Hari #15- Prompt Fanfiction: K-Pop

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Annyeong Wattpadders!

Adakah anda salah seorang peminat K-Pop? Jika ya, prompt ini sesuai untuk anda semua. Jika tidak, cabarkan diri untuk menulis.

Mari kita lihat prompt hari ini. Sebelum baca, tag rakan-rakan anda yang minat Kpop.

Prompt Fanfiction -Kpop

Salah satu daripada artis Korea kegemaran anda akan turun ke Malaysia untuk menghadiri sebuah majlis. Sebagai peminat setia, anda menunggu untuk menemu dia di lapangan terbang.

Masalahnya, anda bukan seorang sahaja yang tidak sabar untuk berjumpa dengannya. Beratus-ratus peminat yang lain, sedang menunggu ketibaan idola K-Pop mereka.

Apakah anda akan buat?

Anda berkeputusan untuk menyamar diri sebagai kakitangan lapangan terbang dan menolong idola anda keluar dari sana.

Apakah akan berlaku selepas itu? Adakah anda biar dia pergi begitu sahaja ataupun culik dia kerana terlalu minatnya?

Tulis sebuah kisah untuk mencerita perjalanan luar biasa  semasa bertemu idola K-Pop anda. Guna imaginasi anda dalam menulis kisah yang kreatif.

Selamat menulis!


...

Tip

*Peminat itu bukan semestinya anda. Anda boleh menggunakan watak tertentu untuk menggambarkan situasi tersebut.

*Jika anda bukan peminat kpop, anda boleh reka jalan cerita and watak mengikut kesukaan anda. Nama artis Korea boleh didapati di Google ataupun search kpop di Wattpad.

* Jika anda minat K-drama, anda boleh gunakan pelakon K-drama tersebut sebagai idola.

*Cerita ini fiksyen, jadi jika anda bukan peminat sebenar, dan ingin reka semata-mata untuk melaksanakan prompt ini kami menggalakkan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro