Bab 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TEPAT jam 12 tengah hari, dia dah siap-siap untuk ke bangunan pejabat. Black baru saja keluar setengah jam lepas dan dia yakin Black tak akan balik dalam masa terdekat.

Sebaik saja keluar ke ruang tamu, wajah Kak Melati menyapa.

"Kak, Pak Ayub bawa kereta, kan?" soal aku perlahan.

Laju saja Kak Melati mengangguk.

"Ya, tapi kereta Pak Ayub, kereta Wira lama aje la, cik."

Dia menampal senyum segaris. Asalkan kereta, dia memang tak kesah.

"Boleh panggilkan Pak Ayub tak? Saya nak minta dia hantarkan ke pejabat abang."

Teragak-agak Kak Melati keluar ke belakang rumah sebelum kedua-duanya terkocoh-kocoh masuk ke ruang tamu.

"Cik nak keluar?"

Fatiya mengangguk sekali.

"Jom. Sekarang, boleh?" Raut wajah Pak Ayub di hadapannya kini jelas serba salah.

Pak Ayub sekadar mengekor langkah Fatiya keluar dari rumah dengan pandangan mata untuk seketika. Masih tak sangka yang Fatiya sanggup naik kereta buruk dia daripada panggil pemandu Firdaus.

Bila Fatiya dah sedia menunggu di ruangan parkir, dia terus ke belakang rumah mengambil beberapa barang miliknya termasuklah kunci kereta. Kereta yang diletak di luar pagar rumah banglo itu dibawa masuk dan berhenti betul-betul di depan Fatiya.

"Maaf cik, kereta lama. Air cond tak rasa sangat." Serba salah pula dia bila Fatiya mula mengelap peluh sendiri di tempat duduk belakang sebaik saja kereta bergerak meninggalkan rumah.

"Tak apa, Pak Ayub," jawab Fatiya, sopan. Walaupun memang terasa bahangnya, namun dia tahankan saja.

Tak sampai setengah jam, kereta Proton Wira Pak Ayub tiba di depan bangunan. Cepat saja dia turun dan mengucapkan terima kasih.

Nafas ditarik dalam-dalam sewaktu anak matanya memandang nama syarikat kesayangan arwah abah. Banyak betul kenangan yang dia ingat tentang arwah abah. Apa taknya, kalau dulu, hampir setiap hari selepas habis sekolah dia akan ke sini.

Saja tunggu abah sampai habis waktu bekerja. Kebanyakan pekerja di sini pun ramai yang kenal dia. Sekarang aje semua pekerja dah berubah. Rasanya tak ada dah yang dia kenal.

Kalau ada pun, mungkin dah ada di jabatan lain.

Lama termenung, dia terus melangkah masuk ke lobi sebelum ditegur oleh penyambut tetamu.

"Ya, cik?" soalnya perlahan. Anak matanya berlari ke segenap inci tubuh Fatiya yang hanya mengenakan baby-T bersama kardigan dan jeans lusuh. Itu aje yang sempat dia sarung waktu bergegas dari rumah tadi.

"I nak jumpa Suria." Cepat saja dia menjawab. Sengaja dia sebut nama Suria, tak nak Firdaus tahu kehadirannya di situ.

Bukan selalu dia ambush pejabat abang macam ni.

"Sorry cik, kalau nak jumpa staf kami, kena tunggu dia orang turun lunch. Cik tak boleh naik."

"Tapi I nak naik juga." Anak mata penyambut tetamu tadi dipandang tajam.

"Kalau cik nak naik, cik kena daftar sini dan buat appointment dulu. Ikut prosedur. Bukan redah aje."

Nada suara gadis penyambut tetamu itu jelas kedengaran angkuh. Dia tarik nafas dalam-dalam. Ini mesti pekerja baru. Waktu dia datang sini dengan Black, tak ada pula nampak budak ni di meja penyambut tetamu.

"Okey." Dia mencipta senyum segaris.

"I buat appointment sekarang." Dia dah berpeluk tubuh di depan gadis kecil molek itu. Sempat dia mengerling ke arah nama yang tertera pada tag yang dipakai.

Emilia.

"Nama?" soal Emilia sepatah.

"Fatiya." Pendek juga dia menjawab.

"Binti?" Emilia yang menulis pada dada buku log buat muka tak puas hati.

"Adam."

"Fatiya binti Adam. Nak jumpa siapa, urusan apa?"

"Nak jumpa abang I, Firdaus Adam. Urusan, none of your business."

Tangan yang asyik menulis tadi terhenti. Cepat saja anak mata Emilia memandang wajah di depannya.

"Errr..."

"Yes. Firdaus Adam abang I. So, ada masalah ke kalau I nak naik?"

Laju saja Emilia menggeleng.

"Maaf, cik. Saya tak tahu. Saya nampak cik naik Wira buruk tadi..."

Oh... Itu ke sebabnya Emilia nak pandang rendah pada dia?

Hergh. Ini, kalau dia yang pegang jawatan Firdaus, mahunya dia pecat terus budak Emilia ni.

Malas nak bergaduh, Fatiya terus melangkah ke arah lif. Sikit masa lagi, semua akan keluar makan tengah hari. Risau pula kalau-kalau abangnya dah keluar dari pejabat.

Tiba di tingkat 10, langkahnya diayun ke penghujung bangunan. Sempat juga dia melemparkan senyum kepada Suria yang ada di mejanya.

"Abang ada?"

Suria mengangguk. Belum sempat Suria menghalang, Fatiya terus membuka pintu bilik.

Dua kepala pantas menoleh.

"Tiya? What are you doing here?"

Fatiya tercengang. Apa yang jelas di depan matanya sekarang membuatkan lidah terus kelu.

Tetamu Firdaus yang turut terkejut dengan kehadirannya cepat-cepat menyembunyikan barangan yang dibawa ke dalam briefcase hitam.

"Sorry, bos." Suria yang muncul di sebelah Fatiya tergagap-gagap di depan pintu.

Fatiya mula sesak nafas.

Hampir saja dia tumbang ke lantai kalau tak sempat berpaut pada pemegang pintu. Kata-kata Kamal mula dapat dicerna. Kelakuan pelik Firdaus sejak dia balik Malaysia mula masuk akal.

Tanpa menunggu lama, dia terus berlari keluar. Panggilan Firdaus di belakang langsung tak diendahkan.

Sungguh, sekarang ni dia sendiri tak tahu nak rasa apa.

FATIYA berkurung di dalam tandas tingkat paling bawah dengan juraian air mata yang tak dapat ditahan. Dia sendiri tak tahu berapa lama dia ada di situ sehinggalah bunyi bising berlarutan di lobi.

Pekerja dah balik dari makan tengah hari agaknya.

Dia meraup wajah yang basah dek air mata. Nafas ditarik dalam-dalam, cuba bertenang. Jam pada telefon bimbit dikerling sekilas.

Hampir jam dua petang. Dekat sejam juga dia berkurung di situ tanpa menghiraukan panggilan telefon yang bertalu-talu. Bila terasa sedikit tenang, dia cuba berdiri dan keluar dari salah satu tandas yang dia masuk tadi.

Bias wajahnya di cermin dipandang lama sebelum tangannya membuka pili. Muka dibasuh bersih, cuba menghilangkan sisa air mata yang sudah bercampur dengan maskara yang dipakai tadi.

Selesai cuci muka, dia mula buka semua WhatsApp yang diterima.

Bersusun juga panggilan daripada Firdaus dan Black yang langsung tak tahu dia bersembunyi di situ.

Nombor telefon Black dicari sebelum dia membuat panggilan. Tak sampai tiga saat berdering, Black terus menjawab panggilan.

"Cik, where are you?"

Tak ada nada marah, tak ada nada menengking. Suara Black sangat tenang sehinggakan dia boleh anggap yang Black tak tahu apa yang dia dah nampak tadi.

Walaupun dia tahu yang Black confirm dah tahu.

"Are you okay?" soal dia lagi.

Fatiya mengeluh berat. Kalau ada pintu Doraemon sekarang, memang dia masuk dah biar terus sampai ke Surrey.

"I nak balik UK." Spontan dia menjawab. Black di hujung talian terdiam beberapa saat. Suara serak dek tangisan tadi tak mampu diselindung.

Black terdiam seketika di hujung talian sebelum membuka mulut.

"Cik dah jatuh cinta pada I ke? Cepatnya?"

Fatiya tepuk dahi. Ke situ pula perginya.

"Ini bukan pasal game tu la..."

Kalau I menang, you berhenti kerja. Kalau you menang, I balik UK.

Terngiang-ngiang syarat yang dia dan Black buat dulu.

"Apa-apa pun beritahu I dulu, cik ada dekat mana sekarang?"

"Adam Holdings." Pendek jawapan dia.

"Bos cakap cik dah lari keluar?"

"Ya... Lari keluar dari bilik dia. Bukan dari Adam Holdings." Dia bersandar pada dinding berjubin cantik itu. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Masih cuba tenangkan diri dengan apa yang dah jadi.

"Okey. Kejap lagi I sampai. I bawa cik balik."

"I tak nak balik rumah." Laju dia memotong.

"Tapi bos suruh cari cik dan..."

"I nak keluar dari sini dan tak nak balik rumah, Black. Malam ni I nak tidur kat hotel aje." Muktamad. Dia belum bersedia lagi untuk bersemuka dengan Firdaus.

Kalau nak diikutkan hati, sekarang juga dia nak telefon polis, beritahu segala kerja kotor yang Firdaus buat. Tapi memikirkan macam-macam komplikasi yang bakal dia terima, dia tahankan saja.

"Tak boleh, cik. Bos suruh I cari cik dan bawa balik..."

"Black, untuk kali ni aje. Tolonglah anggap I ni kawan yang perlukan pertolongan you. Bukan 'barang' yang boleh you hantar sana sini hanya sebab arahan abang." Dia cuba meraih simpati.

Selain Black, dia tak ada sesiapa lagi untuk minta tolong. Nak minta tolong Kamal? Dia tak nak keruhkan lagi keadaan.

Nak gerak sendiri? Dia tak berani.

Hanya simpati Black saja yang dia ada sekarang ini.

"Tapi..." Black masih tak mampu ingkar arahan Firdaus.

Fatiya mengeluh berat. Dia faham kalau Black tolak permintaan dia.

"Kalau you nak bawa I balik rumah, you takkan jumpa I sekarang. I lari seorang diri pun tak kesahlah." Dia hampir putuskan talian sebelum suara Black menyapa telinga.

"Baiklah. Cik tunggu situ. I bawa cik pergi hotel."

"SAYA dah jumpa dia, bos." Black bersuara sebaik saja Firdaus menyambungkan talian. Dia terjenguk-jenguk ke dalam lobi bangunan, mencari susuk tubuh gadis itu yang belum menunjukkan rupa.

Walaupun dah berjanji dengan Fatiya, dia tak nak tanggung risiko yang lebih besar. Bagi dia, Firdaus memang patut tahu.

"Bagus. Kau bawa dia balik dulu. Urusan kau dengan aku belum selesai."

Black mengeluh berat. Bila Fatiya tiba-tiba muncul di pejabat tadi, Firdaus mengamuk sakan. Dan dia sendiri tak tahu apa nasib dia bila jumpa Firdaus nanti.

Mungkin lebih dari lebam di bibir yang dia bakal terima.

"Tapi dia tak nak balik, bos. Dia nak pergi hotel. Saya takut dia lari kalau saya paksa dia balik rumah."

Dari hujung talian, dia dengar Firdaus mendengus kuat.

"Pastikan tak ada orang ikut kau. Bawa dia ke suite aku dan jangan cakap yang aku tahu dia dekat mana."

"Baik, bos." Black angguk sekali walaupun dia tahu yang Firdaus tak akan nampak.

Kelibat Fatiya kelihatan keluar dari lobi bangunan sebaik saja dia memutuskan talian. Nampak saja keretanya yang diparkir di betul-betul di depan pintu utama, Fatiya terus melangkah masuk ke dalam.

Kali ini dia sengaja duduk di tempat duduk belakang.

Tak nak Black nampak wajahnya yang dah mula sembap dek tangisan tadi.

"Cik okey?"

Soalan daripada Black membuatkan dia mengangkat kepala sesaat sebelum kembali memandang ke luar.

"Just drive."

Black mengeluh perlahan. Dia membawa kereta keluar dari situ dan terus ke pusat bandar.

"And thank you sebab tak bawa I balik rumah."

Black memandang ke arah cermin pandang belakang sekilas. Wajah gadis itu jelas murung, berbeza dengan waktu dia keluar pagi tadi. Mata merahnya cuba diselindung dengan rambut yang sengaja dibiarkan lepas ke wajah.

"I dah cakap, tunggu dekat rumah. Cik keluar juga..."

"I tak ada mood nak dengar you membebel."

Black mencipta senyum segaris.

"I tahu. Tapi I dalam mood nak dengar cik marah-marah."

Fatiya menjeling tajam. Takkanlah Black tak ada perasaan langsung bila tahu perniagaan haram abang tu? Atau dia pun memang dah terlibat sama?

"You dengan abang I dah biasa buat kerja haram, eh?" Spontan soalan itu terkeluar dari mulut sebelum sempat dia menahan.

"Selama ni I makan duit haram? Duit yang abang bagi tu duit haram?"

Sakit pula hati dia bila memikirkan sumber perbelanjaan yang dia dapat selama ni. Bertambah sakit hati bila tahu yang Firdaus hancurkan harapan abah yang percayakan dia untuk sambung legasi Adam Holdings.

Sekali lagi Black mengerling ke arah Fatiya sekilas.

"Apa pun yang cik nampak tadi, cik tak boleh assume apa-apa selagi cik tak dengar dari pihak bos."

"Nak dengar apa lagi? I sendiri nampak dia berurusan dengan pengedar dadah tu!" Fatiya hampir menjerit. Terbayang-bayang bungkusan putih yang ada di atas meja kopi bilik Firdaus tadi.

Takkanlah Adam Holdings dah bina kilang tepung gandum pula?

"Macam apa yang I cakap, cik kena tanya bos." Black masih dengan pendirian dia. Langsung tak nak buka cerita atau komen apa-apa.

"Kadang-kadang I rasa you ni robot, tahu tak? Macam tak ada perasaan sendiri."

Tanpa disangka, Black tergelak kecil. Sempat dia menggeleng perlahan sebelum kereta membelok ke lobi hotel bertaraf lima bintang.

"I dah lama jadi robot, cik."

Fatiya diam tak membalas. Dia terus turun dari kereta sebelum sempat Black menahan. Bila teringatkan yang dia tak bawa duit dan kad kredit untuk bayar hotel, nak tak nak, dia tunggu juga Black selesai parkir kereta.

"Cepat-cepat ni nak pergi mana?" Black simpan senyum bila nampak Fatiya berpeluk tubuh di sebelah reception.

Dia tahu yang Fatiya tak bawa beg tangan bila nampak beg tangan gadis itu ada di atas sofa ruang tamu.

Pak Ayub yang jumpa beg tangan itu dalam kereta dia tadi.

"I lupa nak bagi cik ni." Beg kecil itu dihulur ke depan.

Bulat mata Fatiya bila nampak sling bag miliknya ada di tangan Black. Bila masa dia tertinggal sling bag ni?

Patutla dari tadi dia rasa ringan dan kosong aje. Rupa-rupanya hanya handphone saja yang ada dalam poket.

"Cik tertinggal dalam kereta Pak Ayub," jawab Black sebelum dia menegur receptionist yang dari tadi melemparkan senyuman.

"Suite 003." Perlahan dia menyebut.

Fatiya tak boleh tahu yang suite itu memang jadi tempat rehat Firdaus.

"Baik, encik." Staf hotel itu mengangguk sebelum menaip sesuatu pada komputer.

Fatiya yang memandang dari jauh sesekali membetulkan rambut yang jatuh menutup muka.

Tak lama pun berurusan, Black kembali pada Fatiya sebelum menyerahkan kunci suite.

"I nak beli baju." Sebelah tangan menyambut huluran daripada Black.

"Sekarang?"

"Haah. Sekaranglah. Bila dah naik ni I malas nak keluar dah."

"Okey." Black tak ada pilihan selain menurut.

"Jom."

"Eh, kejap." Langkahnya terhenti tiba-tiba.

Black angkat kening.

"Kejap lagilah. I nak naik bilik dulu."

"Pula dah..."

Fatiya mencebik.

"Kalau you nak balik pada abang dulu pun, pergilah. I boleh jalan beli barang sekitar hotel ni aje."

"Cik nak I balik dan serah diri pada bos sebab tinggalkan cik jalan seorang diri di sini? No thanks."

"Habis tu, takkan you nak tinggal sini dengan I?" Terkejut dia bila dengar pengakuan Black tadi. Gila ke nak duduk hotel ni dengan Black?

"I tak ada pilihan. Lagipun, suite tu ada dua bilik, cik."

"Ah, tak kesahlah ada seratus bilik pun. Tetap dalam satu ruang."

Black tiba-tiba ketawa. Tak kuat, tapi cukup membuatkan Fatiya terpegun. Dia sendiri tak tahu berapa kali aje Black pernah ketawa macam ni depan dia. Selalunya muka ala-ala spy Men In Black tu penuh dengan rasa sinis.

"I tak duduk sekali dengan cik. Tapi I ada di bilik bawah. Level yang cik duduk nanti akan ada pengawal sendiri," jelas dia perlahan.

"Ceh! Buat berdebar aje..." Mana tak risau? Walaupun Black tu boleh dikatakan pengawal peribadi dia, tapi Black tu masih seorang lelaki. Sebanyak mana pun dia nampak open-minded, tapi memang tak pernah dia tidur satu bilik hotel dengan lelaki.

"I saja nak test. Kut la cik bagi I duduk sekali dalam suite tu."

"Free kick I, you tak nak test?" Fatiya ketap bibir rapat. Geram. Ada masa pula dia nak main-main test.

Soalan Fatiya sekali lagi menjemput tawa Black.

"Cik naik bilik dulu. Dah ready nak keluar nanti call I," pesan Black sebaik saja tawanya reda.

"Kita beli sekaranglah." Fatiya memberi kata putus.

Black hampir tepuk dahi.

"Betul ni? Dah tak nak tukar? Susah juga rupa-rupanya ada bos yang suka tukar-tukar arahan ni. Apa kata cik duduk bertenang dulu dekat sofa tu. Dah betul-betul buat keputusan baru cakap." Telunjuk Black melurus pada sofa mewah yang diletakkan di suatu sudut.

Sikit lagi Fatiya nak menjerit. Kalau tak difikirkan yang dia sekarang ada di lobi hotel, nak aje dia menjerit dekat situ juga.

Stres!

Sempat lagi Black nak perli dia?!

"Now." Malas nak bertekak, dia terus melangkah keluar dari lobi hotel.

Black di belakang menggeleng laju. Sempat dia membawa keluar iPhone dari saku seluar sebelum jari berlari-jari pada dada skrin.

Cik Fatiya dah okey.

Delivered.

Langkah dilajukan mengikut rentak Fatiya yang dah berhenti di sebelah Toyota Alphard.

IPhone kembali disimpan di dalam saku. Wajah Fatiya yang muncung dipandang sekilas sebelum sekali lagi dia mencipta senyum.

Melayan seorang Fatiya ni memang tak pernah buat dia bosan. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro