3 | Henry

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Berbuka apa harini awak awak semua

.
.
.

Gudang terbiar itu dilihat dari jauh. Henry turun dari kenderaannya selepas selesai mengangkat panggilan dari ketua pendakwa raya. Pasti berita tentang gudang terbiar ini sudah sampai ke telinga sang ketua pendakwa itu. Tidak lama lagi, Henry pasti akan terserempak dengan beberapa pendakwa yang turun ke tapak jenayah. Henry patut menyediakan mental dan fizikal sebelum bersemuka mereka-mereka itu.

"Tuan," Wasim lekas menyambutnya sebaik dia tiba. Kali ini tiada kerumunan di depan pita kuning. Kawasan gudang ini di tengah-tengah hutan. Tiada penempatan berada berhampiran. Di kawasan ini cuma ada beberapa buah kenderaan polis dan van forensik.

"Jejak Wahid bawa ke tempat ini, tuan. Tapi Wahid tak ada di sini." Wasim memberitahu. Pita kuning diangkat untuk dirinya dan Henry.

"Berapa banyak binatang yang disembelih?"

"25 buat masa sekarang, tapi mungkin masih ada lagi. Kawasan tingkat atas belum diperiksa forensik."

Mereka sama-sama masuk ke dalam gudang. Bau hanyir darah serta-merta menyucuk hidung. Gudang ini tak lebih seperti kilang sembelihan binatang, walhal gudang ini dianggap gudang terbiar sahaja.

Henry dapat banyak bahagian tompokan darah di mana-mana dalam gudang ini. Semua sudah ditanda pihak forensik menunjukkan sudah siap diperiksa.

"Pasti darah lembu?"

"Ya, tuan. Kebanyakannya darah lembu. Cuma ada sesetengah sahaja ayam dan itik."

"Memang pasti gedung ni bukan tempat sembelihan?"

"Bukan, tuan. Ini gedung terbiar sejak tahun lepas lagi. Tiada aktiviti dibuat." Wasim pun bingung memikirkan kenapa banyak binatang disembelih di tempat ini.

"Mungkin sebenarnya mereka buat sembelihan secara haram, sebab itu aktiviti dibuat diam-diam." Satu suara menyampuk dari belakang.

Wasim menoleh, manakala Henry melepas nafas panjang-panjang. Tak perlu menoleh, dia dah boleh agak. Orang yang paling dia tak mahu jumpa hari ini, datang juga.

"Tuan," Wasim menundukkan sedikit kepala pada pendakwa yang baru muncul itu. Tuan Amirul namanya. Masih muda dan gemar berkot walaupun di tempat panas dan tapak jenayah. Seperti sekarang ini.

"Cubalah tengok... Kenapa banyak sangat sembelihan dekat sini?" Amirul sudah berdiri di sebelah Henry. Menyeluk tangan dalam saku seluar.

"Banyak sangat kes sekarang penyeludupan daging secara haram. Tak mustahil gedung ni dulunya jadi tapak sembelihan benda begitu." sambung Amirul sambil melihat-lihat kawasan sekitar.

"Darah tu dah berapa lama?" Henry bertanya tanpa pedulikan Amirul di sebelah.

"Ada yang dah lama sampai tak dapat diperinci, ada yang setahun, ada yang tiga bulan.Paling lewat, sebulan setengah usianya. Mengikut rekod penggunaan elektrik pun, kilang ini hidup kali terakhir pada Februari lepas, tuan."

Amirul curi dengar juga di sebelah. Terangguk-angguk.

"Cari jejak Wahid di sekitar gedung ini. Saya yakin dia ada kaitan dengan penyembelihan besar-besaran ini."

"Baik, tuan." Wasim beredar kemudiannya. Mengerah anak-anak buah menggiatkan pencarian apa-apa sahaja berkaitan Wahid di sekitar gedung ini.

"Jangan serius sangat, Mika. Mungkin pasal penyeludupan daging saja." Amirul yakin dengan teori awalnya.

"Kes di flat Merak berkait dengan gedung ini. Kalau betul pun ada penyeludupan daging haram atau apa-apa saja yang kau cakap tu, itu dah dianggap kes lain. Tiada kaitan dengan kes bunuh di flat Merak." Balas Henry.

"Jejak Wahid memang bawa ke sini?" soal Amirul.

"Jejak terakhir Wahid memang di gedung ini. Kita perlukan jejak dia sebab dia juga suspek, atau kemungkinan lain, dia kenal suspek."

"Kalau betul jejak terakhir dia dekat sini, mungkin sebab dia pekerja di sini atau orang yang terlibat dengan penyeludupan daging haram."

Henry diam saja dengar Amirul kata begitu. Tak habis-habis mengatakan ini kilang penyeludupan daging haram, walhal Henry tidak nampak pula apa-apa kesan seperti sebuah kilang. Ia cuma sebuah gudang terbiar yang pernah dijadikan tempat sembelihan lembu-lembu yang entah kenapa dibawa ke sini.

Henry sendiri tidak dapat memahami apa kaitannya antara kes di flat Merak dengan gedung ini. Hanya kerana jejak terakhir Wahid di sini, pantas unit yang memegang kes ini menelefonnya pagi tadi memberitahu laporan tersebut. Kerana itu dia bergegas mampir ke gedung ini. Apatah lagi apabila mendengar tentang tompokan darah lembu yang ditemui. Malah di kawasan belakang gedung, mereka menjumpai perut-perut lembu yang tidak ditanam. Dibiarkan membusuk bersama sampah lain. Daripada situ mereka dapat mengira berapa jumlah lembu yang disembelih di gedung ini.

"Tuan!" Suara seorang pegawai mengejutkan Henry dan Amirul.

Mereka serentak memandang pegawai muda yang sedang berlari anak ke sini. Termengah sedikit kerana dia daripada tingkat atas.

"Kenapa?" Henry dapat menjangkakan hal buruk.

Pegawai muda itu menarik nafas dalam-dalam.

"Kami jumpa mayat, tuan. Keadaan yang sama seperti mayat di flat Merak." beritahunya dengan nada serius.

Henry sudah mengagaknya. Gedung ini bukan sekadar gedung penyeludupan daging haram. Ia memang berkait dengan kes di flat Merak.

Henry segera menaiki aras atas. Amirul menyusul kemudiannya.

.
.
.

Mayat yang dijumpai itu turut ditanam di dalam simen, sama seperti mayat kanak-kanak yang ditemui di flat Taman Merak. Cuma kali ini mayat ditanam di dalam kolah besar. Memandangkan mayat ini dewasa, maka memerlukan ruangan yang besar untuk disimen.

Henry memerhati dengan tekun kerja bomba yang sedang memecahkan simen di kolah besar itu. Proses itu dibuat dengan sangat berhati-hati memandangkan bahan bukti dan mayat sendiri boleh sahaja terjejas dalam proses pemecahan simen. Setakat ini apa mereka dapat lihat hanyalah rambut dan tangan mayat, manakala bahagian lain masih di balik simen tebal yang meliputi mangsa.

"Tuan mahu tunggu sampai selesai? Mungkin memakan masa lama, tuan." Wasim bersuara di sebelah.

Sememangnya proses pemecahan simen yang melibatkan pembunuhan begini akan memakan masa yang lama. Ketika memecahkan dinding di flat Taman Merak pun memakan masa sehingga enam jam. Mengambil kira saiz tubuh mayat di gudang terbiar ini, pastinya memakan masa lebih panjang berbanding saiz tubuh kecil Wati.

DNA mayat yang ditemui di gudang ini pula belum dikenal pasti. Pihak forensik pastinya akan mengambil sampel daripada celah kuku dan gigi apabila segala kerja bomba selesai. Mereka perlu menunggu kerja pihak bomba selesai dahulu.

"Apa-apa berita, update pada saya terus." Henry perlu pulang dahulu. Dia akan menunggu berita di balai sahaja.

"Baik, tuan." Wasim mengangkat tabik.

Henry beredar turun ke bawah. Dia dapat lihat Amirul masih ada di situ menunggu di depan sebuah tompokan darah. Sebentar tadi lelaki gemar berkot itu tidak tahan dengan bunyi bising mesin bomba jadi dia menunggu di bawah.

Amirul memandang Henry yang baru turun. Dia menyangka Henry akan menuju pintu keluar hadapan tapi nampaknya Henry menuju pintu belakang. Amirul berkerut lalu bergegas mengekori Henry ke kawasan belakang gudang.

Di kawasan belakang ini juga terdapat pihak forensik yang sedang memeriksa dan mengumpulkan perut lembu yang dibuang merata tempat. Mereka perlu mengkaji seberapa lama perut lembu ini dibiarkan di sini. Perkara itu juga penting untuk siasatan.

Amirul mengerutkan hidung bila bau busuk menyengat. Hendak muntah dia dibuatnya. Nasib baik dia pun sudah biasa dengan bau busuk perkara-perkara begini.

"Setakat ini berapa jumlahnya?" Henry bertanya kepada salah seorang ahli forensik di situ. Lengkap petugas itu berbaju perlindungan.

"Dah meningkat jadi 32, tuan. Nampaknya banyak juga lembu yang disembelih di gudang ini." Jawab petugas itu.

Henry terdiam. Dia masih tak dapat memahami kenapa ada lembu di gudang ini.

"Memang diorang buat jualan haram." Amirul menyampuk di belakang.

Henry baru sedar Amirul mengikutnya di belakang. Sedang menutup hidung menahan bau busuk.

"Saya juga fikir begitu, tuan." Petugas forensik itu bersuara menyetujuinya.

Amirul terangguk-angguk bangga bila petugas itu juga mengiyakan teorinya.

Henry pula hanya diam. Malas nak cakap apa-apa.

"Nanti aku suruh pasukan aku siasat ke mana jualan haram ni pergi." Amirul bersuara ketika mereka sama-sama masuk kembali ke dalam gudang.

Henry angguk sahaja walaupun dia sendiri tidak yakin benar atau tidak wujudnya penyeludupan daging haram itu. Baguslah jika Amirul mahu menyiasat, kurang peratus kerja pasukannya.

"Apa-apa nanti aku call kau. Kau pun call aku bila dapat tahu DNA mayat."

"Okey."

Amirul bergerak pergi ke kenderaannya. Sempat angkat tangan pada Henry. Henry angguk sahaja.

Bila kenderaan itu beredar, Henry berfikir panjang dalam bingit bunyi mesin bomba di atas.

.
.
.

Selang satu hari, Henry dapat pulang ke rumah ibu mentuanya. Nampaknya malam semalam pun dia bermalam di balai sahaja. Tidak dapat tidur kerana punya mesyuarat dengan unit pasukan yang menyiasat kes Wati.

Dia pulang jam tiga petang. Memang sedap kalau tidur. Dalam kepalanya sepanjang memandu, sudah terbayang katil dan bantal. Sampai sahaja di rumah, dia terus meluru masuk ke dalam dan menuju bilik keluarganya. Pasti Iman dan anaknya sedang berehat kerana sekarang memang waktu rehat mereka.

Henry dapat lihat Iman sedang berbaring di katil bersama Hasya. Dia apa lagi, terus berbaring sekali. Memejam mata mahu tidur. Stokin, jam tangan malah kemeja tak ditanggalkan.

"Eh, you... Ya Allah." Iman terkejut lihat suaminya yang begitu penat. Nasib baik Hasya sudah selamat tidur. Tinggal dia saja nak terlelap sekali.

"Penatnya." Henry ambil kesempatan peluk isterinya memandangkan Iman masih jaga. Dapatlah dua benda, tidur dan peluk Iman.

"Penat sangat you ni." Iman betulkan baring. Biarkan Henry memeluknya dari belakang.

"Hmm. Memang."

Iman menepuk-nepuk tangan Henry. Henry pasti sudah tidur. Dia pun dah mahu terlelap. Tapi tiba-tiba deringan telefon kedengaran. Dari poket Henry.

Iman menoleh, dia dapat lihat Henry sudah lena.  Dia pun dengan payah mengambil telefon dari poket seluar suaminya. Nama Wasim naik. Itu nama inspektor bagi unit bawah suaminya.

Iman berfikir hendak kejutkan suaminya atau tidak. Kasihan Henry baru balik.

"Siapa call?" Akhirnya Henry dulu jaga. Bunyi telefon itu kuat memekak. Manalah dia yang baru tidur-tidur ayam ini tak terbangun.

"Wasim." Iman berikan telefon pada Henry.

Henry pun mengangkat panggilan itu dengan berat hati sekali. Ditekap ke telinga, dia berbaring menelentang.

"Tuan, DNA dah dapat." Wasim memberi berita itu tanpa salam.

"Wahid?" Teka Henry. Dia sudah duduk jatuhkan kaki ke lantai.

"Betul, tuan. Mayat di gudang itu mayat Wahid."

Mereka sama-sama diam. Masih cuba mengkaitkan hubungan Wati, Wahid dan gudang lembu. Menyeksakan sekali hendak menghubung kaitkan semua itu.

Henry mengaduk rambut. Otaknya tepu hendak fikirkan apa-apa. Dia cuma mahu tidur!

"Dia dibunuh bagaimana? Sama macam Wati ke?" Soal Henry sambil menongkat kepalanya.

"Saya rasa tuan kena datang sendiri ke pejabat forensik. Ada beberapa perkara saya mahu tunjukkan." Wasim memberitahu.

Henry hela nafas panjang.

"Okey. Nanti lepas asar saya datang."

"Baik, tuan."

Tamat saja panggilan, Henry tidak menunggu lama. Terus kembali berbaring dan tidur!

.
.
.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro