| Gimbaran | 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"LA haula wala quwwata illa billah."

Zikir tersebut bergema. Melantun-lantun nadanya di hutan sepi ini. Suria sudah pun memunculkan diri di kaki timur. Menebarkan cahaya mentarinya yang bersinar redup.

Falah bersendiri di kawasan ini, menyandarkan belakang tubuhnya pada sebatang pohon sebesar tiga pemeluk manusia. Sebelah lututnya ditegakkan sekadar memangkin tubuh daripada condong ke kiri atau kanan. Sebelah lagi dimasukkan ke celah tegakan lutut.

Tangan kanannya yang memegang tasbih direhatkan atas lutut, tasbih terjuntai dan sesekali berhayun apabila dia bergerak.

Sedari Henry dan Iman meninggalkannya di sini, untuk pergi mencari sarapan di sekitar sini sehinggalah langit sudah mula cerah dengan remang pagi - Falah tetap menyibukkan diri dengan zikrullah.

Hakikatnya dia sengaja menyibukkan diri dengan hal itu hanya semata-mata hendak mengelak daripada sesuatu yang tidak diingini berlaku apabila ditinggalkan berdua dengan Linda yang terbaring di hujung sana.

Semuanya kerana Henry mahupun Iman kedua-duanya mengelak daripada menjaga Linda saat mereka berpakat untuk pergi mencari makanan.

"Siapa akan keluar cari makanan?" Falah menyoal selepas solat subuh selesai.

"Abang boleh." Henry mempelawa diri.

"Perlu dua orang." Falah senyum. "Jika abang hendak pergi.."

"Biar aku join Falah!" Iman yang masih berkelubung kain bersih itu mengangkat tangan. Terus dua orang itu memandangnya.

"Tapi kalau akak join abang, tak akan Falah perlu tinggal dengan Linda." Falah tersenyum pelik.

"Tak.. Macam ni.." Iman menarik nafas dalam-dalam. Seolah mahu berhujjah panjang.

"Kitaorang mana pandai bab-bab ilmu hitam ini.. Kalau jadikan cerita tiba-tiba si Linda tu jaga lepas tu mengamuk macam semalam, apa aku kena buat? Mahu aku lari sebatu! Hanya kau yang sesuai sebab kau pandai hapuskan ilmu hitam." Iman terangguk-angguk dengan muka penuh keyakinan.

"Penakut.." Henry mencebik.

Mata Iman terjegil. "Okay! Kalau macam tu you tinggal, I pergi dengan Falah!"

"Eh mana boleh! I lelaki, Linda tu perempuan. Tak elok tinggal berdua. Nanti syaitoonn yang ketiga!"

"Lepas tu you fikir Falah tu bukan lelaki? Pondan?" Iman bagi smirk face.

"Sebab itulah you yang paling sesuai, you perempuan Linda perempuan.. Haa.. It's make sense."

"Nooo.. Kan I dah cakap, kalau si Linda di bangun tiba-tiba lepas tu kena rasuk macam semalam? You nak I bacakan ayat kursi dekat dia? Eee.. I bagi kerusi bolehlah. Ayat kursi ke laut."

"Apa salahnya kalau you jaga dia.. Lagipun you sahaja yang sesuai. Dia kena rasuk or kena apa itu belakang cerita, tapi yang penting sekarang ini kena ada yang jaga Si Linda tu. Dan yang paling sesuai ialah you. You perem--"

"Tak nak.. I tak nak jaga dia. Tak nak. Tak nak. Tak nak." Iman geleng dengan muka ngeri habis.

Akhirnya pergaduhan kecil antara sepasang suami isteri itu terhenti apabila Falah mencelah dengan tawa perlahan. Berasa lucu dengan pergaduhan itu.

"Sudahlah.. Biar Falah tunggu Linda. Abang dan akak pergilah."

Terus berubah muka suami isteri itu.

Henry berkerut. "Tak apa ke Falah? Kalau abang pergi seorang tak apa.."

"Tak.." Falah berwajah serius tiba-tiba. "Di luar lagi bahaya daripada sini. Perlu berteman jika hendak ke mana-mana."

Serentak mereka berdua terdiam.

Tiba-tiba Iman berbunyi, "Tak pun kita makan bekal kita sahaja? Kita kan bawa makanan juga?"

Falah menggeleng. "Gunakan makanan itu hanya untuk kecemasan. Sekarang tiada apa yang menyekat kita untuk keluar, maka lebih baik mencari makanan. Tak apa, jangan risau." Falah tersenyum kemudiannya.

"Jangan risau apa Falah?" Iman berkerut. Mukanya blur.

Hasilnya Henry menunjal dahi wanita itu. Apatah lagi muka Falah sudah berubah merah bila disoal begitu.

"Hei adey! Apa ni!?" Iman berang.

"You jangan tanya soalan macam tu pada lelaki!"

Dan seterusnya mereka berdua bertekak seakan tiada hari esok.

Falah menggeleng kepala sahaja teringatkan kejadian itu. Kalau tak bergaduh tak sah.

Pandangannya ditala pada Linda kemudiannya, sekadar memeriksa keadaan gadis itu sebelum dia lemparkan pandangan ke hadapan kembali. Lidah dibasahkan dengan zikir.

"Sebenarnya Nyai itu aku! Hahahaha!"

Tidak semena suara gimbaran semalam menyentak akal. Membuatkan zikirnya serta merta tersekat di hujung lidah.

Mukanya berubah tegang saat perbualan dengan gimbaran di dalam Nyai semalam kembali merosakkan moodnya di pagi hari ini.

"Kau nak tahu sesuatu.. Sini aku bagitau rahsia. Tapi kau jangan bagitahu sesiapa ya! Nanti tak jadi rahsia.. Tak syoklah." Lelaki hodoh itu mendekatkan mukanya pada telinga Falah.

Falah hanya diam dengan muka datar.

"Sebenarnya Nyai tu aku.. Hahahahaha!" Lelaki hodoh itu kemudiannya ketawa terbahak-bahak.

Falah memejam mata. Perit telinganya bila lelaki hodoh itu ketawa betul-betul di telinganya. Kelihatan lelaki hodoh itu sudah tertunduk menekan perutnya yang senak dek ketawa.

"Ohh.. Satu lagi satu lagi.. Ini pun rahsia juga. Jangan bagitahu sesiapa ya." Lelaki hodoh itu mendekatkan mukanya pada Falah lagi sekali.

Falah menahan sabar.

"Sebenarnya Mona yang dekat luar tu tipu je.. Memori dia yang konon-konon membesar dengan Nyai itu semua tipu! Kami tipu dia!! Hahahahaha!" lagi sekali lelaki hodoh itu ketawa sampai senak perut.

"Lahanat betul! Sakit perut aku gelak.. Hadeh." Lelaki hodoh itu menepuk-nepuk perutnya yang sakit akibat terlalu banyak ketawa, lalu tidak semena dia sendawa. Kemudian dia ketawa untuk sendawanya itu.

"Kesian betul dekat si Linda tu. Kena tipu hidup-hidup. Tsk tsk tsk.. Mesti dia ingat dia ialah Mona yang tinggal bersama Nyai. Padahal sebenarnya Nyai itu aku! Aku yang menjelma jadi neneknya! Bwahahahaha!"

Lelaki hodoh itu menjauh kemudiannya dari Falah. Mungkin sedikit seram bila Falah merenungnya bagai hendak membunuh.

"Hei Falah, aku ada satu soalan untuk kau." Selepas tawanya reda dia bertanya dengan tangan mencekak pinggang.

Falah tak beriak.

"Kau kenal aku?"

Falah memejam mata bersama keluhan panjang. Mematikan perbualan itu sehingga ke situ sahaja. Jika diingat balik, peratus untuk moodnya jatuh merundum sangat tinggi.

Berlawan senjata rasanya lebih mudah baginya daripada berlawan dengan seekor gimbaran yang sengaja mencetuskan amarahnya dengan berlawak jenaka. Semuanya dibuat jenaka. Semuanya hendak diketawakan. Sampai sakit hati Falah dibuatnya. Nasib baik dia masih bersabar, jika tidak habis terus nyawa gimbaran itu di bilik tersebut.

Namun daripada gimbaran itulah berbagai perkara dapat dia ketahui, daripada penipuan tentang Nyai hinggalah pertukaran jelmaan ini di hadapan matanya sendiri. Satu pengetahuan baru untuknya walaupun diakhiri dengan sesuatu yang sangat menyakitkan.





"KAU kenal aku Falah?"

Lelaki hodoh itu mendepa tangan.

Falah hanya merenung dengan tatapan waspada. Cukuplah sebentar tadi dia tertipu saat lelaki hodoh ini muncul dalam bentuk seorang nenek tua sebelum nenek tua itu tiba-tiba ketawa mengekek semacam baru menonton sketsa lawak. Kemudian daripada susuk nenek tua itu muncul seorang lelaki hodoh yang sangat hodoh.

"Ah pasti kau tidak kenal. Aku hanyalah makhluk jelmaan. Bukanlah sesiapa." Lelaki hodoh itu tergelak-gelak seraya menepis angin semacam halau lalat.

"Aku tiada nama. Aku seakan sesumpah yang bertukar rupa senantiasa. Bertukar personaliti dan itu sangat membosankan." Lelaki hodoh itu menguap.

"Eh tak tak.. Siapa kata ianya membosankan? Ianya sangat menyeronokkan! Aku boleh bertukar ikut suka hati aku! Hahahaha!" Tiba-tiba dia ketawa macam orang gila.

Falah hanya statik dengan muka serius.

"Kau tengok tau Falah. Aku nak tunjukkan kehebatan aku.. Tengok betul-betul. Ia akan jadi satu magik." Lelaki hodoh itu tersengih lebar. Tangannya didepa luas-luas seolah menjemput satu roh untuk menelannya.

Tidak semena-mena dirinya bertukar menjadi seorang wanita muda berkebaya merah. Berwajah jelita dengan lirikan menggoda untuk Falah.

Falah berkerut serius.

"Hai Falah.." Wanita muda itu berjalan penuh lenggok menghampiri Falah.

Falah hanya kaku di tempat berdirinya.

"Kenal saya?" suaranya digemersikkan seraya itu jari runcing berkuku merah itu sengaja dileretkan ke dada Falah. Sejurus ditarik sehingga ke bahu Falah. Gaya menggoda.

Falah hanya berdiri begitu. Langsung tidak terkesan. Mukanya beku.

Wanita muda itu tergelak halus. Gedik.

Dia kemudian merapatkan bibir merahnya ke telinga Falah, "Aku lelaki hebat tadilah.." Kemudian wanita muda itu ketawa mengilai.

Falah menarik nafas menahan sabar.

Kemudian wanita muda itu berjalan mengelilingi Falah, jarinya dengan sengaja dileretkan ke tubuh Falah.

Perlahan jarinya yang meleret di tubuh Falah itu bertukar menjadi jari wanita tua yang berkedut, sehinggakan sebaik sahaja dia berdiri di sisi kiri Falah - dia sudah berupa seorang nenek tua yang renek tubuhnya berbanding wanita muda tadi.

"Ohhh.. Menjadi nenek tua paling menyakitkan kerana aku sering sakit urat. Hendak berjalan pun rasa tak larat. Hadeh.. Penatnya opah." Jelmaan nenek tua itu sudah pun melabuhkan duduk di atas katil sambil mengurut-urut belakang tubuhnya. Dia tampak berkerut menahan sakit urat.

"Cu.. Tolong opah sini. Urut belakang opah.. Opah sakit belakang." Jelmaan nenek tua itu mengadu pada Falah.

Falah hanya pamer muka tak berperasaan.

"Sampai hati cu abaikan permintaan opah.. Hohoho." Jelmaan nenek tua itu mengesat air mata invisible.

"Sudahlah gimbaran." akhirnya Falah bersuara. Kedengaran sedang menahan sabar sedaya upayanya.

"Gimbaran? Wah kau tahu gelaran aku ek.." Jelmaan nenek tua itu ketawa garau tiba-tiba. Tiada lagi suara nenek seperti tadi. Dia kemudian bangun berdiri membetulkan urat belakangnya.

"Adeh.. Sakit lutut pulak. Inilah aku malas nak jadi Nyai. Asyik sakit urat je.. Penat weh. Nasib baik si Linda tu baik orangnya. Dialah yang jaga aku waktu aku sakit. Hrmm.. Cucu yang Nyai sayangi." Tiba-tiba nenek tua itu jadi hiba.

Falah hanya memerhati.

Nenek tua itu membalas pandangan Falah. "Apa tengok-tengok?" marahnya.

Dia kemudian berjalan menjauhi Falah. Namun Falah dengan cepat menyambar lengan jelmaan nenek tua itu.

Jelmaan nenek tua itu terus berpaling.

"Apa?!" Bisingnya dalam suara garau.

"Jadi ini rupa Nyai?" Falah berkerut. Menatap susuk di hadapannya atas bawah.

"Ya.. Emangnya kenapa sih?" Dia bertanya dalam bahasa indonesia.

"Jadi betullah kau menyamar menjadi Nyai?"

"Ya ampun! Kan aku dah bagitahu rahsia pada kau tadi! Aku ialah Nyai! Nyai yang selama ini sayang sangat pada Mona. Mona? Kenapa terasa pelik pula bila sebut Mona? Linda nama sebenar dia.. Hadeh. Sakit kepala aku nak fikir."

Falah bernafas kasar. Mula rasa tak sedap hati.

"Jadi Nyai tidak wujud?"

"Hei siapa kata Nyai tak wujud? Akulah Nyai.." Jelmaan nenek itu menjegilkan mata. Kemudian dia membongkokkan tubuhnya dengan muka menyedihkan.

"Mona.. Nyai tidak sihat.. Tolong Nyai." Dia keluarkan suara neneknya.

"Haa.. Menjadi tak aku berlakon? Menjadi kan? Menjadi kan? Haa.. Itulah kau. Tak percaya -"

Tanpa sempat jelmaan nenek itu habiskan ayatnya, tidak semena Falah merentap kolar baju nenek itu dan mendekatkan wajahnya pada nenek itu. Mukanya tegang.

Jelmaan nenek itu berubah muka. Pucat lesi mukanya apabila dibuat begitu.

"Hei Falah.. Takkan kau dah tukar nafsu nak orang tua pulak? Aku tak mampulah nak jadi nenek cantik.. Nenek macam ini jelah yang aku mampu."

Falah tidak melayan bebelan jelmaan itu, dia terus membaca ayat quran pada wajah nenek itu.

"Ehehehei.. Kau buat apa ni? Kenapa aku rasa panas?"

Falah habiskan bacaannya lantas meniup pada wajah kedut tersebut.

"Woi! Kau buat apa?! Sakitlah!" Serta merta nenek itu menengking seraya menekup mukanya bila Falah melepaskan cengkaman.

Falah hanya memandang nenek tua itu menggeletar kesakitan menahan pedih di wajah. Susuk nenek itu sudah terduduk di lantai. Merengkok sakit.

"Kenapa kau tak bertukar pada bentuk asal?" Falah bertanya hairan.

"Inilah bentuk asal aku bodoh." Nenek itu bersuara dalam keadaan menahan sakit.

Falah berkerut. "Bukan bentuk lelaki hodoh tadi?"

"Apa bodoh sangat kau Falah.." Nenek tua itu perlahan bangkit.

"Kau masih tak nampak apa yang berlaku? Aku fikir kau hebat sangat macam yang diceritakan oleh jin lain.. Heh rupanya otak kau tak adalah hebat mana."

"Apa yang kau cakapkan gimbaran?"

"Hadeh.. Kasihan betul aku dengan kau. Mesti kau tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi kan?"

Falah mengetap gigi.

"Kau mesti tertanya-tanya, apa sebenarnya aku ini? Siapa sebenarnya utuskan aku ke sini? Kenapa aku boleh ada di sini waktu kau cuba mencari tahu apa sebenarnya yang berlaku?"

Nenek itu tergelak sinis.

"Kau mahu tahu semua itu bukan?"

"Ya, tapi bukan dari kau semestinya." Falah membalas.

"Oh sedihnya.. Aku baru hendak membuka tawaran pada kau." Nenek itu mencebik.

Falah berwajah serius.

"Tawaran yang sangat baik. Kau beruntung aku pun beruntung. Tapi kau tolak, aku akan buat apa aku mahu."

"Apa kau merepek syaitan?"

"Kau tak nak tahu tawaran aku? Hebat tawaran kali ini." Nenek itu angkat kening dua kali.

Falah kecilkan mata.

"Hrmm gaya kau macam berminat. Sini aku bagitahu walaupun kau tak mintak." Gimbaran berdehem-dehem.

"Kau cuma kena buat satu benda sahaja. Yaitu hentikan perjalanan ini dan balik rumah. Tak payah fikir tentang Pulau Jengka lagi. Duduk rumah tengok bola lagi bagus. Nanti kau bagitahu aku siapa menang dalan Piala Dunia. Kot lah pasukan kegemaran aku yang menang." Gimbaran makin merapu.

"Okay.. Aku merapu. Abaikan. Jadi kau balik rumah, berehat dekat rumah tak payah sakit kepala fikir semua ini. Dan aku pula.." Gimbaran sengih bila muka Falah berubah tegang.

"Aku akan beritahu semuanya pada kau." Dia mencekak pinggang penuh angkuh.

"Macamana? Hebat tak tawaran aku.. Dua-dua untunglah. Kau untung aku untung. Apa omputeh cakap, win win situation. Haa.. Betul tak?"

"Aku tak berminat dengan tawaran syaitan seperti kau."

"Hei aku bukan syaitan lah." Gimbaran berwajah nenek itu memuncung geram.

Falah menghela nafas berat.

"Aku tak akan sesekali terima tawaran kau. Sampai bila-bila pun aku tak akan."

"Ops.. Kau tak nak? Biar betul? Tak nak tahu walau sedikit?" Gimbaran menekup mulut terkejut.

Falah hanya memandang tajam ke arah Gimbaran.

"Alaa.. Takkan tak nak tahu langsung? Tak nak tahu siapa yang selama ini tiup serunai? Aku tahu tau.. Rugi tak nak ambil tahu dari aku.. Eaaaa." Gimbaran tersengih-sengih.

"Aku tak nak berurusan dengan kau." Falah cuba bertenang.

"Tapi aku nak berurusan dengan kau Falah." suara lunak dikeluarkan. Mukanya dimemekkan sedih.

Falah hampir sahaja menyumpah melihat muka itu. Sisi jahilnya dahulu hampir terhambur keluar apabila berhadapan dengan gimbaran otak tak betul ini. Memang hampir terhambur. Falah cepat-cepat beristighfar. Sabar.

"Kalau kau tak nak terima tawaran aku, jadi aku terpaksa berbuat sesuatu."

Muka Falah berubah.

"Yalah, aku dah beritahu kau banyak rahsia. Aku dah anggap kau macam kawan aku Falah. Sampai hati kau tak percaya bila aku berikan tawaran." Gimbaran menggeleng kesal. Kemudian dia menghampiri Falah.

Falah tegak berdiri. Tidak berganjak.

Gimbaran berupa nenek itu mengangkat tangannya menepuk bahu Falah.

"Kau nak tahu, mayat yang berada dalam bilik ini adalah aku. Aku yang berlakon menjadi mayat. Menjadi kan?"

"Aku tak mahu tahu apa-apa dari kau." Falah menepis tangan berkedut itu. Dia dapat rasakan Gimbaran itu punya muslihat sendiri.

Dia fikir, dengan rupanya seperti nenek itu, Falah akan simpati?

Tak mungkin!

"Tapi aku tetap nak memberi. Aku pemurah orangnya. Eh.. Orang? Aku bukan orang. Aku pemurah jelmaannya.. Hrmm itu baru betul." Lagi sekali dia meletakkan tangannya di atas bahu Falah.

Falah menahan sabar.

"Jadi," Bahu Falah ditepuk.

Jelmaan nenek betubuh renek itu tersengih.

"Aku akan jadikan kau aku dan aku kau, boleh?"

"Apa-?

"Shhhh.." Jari telunjuk ditepek ke mulut Falah. "Jangan cakap. Dengar je.."

Falah tergamam.

"Kita tukar tempat. Kau jadi aku dan aku jadi kau."

Falah tak sedap hati dengan tatapan mata Gimbaran itu.

"Selamat tinggal Falah."

Dan tanpa sempat Falah berbuat apa, Gimbaran berupa nenek tua itu sudah menghembuskan nafas pada wajahnya.

Falah refleks memejam mata.

"Tidurlah.."








LINDA tercelik mata. Nafasnya bergerak perlahan. Pandangannya disapu langit biru dan dedaun pohon yang bergerak-gerak dibelai angin. Sudah pagi. Dia tersedarkan itu. Ingatan pada semalam terasa samar-samar.

Tidak semena telinganya menangkap bunyi sesuatu dari sisi. Bunyi alunan yang sangat menenangkan dirinya. Sehingga jiwanya terasa damai. Lantas kepalanya bergerak ke arah itu. Hendak melihat punca alunan merdu itu. Matanya berkedip pantas saat melihat pemandangan di hadapan.

Falah sedang bersandar ada sebatang pokok, duduk menegakkan lutut sambil membaca sebuah kitab sebesar tapak tangan. Bibir Falah bergerak tenang dan daripada gerakan bibir itulah terhasil alunan merdu yang menjadi melodi di telinga Linda.

Jantung Linda entah kenapa menjadi pantas melihatkan Falah dalam keadaan itu. Ada perasaan tenang meresap dalam hatinya. Alunan itu buat dia jatuh damai.

Alunan apa itu?

Seakan menyedari dirinya diperhati, Falah menoleh pada Linda. Bacaannya tetap diteruskan dengan hafalan. Sesaat mata mereka bersabung. Bacaan Falah terhenti, lidahnya kelu apabila Linda tidak berkedip memandangnya. Linda pula seakan terpegun dalam pembaringannya.

Sehinggalah tawa Iman kedengaran sayup-sayup, diiringi suara Henry - Falah serta merta melarikan pandangan. Linda pula terus menarik nafas dalam-dalam apabila menyedari bahawa dia tidak bernafas tadi. Dia terus memandang ke langit. Jantungnya berdegup pantas. Mukanya panas.

"Hello!" Iman menyapa riang saat mendekati Falah. Ubi kayu dia letakkan di hadapan Falah.

"Tengok apa kami dapat." Dia mencekak pinggang.

Henry tiba kemudiannya membawa setandan pisang. "Dan ini." Henry meletakkan tandan pisang itu di hadapan Falah.

Falah diserang kagum. "Bagaimana boleh dapat makanan semudah ini? Subhanallah."

"Tengok kakilah!" Iman menguis hidung penuh bangga.

"Kaki dekat bawah," Henry menegur seraya memandang kaki Iman. "..bukan dekat atas." hidung Iman ditunjuk.

"Diamlah." Iman mengelak bila Henry hendak menyentuh hidungnya. Kuangjo.. Panas hatinya.

Henry tersengih dalam diam.

"Marilah kita rebus ubi." Falah bangun mengangkat ubi kayu. "Akak ada bawa periuk kan?"

"Eh of course!"

Iman ketawa namun tawanya mendadak mati saat terlihat Linda yang sudah pun duduk memeluk lutut di tempatnya. Hampir sahaja Iman terundur dan jatuh terduduk namun nasib baik Henry ada di belakangnya.

Iman cepat-cepat membetulkan kakinya yang tiba-tiba terpeleot itu. Henry juga berubah muka apabila terlihatkan Linda yang sedang memeluk lutut persis orang kemurungan itu.

Mereka berdua statik berdiri di situ saling berpandangan. Masih jelas dalam kepala mereka amukan Linda semalam. Dan melihat muka Linda hari ini buat mereka kecut perut sedikit. Hanya Falah yang selamba menghampiri kawasan Linda, lantas dia meletakkan ubi kayu yang masih melekat pada akar itu di tanah. Dia menoleh pada suami isteri itu.

"Kita perlukan kayu untuk api." Falah bersuara pada mereka.

"Kami pergi cari!" Henry dan Iman serentak bersuara.

Falah tersenyum menggulum tawa. "Tak perlu cari. Itu sahaja pokok, ambil sahaja daripada dahannya. Kita sudah ada pemetik api bukan?"

Henry dan Iman masing-masing diam.

Kemudian Iman melangkah maju ke arah Falah. "You pergi ambil.. I perempuan so I tunggu di sini." Sekejap sahaja Iman sudah bersila di sebelah Falah. Sedikit jauh dari Linda.

"Eh suka hati.. You dah volunteer untuk tolong I tadi kan." Henry mencekak pinggang.

"Itu kalau pergi cari kayu api. Sekarang tak perlu cari kan? So pergi ambil sendiri." Iman menjawab tanpa memandang pada sesiapa. Hanya fokus pada ubi kayu yang tergeletak di hadapannya.

Henry naikkan mata ke atas. Ada-ada je minah ni!

"Tak apa, kita buat sama-sama." Falah bangun menghampiri Henry. Sempat dia mengerling ke arah Iman yang ditinggalkan bersama Linda itu.

Henry hanya mampu mengeluh lega apabila Falah hendak membantunya.

IMAN tenung lama-lama ubi yang sedang berendam dalam air menggelegak itu. Kecur air liurnya membayangkan betapa sedapnya ubi itu nanti apabila dicicah dengan gula yang sememangnya dia sudah bawa bersama!

Uu.. Tak sabarnya nak makan. Tapak tangannya digosok-gosok penuh keterujaan.

Namun mood terujanya serta merta mati apabila terpandangkan Henry yang duduk setentang dengannya sedang menongkat dagu memerhatinya. Dia serta merta menayangkan wajah hendak bergaduh.

'Apa tengok-tengok?' bahasa isyarat dilantunkan dengan memek muka.

Henry naikkan mata ke atas. Menyampah. Segera dia alihkan pandangan ke arah Falah yang sedang membaca AlQuran sementara menunggu ubi rebus itu siap.

Haa.. Ini baru menenangkan hati. Henry spontan tersenyum.

Seketika Falah selesai membaca AlQuran. Mushaf kecilnya ditutup lantas wajahnya diangkat. Sempat dia melemparkan senyuman dengan Henry. Henry tersengih sahaja.

"Dah siap?" Iman teruja bila melihat Falah memeriksa ubi di dalam air mendidih itu menggunakan sudu.

"Okay dah.. Jom makan." Falah pun segera mengangkat ubi rebus itu daripada periuk. Diletakkan satu persatu di atas daun pisang yang Henry ambil tadi.

Iman sudah menjilat bibir tidak sabar. Henry hanya menggeleng kepala. Ubi dibahagikan mengikut bilangan. Satu kepada Iman, kepada Henry dan Falah sendiri. Namun ada satu lagi yang tertinggal. Melihatkan ubi yang tertinggal di atas daun pisang itu serta merta semua memandang Linda yang duduk sedikit berjarak daripada mereka.

Wajah gadis itu beku sahaja, menatap lama-lama pada ubi rebus yang sedang Falah bahagikan itu. Iman dan Henry berpandangan. Falah pula diam sejenak memandang ubi yang lebih tadi. Perlahan tangannya membungkus ubi dengan daun pisang lalu menghulurkan pada Iman. Iman tayang muka blur.

Falah isyaratkan untuk beri pada Linda. Iman serta merta mencemikkkan muka kecut perut. Henry jegilkan mata memberi amaran. Iman balas dengan muka bengang. Henry mengeluh penat. Semuanya dalam bahasa bisu. Akhirnya selepas bergaduh dengan riak muka, Iman mengalah lalu memberi bungkusan ubi itu pada Linda. Linda terkejut sedikit bila dirinya turut diberi.

Iman tersenyum manis. Tangannya disua lebih rapat. Betul-betul memaksudkan pemberian tersebut. Teragak-agak Linda menyambut huluran itu. Senyuman terukir kelat.

"Terima kasih." ujarnya serak.

Iman senyum sahaja. Kemudian apabila dia memandang hadapan serta merta dia melepaskan nafas lega sambil menyuap ubinya ke dalam mulut. Fuh panasnya..

"Ada siapa-siapa nak gula? Sedap tau makan ubi dengan gula." Iman dengan mulut penuh begitu - bertanya. Tangannya menyuakan bekasnya yang berisi gula.

Henry menyambut huluran itu. Dia lantas mengambil sedikit gula itu dan menaburkan di atas ubinya. Sekali ngap sudah separuh ubi itu masuk dalam mulutnya.

Falah pula hanya menyuap ubi itu sedikit-sedikit. Apabila Iman menyuakan bekas itu padanya, dia hanya menggeleng tidak mahu. Dia lebih suka makan tanpa gula. Iman angkat bahu sahaja.

"Siapa-siapa nak bolehlah ambil kalau nak ya.." Iman letak bekas itu di tengah-tengah. Api yang dinyalakan tadi sudah dipadamkan. Tinggal hanya periuk dengan air panas sahaja.

Seketika mereka senyap menikmati makanan. Hanya bunyi kunyahan mengisi senggang. Sesekali Iman terbatuk bila tersedak. Henry hanya geleng kepala. Gelojoh benar. Sekonyong-konyong mata Henry bergerak pada Linda dan ternampak sesuatu. Dia tergamam.

Pantas dia menyiku Falah. Falah tersentak lantas memandang Henry, bila kedapatan Henry sedang merenung Linda maka dia pun memandang ke arah yang sama. Falah pun pegun. Iman orang paling lambat menyedari situasi itu. Apabila melihat Falah dan Henry semacam terpegun melihat Linda maka dia pun sama menoleh je arah Linda.

"Linda..?" Terus dia menegur sebaik sahaja ternampak air jernih di pipi gadis itu.

Linda sedang menangis sedangkan mulutnya penuh.

"Hei.. Kenapa ni Linda?" Iman selaku satu-satunya wanita di situ terasa kasihan untuk menegur. Hilang sudah rasa takutnya tadi.

Linda serta merta teresak bila ditegur sebegitu. Ubi rebus yang tersumbat dalam mulutnya terkeluar sedikit apabila esakannya terluah.

Iman terdiam. Berbalas pandangan dengan Henry dan Falah.

Linda pula terus tenggelam dalam esakannya. Ubi rebusnya hampir terjatuh namun Henry sempat menyambutnya dan tolong memegangnya buat sementara waktu. Manakala Iman terus merapati Linda. Hairan kenapa gadis ini tiba-tiba sahaja menangis teresak-esak.

"Linda.. Kenapa ini? Ubi rebus ini tak sedap sangat ke?" Iman menggosok belakang Linda.

Henry yang mendengar pujukan itu serta merta menjegil mata pada Iman. Iman membalasnya dengan muka beriak 'apa?'.

Linda menggigil tubuh menahan esakan. Tangisannya makin menjadi-jadi. Sampai Iman buntu hendak buat apa. Maka dia mengusap sahaja belakang tubuh Linda. Memujuk.

"Ke.." Linda cuba bersuara. Semua bersabar menunggu.

"Kenapa Nyai hanya palsu?" Linda meluahkan rasa sakitnya itu. Esakannya pecah lagi.

Semua bungkam.

"Ke.. Kenapa Nyai hanya palsu?" Dan Linda menekup wajah seraya menangis sayu.

"Nyai.. Nyai yang saya sayang itu.. Kenapa dia hanyalah tipu?" Esakannya menghambur dalam tapak tangannya. Dadanya rasa sakit amat. Tubuhnya mengigil.

Iman tak terkata. Tangannya yang mengusap belakang tubuh Linda jatuh sendiri.

"Kenapa semuanya hanyalah tipu?" Linda tersedu-sedu.

"Hidup Linda selama ini.." Linda menggeleng kepala. "..hanyalah tipu."

Esakannya hambur lagi.

Sakit. Rasa itu amat sakit.

"Linda.." Iman rasa matanya panas.

"Tiada siapa yang saya kenal melainkan Nyai. Tapi kenapa dia hanyalah jelmaan? Kenapa..?"

Soalan demi soalan yang tiada jawapan itu diluahkan sepenuh jiwanya.

"Siapa saya sebenarnya..? Apa memori saya? Kenapa saya langsung tak ingat apa-apa? Siapa keluarga saya? Saya berasal dari mana?"

Semua hanya bungkam mendengar soalan-soalan tersebut. Sungguh, tiada siapa mampu jawab.

"Saya sayangkan kehidupan saya. Saya membesar dengan Nyai. Saya belajar memburu dengan Nyai. Saya bernama Mona. Saya tinggal di hutan dari kecil." Linda tersenyum pahit.

"Tapi rupanya semua itu hanyalah.." Linda menelan liur dalam sedunya. "..palsu." suaranya hancur. Air matanya tumpah lagi.

Iman tidak tahu hendak buat apa. Lidahnya kelu. Serta merta dia memandang Falah. Adiknya itu hanya diam memandang tanah. Namun Iman dapat lihat, mata Falah beriak simpati mendengar tangisan Linda. Dan itulah juga yang dia rasa ketika ini.

"Linda.." Henry tiba-tiba menegur.

Linda masih tersedu-sedu. Air matanya yang berjuraian langsung tidak dikesatnya. Dia nampak marah. Marah kerana tidak diizinkan untuk mengenali dirinya sendiri.

"Jika Linda inginkan keluarga," Henry berdehem.

Iman sudah memandang pelik.

"Kami boleh jadi keluarga Linda." Henry bersuara seraya memandang Linda.

Iman terkejut sedikit dengan kebaikan hati Henry.

"Linda boleh anggap kami keluarga Linda. Kemudian kita sama-sama cari siapa Linda sebenarnya. Kita cari memori Linda sama-sama." Henry tersenyum.

Linda terpegun. Air matanya mengering.

Iman kemudian bersuara mengiyakan kata-kata Henry, "Betul tu Linda. Anggap sahaja kami keluarga. Linda kan adik angkat kakak. Betul tak?" Iman tersenyum lebar.

Linda pandang Iman dengan wajah tak percaya.

"Bukan kakak takut pada saya? Saya mengamuk semalam.. Kakak tak suka saya kan?" Linda tampak ragu-ragu.

Iman terbatuk mendengar soalan itu. Sentap menusuk kalbu.

"Ya.. Kakak mengaku kakak takut bila tengok Linda mengamuk semalam. Tapi perkara itu normal, kalau kakak jadi Linda pun mungkin kakak jadi lebih teruk. Entah-entah kakak bunuh terus Falah sebab marah sangat." Iman ketawa jahat.

Muka Linda berubah dengan kenyataan itu. "Linda tak akan bunuh Abang Falah." Dia menggeleng ketakutan.

Tawa Iman mendadak mati. Hadeh budak ni.. Potong mood betul.

"Kakak kata, kalau kakak jadi Linda, okay? Bukannya Linda sendiri." Dia bersuara dengan mata naik atas. Perkataan kakak ditekan habis. Linda serta merta menghembus nafas lega.

"Linda anggap sahaja kami abang dan kakak Linda. Tak mau sedih-sedih lagi. Tak cantik." Henry mencelah kemudiannya. Sekadar memujuk persis memujuk kanak-kanak.

"Amboi! Pandai mengayat ya sekarang.." Iman memotong pantas.

"You sibuk sangat kenapa?" Henry tayang muka tak puas hati.

Iman ketawa sinis. "Eh tak payah tunjuk baik sangatlah. Macamlah I tak tahu you ada udang di sebalik batu."

"Apanya nak ada udang sebalik batu? Niat I ikhlas tau!"

"Eleh mana tahu.. Mentang-mentang Linda cantik, mula nak menggedik. Nyampah." Iman naikkan mata ke atas.

"Hei kalau jeles tu buatlah cara jeles."

"I jeles? Hahaha.. Lawak apakah ini?"

"I puji Linda cantik terus gelabah dah kenapa?"

"I tak gelabah sebab you puji dia cantik, I cuma tak nak you ambil kesempatan atas budak macam Linda ini."

"Muka I macam orang nak ambil kesempatan ke?"

"Muka you--"

"Abang, Kak Nadrah.. Dahlah tu." Teguran Falah serta merta mematikan pergaduhan mereka. Muka Falah semacam penat sangat. Tangannya naik menggaru dahi. Henry terus menatap tajam ke arah Iman. Iman membalasnya dengan muka jengkel. Linda di tengah-tengah hanya garu kepala. Dia tak faham.

"Sudahlah.. Kita kena bergerak sekarang. Matahari makin tinggi." Falah sudah siap makan. Terus bangun berdiri. Henry kelam kabut menghabiskan makanannya. Iman pula sibuk meneguk air.

"Abang Falah.." Linda mendadak memanggil. Dia turut berdiri untuk menyamai Falah.

Falah menoleh. Henry berhenti mengunyah. Iman pula mengembungkan pipi dengan air. Sengaja tidak menelan. Mereka menjadi penonton di tengah-tengah.

Linda memintal jari di tengah perut. Nampak cuba menahan debar.

"Err.. Linda minta maaf kerana marahkan abang semalam." Ujarnya gugup.

Falah hanya diam. Linda menunduk. Segan. Mukanya panas. Seketika mereka jeda.

Falah pun lantas berpaling ke hadapan kembali untuk mengemas barangnya. Fikirnya Linda sudah selesai bicara.

"Satu lagi!" Linda tergagap-gagap.

Langkah Falah terbejat. Dia menoleh semula.

"Linda pe-percayakan Abang Falah.." Dengan nada terketar begitu Linda menjawab soalan semalam.

Henry dan Iman berpandangan.

"Linda pun percayakan Abang Henry dan kakak." Ujar Linda seraya menundukkan wajah.

Jeda. Janggal.

"Terima kasih." Falah menjawab ringkas.

Linda mengangkat muka terkejut.

"Terima kasih kerana percayakan kami."

Dan Falah tersenyum.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro