2 | Iman

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Buat yang bertanya ini cerita waktu bila? Sekuel Serunai maut ke?

Ya, ini sekuel Serunai Maut. Ceritanya bersambung dua tahun selepas tragedi serunai maut tu. Kalau korang tengok balik novel Serunai Maut, dekat bab 56 tu kan dua tahun lepas tragedi serunai maut. So saya sambung situlah.

Kiranya saya nak ceritakan lebih detail macam mana Falah akhirnya pinang Linda sebagai isterinya.

Buat 'bini-bini' Falah, bertabahlah  ya menelusuri perjalanan ini. Sesungguhnya ni hanyalah ujian bulan romadon.

.
.
.

Pagi ini dia terjaga tanpa suami di sisi lagi. Dia sudah biasa. Rasanya dalam seminggu hanya tiga kali Henry dapat pulang ke rumah untuk tidur dan luangkan masa bersama dia dan Hasya. Henry sangat sukar pulang apabila ada kes berat yang harus diselesaikan. Iman tidak merungut kerana dia juga pernah berada di tempat suaminya, malah dahulu dia lebih sibuk kerana jawatannya lebih rendah bermakna dia lebih mudah dibuli.

Iman membancuh susu untuk anak kecilnya itu. Hari-harinya diceriakan oleh Hasya. Dia tak rasa sunyi langsung. Dahulu dia bekerja sebagai polis sepanjang siang dan malam, sekarang dia menjaga anak pula sepanjang siang dan malam.

Deringan telefon mengganggu Iman yang sedang menyusukan Hasya. Iman bangun biarkan Hasya memegang sendiri botol susu. Dia pergi ambil telefonnya yang sedang dicas. Nama Henry naik di skrin. Panggilan diangkat.

"Morning." Iman menyapa dulu.

"Morning. Breakfast dah masak belum? I on the way balik ni. Nak I belikan breakfast?"

Bersinar terang Iman dengar dua berita gembira itu. Satu Henry on the way balik, satu lagi Henry pelawa nak beli breakfast.

"Boleh jugak. I tak masak lagi." Iman tahan rasa teruja. Kalaulah suami di dunia ini tahu betapa gembiranya perasaan isteri bila suami pelawa nak belikan sarapan.

Henry senyum di sana. "Okey. Nak I beli apa?"

Lagilah teruja bila suami itu bertanya mahu belikan apa.

"Lama tak makan nasi lemak Cik Atikah. You beli situ boleh ke?" Iman sangat meminati nasi lemak air tangan wanita itu.

"Sure, boleh."

"Hehe. Thank youu." Iman tak dapat sorok dah rasa gembira. Tersengih-sengih.

"Your welcome, dear."

Makin lebar sengihan mama Hasya di sini. Tutup panggilan pun masih sengih. Dia kemudian geleng kepala sendiri. Menggosok pipinya. Macam tak betul aje sengih-sengih sendiri.

"Yeayy.. Hasya. Papa balik pagi ni." Iman mendepa tangan untuk anaknya yang terbaring di katil. Bersorak dengan Hasya.

Hasya seperti faham, turut mengangkat tangannya. Seronoklah papa balik.

.
.
.

Seperti biasa, di meja makan menjadi tempat mereka bertukar cerita. Paling banyak cerita pastinya Henry. Tak lokek bercerita tentang kes-kes yang sedang dipegangnya sekarang. Dia suka berkongsi kes yang dipegangnya kepada Iman, memandangkan Iman juga bekas polis pastinya sedikit sebanyak Iman dapat membantu kes ini.

"Seramnya." Iman memberi komen selepas mendengar cerita tentang flat murah di Taman Merak itu. Dah lama dia tak dengar kes-kes mistik begitu.

"You boleh dengarlah budak tu menangis?" Soal Iman kemudiannya.

Henry mengangguk sambil menghirup kopi. "Boleh dengar dengan clear. You nak dengar?" Henry tunjuk telefonnya. Dia sudah dapat rakaman itu sebentar tadi.

"Tak nak!" Iman laju menggeleng dengan muka cuak.

Henry tertawa dengan muka cuak Iman. Nampak sangat penakut.

"Tak baiklah. Dahlah ada Hasya sekali." Iman sengaja menggunakan nama Hasya.

Henry geleng kepala sahaja.

"Tangisan tu bunyi macam mana?" Iman ingin tahu.

"Kalau nak tahu, dengarlah sendiri." Henry sudah gapai telefonnya.

"Isy, Henry! Tak nak!" Iman tekup dua telinga.

Henry ketawa lagi. Seronok pula menyakat isterinya. Nama aje mantan pegawai polis, tapi kalau berkait benda-benda berhantu ni Iman sangat trauma. Iman masih teringat-ingat wajah nenek berkudis yang pernah muncul betul-betul di depannya.

Iman membuat muka tak berpuas hati. Habislah lepas ni Henry dah ada senjata untuk kenakan dia.

"Tangisan tu macam merintih. Mendayu-dayu. Sedih dengar." Henry bercerita.

Iman mendengar tekun.

"Sebab itu Hajar terkesan sangat dan nak juga tahu tangisan tu daripada mana."

"Siapa Hajar?" Iman bertanya keras.

Henry angkat wajah pada isterinya. "Saksi jiran sebelah tu."

"Puan Hajar." Iman menegur. Kenapalah suaminya panggil saksi dengan tak formal begitu...

Henry tersengih ditegur begitu. "Ya. Puan Hajar."

"Tapi kesianlah dekat budak tu. Kenapa agaknya dia ditanam hidup-hidup dalam dinding?" Iman kesal mendengarnya.

"Unit penyelidikan masih cari jejak terakhir mangsa. Kita perlu juga tengok siapa orang terakhir yang mangsa jumpa. Kemungkinan besar itu suspek."

"Ayah dia memang hilang terus?"

"Ya, ayah dia pun dimasukkan dalam senarai suspek."

Iman hela nafas.  Begitulah menjadi penyiasat, harus memeningkan kepala untuk perkara yang tiada kaitan dengan diri sendiri. Demi negara, harus berbakti.

"Bila perkara mistik macam nilah kita jadi teringatkan Falah, kan?" Henry bersuara kemudiannya.

Iman menatap suaminya. Perlahan mengangguk. Memang, sepanjang suaminya bercerita tentang tangisan mendayu-dayu itu - kuat sekali ingatannya pada Falah. Sukar dikikis lagi. Peristiwa Serunai Maut menjadikan mereka belajar banyak perkara daripada Falah. Kerana itu apabila sahaja perkara itu berkait dengan mistik dan jin, laju sahaja mereka teringatkan 'guru' mereka itu. Merindui dan mengharapkan kepulangan adik mereka yang satu itu.

"Bilalah Falah nak balik, kan..." Iman hela nafas panjang.

Sudah dua tahun sejak kejadian di Pulau Jengka. Saban hari semakin terbeban rasa rindu mereka. Apatah lagi mama di rumah. Mama begitu rindukan Falah sehingga apabila nama Falah disebut pun, pasti wajah mama mendung.

Mama rindu bercampur serba salah kepada Falah.

Semoga Falah pulang dalam masa terdekat ini.

.
.
.

Hujung minggu, Henry dan Iman pulang ke rumah Datin Syahirah. Sudah lama tak pulang bertemu mata dengan mama dan adik beradik lain, dapatlah mereka berkumpul di hujung minggu ini di samping ada tazkirah juga mengisi program mingguan mereka.

"Hasya sayang!" Datin Syahirah gembira bertemu cucu kesayangan itu. Didukung anak kecil montel itu. Sudah 9 bulan usianya. Tak lama lagi tumbuh gigi dan boleh berjalan.

Iman pergi menyimpan makanan yang dia beli di dapur. Biasalah bila pulang ke rumah mama, mama banyak memesan itu ini. Henry pun senang hati belikan untuk mama. Tak apalah, duit Henry bukan duit dia.

"Nad," Henry datang ke dapur mencarinya.

"Iya?" Iman ligat menyimpan barang basah dalam peti.

"I kena ke balai. Ada laporan baru."

"Oh. Okey." Iman mengangguk.

"Apa-apa nanti call I."

"Okey." Iman bersalaman dengan suaminya. Dia berkerut bila dahinya dikucup juga padahal mereka di dapur rumah mama. Malulah orang nampak.

Henry cuma sengih saja sebelum keluar pergi berjumpa ibu mentuanya untuk meminta diri.

Iman sambung kemas barang sebelum keluar juga. Dilihat mama sudah bersendirian bermain dengan Hasya. Pasti Henry sudah berpergian ke balai.

"Sibuk betul Mika tu. Hujung minggu pun ada kerja lagi." Datin Syahirah bersuara. Hasya dilepaskan ke sofa, bermain dengan anak patung kura-kura pemberiannya.

Iman melepas nafas. Dilabuhkan duduk sebelah mama.

"Biasalah tu, ma. Nad dulu pun kerja malam hujung minggu jugak. Mama lupa?"

"Hmm betul juga. Mika ada pegang kes ke sekarang ni?" Datin Syahirah meneka daripada kesibukan Henry.

"Iya, ma. Kes pelik sikit."

"Pembunuhan?"

Iman tersenyap. Berfikir sama ada dia patut ceritakan pada mama atau tidak. Lagipun Henry tidaklah ceritakan semuanya secara terperinci tentang kes di flat murah itu. Siasatan masih dikira rahsia walaupun terhadap isteri sendiri.

"Haah, ma. Cuma kali ni kaitan dengan mistik juga. Seram." Iman angkat bahu seram.

Datin Syahirah terkejut mendengarnya. "Iya? Isy ada jugak benda-benda macam tu sekarang ni."

"Kan? Tapi itulah. Harapnya Henry dapat selesaikan kes tu secepatnya. Mangsa tu kecil lagi, ma."

Datin Syahirah mengangguk mengharapkan hal sama. Kalau mangsa tu masih kecil, lagilah besar rasa simpati.

"Esok siapa datang tazkirah, ma?" Soal Iman teringatkan esok hari Ahad. Petang Ahad memang menjadi petang kegemaran mereka semua. Ada program agama, bacaan taklim oleh ustaz disusuli ceramah pendek.

"Ustaz Baihaqi sepatutnya. Nad dengan Mika join sekali, kan?"

"Haah insyaallah, ma. Minggu lepas tak join dah." Iman sedih sikit teringatkan minggu lepas Hasya kurang sihat manakala Henry sibuk dengan kes terbaharunya. Jadi dia tak dapat pulang rumah mama.

"Ajaklah Linda sekali. Lama dah mama tak jumpa dia. Rindu." Datin Syahirah tak lekang teringatkan anak angkatnya yang satu itu. Memang dah lama dia tak berjumpa Linda. Kali terakhir Linda datang ke rumahnya bulan lalu, selepas itu dia cuma berbalas mesej dengan anak angkat kesayangannya itu apabila Linda membalas whatsapp storynya.

"Tengoklah nanti Nad mesej dia. InsyaAllah kalau dia lapang esok, dia mesti datang. Tapi kalau ada program dia kena attend, kita tak boleh buat apa, ma. Orangnya busy." Iman cakap benda betul. Memang Linda sangat sibuk.

Selain menjadi motivator muda, Linda juga ada keluarkan beberapa buku. Setakat ini Linda sudah keluarkan tiga buah. Ketiga-tiganya bercerita tentang kecintaan terhadap Allah. Iman ada beli salah satu buku itu, memang menitik air matanya membaca.

Jadi memang tak dapat dibayangkan sibuknya Linda dengan jadualnya dijemput ke sana sini di samping menguruskan syarikat terbitan bukunya itu. Linda ada menubuhkan syarikat penerbitan di bawah syarikat arwah ayahnya dahulu, Ezus.

"Hmm. Mama tahu. Kita yang kena pergi rumah Linda lain kali nampaknya." Datin Syahirah sayu sedikit mengenangkan Linda sibuk.

Iman tersenyum dengan kesungguhan mamanya. Haih. Sayang betul mama dengan Linda.

.
.
.

Macam biasa, Falah dia suka comeback lambat. Jangan tunggu dia macam Linda. Sakit nanti wak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro