25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Jangan lupa datang esok, papa aku nak jumpa korang semua nanti aku send location dalam group." Aku melangkah keluar dari kereta proton perdana milik datuk Wais ini,

"Ok." Sepatah dia membalas, kemudian aku menutup pintu keretanya, kereta tersebut terus meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan aku. Kaki aku melangkah mendekati pintu pagar,

Aku cuba membuka pintu pagar, sudah sejak bila pintu ni berkunci. Kunci rumah aku gantung sekali dengan kunci kereta pulak tu, kunci kereta dekat dalam. Kunci pagar elektrik pulak ada dekat dalam kereta.

Bagus Farra Hanani bagus!

"Assalammualaikum!"

"Assalammualaikum!"

"Oooo Assalammualaikum!"

Tiga kali bagi salam, tiada satu pun dibalas. Aku keluarkan handphone. Mesej dari group keluarga aku tekan.

Anak-anak Papa

Papa
Papa dengan along keluar uruskan restoran hari ni, nak makan masak sendiri don't lazy-lazy.

Farhan
Ahan balik rumah lepas solat jumaat.

Sudah...aku nak masuk rumah macam mana pulak ni? Terus aku mendail nombor Harras, dengan harapan dia belum pergi solat jumaat lagi.

Panggilan Harras dijawab,

"Hello Harras kau dekat mana?"

Tiada sebarang sahutan,

"Meow.." Dia kena sumpah jadi kucing ke ni?

"Harras kau dengar ke tak ni?"

"Meow..." masih lagi suara kucing, tak akan lah kiko tolong angkatkan call pula, sebab benda ni terlalu buang masa aku terus matikan panggilan. Tak ada benda lain lagi boleh dibuat.

Aku kena panjat pagar yang tinggi dua meter ini.

Dengan bismillah aku mulakan pendakian, meleleh segala peluh dan segala usaha aku curahkan untuk memanjat pintu pagar ini, moga-moga tak ada orang nampak apa yang aku buat ini, atau saham aku jatuh.

Selepas berjaya mencurah segala keringat yang aku telah usahakan mendaki pintu ini akhirnya aku sampai juga di bahagian dalam rumah, peluh di dahi aku lap.

Tiba-tiba...

Aku bodoh agaknya..

Pintu ini terbuka,

Aku penat panjat pagar macam mendaki gunung berapi nak tunjukkan aku sayang—

pintu ni tak kunci pun..tak tahulah nak cakap apa..satu je nak pesan.

Kalau binat motor, main motor. Kalau binat saya pm tepi.

『〃ω〃』

"Farra dah siap belum? Cepatlah papa semua dah siap dah!" Farhan menjerit di sebalik bilik aku,

"Kau tak faham kau lelaki!" Dia fikir senang agaknya jadi perempuan ni, tahu complaint nak cepat je cubalah bawak bersabar dan bertendang, ini tidak tak nak bagi masa langsung. Perempuan mana je bersiap awal, kau cakap dengan aku. Kau talk cepat talk.

Sebab hari ni papa ada, aku tak boleh keluar hanya pakai hoodie. Kita kena nampak macam wanita melayu terakhir. Tapi aku masih tidak memakai baju kurung.

Padahal aku pakai baggy slack Warna hitam lepas tu tugged-in  t-shirt warna orange dengan baggy bomber jacket yang aku tak tahu siapa punya, tudung pula shawl hitam sebab kau fikir aku nak pakai warna-warni ke? Ada tiga warna yang still gelap ni pun okay agaknya, cuma nak elak kena bebel papa je ni.

Lepas tu aku make up! Aku pakai lips stick! Sebab itu je aku reti pakai, tak lupa dengan blusher lembut lembut jew.

"Dah, dah siap dah kau tak boleh sabar ke?" Aku keluar dari bilik, Farhan yang sedang duduk di sofa dekat ruang tamu tingkat atas ini memandang aku sekilas.

"Jom, along dengan papa dekat bawah dah. Anyway itu boomber jacket aku kan?"

"Manalah aku tahu, aku jumpa aku pakailah." Aku berjalan meninggalkan Farhan yang sedang leka menekan-nekan skrin telefon bimbitnya, entah apa yang dia chat tak tahulah mungkin awek baru lagi.

"Macam tuan puteri betul, padahal baju simple je." Along yang sedang menunggu aku di hadapan pintu rumah bersuara, kenapa aku dapat abang yang tak tahu nak appreciate adik dia? Cubalah cakap 'wow! Cantiknya Farra hari ni tak macam selalu.' ke apa, Aku pakai lips gloss kot hari ni. Bukan main lagi.

『`・ω'

"Wow cantiknya Farra hari ni." Harras yang baru tiba bersuara,

"Tak macam selalu." Begitu juga Amsyar.

Macam pernah dengar ayat ni, tapi dekat mana ya aku seperti aku lupa apa itu pujian yelah selalunya kena hina je.

"Abang dia pun dah kacak dah." Farhan cuba untuk menumpang pujian sekali,

"Kau anak pungut, kau lupa ke?" Farhan memandang aku sekilas,

"Anak pungutpun handsome lagi." Dia sambung puji diri dia lagi, tangannya meraup rambutnya kebelakang.

"Paklong mana?" Harras duduk sambil matanya memerhati segenap restoran,

"Dekat belakang, nanti dah sampai semua baru dia datang." Aku perhatikan muka yang baru tiba ini, cuma Harras dan Amsyar sahaja yang sampai awal,

"Ras, aku call kau semalam kenapa bunyi kucing yang keluar?" Harras yang sibuk bergaduh dengan Amsyar pasal kenapa semut beratur masa berjalan terdiam,

"Aku rasa kiko tekan, sebab masa tu aku solat jumaat tak bawak phone." Aku terdiam, tak akan lah betul apa yang aku fikirkan semalam, memang betullah kiko yang angkat call?

"Hah? Restoran dia sebelah tasik ni." Amsyar bercakap dengan telefon bimbit,

"Apa pulak kau sampai dekat situ, u-turn dia ada belah kanan." Tangannya bergerak-gerak gaya u-turn, amboi dia on call je tapi gaya macam tengah video call feeling lain macam betul.

"Hah, u-turn dekat rounder board tu, kau nampak tasik sebelah tasik tu. kedai tu besarlah ada api-api macam hari raya." Masih dengan tangannya merayau-rayau Amsyar membalas, Harras yang duduk sebelah dia pula kena elak-elak tangannya.

"Apa pulak pukul 3, pukul 6 lah. Kau tak reti tengok maps ke?"

"Kau dari pukul 6 pusing la rounder board tu keluar pukul 6. Ei aku pukul kau nanti karang!"

"Aku kata pukul 6! Kau pergi pukul 3 kenapa?" Punyalah riuh si Amsyar ni cakap dengan telefon, dia punya suara macam member tu pekak je.

"Haa yang tu lah." Amsyar menepuk meja, eksaited betul bila dia betul, mujur tak terbalik je meja ni.

"Okay, okay nanti dah sampai roger. Bye." Jarinya membuat bentuk 'ok' bila bye pula dia lambai,

"Kau sedar tak dia tak nampak pun tangan kau yang meraban tu?" Amsyar ketawa kecil bila nampak Harras seperti memarahinya, "siapa call tu?"

"Siapa je yang tak reti tengok maps selain Riyaan." Amsyar menutup telefon binbitnya,

"Assalammualaikum." Serentak Riyaan dan Danie memberi salam, mereka berjabat tangan sesana sendiri,

"Korang datang sekali ke?" Aku mengajukan soalan kepada Danie,

"Haah aku naik Riyaan, bagai nak mati juga tadi kitorang bergaduh dalam kereta." Danie menjeling Riyaan, nampak sangat tu dia punya marah dengan Riyaan. Nak je aku shipkan dua ekor ni tapi nanti nabi tak mengaku umat pula.

"Wais mana?" Danie dan Riyaan memandang satu sama sendiri,

"Bukan kau tolong dia ke tadi?" Danie memerhatikan sekeliling, bila dia perasan Wais tak ada dengan dia terus mukanya nampak gelabah.

"Kan aku suruh kau?" Riyaan pula menyiku bahu Danie, sudah bergaduh lagi diorang berdua ni.

"Aku dekat sini." Sorang-sorang Wais berjalan dengan tongkatnya masuk kedalam restoran, ada member pun member boleh lupa dekat dia, dia dah la oku sementara.

"Sorry doh Ais aku lupa kau naik aku." Riyaan tersengih-sengih bila tahu dia salah,

"Kau mana pernah ingat aku." Merajuk ke member ni? Alah Wais ni merajuk-rajuk pula dia ni hilang macho.

"Semua dah sampai ke?" Along keluar dengan apron yang dia ikat paras pinggang, rajin betul along ni tolong masak sekali dekat sini. Tapi single hahahahahahha! Singleeee!

"Dah sampai dah long." Aku membalas, along kemudiannya menganggukkan kepalanya kemudian beredar.

"Kacak iler abang kau, tak macam Farhan." Amsyar bercakap dengan mata yang bersinar-sinar memandang along,

"Aku paling handsome, kau diam." Farhan masih back up dirinya sendiri, bukan main lagi dia bila ada orang kata dia tak handsome marah betul.

"Budak kecik kan tak pandai menipu." Amsyar keluarkan dua jarinya sambil tersenyum petak. Tak tahu nak cakap apa, Am mungkin rasa diri dia baby yang baru 6 bulan.

"Tapi kau dah 17 tau Am."

"Excuse, aku 16." Amsyar masih berdiri teguh dengan dia punya umur,

"Inilah kawan-kawan Farra?" Papa akhirnya keluar dari dapur, beberapa orang pekerja mula keluar susunkan segala jenis makanan di atas meja.

"Chef Safwan!" Danie nampak terkejut, macam kanak-kanak ribena dapat minum ribena dia punya gembira.

"Kau kenal—"

"Dhahakanakab tak sangka dapat jumpa Chef Safwan!" Happy betul Danie ni betul betul tak lying lying.

"Saya ayah Farra." Papa ketawa, padahal tengah cover bangga ada orang kenal dia dekat sini. Macam tak nampak hidung dia dah kembang-kempis.

"Chef Safwan! Yaallah Danie adore gila dekat chef tau! Danie ada beli semua buku chef tau!" Kami hanya melihat drama tak berbayar ini, tak tahu pula Danie ni minat betul dekat papa.

"Tak payah la panggil chef, panggil je uncle." Papa mengambil tempat di hadapan Danie, seronok betul Danie hari ni lain macam punya happy jarang nampak Danie happy setaraf Amsyar.

Dan makan malam kami berjalan dengan lancar.

Baru je cakap lancar,

"Weh Danie! Danie! Riyaan!" Aku berdiri, tangan aku cuba untuk menahan kepala Riyaan,

tiba-tiba Riyaan Riyaan rebah, nasib sempat Danie tahan kepala dia kalau tidak dia dah bersatu dengan pinggan makannya. Elok je dia makan dari tadi, boleh pula dia rebah.

"Yaan, bangun Yaan." Danie menggoncangkan badan Riyaan yang sudah terlentok di bahunya,

"Kenapa ni?" Papa bersuara,

Wais yang duduk sebelah Riyaan melihat isi pinggan yang Riyaan makan tadi,

"Dia makan udang." Tenang Wais membalas, Wais kemudiannya meraba-raba saku seluar Riyaan, kunci keretanya dihulur kepada Danie,

"Bawak dia pergi clinic, dia allergy seafood." Danie terus mengangkat Riyaan yang sudah terkulai di atas bahunya,

"Nak aku tolong tak?" Harras bertanya, padahal dia tak nak tolong pun sajalah tu nak nampak macam berguna.

"Takpe, aku hantar dia pi clinic dulu." Danie kemudiannya berjalan keluar dari restoran bersama Riyaan yang seperti separuh sedar,

Okay baru boleh endkan bab,

Dan makan malam kami berjalan dengan baik sekali dengan Amsyar yang merengek minta Harras bukakan udang untuk dia.
































Hai saya Farah bukan ikan lagi

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro