Hari #13: Peraduan Melukis Grafik

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hello kawan-kawan.

Masuk hari ke-13 ini, pasti sudah ramai yang makin aktif menulis, dan kami sudah mengetengahkan banyak peraduan menulis fiksyen mikro menggunakan genre-genre dan prompt yang meluas. Banyak lagi yang akan datang ya.

15 fiksyen mikro akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam sebuah antologi dan ia akan turut disertakan dalam profil Ambassador yang terlibat.

Dan hari ini, kami mahu anda reka muka depan untuk antologi tersebut! 

Penyertaan yang dipilih oleh kumpulan MediaDirectory sebagai pemenang nanti akan diketengahkan oleh profil-profil tersebut, dan ini suatu kejayaan yang kami rasa sangat membanggakan.

Syarat penyertaan, mudah: 

1. Sebarang imej yang digunakan mestilah boleh digunakan secara percuma dan gunakan 'Antologi Fiksyen Mikro @AmbassadorsMY' sebagai tajuk. 

2. Kamu bebas hendak menerbitkannya di dalam buku khas untuk Fiesta April ini atau dalam mana-mana buku yang sedia ada, di profil kamu sendiri.

3. Jangan lupa tambahkan #FiestaApril #AmbassadorsMY dan #WattpadMalaysia pada bahagian tag.

4. Seterusnya, tampal dan salin link cerita atau link ke bab khas prompt ini jika kamu mempunyai sebuah koleksi dan telah menyertai lebih daripada satu prompt pada bahagian komen. Kamu ada masa sehingga 6 Mei 2018, jam 12:00 malam untuk menampal link kamu.

Anda juga boleh kongsikan rekaan muka depan and di Twitter bersama hashtag #Wattpad #FiestaApril #WattpadMY dan #AmbassadorsMY; kemudian tag akaun @AmbassadorsMY ya. Kami akan retweet!

Jom asah bakat melukis ilustrasi dan jangan lupa tag rakan-rakan anda yang berbakat seni. Semoga berjaya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro