Serunai Maut | Henry | 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BANG!

Meja mesyuarat ditampar. Semua tersentak.

Lagi sekali, Dato' Hussain mengamuk.

"Apa yang kalian semua fikir?! Bina masjid di pulau?! Adakah itu antara penyiasatan!!?"

Henry memejam mata. Menahan geram memikirkan siapakah yang melapor hal ini pada Dato' Hussain padahal dia sudah sehabis daya menyembunyikannya dari 'singa laut' itu, gelarannya untuk Dato' Hussain.

Namun tidak perlu berfikir lebih panjang, jelas sekali yang Dr Khalil yang sedari tadi menunjukkan riak garang di sisi Dato' Hussain bersama Melissa yang meniup kuku di salah sebuah kerusi mesyuarat - merekalah yang melaporkan hal ini pada majikan mereka.

"Kalian tinggalkan petugas saya di feri, kemudian kalian buat kajian tentang benda mengarut di pulau sana! Bina masjid?! What? Apa kalian ingat kalian ini gerakan dakwah ke apa?!"

Suara Dato' Hussain lantang.

Henry, Iman dan Falah memilih untuk diam sahaja.

"Saya dapat laporan bahawa kalian semua langsung tidak buka lampu pada waktu malam kerana mempercayai serunai.. Serunai apa? Maut? Hahaha. Apa yang merasuk kalian semua ini?" Dato' Hussain ketawa memperlekeh. Dr Khalil turut ketawa manakala Melissa hanya tayang muka selamba.

Henry mengetap rahang. Dipandang Iman, wanita itu tampak juga menahan sabar. Apabila dipandang Falah, Henry tidak tahu bagaimana Falah boleh berwajah setenang itu.

"Dan kamu Henry, kamu menyisihkan petugas saya! Bukankah kamu sudah berjanji untuk memasukkan mereka dalam setiap tugas kamu?"

Henry mengeluh. "Saya beri mereka kerja juga, yaitu menyiasat tentang feri tapi mereka yang tidak mahu." Jawabnya selamba.

"What?! Sejak bila pula aku tak nak?!" Dr Khalil berang.

Henry pandang lelaki itu, "Saya tak perlukan arahan dari orang macam kau. Dah lupa ayat itu? Doktor yang cakap macam tu pada saya semalam."

Dr Khalil mengetap gigi. Memang dia ada cakap begitu kerana hatinya tercabar bila dirinya diarah itu dan ini oleh Henry. Baginya yang boleh mengarahnya hanyalah Dato' Hussain.

"Sudah, saya tak mahu dengar kalian bergaduh. Apa saya mahu ialah satu hati, kerjasama. Kenapa susah sangat kalian mahu satu hati?" Dato' Hussain menggeleng kepala.

"Kamu tinggalkan anak buah saya macam tunggul kayu di feri, Henry. Itu tidak patut sama sekali!" Dato' Hussain marahkan Henry. Henry garu hidung.

"Satu lagi pekara, kenapa sampai sekarang tiada langsung laporan untuk saya? Khalil yang saya baru hantar semalam pun dah hantar laporan pada saya tahu! Kalian yang dah berminggu saya hantar ke mana semua laporan itu?"

Henry menghela nafas. Jika Dato' Hussain boleh menerima hal tidak logik bolehlah dia memberi laporan.

Tapi ini kalau setakat sebut serunai maut pun lelaki singa laut itu sudah ketawa remeh begitu apatah lagi jika disebut berbagai perkara lagi yang lebih tidak logik.

"Khalil, beritahu apa yang kamu dah dapat." Dato' Hussain mengarah.

Henry sudah garu belakang leher. Nafas dihela panjang-panjang.

Dr Khalil bangun dari kerusi, dengan penuh bangga dia berdiri di hadapan semua orang. Tersenyum angkuh.

"Daripada siasatan saya, ada seseorang yang telah mensabotaj lampu spotlight ke arah selatan. Dia telah halakan ke arah kapal kerana dia mahukan cahaya untuk membuat kerja kerana feri pada malam kejadian sangat gelap."

Iman dan Henry berbalas pandang.

Sejak bila pula lampu itu menghadap feri? Bukankah lampu tersebut menghadap timur?

Dahi mereka serentak berkerut. Kemudian Iman baru teringat yang dia telah alihkan lampu itu untuk memudahkan kerjanya menggeledah wayar lampu.

Iman menepuk dahi dalam diam.

Dia baru teringat yang hal itu tidak dibicarakan dalam mesyuarat pagi semalam kerana Henry kata hal itu masih dalam siasatan.

"Namun saya masih tidak menjumpai cap jari, saya yakin yang suspek telah memakai sarung tangan ketika melakukan sabotaj itu." Dr Khalil penuh yakin bercerita.

Dato' Hussain terangguk-angguk.

"Rumusannya, kejadian di feri ini saya pasti ialah angkara sekumpulan orang yang memang berniat mensabotaj feri ini. Tidak mustahil untuk ianya berlaku kerana feri ini ialah feri ahli korporat dan jutawan. Sesiapa pun mahu mensabotajnya." Dr Khalil mengakhiri penerangannya itu dengan senyuman.

Dato' Hussain menepuk tangan. "Haa, begitulah laporan yang saya mahukan."

Henry terbatuk kecil.

"Kamu berdua mengecewakan saya, Henry.. Iman. Saya fikir dengan menyerahkan kes ini pada kalian semuanya lebih mudah. Rupanya entah apa yang merasuk kamu berdua, kes ini jadi makin susah dan rumit. Sedangkan pihak waris sudah tidak sabar untuk tahu keputusan." Dato' Hussain mengeluh.

"Jadi, selepas apa yang saya lihat, Henry. Saya tiada pilihan lain." Dato' Hussain serius. Kepalanya menggeleng kecewa.

"Saya akan bawa feri ini pulang ke Melaka. Pasukan saya akan buat siasatan di sana."

Henry tersentak. Terus mengangkat wajah.

"Tak boleh begitu dato'. Kes ini berkait rapat dengan Pulau Jengka." Henry membantah.

"Hari tu kamu jugak kata Pulau Jengka tak bersalah dalam kes ini, and sekarang you kata ia berkait rapat dengan Pulau Jengka pula. Mana satu kamu ni?" Dato' Hussain berkerut bosan.

"No, saya tak maksudkan berkait itu dengan penduduk. Tapi ianya berkait dengan pulau itu sendiri. Lokasi sangat penting untuk penyiasatan kali ini."

"Apa yang pentingnya Henry? Kalau malam-malam pun kena tutup lampu. Eh, lecehlah. Kita banyak kerja lagi nak buat bila malam, tapi malam jugalah yang kena bergelap. Aku tak tahanlah." Dr Khalil mencelah tidak puas hati.

"Tapi feri ini memang tidak boleh bergerak ke mana-mana selagi kes belum selesai.."

"No, Henry." Kali ini Dato' Hussain pula membalas. Wajahnya serius.

"Kali ini keputusan saya muktamad. Esok pagi feri akan bertolak ke Melaka apa pun yang jadi. Siasatan akan sambung di sana. Lebih aman lebih mudah." Dato' Hussain menoktahan keputusan.

Henry mengetap rahang. Tidak boleh. Perkara ini tidak boleh terjadi. Jika feri ini perlu ke Melaka, maka bagaimana dengan siasatannya di Pulau Jengka?

Bagaimana dengan masjid yang hendak dibina Falah?

Terus Henry pandang Falah. Falah mengangkat wajah membalas pandangannya, jeda.

"Mudah sahaja Henry, jika kamu masih hendak selesaikan kes ini dengan Pulau Jengka. Sila teruskan. Tapi tetap juga feri ini kena bertolak ke Melaka esok."

Henry berkerut dengan keputusan Dato' Hussain.

"Maksud dato'?"

Dato' Hussain tersenyum tajam.

"Tak perlu cakap banyak, kamu tinggallah di Pulau Jengka. Menetap di sana terus."

Henry mengetap gigi.

"Tapi dengan syarat.." Dato' Hussain memeluk tubuh.

"Kamu dah tak boleh masuk campur dalam urusan feri, biar saya dan pasukan saya handle. Kamu, selesaikan urusan yang belum selesai di pulau. Kami tak ada kaitan dengannya."

"Tapi.."

"No tapi tapi.. Kau dengar kan. Kau kena pilih samada hendak ikut kami ke Melaka esok dan teruskan siasatan di sana, atau kau nak menetap di Pulau Jengka dan siasat apa benda yang kau tak puas hati sangat tu. Pilihlah." Dr Khalil menyampuk biadap.

Henry hela nafas panjang-panjang. Payah.

Dalam siasatannya dia perlukan dua-dua. Feri dan pulau.

Sekarang dia perlu pilih salah satu sahaja.

Wajahnya diraup.

"Saya bagi kamu masa, beri keputusan sebelum senja."

Dato' Hussain tampaknya sedikit berlembut. Memberi keizinan untuk Henry berfikir dahulu.

Henry buntu.

BILIK mesyuarat sepi. Henry mundar mandir sejak Dato' Hussain bersama dua orang bawahannya itu berlalu pergi. Iman pula nampak termangu di kerusinya, mencubit bibir sendiri dek mengelamun jauh.

Falah pula lebih memilih untuk diam.

"Argh, damn! Kenapa I yang kena keluar dari kes ini?" Henry menghentak dua tangannya atas meja. Geram.

"Seminggu I tak lena tidur sebab kes ini and last senang-senang sahaja kes ini diambil alih oleh orang lain." Henry tampak benar-benar berang.

Iman menghela nafas.

"Bukannya diambil alih terus dari you, you kan boleh buat pilihan. So kalau you sayang sangat kes ni, you ikutlah diorang balik Melaka. Boleh sambung siasatan you dekat sana." Iman cuba menenangkan.

"The point is, kes ini takkan lengkap tanpa Pulau Jengka! Kalau I balik sekali pun and masih mengetuai kes ini, I takkan boleh selesaikan kes ini tanpa Pulau Jengka."

Iman terdiam. Sememangnya dia pun menyetujui akan hal itu.

"Apabila lokasi berubah kemungkinan untuk banyak perkara juga berubah, pergerakan angin, aliran air, arah matahari, dan macam benda lagi akan berubah! Apa diorang tak fikir ke?" Henry tetap tidak berpuas hati.

Apatah lagi dia belum sempat menyiasat tentang bunyi seruling yang mereka telah dengar semalam, kemungkinan bunyi itu ialah daripada angin yang melanggar sesuatu. Ataupun bunyi air yang mengalir pada sesuatu. Bermacam perkara boleh ada di alam ini. Dan hal ini hanya boleh disiasat dengan feri ini masih pada lokasi. Jika berubah lokasi semuanya tinggal sia-sia.

Falah yang mendengar menghela nafas.

Menyetujui kata-kata abang iparnya.

"Memang betul apa abang kata itu.." Falah mencelah tiba-tiba.

Henry dan Iman serentak memandang Falah.

"Lokasi ialah titik penting dalam penyiasatan. Dan objektif juga penting. Tapi ada beberapa kes yang tak berkait dengan lokasi. Contoh macam feri ini, pada pandangan dato', apa yang penting ialah feri. Di mana ia berada ia sama sahaja. Ia tetap sebuah feri. Kerana itulah beliau menganggap dengan membawanya ke Melaka akan jadi lebih mudah." Falah menjelaskan isu tersebut.

Henry merengus kencang. Cuba bertenang.

"Jadi apa cadangan Falah?" Henry bertanya kemudiannya.

Falah memandang Henry dan tersenyum. "Antara objektif dan lokasi, Falah lebih pilih lokasi."

"Jadi?"

"Falah akan menetap di Pulau Jengka."

Henry terdiam lama mendengar keputusan itu. Memang sejak awal lagi dia sudah mengagak itulah keputusan Falah.

"Abang ikut Falah." Henry buat keputusan juga.

Falah tersenyum. Gembira dengan keputusan abang iparnya.

"Jadi itu bermaksud abang takkan uruskan lagi kes ini." Henry senyum hambar.

"Kita masih boleh teruskan siasatan, abang. Cuma main objective sahaja yang tiada."

Henry terangguk-angguk. Ya, feri sahaja yang tiada.

Kemudian dia pandang Iman yang sedari tadi diam.

"You?"

Iman tersentak. Terus memandang Henry.

"Apa?"

"You nak ikut siapa?"

Iman terkebil-kebil. Kemudian dia pandang Falah.

"Kalau I ikut you dengan Falah, itu bermaksud I takkan kerja bawah Dato' Hussain lagi kan?"

"Absolutely." Henry menjawab.

"So why not? I pun tak sanggup dah nak kerja dengan singa laut tu." Iman angkat bahu.

Dan sebelum senja hari ini, mereka telah membuat keputusan.

Untuk menetap di Pulau Jengka. Tanpa mereka sedar apa yang menunggu mereka di sana.

UNTUK kali kedua, mereka berjumpa Dato' Hussain namun kali ini tempatnya ialah di bilik Sir Suzuki. Henry memberitahu keputusan muktamadnya bahawa dia tidak akan bekerja di bawah Dato' Hussain lagi dan akan menetap di sini sahaja. Begitu juga Falah dan Iman.

Awalnya Dato' Hussain kelihatan kecewa, dia fikir dengan dia mengugut begitu Henry akan memilih kes ini bukannya Pulau Jengka. Namun siapa sangka rupanya Henry lebih memilih Pulau Jengka berbanding kes yang dia telah uruskan selama seminggu lebih ini.

Akhirnya Dato' Hussain bersetuju sahaja dengan pilihan Henry. Malah apabila Henry membuat permintaan agar diberikan sebuah bot pada mereka, Dato' Hussain perkenankan sahaja.

"Hei!"

Ketika semua sudah pun keluar dari bilik Sir Suzuki dan kelibat Henry bersama Falah sudah lesap ke dek atas, langkah Iman tersekat apabila terdengar panggilan kasar itu.

Dia menoleh.

Terlihat Melissa yang berdiri di muka pintu bilik Sir Suzuki - sedang merenungnya tajam. Perempuan berambut tocang itu kemudiannya melangkah menghampiri Iman. Lagaknya angkuh.

"So, Falah itu adik you?" Melissa terus bertanyakan soalan itu tanpa basa basi.

Iman menjongket kening.

"You tahu dari mana?" Seingatnya dia tidak berkongsi pun dengan siapa-siapa yang Falah ialah adiknya kecuali orang tersebut pernah satu pasukan dengannya tiga tahun lepas.

"Dato' Hussain." Melissa jawab malas-malas.

Iman mencemik wajah. Patutlah..

"So betullah?" Melissa bertanya sekali lagi.

"Kalau betul pun ada masalah dengan you ke?" Iman balas.

Melissa tertawa sinis.

"You memang kakak yang kejam kalau macam tu. Kalau I tak tanya Dato' Hussain pasti I tak sangka langsung yang Falah itu ialah adik you. You langsung tak anggap dia adik you kan. You're so mean."

Iman mendengus sahaja. Malas hendak bertekak.

Baru dia hendak melangkah pergi, Melissa menahannya sekali lagi.

"And Henry is your husband huh?"

Langkah Iman mati.

Melissa ketawa pahit. Sakit hatinya bila mendapat tahu yang rupanya Henry sudah berkahwin dan isterinya ialah Iman!

Jika dia tidak bertanya pada Dato' Hussain mengapa Falah memanggil Henry abang, pastinya sampai sekarang dia masih menggedik dengan Henry.

"Satu lagi dato', saya ada dengar Falah panggil Henry Abang. Dato' tak rasa apa-apa yang pelik ke kat situ?" Melissa sudah berburuk sangka.

Dato' Hussain yang sedang membaca laporan dari Dr Khalil itu memandangnya pelik.

"Pelik kenapa?"

"Peliklah dato'. Lelaki panggil lelaki Abang. Tak ke.." Melissa geli geleman.

"Tak payah loyar buruk Melissa. Memang patut Falah panggil Henry abang, sebab Henry itu abang iparnya. Aduhlah. Takkan itu pun you tak tahu?"

Melissa sudah terbeliak mata.

"Maksud dato'?!"

"Isteri Henry Si Iman itu ialah kakaknya Falah, so..."

Dan Melissa sudah tidak dengar apa-apa selepas itu kerana telinganya hanya mendengar perkataan 'isteri Henry'.

Melissa mendengus. Memeluk tubuh. Masih tidak berpuas hati.

"Serius I tak faham kenapa Henry pilih you jadi isteri dia.. Macam bukan isteri je I nampak." Melissa kutuk terang-terangan.

Iman mengepal tangan. Dia kemudian berpusing menghadap Melissa.

"Kalau aku betul isteri dia pun, bukan ada kaitan dengan kau. Itu hal aku. Yang kau nak menyibuk sangat kenapa?"

Melissa tersenyum sinis.

"Sebab bagi I, you tu tak patut jadi isteri dia! Tengok sahaja body you! Cutting straight, rambut pendek, muka berkarat! I just pelik kenapa Henry boleh pilih perempuan macam you jadi isteri dia, better ambik I.." Melissa mencebik.

Iman menarik nafas dalam-dalam.

Kalau dia seorang perempuan yang normal yang sayangkan suaminya pasti ketika ini dia sudah bertarik rambut dengan Melissa. Namun sayangnya dia bukanlah perempuan yang jenis itu.

Apabila mendengar cemuhan tersebut dia masih mampu bersabar.

"Aku malas nak bertekak dengan kau Melissa. Buang masa. Aku nak pergi berkemas untuk ke pulau pula. Bye!" Iman malas layan. Terus melangkah pergi.

"Hei!"

"Iman!"

Iman tidak pedulikan panggilan itu. Terus melangkah.

"Henry tak layak untuk you!"

Iman naikkan mata ke atas mendengar laungan itu.

Ada aku kesah?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro