Serunai Maut | Henry | 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"BERDASARKAN kamera cctv, kami dapati bermula jam enam setengah petang bekalan elektrik diputuskan. Tapi hanya untuk bahagaian lampu sahaja. Untuk yang lain masih berfungsi seperti biasa. Sebab itu kamera cctv masih berfungsi."

Penganalisis bernama Aiman itu memberi penerangan. Bilik yang sebenarnya ialah bilik mesyuarat ahli jawatankuasa Feri Miranda Gold tiba-tiba bertukar menjadi bilik mesyuarat untuk pihak penyiasat. Lagipun di bilik ini televisyen gergasi dan segala benda lain sudah disiapkan. Mudah kerja Aiman untuk membuat pembentangan dengan skrin besar di belakangnya sedang menunjukkan enam belas rakaman cctv di beberapa kawasan dalam feri ini jam enam petang semalam.

Semua dapat melihat dengan jelas penumpang kapal sibuk bergerak ke sana ke mari untuk membuat persiapan bagi sesi bergelap nanti.

Dan tepat seperti yang Aiman katakan, jam enam setengah petang - feri serta merta bergelap. Tinggal lagi cahaya petang sahaja yang masih berbaki. Serta merta feri mewah itu nampak buruk dan menakutkan dalam rakaman cctv. Mungkin kerana selama ini feri itu jadi mewah adalah kerana lampu, tanpa lampu kemewahan feri ini hanya tinggal bayangan sahaja.

"Selepas sesi bergelap tiada siapa yang keluar dari bilik. Mungkin kerana tidak sukakan kegelapan buat semua orang hanya duduk di bilik masing-masing." Aiman menunjukkan setiap lorong feri yang kosong dari sesiapa melalui kamera pengawasan yang sudah bertukar kepada warna hijau kerana mode night-vision.

"Sehinggalah jam satu pagi, seseorang keluar dari biliknya." Aiman menekan-nekan papan kekuncinya. Semua dalam bilik itu berdebar.

Sebuah video yang di-pause dengan latar belakang warna hijau putih menjadi tatapan semua orang. Ianya ialah kamera pengawasan bernombor lapan yang berada di aras hotel paling atas. Aras paling mewah.

"Dia ialah Tuan Andika.."

"..pemilik Ezus." Henry sambung dengan perlahan. Jeda. Tidak menyangka lelaki berhud dalam kamera itu ialah Andika.

Yang lain berkerut. Saling berpandangan. Seolah baru faham kenapa mayat Andika dijumpai di dek atas sedangkan kebanyakan mayat lain dijumpai di bilik masing-masing.

Aiman mengangguk. "Ya, pemilik Ezus."

"Apa dia buat dekat luar tengah malam macam tu?" Iman bertanya hairan. Dahinya berkerut.

"Takkan dia suspek pula?" Perempuan kedua dalam bilik itu membalas dengan kening naik sebelah. Dia ialah Koperal Hana.

"Kalau kita andaikan dia suspek kenapa dia nak bunuh dirinya juga bukan?" Iman mencipta soalan.

Yang lain terangguk-angguk. Mustahil ada yang nak membunuh dirinya.

"Itulah yang saya pelik Cik Iman." Aiman menekan-nekan papan kekunci lagi.

"Dan yang lagi pelik tak ada lagi kelibat Tuan Andika dalam mana-mana rakaman cctv yang lain. Seolahnya Tuan Andika sengaja mengelak dari pengawasan kamera." Aiman menunjukkan beberapa rakaman yang memaparkan lorong yang kosong sahaja. Kelibat Andika yang berhud tidak kedapatan di mana-mana.

"Dan keanehan ini tidak terhenti di situ, beberapa minit selepas Tuan Andika keluar dari biliknya, seseorang yang lain juga keluar."

Semua makin berdebar apabila melihat Aiman menekan-nekan papan kekunci. Muncul gambar kedua di skrin besar itu.

Semua berkerut melihat gadis kecil yang baru keluar dari kubikelnya itu. Dari paparan yang agak kabur ini semua dapat lihat wajah gadis itu cemas dan ketakutan.

"Siapa tu?" Henry bertanya. Berkerut.

Satu petak kecil keluar di sebelah gambar tersebut. Tertulis di petak itu biodata gadis bertudung dengan wajah manis.

"Linda binti Dato' Amran?" Mata Iman membesar saat membaca biodata tersebut.

Yang lain lagi sekali berpandangan. Terasa sudah lama mereka tidak mendengar berita tentang anak perempuan mantan presiden Ezus itu. Selepas kematian Dato' Amran, isterinya mengatakan bahawa Linda anak tirinya itu sudah dihantar ke luar negara bagi menyambung pelajaran.

"Apa dia buat dekat kubikel orang gaji?" Iman berkerut apabila menyedari akan hal itu.

Aiman memetik jari pada Iman. "Bingo Cik Iman! Memang itulah yang saya hairan sekarang ini! Bila saya periksa bilik dia, memang dia ditempatkan di aras orang gaji. Malah dia didaftarkan sebagai orang gaji kepada keluarga Datin Maya, ibu kepada Tuan Andika. Bukan sebagai keluarga."

Semua berkerut-kerut. Keadaan makin berselirat.

"Ada something yang tak kena." Koperal Hana bersuara di tengah-tengah mereka.

Henry pula sudah diam membisu.

"Baiklah kita kembali kepada siasatan kita." Aiman memadam biodata Linda. Memaparkan rakaman video Linda yang bertudung ringkas dengan wajah cemas sedang berlari menuju ke satu arah. Dan kelibatnya hilang selepas itu.

"Dia pergi mana?" Inspektor Halim bertanya.

Aiman menggeleng. "Sama seperti abang tirinya Andika, dia pun hilang dari radar. Kami sudah cuba cari di merata kawasan yang berkemungkinan untuk dia ada dan tidak berkemungkinan. Semuanya.." Aiman mengangkat dua tangan gaya kosong. "..nothing."

Semua terdiam.

"Sehinggalah jam 0108 pagi, bekalan elektrik feri terganggu dan kamera pengawasan mati serta merta."

Semua mula serius bila mendengarnya. Apatah lagi jelas pada pandangan mereka enam belas gambar hijau putih itu terpadam secara mendadak bagai ditelan sesuatu.

"Saya dapat rasa waktu itulah kematian beramai-ramai berlaku." Aiman menghela nafas berat. Memandang simpati pada skrin yang sudah gelap sepenuhnya itu.

Bulu roma Iman meriding mendengarkannya. Tiba-tiba dia jadi teringatkan kata-kata Hawa.

"Penumpang feri tu dah dengar sebab itu mereka semua mati."

Iman teguk liur. Seram sejuk melanggar bulu romanya.

Semua terdiam apabila Aiman selesai membuat pembentangan. Bilik mesyuarat sunyi.

"Tunjukkan sekali lagi rakaman Linda tadi." Tiba-tiba Henry meminta. Memecah sunyi yang mencengkam.

Aiman kelam-kabut menekan papan kekunci dan serta merta rakaman gadis kecil yang cemas itu menjadi paparan di skrin.

Henry bangkit dari kerusi beroda empatnya, menghampiri skrin TV yang sangat besar itu. Semua hanya memerhati tingkah ketua mereka itu.

Lama Henry merenung gambar itu. Nafasnya bergerak perlahan dan matanya sesekali dikecilkan. Yang lain pula sudah tertahan nafas dek berdebar menunggu apakah rumusan ketua mereka pada gambar itu.

"Gambar Andika di sebelah." Arah Henry seraya menunjukkan ruang kiri skrin itu.

Aiman patuh. Menekan papan kekunci lantas gambar Andika yang berhud muncul di sebelah gambar Linda.

Semua berkerut cuba memahami apakah yang dikehendaki Henry.

Iman juga sudah menongkat dagu, merenung khusyuk dua gambar itu. Seolahnya mereka sedang mencari kelainan di dalam gambar tersebut.

Tidak semena Henry menggeleng. Wajahnya berkerut.

Aiman sudah telan liur. Kapten jumpa sesuatu...

"Ada something wrong dekat gambar Linda." Henry mengetuk gambar Linda di sebelah kanan.

Semua serta merta fokus pada gambar gadis itu. Cuba mencari 'something wrong' yang dikatakan Henry itu.

"Apa..dia tuan?" Aiman takut-takut bertanya. Dia hendak tahu. Malas hendak berfikir.

"Cahaya. Gambar Linda ada cahaya."

Serta merta muka Iman pucat seperti menyedari seuatu. Matanya membulat. Dia terus berdiri dan melangkah mendekati Aiman.

Henry pula masih fokus pada skrin besar itu. Yang lain terpinga-pinga.

Cahaya? Kenapa dengan cahaya?

Laptop dikuasai Iman. Aiman sudah meminggir ke tepi. Hanya bingung memerhati tingkah Henry dan Iman.

Iman menggerak-gerakkan tetikus. Membuat sesuatu pada gambar Linda. Sejenak gambar Linda menjadi sangat dekat, namun bukan pada Linda tapi pada pintu bilik Linda.

Semua berkerut.

Apakah?

Iman berdiri di sebelah Henry. Turut memerhati gambar Linda. Henry sudah memejam mata. Nafas dihela berat. Iman mengetap bibir.

"Apa maksudnya tuan?" Inspektor Halim tidak faham.

"Linda nampak cahaya." Henry membuka matanya. Menajamkan pandangan pada gambar yang difokuskan pada pintu bilik Linda itu, jelas di bukaan itu terdapat cahaya. Walaupun suram namun tetap juga membawa perbezaan dari gambar Andika yang gelap sepenuhnya.

"Dan dia hendak cari siapa yang menghidupkan cahaya itu." Iman menyambung.

"Jadi dia keluar dan.." Henry terhenti.

"..dia ialah saksi semua perkara." Iman menyambung serius.

"Andika?" Koperal Hana mula dapat mencantumkan puzzle yang dibentuk Henry dan Iman.

"Dia yang hidupkan cahaya itu.." Henry meraup rambut yang jatuh.

"Dan mungkin serunai maut itu benar."

Iman tidak sangka akhirnya dia berkata begitu.

JAM menunjukkan sudah pukul enam petang. Bermaksud sudah empat belas jam berlalu dari waktu feri ini ditemui. Dan itu juga bermaksud Henry dan skuadnya perlu lebih segera dalam menyelesaikan kes ini sebelum ianya diambil alih oleh pihak lain.

Di dalam bilik Sir Suzuki, sekali lagi Henry duduk di situ. Kali ini dia duduk di atas kerusi besar di meja kerja Sir Suzuki sambil jarinya bermain dengan spinner. Khusyuk sekali dia memusingkan spinner berwarna hitam merah itu.

Namun hakikatnya dalam kepalanya berbagai perkara saling bertindan. Memikirkan kes ini dengan lebih terperinci. Tidak tinggal walau satu pun perkara yang dia telah selidiki siang tadi.

Apabila dia teringatkan perbincangan awal petang tadi serta merta buat dia mengeluh.

Spinner dihentikan lalu diletakkan ke tempat asalnya, Henry tak sangka rupanya Sir Suzuki pun bermain dengan mainan bercabang tiga yang selalu dimain oleh kanak-kanak itu. Dia cuma mencuba sahaja, tidak sangka jadi ralit.

Spontan dia meraup wajahnya. Nafas dihembus kuat.

Serunai maut? Kenapa semua penyiasatan ini berakhir pada benda karut itu? Hatta perbincangan berkenaan cctv itu pun diakhiri dengan perkara itu. Bukankah ianya ialah mitos? Malah benda itu ialah khurafat! Mana mungkin alat sekecil serunai mampu membunuh ribuan manusia!

Mustahil!

Pintu diketuk tiga kali, tanpa dia memberi izin pintu sudah dibuka. Muncul Inspektor Halim dengan wajah serius. Di tangannya tablet tergantung.

Henry tahu Halim ada berita baru.

"Orang kampung membuat rusuhan di pulau sana. Mereka meminta kita menutup lampu seperti yang diamalkan oleh mereka." Inspektor Halim memberi laporan.

Henry serta merta mengeluh.

Teringat akan pesanan tok penghulu siang tadi.

Wajahnya diraup.

"Kita taat sahaja mereka." Perintah dikeluarkan. Inspektor Halim mengangguk patuh. Dia segera memberitahu orang bawahannnya berkenaan hal itu melalui handsfree yang melekat di telinganya.

Henry merenung luar tingkap bilik ini. Keadaan di luar masih cerah.

"Satu lagi tuan, semua mayat sudah ditemui tuan." Inspektor Halim melaporkan berita kedua.

Henry memusingkan kerusi.

"Baguslah. Kita kena hantar cepat.."

"Tapi tuan.." Untuk kali pertamanya Inspektor Halim memotong percakapan Henry.

Henry terdiam bila melihat wajah inspektor bawahannya itu pucat lesi.

"Satu mayat hilang." suara Inspektor Halim seakan pudar.

Wajah Henry berubah.

"Mayat Linda, tuan."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro