24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Farra." Baru aku ingin melangkah masuk kedalam kereta Harras, nama aku dipanggil membuatkan niat tersebut terbantut.

"Hah?" Aku memalingkan kepala kebelakang, Wais sedang berdiri tidak jauh dari aku, memandang aku dengan muka tidak bersalah. Ayoo dia nak apa pulak ni.

"Harras bagi aku borak dengan Farra jap."

"Aaah—"

"Nanti aku hantar dia balik." Belum sempat Harras nak membantah Wais sudah menarik aku untuk mengikutinya, "aku nak borak je Ras, nanti aku hantarlah budak ni balik."

"Calar sikit adik aku kau mati ye." Wais hanya mengabaikan amaran Harras, kakinya melangkah keluar dari parking lot UA. "Aku malas naik rooftop, kita lepak cafe je."

Malas konon, padahal kaki dia cacat payah nak naik tangga, dia bagilah alasan tak nak naik sebab malaslah itulah inilah.

"Kau nak makan apa-apa tak? Aku belikan." Wais duduk di kerusi cafe, dia hanya menggelengkan kepalanya, "aku beli makanan jap."

Aku berjalan meninggalkan Wais dan pergi beli makanan, sebab dah kenyang aku cuma beli dua manggo float satu lagi Wais punyalah tak akan aku tamak sampai dua. Walau aku kuat makan, tapi aku jenis ingat akan kawan. Satu dalam sejutkan? Kau kena cari sejuta seterusnya baru jumpa yang sama dengan seorang Farra Hanan.

"Ambil ni jangan banyak cakap." Satu cup mango float aku hulur kepada Wais, tanpa banyak songeh dia terima. "Kau nak ajak borak apa?"

"Aku nak terangkan A sampai Z."

"Aku kenal alphabet tau Wais." Wais menggulingkan anak matanya,

"Kau memang lahir-lahir hambar ke?"

"Yelah, kau nak terangkan apa? Kalau pasal kaki kau aku serius minta maaf aku tahu aku dah menyusahkan kau, aku..aku tak tahu—"

"Diam, aku tak nak dengar." Aku terus berhenti bercakap, Wais menyedut air mango float yang aku belikan untuknya tadi. "Kita dah kenal lama."

"Hah?" Aku rasa aku baru je kenal dia dalam dua minggu, tiba-tiba dah kenal lama pula.

"Ingat tujuh tahun lepas, kau pernah selamatkan budak yang cuba nak terjun rooftop hospital?" Aku terdiam, tujuh tahun lepas..

Tujuh tahun lepas..












Aku pusing satu hospital untuk mencari tandas, entah mana tandas ni pun tak tahulah. Sebab aku tak cukup umur untuk masuk dalam wad yang mama dengan papa masuk jadi aku kena duduk dekat luar dengan Farhan. Farhan pula busy dengan game Clash of Clan dia, aku dekat sini cari tandas pula tak jumpa-jumpa.

Kaki aku melangkah masuk pada pintu yang ada tulis tanda keluar, mungkin dekat luar ni ada tandas, pintu yang berat tersebut aku tolak. Punyalah payah nak tolak pintu je pun.

Eh, ini tingkat atas sekali hospital. Rooftop ini kosong, tak ada orangpun tapi tempatnya nampak macam tempat berehat atau ruangan khas bagi perokok.

Bila nampak sahaja pintu yang ada tulis lambang tandas aku terus berlari masuk, nak terkucil dah ni jenuh cari tandas je.

Lepas selesai melepaskan hajat aku keluar dari tandas tersebut, keadaan rooftop masih sama. Kosong tak ada orang cuma ada satu jelah orang yang tengah berdiri atas dinding rooftop ni.

Eh, aku cakap ada orang ke tadi? Aku pandang betul-betul tak tipu-tipu kali ni, budak lelaki yang tengh berdiri atas dinding rooftop tu dah hulur sebelah kaki dia keluar.

Tanpa berfikir panjang aku terus berlari kearah budak yang mungkin cuba untuk bunuh diri, tak mungkin dia nak ambil angin kalau dah hulur kaki keluar.

Aku tarik budak tersebut turun, terjatuh kami bersama-sama kebelakang.

"Mati tu dosa tahu tak?!" Dia nampak terkejut bila melihat wajahku, nafasnya laju mungkin kerana aku yang tiba-tiba tarik dia turun.

"Jangan kacau aku lah!" Aku terus menampar mukanya yang berkulit putih tersebut, terdiam dia bila terkena tamparan padu aku. Kepalanya yang berlumuran darah aku abaikan. Tak ada masa nak fikir hal yang tu, hal yang dia nak matey bunuh diri ni first.

"Jangan bunuh diri! Nanti tak dapat masuk syurga!" Aku betul-betul marah, marah sehingga mengalirkan air mata, budak lelaki itu hanya terdiam sambil menunduk.

"Kau tak faham apa yang aku rasa." Perlahan dia bersuara,

"Memang aku tak faham, tapi kalau kau mati kau fikir masalah kau boleh selesai ke?" Aku berdiri, tangan aku dihulurkan untuk membantu dia berdiri sekali,

"nama aku Farra kita boleh jadi kawan kalau kau nak." Aku menghulurkan tangan untuk bersalam, huluran tangan aku tidak dibalas. Budak lelaki itu hanya diam dan masih menunduk, tiba-tiba dia rebah dan terjatuh.

Dia mati ke? Aku baru sepuluh tahun kalau orang kata aku bunuh dia macam mana? Kalau dia mati, mana aku kena sorokkan dia ni?

"Doktor! Tolong saya! Dia pengsan!" Aku menjerit kearah seorang doktor yang melangkah masuk kedalam rooftop ini.

"Kenapa tu dik?" Dia datang kearah aku, budak lelaki yang aku pegang ini aku tunjuk kepadanya.

"Dia pengsan, saya tak tahu!" Doktor tersebut mengangkat budak lelaki itu, kemudian kami bersama-sama berjalan keluar dari rooftop.

"Adik kenal dia ke?"

"Tak kenal, saya jumpa dia nak bunuh diri dekat sana." Terkejut betul doktor tu dengar,

"Farra! Kenapa merayau!" Papa tiba-tiba muncul dan menarik lengan aku untuk pergi,

"Pa kawan—"

"Kita dah lambat, nak pergi tahlil ni." Tak sempat aku nak habiskan kata-kata. Papa dah memotong. Dari jauh aku cuma memerhatikan doktor yang sedang mengendong budak lelaki aku selamatkan tadi.

Moga jumpa lagi.















"Ka—kau ke tu?" Tak mungkinlah itu dia, tapi mestilah tu dia, aku tak pernah cerita dekat sesiapa hal ni.

"Ya Farra, budak yang kau dah selamatkan tu aku." Wais meraup rambutnya kebelakang, parut luka yang berada di sebelah kiri dahinya ditunjuk. "Parut ni ada lagi sampai sekarang."

Aku terdiam, memang masa aku selamatkan dia kepala dia berdarah pun, cuma aku tak perasan pula ada luka.

"Aku tak sangka kita dapat jumpa lagi." Aku tersenyum gembira, dapat jugak jumpa dengan Wais sekali lagi walau aku baru tahu itu dia.

"Aku nak ucapkan terima kasih kalau tak ada kau, mesti aku dah mati kena seksa dalam kubur dah." Wais terdiam, dia termenung memandang tangannya,

"Tapi, masa tu kita baru sepuluh tahun..how come kau—" ayat aku mula berterabur, macam mana aku nak tanya kenapa dia sanggup nak bunuh diri, tapi soalan tu macam sensitif pulak.

"Parent aku baru lepas kemalangan masa tu, aku sorang je selamat." Seperti tahu apa yang bermain di fikiran aku Wais membalas, "aku tak tahu apa aku boleh buat masa tu, aku tak fikir panjang."

Dengan muka yang tiada riaksi Wais bercerita, tapi aku dapat perhatikan satu benda yang lain. Mata dia lain, mata dia nampak sedih.

"Mak tiri aku pula campak aku masuk rumah anak yatim, dekat situ aku jumpa Zai."

"Zai kaki buli, dia tak boleh aku lebih dari dia. Hari-hari aku kena pukul. Sampai satu hari dia dapat tahu ada orang nak ambil aku keluar." Wais diam seketika, kemudian dia menarik nafas panjang.

"Dia fikirkan, aku keluar sebab aku dapat straight A upsr. Padahal aku dapat keluar sebab atok aku finally jumpa aku dekat mana. Aku nyaris nak kena tikam dengan dia masa tu, nasib warden rumah anak yatim tu masuk on time."

"Lepas kau duduk dengan atok kau, kau okay kan?" Wais menganggukkan kepalanya,

"Semuanya okay, mak tiri aku dah kena kaup dengan polis sebab dia punca parent aku meninggal. Bila aku jumpa Zai balik, aku serius lupa dia. Aku minta maaf sebab tak bagi tahu awal-awal."

Patutlah Zai punyalah beria nak bunuh dia masa tu. Dendam teruk.

"Sebab aku kau bahaya, aku yang patut minta maaf."

"Tak apa Wais, kau juga selamatkan aku. Aku okay je walau terkejut sikit, okay la terkejut banyak. As long as kawan aku selamat, aku okay." Wais memgangkat kepalanya memandang aku,

"Tapi kalau kau tak ada, aku tak ada dekat sini sekarang. Terima kasih little angel." Aku terdiam, eh dia ni mati aku blushing dekat sini nanti. Terus aku tunduk kepala sambil tangan aku menutup muka.

"Kau kenapa?"

"Aku mengantuk, kau diam."

"Macam ni rupanya potato mengantuk."

"Diam Wais diam."






















Saya cuma udang

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro