GBS | 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEBUAH BANGUNAN DI BAHAGIAN SELATAN KOREA MUSNAH AKIBAT LETUPAN BESAR SEMALAM .

Zara Melina mengerut dahi sebaik saja membaca tajuk berita di kaca tv itu . Walaupun dalam bahasa Korea , dia dapat menangkap sedikit saja beberapa perkataan yang dia faham .

Dia cuba memahami yang selanjutnya , tapi sayang sepatah haram pun dia tidak faham . Hanya beberapa ketul saja dia sempat menangkap . Dia pasrah dan tv itu terus bertukar gelap .

Dia bersandar malas di sofa . Sudah 3 bulan mereka di bumi Korea . Dia sudah rindukan Malaysia . Cuaca di Korea sekarang sejuk walaupun matahari tegak di kepala . Tidak seperti Malaysia yang panas terik .

Dia terasa bosan kerana terperap di dalam rumah kecil itu . Walaupun selalu ditemami Roman . Kadang-kadang dia ditemani oleh Justin . Tetapi antara Roman dan Justin , lebih baik dia tinggal bersama Justin . Kerana Roman sangat serius orangnya . Berlainan pula dengan Justin yang sentiasa dengan senyuman manis .

" Oii Mel kau nak apa-apa tak ? " Justin datang mengejut dari belakang .

Sudah lengkap dengan long coat coklat di badannya dan juga cap biru gelap .

" Kau belilah apa-apa pun . Tak kisah " balas Zara Melina perlahan .

Di selesakan badan pada sofa . Mata cuba dipejam . Mahu tidur . Lagipun cuaca sejuk sebegini selalu buatkan dia mengantuk .

" Aku keluar dulu beli makanan . Kau tengokkan budak tu sekali " pesan Justin sebelum keluar .

Wanita itu hanya mengangguk dengan mata terpejam rapat . Malah dengkuran halus mula kedengaran . Justin mengeleng kepala . Malas bertangguh , dia terus keluar . Menaiki kereta sewa yang disewa oleh Farhan Adham untuk kegunaan mereka .

Manakala Farhan Adham dan Roman keluar sejak pagi lagi . Kedua itu menghilang tanpa meninggal apa-apa pesanan . Tapi Justin yakin , letupan yang berlaku di bahagian selatan itu pasti angkara mereka berdua .

" Hmm , nak main bom-bom tak ajak aku " dia memuncung sedikit bibirnya . Terkilan kerana dipinggirkan oleh dua malaun itu .

Di dalam bilik tamu , Haena memandang saja pemergian Justin . Melihat saja kereta itu pergi meninggalkan rumah kecil itu . Haena mengeluh perlahan .

" Sampai bila aku terperangkap disini " dia berbisik sendiri . Masih dalam pakaian sekolah .

Tetapi dia hairan . Tubuhnya tidak pun disakiti . Malah dirinya dilayan baik oleh mereka semua . Kecuali seorang itu . Roman . Lelaki itu selalu serius . 24 jam muka ketat nak mati . Dengan badan penuh dengan tattoo . Seram .

PAP ! Haena tersentak . Dia menoleh ke belakang . Terdengar hentakan kaki seseorang . Dia mula mengambil langkah berjaga-jaga .

Memerhati sekeliling bilik tamu itu . Tetapi tiada yang mencurigakan . Dia mendekati pintu bilik , cuba memulas tombol pintu yang berkunci itu .

KREEK ! Pintu itu terbuka dengan perlahan . Dahi Haena berkerut halus . Dia hairan apabila pintu itu tidak dikunci . Malah dibiarkan terbuka . Mungkin Justin lupa mengunci pintu itu sebaik saja menjenguknya tadi .

Haena cuba berfikiran positif . Dia melangkah keluar . Melihat suasana rumah yang teratur dan kemas itu . Sekujur tubuh wanita yang berbaring di atas sofa dipandang .

" Bunyi apa tadi ? " dia menggaru kepalanya . Dia berjalan perlahan-lahan .

Memandang sekeliling rumah itu . Baru beberapa langkah melepasi ruang dapur , tubuhnua ditarik kasar oleh seseorang . Mulutnya ditekup oleh tangan besar . Malah terasa ada benda tajam terkena di batang lehernya .

" Kau gerak kau mampus " ujar lelaki itu serius . Menekan kuat hujung pisau lipat itu pada leher Haena .

Badan Haena terketar-ketar . Badan dia terasa lemas saja apabila merasai kedinginan hujung pisau lipat itu . Jika dia memberontak pasti nyawa dia melayang .

" Aku tahu kau faham ! Jangan pura-pura lagi budak ! Aku nak kau ikut aku ! " ucap lelaki itu serius .

Menarik badan kecil Haena supaya mengikutinya . Tersenyum jahat melihat tiada sesiapa di dalam rumah itu . Memudahkan rancangan jahatnya .

Haena mengangguk . Mengikut saja gerak langkah lelaki berkulit gelap itu . Malah badannya ditarik melalui pintu belakang rumah .

" Amboi kau hitam . Nak bawa lari ke mana budak tu ? " seseorang membantutkan niat lelaki itu .

Zara Melina senyum sinis . Bersandar santai di dinding dapur sambil memeluk tubuh . Kening dijongket ke arah lelaki itu . Seolah-olah memerli .

" Aku nak bawa budak ni jumpa bos aku ! Kau perempuan baik berambus sebelum aku bunuh kau ! " kata lelaki itu tegas .

" Kau ugut aku ? " dia menunjuk dirinya . Melangkah perlahan-lahan mendekati dua manusia itu .

Lengan kanan Haena direntap kasar . Membuatkan pelukan lelaki itu terlepas dan tanpa sedar hujung pisau lipat itu menghiris sedikit leher gadis itu .

" Baik kau berambus sebelum aku yang bunuh kau " ugut Zara Melina pula .

Haena meringis kesakitan . Tangan naik menekup darah yang mengalir di leher miliknya .

" Kau berani ke perempuan ? " lelaki itu mula memusingkan pisau lipat miliknya .

Zara Melina senyum sinis . Dia membuka langkah dan tanpa disedar lelaki itu , rusuk kirinya ditendang kuat oleh Zara Melina .

Membuatkan lelaki itu hampir tersungkur jatuh . Tapi sempat berpaut pada kabinet dapur . Haena pula sudah menyorok di sebalik meja makan . Takut melihat dua manusia yang sedang berlawan itu .

" PEREMPUAN TAK GUNA ! " jerit lelaki itu apabila rusuknya terasa sakit .

Gigi diketap kuat . Dia meluru laju ke arah Zara Melina . Makin bengang apabila melihat wanita itu hanya tenang berdiri menunggu serangan darinya .

PRAK ! Tubuh lelaki berkulit gelap itu tersungkut jatuh . Zara Melina memulas lengan kiri lelaki dan dikilaa kebelakang . Kaki kirinya menahan kepala lelaki itu dari bergerak .

Haena yang melihat kecekarapan Zara Melina berasa kagum . Wanita itu tidak gentak sedikit pun . Malah berani melawan musuhnya .

" AKU TAK SUKA MAIN DENGAN ANAK AYAM . FAHAM ! " kata Zara Melina dengan suara di celah gigi .

Dia memulas kuat kepala lelaki itu dan PRAK ! Leher lelaki itu berjaya dipatahkan dengan kudrat perempuannya . Dia melepas nafas kasar .

BAM ! BAM ! Pintu utama seakan-akan dirobohkan oleh beberapa manusia . Dia memandang Haena yang menyorok di belakang meja makan itu .

" Kau sini ! Kita kena keluar dari sini " dalam kabut , Zara Melina sempat mencapai dompet dan telefonnya yang diletakkan di atas peta ais .

Menarik kuat tangan Haena dan mereka keluar melalui pintu belakang . BAAM ! Pintu utama roboh dan muncul beberapa lelaki berbadan tegap .

Makin laju Zara Melina berlari bersama Haena . Mereka dikejar oleh lelaki-lelaki itu . Malah Haena sendiri rasa kaki mereka mula melecet . Kerana mereka berkaki ayam dan tidak sempat menyarung selipar pada kaki .

" CEPAT ! " gesa Zara Melina . Melalui lorong-lorong kecil .

Haena berlari dengan laju . Mengikut langkah Zara Melina . Sesekali dia menoleh ke belakang . Lelaki-lelaki tadi masih mengejar mereka . Malah setiap mereka mula memegang senjata . Haena menjadi gerun .

SREET ! Sebuah kereta menghalang laluan mereka . Zara Melina dan Haena berhenti serentak . Sebuah lagi mengepung laluan di belah kiri . Kini mereka terperangkap antara kedua kereta itu .

" Shit ! "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro