangis. Pertama kali dia melihat Tazaki Genji sekasar ini. Pergelangan tangannya turut dicengkam kuat.

"Le..lepas...sakit..."

"Tazakii!!"

Tengku Fazril menolak kasar tubuh Tazaki Genji daripada terus merapati isterinya. Bila semua dah berdiri, barulah tubuh Putri Risha ditarik ke dalam pelukannya. Dapat Tengku Fazril rasakan ketakutan pada tubuh si isteri.

"Apa yang kau dah buat dengan Risha?!" garang Tengku Fazril, bertanya.

"Along! Siasat dulu sebelum nak marah orang!" bela Tengku Nurfaiza pada nasib si suami.

Tazaki Genji memegang kepalanya. Berdenyut-denyut dengan gelora kesakitan! Walaupun bayangan tu dah hilang, sakit tu masih ada.

"Bro, kau tak apa-apa ke?" risau Mikami Brothers.

Entah bala apa pula yang datang kali ni.

"Ak...aku...aku..."

"It's okay. Calm down, hubby," bisik Tengku Nurfaiza.

Dia tahu keadaan suaminya. Sebelum diorang ditimpa hal macam ni pun, Tengku Nurfaiza dah acap kali tengok perubahan Tazaki Genji. Jadi, takde benda yang dia nak hairankan lagi.

"It hurts me," aduh Tazaki Genji sejurus kepalanya dilentokkan pada bahu Tengku Nurfaiza.

"I know."

Tengku Nurfaiza mengusap lembut kepala suaminya lalu menarik tangan Tazaki Genji menuju ke dalam rumah. Sempat dia melirik pada Putri Risha yang bersembunyi di dalam pelukan Tengku Fazril.

Sekarang barulah dia tertanya-tanya. Apakah hubungan Putri Risha dengan Tazaki Genji selain pernah menjadi murid di bawah naungan The King suatu ketika dahulu? Nampak dari gaya, diorang berdua ada hubungan lain.

Di suatu sudut, si ketua kawasan masih setia memandang kejadian yang baru berlaku. Bila si isteri datang menyapa, barulah lelaki tersebut mengalihkan pandangan.

"Diorang tu betul-betul dah berubah kan?" senyum si isteri.

"Hmmm."
___________________________________

Dua hari berlalu...

"Apa ni?"

Mia Aurora tertawa kecil bila pergelangan tangannya dipasang dengan seutas gelang tangan berhiaskan buah-buah permata hijau gelap. Okay serius, dia tak pernah bagitau Roland yang dia suka warna hijau gelap.

Tiap kali Roland nak bagi hadiah, mesti warna tu dipilihnya. Tahu-tahu je Roland ni erk.

"Awak dah banyak kali belikan saya hadiah. Tapi saya tak per..."

"Shhh."

Roland tidak tersenyum. Reaksinya kekal tenang manakala tangannya dinaikkan pada pipi si isteri.

"Aku nak kau tahu. Kebahagiaan tu akan sentiasa ada bila kau cari," bisik Roland romantis lantas bibir Mia Aurora dihadiahkan kucupan sekilas.

"Awak kebahagiaan saya," comel saja Mia Aurora berbicara.

Dia memeluk tubuh Roland lalu mendaratkan kepalanya pada dada bidang lelaki itu. Hmm wangi.

"Aku janji akan lindungi kau. Mungkin bukan sekarang. Tapi suatu hari nanti," bisik Roland, lagi.

Dan sekarang Roland hanya mampu mengeluh berat. Memorinya bersama Mia Aurora dahulu terpalit semula di dalam benak fikiran ia. Dia dah janji nak lindungi Mia.

Tapi dia perlukan masa. Masa yang sangat-sangat panjang. Penumbuk dikepalkan. Terasa diri ini tidak berguna bila matanya hanya mampu melihat sang isteri dibawa pergi dengan keadaan tangan terputus.

Mia dah jadi cacat. Arghh, sape kesah! Yang menjadi masalahnya sekarang Mia dalam bahaya!

"Roland," panggil seseorang, lembut.

"Hmmm?" Roland berpusing ke belakang.

"Aunty tahu Roland tengah bingung fikirkan Mia. Aunty faham sangat. Sebab tu apa yang aunty rasakan pada Tazaki," luah Tengku Nurfaiza tanpa dipinta.

Roland tidak menjawap. Dia melentokkan kepalanya pada bahu Tengku Nurfaiza tanpa sebarang perasaan. Baguslah kalau ada yang faham dia juga. Taklah dia lonely sangat.

"Yang penting kita bersama," Tengku Nurfaiza memberikan semangat seraya belakang anak buahnya diusap lembut.

Dalam pada itu, tiba-tiba saja Mika berlari ke tengah ruangan lantas menjerit kuat sehingga menyebabkan semua orang maju ke ruang utama. Ada benda penting gamaknya.

"Aku dah dapat lokasi Mia! Penjaga 02 dan inform aku!"

"Kat mana?!"

"Information call!" seru Mika.

Lantas sebuah helogram muncul di atas udara. Bila saja helogram tersebut menunjukkan kejadian yang sedang berlaku di sana, mata para keluarga itu terbuntang luas.

Tubuh Mia Aurora kini diikat dengan rantai besi putih dan dia sedang berdiri di atas batu yang berukuran beberapa meter. Panjangnya seakan-akan hampir sama dengan papan terjun.

"Tempat apa ni?" terkejut Riley.

Maisara melihat sekeliling. Para makhluk dan manusia berpakaian serba putih mengelilingi kawasan tersebut dan jauh dibawah Mia Aurora adalah larva yang sangat panas.

Tak boleh dinafikan lagi, diorang berada kat dalam gunung berapi!! Di mana tujuan si pelaku cuma satu. Mengorbankan nyawa insan yang dia nak untuk menguatkan kuasanya.

"Tak guna! Diorang nak bunuh Mia!" bengang Kami.

"Bunuh?!"

"Betul. Api yang berada kat bawah Mia dipanggil Api Pengorbanan Nyawa. Bukan gunung berapi biasa-biasa," sambung Maisara.

"Tapi api ni cuma berfungsi jika si mangsa sendiri dah berikan roh dia pada si tuan!" cantas Black Eryn.

"Mia tak pernah berikan roh dia pada sesiapa," fikir Maisara, teliti. Dia sendiri buntu memikirkan jawapan.

Tiba-tiba ada satu suara yang menyampuk sekali gus meleraikan cerita yang sebenar.

"Tu tak betul. Aku takkan terlepas dari diorang kalau tak disebabkan Mia. Aku hampir mati dan Mia selamatkan aku. Dengan syarat roh dia jadi galang gantinya," ingat Tengku Nurfaiza.

Tengku Lily tersentak. Jadi, Mia Aurora selamatkan nyawa anaknya? Dan korbankan nyawa dia sendiri? Arghh!! Asal Mia tak cakap je perkara yang sebenar?!

"Along nak selamatkan dia! Along tetap akan selamatkan isteri along!" tegas Roland.

"Tapi..."

"Takde sesiapa yang boleh halang! Along dah janji dengan dia, daddy! Along kena sentiasa ada untuk dia!" garang Roland berbicara.

Tatkala itu, helogram tersebut menunjukkan kelibat seseorang menghampiri Mia Aurora yang tertunduk tanpa perasaan.

Bila wajah insan tersebut kelihatan, mereka semua terkejut bukan kepalang. Apatah lagi Tengku Haikal.

"Dah bersedia, 03?" tegur Anneliese seraya dagu Mia Aurora ditongkat dengan lemah-gemalai.

"Apa yang kau dah buat, Liese? Apa yang kau fikir sampai nak khianat diorang?" mendatar Mia Aurora bertanya.

Anneliese mencebik jelek. Memang tak fun langsung 03 sekarang!

"Aku tak khianat diorang. Aku cuma berbalik dengan diri aku yang sebenar," angkuh Anneliese berbicara.

"Sebenar? Kau dah dimanipulasikan, Liese!"

"Aku 02!" pintas Anneliese sambil rahang Mia Aurora dicengkam, kuat dan kasar.

"Lagi sekali kau panggil nama tu, aku betul-betul bunuh kau dengan tangan aku sendiri!" bengis Anneliese lalu kepala 03 diteleng kasar ke tepi.

"Well, I don't have any time for this. Let's party!" bisik Anneliese sinis lalu dia terbahak-bahak diikuti tawa jahat dari orang-orangnya.

Mia Aurora tak dapat berbuat apa-apa dengan keadaan yang diikat oleh rantai besi. Lagi pula rantai ni membuatkan dia berasa lemah. Kuasanya sama sekali dilumpuhkan.

Dengan pandangan redup, figura Anneliese yang membelakangnya dipandang dengan riak kurang percaya. Ya, dia tahu Anneliese dari awal dah khianat diorang semua.

Tapi tak sangka pula Anneliese berubah teruk macam ni. Huh, kata pasal 02 walhal, diri dia sendiri pun sama. Teringat waktu dirinya cuba membunuh Tasya dahulu. Takde beza pun sebenarnya.

Anneliese dahulu sangat lain dengan Anneliese sekarang. Eh, salah. 02. Anneliese yang dikenali oleh Mia Aurora sangat menjaga pemakaian dan sopannya. Tapi bukan 02.

02 tampak seksi berpakaian skirt pendek atas paha dipadankan baju singkat menampakkan pusatnya. Ala-ala kpop idol yang menari di atas pentas.

Nampak sangat Anneliese dah lupa siapa dirinya yang sebenar. Dahlah biarkan bahu terdedah lepastu baju ketat pula tu. Kalau Tengku Haikal ada kat sini, dah lama Anneliese kena jerit.

Tengah cakap pasal Anneliese, tiba-tiba datang pula lagi satu ekor orang terkuat DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. The Master. Lelaki itu berjalan melintasi Anneliese lalu mara menghadap Mia Aurora.

"Pesta dah bermula!!" laung Anneliese disambuti sorakan para pengikut DIA.

The Master mengangkat tangannya ke udara menyeru sesuatu dari muka bumi. Acara korban diadakan atas arahan DIA. Seperti yang sudah dijanjikan, Mia Aurora telah terikat dengan kata-katanya sendiri.

"Ambik roh aku sebagai galang gantinya,"

Mia Aurora tertunduk. Seutas gelang hijau berbuahkan hijau gelap dipandang sayu. Pemberian Roland yang terakhir sebelum ajalnya berakhir di sini.

Baiklah. Ini penamatnya. Kematian 03 yang paling tragis sekali.

The Master pula tampak memulakan upacara pengorbanan. Suaranya dikeluarkan sehingga bergema di seluruh puncak gunung berapi tersebut.

"Yang tanah, kembali ke tanah. Yang atas, kembali ke atas. Yang hidup, kekal hidup dan yang mati, harus mati!"

Api larva menggelegak kecil! Umpama tak sabar menunggu korban yang baharu. Kali ini sang larva bakal mendapat habuan yang besar! Berdarah muda dan mempunyai kuasa lagenda! Generasi yang pertama dan terakhir yang pempunyai kuasa penyembuh.

Mia Aurora terima nasibnya. Tinggal seinci lagi tentu dia akan terjunam ke dalam larva ini.

"Bergembira di alam sana, 03. Opps!! Should I say "Mia Aurora"? Anneliese tergelak kuat.

10 saat dari sekarang Mia Aurora akan ditolak masuk ke dalam Api Pengorbanan.

Anneliese tersenyum lebar. Baginya, Mia Aurora adalah pengkhianat sebenar. Sape suruh berani bela nasib diorang manusia?

3 saat..

"Bye bye, sweetheart!"

Baru sahaja Anneliese ingin menghilangkan diri, tiba-tiba ada satu cahaya gelap datang tanpa diundang. Apa yang dilihatnya, sangat mengujakan!

Betapa beraninya manusia biasa datang dengan bantuan para penjaga! Oww, sungguh memalukan!

Perhatian The Master turut dialih ke arah sekumpulan manusia. Dia kenal para manusia tersebut. Keluarga palsu 03!

"Anneliese Cherina!!" jerit Tengku Haikal, garang.

How dare Anneliese pakai baju singkat macam ni! Lagak takde suami yang ajar!

Anneliese memandang Tengku Haikal dengan pandangan angkuh. Sikit pun dia tak ingat kenangannya bersama lelaki itu.

"Aku tak lawan dengan manusia lemah," temberang Anneliese.

"Kitorang penjaga ada dengan diorang!" bentak Kami.

Anneliese berdecit jijik. Luciana yang berada di tepinya dikerling sebentar.

"Kau hampakan aku dengan penipuan kau, Luciana. Sejak bila kau berani langgar arahan aku?" soal Anneliese, cerdik.

Luciana tak menjawap. Dia menundukkan kepalanya kerana takut pada kemarahan sang tuan. Risau jika dia dihukum kerana tak mengikut arahan Anneliese.

"Takpe. Sekurang-kurangnya aku boleh hancurkan diorang dengan tangan aku sendiri!"

"Cubalah kalau berani!" geram Tengku Haikal.

Roland maju ke hadapan mengetuai mereka semua. Demi Mia Aurora, dia sanggup buat apa saja.

"Kitorang memang manusia biasa, tapi tak bermaksud kitorang lemah! Mungkin kau lupa siapa diri kitorang yang sebenarnya," senyum Roland, penuh bermakna.

"Kitorang mafia!!" jerit Tengku Fazril lalu melancarkan tembakan terhadap orang-orang di belakang Anneliese.

Mata Anneliese membuntang besar. Tembakan tersebut memang takde kesan padanya tapi kalau tembakan tu terkena pada petugas, ia bermaksud...

"Mungkin kau lupa... Para petugas yang berada kat belakang kau juga manusia biasa sama seperti kitorang," sengih Alex, sinis.

Dari jauh, air mata Mia Aurora berlinangan bak permata indah. Rasa tersentuh bila mafia macam diorang sanggup selamatkan orang jahat macam dia.

Tapi, boleh ke diorang kalahkan 02? Lagi-lagi dengan The Master, orang terkuat DIA?

Saat itu, kelihatan Anneliese tersenyum seram. Baiklah. Kali pertama manusia berani mencabarnya. Apa kata kalau para petugas DIA dan keluarga mafia tu saling berbunuhan?

Ah, baru ada fight! 

"Hancurkan diorang semua!!" arah Anneliese bengis ke arah keluarga Tengku Fazril.

Lantas semua orang mara ke hadapan diikuti selang-seli jeritan semangat.

"Semua! Lari ke posisi masing-masing!!" arah Tengku Fazril, tegas.

Satu keluarga itu kini bercerai dalam satu corak perlawanan yang sangat mendebarkan. Triple Ko, Akim dan Zack pergi ke sayap kiri manakala Ryan, Grey dan Triple Han pergi ke sayap kanan.

Yang lain pula berada kat bahagian depan dan belakang bagi berhadapan dengan musuh. Berkumpulan bukanlah satu idea yang baik. Mudah saja diorang ditumpaskan jika formasi seperti itu dibuat.

Tatkala yang lain sibuk bertelagah, Anneliese bersama lenggok lembutnya menuju ke arah seseorang. Rank 01 dipandang dengan senyuman sinis.

01. Jika lelaki itu berjaya dibunuhnya, sudah tentu Anneliese akan berada di tangga yang teratas sekali. Lagi pula, ada sesuatu yang membuatkan Anneliese marah pada Tazaki Genji.

Dia tak tahu apa sebabnya tu. Tapi dia pasti, dia memang marah pada lelaki tu. Terasa memorinya agak pudar ketika ini.

"01! Kau milik aku!"

Dan zapp!!

Anneliese tiba-tiba muncul di hadapan Tazaki Genji lantas memberikan sepakan tepat di perut lelaki itu. Sehinggakan Tazaki Genji terpelanting jauh ke belakang dan rebah di atas batuan bersama darah pekat yang tersembur dari mulutnya.

"Biy!! Kau dah gila ke Liese?!" herdik Tengku Nurfaiza, berang.

Lariannya diayunkan ke arah si suami yang tak berdaya lagi. Melihat hal itu membuatkan Anneliese berdecit jelek. Cinta manusia. Baik dia akhirkan saja.

Niat Anneliese ingin menghapuskan kedua-dua insan tersebut namun, terbatal pabila Tasya muncul di hadapannya tanpa amaran. Riak wajah perempuan itu tampak dingin bersama pedang biru gelap dalam genggaman tangannya.

"Kau mungkin boleh bunuh 01 masa ingatannya masih kosong. Tapi bukan aku. Selagi aku hidup, aku akan terus lindungi diorang," tekad Tasya, serius.

Anneliese tergelak kecil. Sangat dramatik!

"Apa jadi dengan kau 05? Kau nak backup manusia lemah ni? Kau rasa kau dah cukup kuat lawan aku dengan pedang tu? Ditambahkan lagi dengan keadaan kau yang langsung tak seimbang," muncung Anneliese pada tangan Tasya.

"Huh! Kau dah tengok diri kau ke? Otak kau cuma dimanipulasi, Liese. Kau sendiri tak seimbang. Ini bukan diri kau!"

"Aku 02!"

Tasya menghela nafas. Bila mana Anneliese mula membuka langkah perlawanannya, barulah Tasya turut membuka kekuda.

"Mampuslah kau!" jerit Anneliese, bengang.

"Cakap besar!"

Dan...perlawanan mereka berdua pun bermula.

#

Penjaga Anneliese, Luciana.

(Uwarghhh!! Cite ni dah nak habis!!)😭😭

#Vote and comment.
#Comment mencecah 150, baru aku update tau.
#4145 words aku taip.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro