Hari #14: Prompt Werewolf- Suatu Hari Di Belantara

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Salam hormat semua!

Masih bermain dengan Photoshop? Atau sudah selesai mengolah warna dan font? Jom, kita menulis lagi.

Hari ini, kami mahu anda keluarkan diri anda yang sebenar menerusi Prompt ini: 

Belantara, berbahaya; itu kata mereka.

Pelbagai pemangsa mengembara di dalam indera loka yang menjadi kediaman anda.

Namun apakah mereka cukup bahaya untuk seorang serigala jadian remaja seperti anda?

Anda sedia gagah, cerdik dan tiada apa yang dapat mencederakan anda...

Hinggalah hadirnya seorang gadis bermantel merah.

Jangan lupa, ini syarat penyertaan:

1. Cerita yang ditulis mestilah tidak melebihi 500 patah perkataan sebagai 'one-shot' dalam sebuah bab.

2. Kamu bebas hendak menerbitkannya di dalam buku khas untuk Fiesta April ini atau dalam mana-mana buku yang sedia ada, di profil kamu sendiri.

3. Jangan lupa tambahkan #FiestaApril #AmbassadorsMY dan #WattpadMalaysia pada bahagian tag.

4. Kami menerima penyertaan dalam Bahasa Melayu sahaja. Jika kamu ingin menulis cerita dalam bahasa Inggeris, sila pergi ke akaun @Ambassadors.

5. Seterusnya, tampal dan salin link cerita atau link ke bab khas prompt ini jika kamu mempunyai sebuah koleksi dan telah menyertai lebih daripada satu prompt pada bahagian komen. Kamu ada masa sehingga 6 Mei 2018, jam 12:00 malam untuk menampal link kamu.

6. Elakkan plagiat. Pastikan cerita itu adalah idea kamu sendiri dan tidak pernah diterbitkan sebelum ini.

7. Tidak mengandungi unsur dewasa (Mature).

Siang tinggal cuma beberapa jam lagi. Apakah bulan akan mengambang malam nanti?

Selamat berimaginasi!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro