2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Amirul Amsyar bin Haji Rafiq!" Budak lelaki yang Amsyar langgar lalu jatuh bersama-sama itu melaungkan nama penuh Amsyar.

"Ye saya Riyaan Haziq Bin Dato Ismail!" Amsyar membalas dengan nama penuh budak lelaki tu jugak,

"Kau ganti balik cococruch aku!" Lelaki yang bernama Riyaan tadi menunjukkan mangkuk cococrunch dia yang sudah kiss dengan lantai,

"Aku ganti dengan milocruch la!" Riyaan menggeleng-gelengkan kepala,

"Aku nak cococruch jugak!" Cococruch yang bersepah tersebut Riyaan ambil dan campak kearah Amsyar,

"Kau tahu tak aku tak ada baju tukar wahai si bodoh?" Riyaan mengjeling Amsyar,

"Kesah pulak aku?" Amsyar memegang bahu Riyaan, kemudian dia menyatukan dahi mereka,

"Aku bagi tahu mak kau." Riyaan mengjeling,

"Tak sekarang ni sampai bila korang nak duduk dekat lantai ni." Penat aku dengan drama dua orang budak ni, Riyaan kemudiannya memandang aku pelik,

"Siapa ni?"

"Fuh kau mesti teruja weh kalau dengar!" Amsyar dan Riyaan duduk bersila, diorang boleh nak bercerita dalam keadaan diorang tengah selekeh macam ni ke?

Dekat tengah-tengah cafe ni?

Dengan ada mangkuk cococruch yang tumpah?

Dengan orang ramai yang tengah pandang diorang?

"Korang dua bangun sekarang!" Aku memulas telinga kedua-dua mamat yang mempunya wajah yang kacak ini, terus mereka berdiri tanpa banyak cakap,

"Adoi! Adoi! Adoi!" Tertunduk-tunduk diorang berdua berjalan memandangkan aku yang pendek tengah pulas telinga diorang,

"Lepas la! Nanti kurang hantaran aku macam mana?" Riyaan membalas selamba, benda sekarang ni apa kena mengena hantaran dengan dia yang lelaki?

"Farra! Sakit tahu tak sakit!" Amsyar pula meminta simpati, sampai sahaja depan sinki cafe aku lepaskan telinga mereka berdua,

"Sakit tau!" Amsyar memegang telinga dia yang sudah merah,

"Aku bagi tahu mak aku." Riyaan pula memandang aku dengan muka yang 'kau-tahu-tak-mak-aku-boleh-sebat-ontot-kau'

"Cepat bersihkan muka tu dulu." Malas nak layan rintihan mereka dua, aku hanya suruh diorang bersihkan diri, benda datang cafe sebab nak makan free sekarang aku kena jadi baby sitter untuk budak dua ekor ni?

"Riyaan sekarang ni aku betul-betul tak ada baju, kau tahu kan hari ni first day?" Lepas siap bersihkan muka, Amsyar bercakap sambil memandang Riyaan.

"Kesah pulak aku?" Riyaan masih membalas dengan ayat yang sama,

"Aku ada hoodie dalam loker." Amsyar memandang aku dengan mata yang penuh bersinar-sinar. Mujur aku dah siapkan semua awal-awal lagi takut-takut hujan je sebenarnya tapi dah kalau benda jadi macam ni, apa aku boleh buat.

"Hah, dia ni siapa?" Riyaan memandang aku dari atas sampai bawah, kemudian dia menghadiahkan aku sebuah senyuman,

"Hai! Aku Farra." Aku melambai kearah Riyaan,

"Aku Riyaan, mana kau jumpa dia ni Am?"

"Dia sambut serve Wais tadi." Mata Riyaan terbutang mendengar apa yang keluar dari mulut Amsyar, terus dia memandang aku seperti tidak percaya.

"Kau sumpah tak tipu?" Amsyar menganggukkan kepalanya dengan yakin sekali, jari empat dia keluarkan

"tiga kali, kau tengok ni tiga kali Wais serve tiga-tiga dia dapat sambut."

Riyan membetulkan bilangan jari Amsyar, "hah tu baru tiga."

"Ye weh tiga kali!" Kali ni dengan jumlah jari yang betul Amsyar sebut sekali lagi.

"Budak ni? Budak perempuan ni? Dia yang patut duduk rumah main masak-masak ni? Sambut serve Wais? Uwais Mustaqim? Kau tak tipu?" Riyaan betul-betul memandang rendah terhadap aku, sekali aku hempuk kepala dia guna pasu bunga ni apa tak dapat.

"Ye bodo aku tak tipu!"

"Kau tahu kan Cikgu Amri sendiri tak dapat sambut?" Mereka berdua ligat berborak macam aku yang tengah duduk sebelah diorang ni cumalah pokok yang ditiup angin.

"Ehem..ehem..in case korang lupa, aku ada dekat sini lagi." Dua orang jejaka ini memandang aku,

"Eh Farra! Lama tak jumpa!" Amsyar saja je buat macam terkejut bila nampak aku,

"Sekarang ni korang dua tak nak tukar baju dulu ke?" Baju bola tampar berwarna putih yang Riyaan sarung dipenuhi dengan kotoran susu coklat akibat tumpahan cococruch tadi, mata aku beralih pula kepada t-shit plain yang mempunyai lambang polo kecil di bahagian dada sebelah kiri bewarna kuning milik Amsyar juga kotor akibat tumpahan tersebut.

"Ini semua kau punya pasal tahu?" Riyaan menampar belakang kepala Amsyar kuat, baru aku perasan Amsyar ni lagi pendek dari Riyaan, tapi tak apa Amsyar masih nombor satu.

Ok gurau jer..

"Jangan main kepala tahu? Bapak aku bayar zakat you know or not know? Anyway, Aku pulak yang salah? Farah yang tolak aku tahu?!" Amsyar menunding jari kearah aku,

"Aku pulak salah? Kau yang tampar bahu aku dulu kau lupa?" Amsyar pandang cermin yang terletak berhampiran singki,

"Aku pulak salah? Kau yang tampar bahu dia tahu?" Dia cakap dengan pantulan dirinya yang ada pada cermin,

Aku pandang Riyaan, Riyaan pula menggelengkan kepala tak nak mengaku yang Amsyar ni member dia.

"Dah la aku tak ada mood nak makan, jom kita pergi dobi." Riyaan kemudian menarik Amsyar untuk ikut dia keluar dari cafe,

Okay aku fikir aku dah selamat dah ni,

Tapi aku salah buat kali ke duanya,

"Kau fikir kau nak lari mana? Sini ikut kitorang." Lengan aku ditarik oleh Riyaan dia kemudiannya dia letak aku diantara dia dan Amsyar.

"Tak sekarang ni aku dah la tak kenal korang tahu tak?" Riyaan hanya menggelengkan kepalanya,

"Sebab kau dah sambut serve Wais kau automatik under kitorang."

"Wait..what?" Amsyar kemudiannya menolak pintu bilik yang agak tersorok dari pandangan orang lain,

"Selamat datang member baru!" Amsyar menjerit dengan penuh gembira,

Yang aku nampak hanyalah satu pasukan lelaki yang tak pakai baju, masing-masing terkejut melihat aku yang berada di hadapan pintu.

"KALAU YE PUN PAKAI LA BAJU DULU!" Riyaan menarik aku keluar dari bilik tersebut, Amsyar pula dengan laju sekali tutup pintu yang dia buka tadi.

"Apa benda yang korang dua buat ni?" Riyaan meletakkan jari telunjuknya pada mulut suruh aku diam, tangan dia kuat mengcengkam bahu aku supaya aku tidak lari.

"Okay kita replay babak tadi." Amsyar mengetuk pintu yang tadi dia tutup.

"In!" Suara beberapa orang lelaki kedengaran, terus Amsyar bukak kembali pintu tersebut.

"Selamat datang member baru!" Amsyar menjerit sekali lagi, tapi kali ni kaum kaum adam tadi dah pakai baju dah,

Diorang menepuk tangan gembira, benda tadi diorang dia kata nak pergi dobi.

Kenapa sekarang aku ada dalam bilik perjumpaan bola tampar ni?

"Sejak bila aku kata aku nak join club korang ni!" Riyaan ketawa kecil,

"Sejak kau dapat sambut bola dia." Riyaan menundingkan jari kearah Wais yang sedang duduk diam dengan muka sombong dia tu.

"Apa kena mengena?"

"Tak ada kena mengena tapi kalau awak dengan saya sangat kena!" Amsyar ketawa dengan ayat yang dia bagi,

Aku tak tahu nak nangis ke nak terharu dengan pickup line Amsyar ni.

"Tak sampai Syar." Seorang budak lelaki menegur Amsyar, ala kenapa tegur? Kesian tahu tak?

"Sekarang ni tak ada bantahan kau kena join club kitorang jugak." Amsyar kembali serius.

"Kalau aku tak nak?"

"Kau kena nak jugak!" Aku pandang sekeliling, dalam bilik ni hanyalah, hanyalah aku seorang sahaja perempuan.

"Mana budak perempuan bola tampar?"

"Sejak bila UA ada pasukan perempuan?" Salah seorang dari mereka membalas,

"Dah tu kalau aku join korang aku nak jadi apa?"

"Jadi coach." Mata aku dibuntangkan, apa benda yang aku tengah dengar ni macam tak masuk akal langsung,

Aku Farra Hanani,

Jadi coach untuk budak lelaki?

Sumpah tak boleh brain.

"Korang gila ke? Aku perempuan kot!" Kepala aku digelengkan laju, memang tak masuk akal gila, aku jadi coach? Aku? Farra Hanani?

"Gila lagi kau yang boleh sambut serve Wais." Riyaan membalas,

"Dahtu kenapa bukan dia je jadi coach?"

"Dah kalau dia nak sambut bola kau pun boleh tersungkur." Wais memandang Amsyar dengan pandangan tajam, dari tadi diam bila orang cakap pasal dia tahu pulak marah.

"Position budak Wais ni apa?"

"Setter." Wais menjawab sepatah,

"Setter nak tangkap bola pun jatuh?" Wais nampak marah, nampak Riyaan dari jauh bagi isyarat untuk dia bersabar.

"Kau apa position?" Aku memandang Amsyar, dia kemudiannya menunduk,

"Libero?" Kening aku dijungkitkan,

"Libero tapi nak sambut bola easy dia tu pun tak pernah lepas?" Kedengaran Amsyar mengeluh perlahan,

"Kau?" Riyaan pula aku pandang,

"Captain..err middle blocker?"

"Macam mana korang boleh dapat nombor 1?" Aku memandang Riyaan, ambik kau siapa suruh jadi Captain.

"Itu lima tahun lepas." Riyaan membalas perlahan, aku mengeluh, bukan aku tak nak tolong tapi aku tak nak papa marah aku buat kali ke berapa entah.

"Nantilah aku fikir dulu." Aku cuba mengambil kesempatan untuk lari keluar dari bilik ini, belum sempat tangan nak capai tombol pintu bag galas aku ditarik dari belakang,

"Aip!aip! Jangan tarik-tarik aku bagi tahu abang aku nanti!"

"Tolong jadi coach kami." Aku pusing belakang, badan tinggi milik Wais berdiri di belakang aku. Mata dia yang dari tadi dingin kini nampak terlalu sedih macam betul-betul sedang berharap.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro