1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku keluar dari toilet, bapak sakit perut ni tadi dia punya tak sabar-sabar nak melabur sampai aku terpaksa berlari untuk cari tandas, pagi tadi aku minum air milo aku yakin je aku boleh minum susu pagi-pagi, sekali meremang bulu roma cari tandas.

Lepas dah membuang perut aku terasa kosong, walhal aku melantak lima keping pancake pagi tadi. Aku tak tahulah saka mana yang masuk dalam badan aku tiba-tiba je lapar. Padahal akulah manusia yang paling malas nak makan di muka bumi ini.

Aku buka application UA High ini, peta sekolah aku tekan. Kalau ikut peta aku kena lalu dewan choir yang dekat sebelah..

Dewan bolah tampar?!

Aku meloncat kegembiraan, yes! Team volleyball UA High rank nombor 1 dalam Malaysia! Ni lah salah satu sebab aku nak sangat masuk UA.

"No no volleyball ever you dare or i will angry angry at you."

Bebelan papa terngiang-ngiang dalam kepala, terus aku membatalkan niat untuk berseronok tadi.

Kaki aku melangkah ikut peta, lalu depan dewan choir dengan pelbagai bunyi music yang harmoni, power betul diorang semua. Aku mencari-cari dewan bola tampar, oh betul-betul hanya bersebelahan dengan dewan choir.

Dekat luar dewan bola tampar ada satu pasukan lelaki tengah sibuk berlatih, jadi apa jadah ada dewan kalau diorang main dekat luar? Diorang punya serve padu padu semuanya sekali kena kepala boleh pengsan dua hari tiga malam.

Aku hanya menumpukan perhatian arah cafe sekolah, jangan sesekali kau pergi dekat gelanggang tu Farra jangan sesekali kau melawan cakap papa, jangan sesekali walau seduakali.

"Weh! Weh budak topi hitam bag hitam!" Aku memandang punca suara, yang pastinya sedang memanggil aku, tangan budak yang memanggil aku menunjuk-nunjuk langit, ewah tengah cucuk langit ke tu?

Aku membalas gaya budak lelaki tersebut, sambil tangan aku juga mengcucuk langit,

Oh rupa-rupanya dia nak tunjuk ada bola tampar tengah datang kearah aku dalam kelajuan 120 km/j

Kalau ini novel lain mesti bola ni kena kepala aku kan? Tapi ini cerita Farra dengan segala ilmu yang aku pelajari dari dalam perut arwah mama dan tindak balas aku yang amat pantas aku menyambut bola tersebut,

Melantun bola tu dengan sangat cantik sekali, aku meloncat gembira sebab dapat sambut bola tersebut.

"Ni-nice ni..ni...nice receive.."

"Babi nice gila!"

"Itu serves Wais la!"

"Serve Wais ke bodo?"

Diorang semua memandang aku dengan pandangan terkejut, bola yang tadi melantun ditangkap oleh budak lelaki yang memanggil aku tadi.

Terus dia berlari kearah aku bersama bola tampar di tangannya.

"Kau okay tak?" Aku memandang budak tersebut pelik,

"Hah? Okay je?" Budak lelaki yang tingginya dalam 164cm berdiri di hadapan aku, anak mata coklat cair dan kulit yang tidak terlalu putih dan tidak terlalu gelap, rambut messy berwarna brown yang menampakkan dia seperti mempunyai kacukkan,

Perfect dia punya comel, tapi terlalu pendek untuk seorang lelaki.

"Kau tahu tak kau baru sambut bola Wais?" Aku menggelengkan kepala? Apa benda Wais..Wais dari tadi pening mak dibuatnya. "Tu budak tu."

Budak lelaki comel tersebut menunding jari kearah seorang lagi lelaki yang tinggi memandang aku dari jauh.

"Jadi? Bola dia basic je kalau suruh kucing aku sambut pun boleh." Tiba-tiba budak yang nama Wais tu berjalan mendekati kami berdua, jelas beza tinggi Wais dan lelaki comel yang sampai sekarang aku tak tahu nama dia ni.

"Tak ada siapa lagi yang dapat sambut serve aku tahu?" Wais menunduk sedikit bila bercakap dengan aku memandangkan dia terlebih tinggi, tiada riak yang terpampang pada wajahnya, oh ingat aku takut la macam tu?

"Oh hai! Nama aku Amsyar by the way." Amsyar menolak-nolak badan Wais yang tinggi tersebut untuk menjauhi aku, dah la bapak sombong perangai, serve bola basic je pun acah je tak ada siapa yang boleh sambut.

"Tak tahu, aku cuma ikan." Aku membalas selamba pernyataan Wais, terus aku melangkah meninggalkan mereka berdua,

Tapi aku ingatkan aku ni dah selamat dah, tak sangka Wais ikut aku sekali,

"Try sambut serve aku lagi." Aku berhenti berjalan, motif?

"Boleh tapi kau kena belanja aku makan." Wow bagus Farra Hanani! Hari pertama sekolah dan kau telah berjaya minta orang belanja kau makan! Wow bagus!

"Okay fine!" Wais menjawab dengan bangga,

Aku ni Farra Hanani pantang dicabar tahu? Terus aku pusing kembali dan berjalan ke arah gelanggang bola tampar tadi, bag galas aku campak pada Amsyar tanpa banyak cakap,

"Weh kau serius ke?" Amsyar memandang aku acuh tak acuh, aku hanya membalas dengan senyuman senget yang sangat yakin dengan tindakkan aku ini.

Wais berdiri di bahagian sebelah kanan gelanggang aku pula di sebelah kiri,

"Cepat serve." Aku menundukkan sedikit badan aku, pesanan mama aku ingat dalam kepala,

"Mata Farra kena focus dekat bola."

Wais membaling bola ke udara, terus dia tampar bola tersebut,

"Bodo Ais! Perempuan tu!" Salah seorang lelaki yang berada di situ menjerit melihat bola Wais yang bapak laju itu terus bergerak kearah aku.

Dengan mudah sekali aku menyambut bola yang Wais serve tersebut. Melantun kembali bola kearah gelanggang belah Wais,

Cuma yang beza, aku aim bola betul-betul sebelah garisan out dekat belakang dia.

Semua orang terdiam, Wais hanya mampu memandang bola tampar yang mendarat di belakangnya.

"Bola ni yang easy ke korang je tak reti main?" Satu persatu wajah budak bola tampar aku pandang, mereka mula menunduk.

"Sekali lagi!" Wais yang dari tadi diam menjerit kearah aku, pandangan bosan aku berikan,

"Cepat!" Aku melambai bagi Wais serve sekali lagi.

Cara serve yang sama Wais guna, sekali lagi aku sambut, cuma bezanya kali ni Wais cuba nak sambut bola aku pula tapi...

Dia terjatuh macam nangka busuk akibat badannya yang menjadi tidak seimbang,

Amsyar pula beria ketawa dulu lepas dia pandang Wais yang tak bangun-bagun terus dia lari ingin membantu.

Aku juga turut simpati dengan Wais terus berjalan kearahnya.

"Kau okay tak?" Tangan aku dihulurkan untuk membantu Wais bangun, tapi ego dia bapak tinggi, lagi tinggi dari gunung ledang mungkin, dia boleh tepis tangan aku dengan begitu sombongnya.

Wais bangun, kepalanya digosok-gosok, alah sakit la tu.

"Elelele Wais dah jatuh acah macho pulak." Amsyar bercakap dengan ketawa yang masih berbaki.

Wais terus bangun untuk pergi dari gelanggang bola tampar tersebut.

"Oi! Oi! Oi!" Wais berhenti berjalan, dengan bengis dia memandang aku.

"Apa lagi?!"

"Lek lu! Jangan scam aku, kata nak belanja makan!" Wais menggulingkan matanya, rasanya boleh sampai nampak otak tu, ke tak nampak sebab dia tak ada otak?

"Syar kau belanja dia nanti aku bayar." Wais terus berjalan meninggalkan gelanggang, macam ni lah lelaki! Lepas salah je lari, salah je lari. Dah la kalah malu lagi sebab jatuh lepas tu lari.

"Tak, sekarang ni kenapa aku yang kena belanja kau?" Amsyar memulangkan bag aku yang aku campak dekat dia tadi.

"Dah dia kawan kau, nak buat acane dah cepat belanja aku. Lapar ni." Aku menarik baju Amsyar untuk ikut aku, tanpa banyak cakap dia ikut sahaja turutan aku.

"Jadi kau form berapa? Tak pernah jumpa pun." Aku kemudiannya melepaskan baju Amsyar, kami berdua berjalan beriringan menuju kearah cafe.

"Form 5."

"Budak baru ke?" Aku menganggukkan kepala, "yang masuk pakai BM i8 tu ke siottttt!?"

Rasa janggal menyelubungi diri,

"Haah?" Bahu aku ditepuk kuat oleh Amsyar berkali-kali, "kau mesti lupa aku perempuankan?"

Amsyar berhenti memukul aku, "hehe sorry!" Dia kemudiannya tersengih menampakkan giginya,

"Oh jadi apa nama kau?" Kami masuk dalam perkarangan cafe besar gila cafe dia macam groud floor Central-I city pun ada. Tiba-tiba mata semua tertumpu kearah aku,

Tak mungkin lagi tepat diorang semua pandang Amsyar,

"Nama aku Farra." Amsyar menganggukkan kepalanya, "tak sekarang ni kenapa diorang pandang kau macam kau Aiman Tino ni?"

"Aku Aiman Tino? Terlalu down grade betul, muka aku macam Kim Seok Jin kot." Yakin betul member ni, confident dia mesti sama paras dengan ego member dia tu, Wais.

"Jadi gempak gila bodo kau! Jom kita jadi kawan!" Amsyar sekali lagi menepuk bahu aku kuat, aku geram jadi aku tepuk balik bahu dia.

Tak sangka pulak dia boleh jatuh, dah la jatuh sekali tarik orang lain untuk jatuh sekali.

"Amirul Amsyar bin Haji Rafiq!"

Ha sudah..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro