Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KEJAP.

Ini tak mungkin.

Impossible orang putih cakap. Berkali-kali dia angkat sunglasses dan pakai balik, nak pastikan yang bayangan manusia itu bukan seperti yang difikirkan.

Tapi malangnya, lelaki di hapadannya itu tetap orang yang sama.

Walau dengan raut muka yang lebih matang, wajah lelaki yang memegang tanda namanya itu sama sebijik dengan gambar dalam WhatsApp dari Hany. Yang membezakan hanya kumis nipis yang menjadikan lelaki di hadapannya kelihatan lebih berusia dari gambar yang diterima.

Takkan cepat sangat dia jumpa?

Nama yang dicetak menggunakan kertas A4 itu dipegang kemas oleh lelaki berbadan tegap dan berpakaian hitam mirip Men In Black. Wajahnya beku tanpa senyuman dan riak sambil matanya melilau mencari si tuan punya nama.

Fatiya masih memerhati gerak-geri lelaki tadi. Anak mata mula bekerja, meneliti setiap inci wajah lelaki itu dengan perasaan berbaur. Firdaus cakap tadi, PA dia yang akan jemput. Tapi kenapa PA abangnya sama dengan lelaki dalam gambar Hany tu?

Ini Black ke? Kenapa tak hitam pun?

"Cik Fatiya?"

Dia kembali ke alam nyata bila namanya disebut. Rupa-rupanya tanpa sedar, lama juga dia tercegat di depan lelaki tadi.

Terkejut punya pasal.

Sunglasses yang tersangkut pada kepala diturunkan menutupi mata.

"Yes." Dia menjawab perlahan, cuba menenangkan gusar dalam hati. Lelaki di hadapannya dipandang dari atas ke bawah. Langsung tak percaya yang dia akan jumpa lelaki yang dah tipu Hany secepat ini.

"You ni, PA abang I?"

Lelaki tadi cuma mengangguk dan terus keluar dari arrival hall tanpa kata. Fatiya terus mencebik. Dia keluar macam tu aje? Sekurang-kurangnya ucaplah welcome home ke, selamat berkenalan ke.

Atau paling tidak pun, tolonglah tolak troli ni, oi!

Fatiya hanya mengikut langkah lelaki tadi hingga ke kereta yang diparkir di luar tempat mengambil penumpang tanpa suara. Sambil menolak troli, berbakul-bakul sumpah seranah dalam hati.

Nafas ditarik dalam-dalam. Dia tak boleh mengalah.

Dia tak boleh menyerah sekarang. Mana boleh dia abaikan janji dia pada Hany dulu? Mana boleh dia lupakan sahaja niat yang satu tu?

Takkan hari pertama lagi dia dah mengalah dengan rancangan mereka?

Tak boleh!

Rancangan ni mesti dia teruskan.

Tak boleh tidak!

Black tiba-tiba berhenti di sebelah Toyota Alphard hitam dan membuka pintu di tempat penumpang.

"Shall we?"

"Hmmm." Dia melangkah masuk ke dalam kereta, membiarkan PA Firdaus tadi mengangkat dua bagasi besar yang ditinggalkan di atas troli.

Duduk aje di tempat duduk yang sangat selesa itu, Fatiya terus mencebik. Bukan main lagi PA pun pakai Alphard. Ini mesti dari duit Hany juga. Dan duit wanita-wanita yang dia dah tipu.

Dan juga mungkin duit abang yang dia dah tapau.

Baru saja semangatnya berkobar-kobar untuk balik, sekarang dah jadi tunggang-langgang.

Kepada abangnya, sengaja dia cakap mahu bercuti di rumah beberapa bulan.

Walaupun awal-awal Firdaus tak setuju dengan keputusan tu, tetapi akhirnya dia ikutkan sahaja.

"Abang Firdaus pergi mana?" soal dia sebaik sahaja PA abangnya itu masuk ke tempat pemandu. Sempat dia menangkap lirik mata Black yang mengerling ke arahnya sekilas.

"Ada kerja di luar KL. Malam baru dia balik." Suara lelaki itu senada. Dari tadi dia memerhatikan gerak gaya Black yang dingin dan senyap itu. Memang tak ada langsung ciri-ciri yang diceritakan Hany.

Tapi, manusia boleh berubah, kan?

Atau... Realitinya Black tak seperti apa yang ditunjukkan di alam maya? Ya, dia fasih sangat yang manusia boleh jadi sesiapa sahaja di Internet lebih-lebih lagi dalam ruangan chat room!

Haih, kusut!

Fatiya yakin sangat yang Black di hadapannya kini sama dengan Black yang dah tipu Hany.

Orang yang dah mainkan perasaan ramai wanita!

"Nama you, Black?" Cermin mata disangkut pada kolar blouse sambil memerhatikan cermin pandang belakang yang mempamerkan separuh daripada wajah sebenar lelaki itu.

Dan, entah macam mana, pandangan mereka bertaut.

Seram sejuk pula bila pandangan mata Black jatuh pada dia.

"Ya." Black menjawab sepatah.

Fatiya menghela nafas perlahan. Betullah dia. Confirm! Tapi tak mungkin kerja untuk mencari Black si romeo ini begitu senang?

"You PA abang, kan? Kenapa tak ikut dia pergi sana?" Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.

"Dia suruh I pickup cik and I tak ada apa-apa masalah pun untuk ikut arahan tu."

"Why? Sebab you tahu I perempuan?" Fatiya mencebik.

"Yes." Black menjawab sepatah.

Got you, romeo. Huh!

"Dan dia percayakan I," sambung dia lagi.

"Yeah... Yeah..." Kalau dah dasar buaya tu, mana nak sorok dah.

"Macamlah orang lain tak boleh ambil I selain you."

"Boleh. Tapi kalau orang lain, I tak boleh jamin keselamatan cik."

Fatiya mencebik lagi. Ya, dia dah yakin seratus peratus yang Black ini dan Black dalam cerita Hany adalah manusia yang sama!

"Kenapa? Malaysia dah jadi negara terrorist ke apa? Sampaikan orang yang tak ada salah apa-apa pun nak kena bunuh nak kena culik? Come on la." Pandangan dilemparkan ke luar tingkap.

Black tergelak kecil. Sesekali dia menggeleng sambil menjeling ke arah cermin pandang belakang, menikam sepasang mata milik Fatiya.

"Just sit and relax, Cik Tiya. Dunia ni tak seaman yang cik bayangkan." Dia senyum tanpa perisa.

Cermin pandang belakang dibetulkan dengan tangan kiri. Sebelah tangan lagi mencapai cermin mata hitam yang diselit pada saku kemeja.

"But chill, selagi I ada, I akan pastikan yang cik tak akan apa-apa." Sempat dia mencipta senyum tipis sebelum menghidupkan enjin kereta.

Fatiya menjulingkan mata ke atas. Blergh!

Betul cakap Hany. Mulut dia memang manis. Ingatkan gaya dingin dia tu betul-betul dingin. Rupa-rupanya... Hampeh!

"Itu yang I janji pada abang cik." Sambung Black lagi.

Yalah tu. Kalau dah kasanova tu, adik bos pun kau tak kesah, kan?

Fatiya melipat kedua-dua tangan ke dada. Penat yang dirasanya tadi dah hilang entah kemana.

Rancangan yang dibuat rapi kini makin goyah jadinya.

Agaknya Black ingat dia sorang aje yang pandai buat skil ni?

Nantilah...

Fatiya tersenyum sinis sendiri. Dia akan pastikan yang Black akan merana seperti semua wanita yang dia dah hampakan dulu.

Tunggulah.

TIBA di rumah tadi, waktu dah menginjak maghrib. Selesai solat, dia terus turun ke ruang tamu sebelum membuat lawatan ke setiap pelosok isi rumah.

Rindunya dengan rumah sendiri.

Walaupun dia ada apartmen sendiri di UK, namun banglo tempat dia membesar ini menyimpan pelbagai kenangan.

Termasuklah kenangan bersama arwah mama dan arwah abah.

Habis meronda rumah sendiri, dia menghempas badan ke atas sofa three seater yang terletak di hadapan televisyen.

Matanya mengerling ke arah jam pada dinding sekilas. Dah hampir tengah malam namun bayang abangnya masih tak muncul juga.

Nafas dilepas kasar bila memikirkan tingkah abangnya.

Bosan menonton rancangan televiyesn, dia capai pula majalah yang bertaburan di atas meja kopi. Bosan membaca majalah, dia capai pula Harian Metro yang masih kemas mungkin tidak diusik dari pagi.

Jam pada dinding dijeling sekali lagi. Bosan! Dah hampir enam jam sebenarnya dia melangut di ruang tamu sendirian. Sesekali pandangan matanya dibawa ke pintu besar. Kelibat yang ditunggu masih tidak muncul walaupun waktu sekarang dah hampir dua belas malam!

Fatiya mengeluh berat. Tumpuannya kembali pada flat screen TV di hadapan. Ulangan rancangan Ke Korea Ke Kita? itu membuatkan dia kembali fokus.

Entah bila dia nak sampai ke Korea. Teringin juga bila rata-rata teman yang lain dah pun bercerita tentang kecantikan Korea.

"Hei, tengok siapa yang dah ingat jalan balik Malaysia ni..."

Tumpuannya pada Wak Doyok dan Myo Oh Chentaku di kaca TV beralih ke muka pintu rumah. Muka Firdaus yang keletihan itu tersenyum lebar memandangnya. Fatiya senyum sesaat.

Finally!

Laju dia berlari mendapatkan Firdaus di muka pintu. Badan abangnya dipeluk erat. Rindu!

Firdauslah satu-satunya abang yang dia ada. Beberapa saat dalam pelukan, badan abangnya ditolak perlahan.

"Busuk!" Dia buat muka.

"Siapa suruh peluk?" Firdaus mengusik. Hidung adiknya dicuit perlahan.

"Lama tunggu?"

Fatiya terus mencebik bila dengar soalan yang satu itu.

"Dah kematu punggung ni duduk atas sofa tu." Muncung dia dah panjang sedepa.

"Lambatnya abang balik. Kerja dekat mana tadi?"

"Seremban." Firdaus meletakkan briefcase ke atas meja berhampiran pintu.

"Tak nak masuk dulu ke?"

Soalan yang nyata sekali bukan ditujukan untuknya itu membuatkan kening Fatiya berkerut seribu. Fatiya turut menjenguk ke luar, mengikut arah pandangan abangnya.

Hampir ternganga mulutnya bila nampak kelibat yang langsung tak disangka-sangka. Black yang masih berbaju kemeja hitam seperti siang tadi berdiri tegak di sebelah pintu besar. Bila masa dia ada kat situ?

"Tak apalah, bos. Saya nak balik dah pun."

"Okey then. Thanks."

Black mengangguk sekali sebelum terus berlalu dari muka pintu. Langkahnya terus kepada kereta yang diparkir di luar pagar rumah. Fatiya memandang wajah Firdaus dan langkah Black bersilih ganti.

"Dia buat apa dekat sini?" Suaranya diperlahankan.

Dah pukul 12 tengah malam, takkan dia yang hantar abang balik kut? Bukan ke abang ada driver sendiri?

"La... Dia yang jaga Tiya dekat rumah ni, tak nampak ke?"

Buntang terus matanya dengan jawapan Firdaus. Bila masa?

"Mana ada? Dia balik lepas hantar Tiya tadi. Abang ni kena kencinglah."

Dia sendiri nampak kereta Alphard hitam yang mengambilnya dari lapangan terbang tadi hilang dari pandangan sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

Jadi, mana ada Black tunggu dan jaga dia pun! Yang ada Kak Melati dan Pak Ayub, pembantu rumah ni. Itupun sekejap aje, pukul 10 malam kedua-duanya dah ke bilik sendiri di belakang rumah.

"Dia tunggu dekat luar pagar rumahlah. Abang balik tadi baru dia masuk." Firdaus melabuhkan punggung ke atas sofa.

Fatiya masih tercengang, tak percaya. Takkanlah selama lima jam lebih dia dalam rumah ni Black ada dekat luar?

Lima jam lebih?

"But abang, kenapa dia nak kena jaga Tiya pula?"

Tadi Black cakap, dia tak boleh jamin keselamatan kalau orang lain yang ambil dia. Sekarang Firdaus pula cakap yang Black jaga dia sampai tengah malam.

"Why?" soalnya lagi. Tak puas hati.

"For safety reason." Firdaus senyum selapis.

"Anggap aje dia sekarang your bodyguard."

"I don't need a bodyguard! Why do I need one?" Langsung dia tak terfikir yang abangnya lantik seorang bodyguard untuk dia.

Selama ni elok saja mereka tanpa sebarang ancaman. Kenapa sekarang perlu bodyguard?

Dah tu pula, dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ni, Black juga yang Firdaus pilih.

"Tiya, abang penatlah. Kita sembang esok, ya. Night princess. I love you." Belum sempat rungutan dia dipanjangkan, Firdaus sudah pun membuka langkah naik ke bilik.

Fatiya mencebik. Mana boleh macam ni. Plan dia asalnya nak hancurkan hati Black dan sekarang ni, takkan dia nak buat-buat bercinta dan mainkan perasaan bodyguard sendiri pula?

Atau, dia perlu telefon Hany dan cakap plan ni tak jadi?

Stres!

CAHAYA matahari yang mencuri masuk di sebalik langsir membuatkan dia membuka mata perlahan. Dalam beberapa saat, dia cuba mencantumkan memori sendiri.

Dia di Malaysia.

Dalam banglo arwah abah.

Dalam bilik sendiri.

Senyum diukir tipis sebelum dia menggeliat. Kepenatan dek perjalanan jauh semalam kembali terasa. Lambat-lambat dia duduk di atas katil sendiri sebelum cuba menggagahkan diri ke bilik air.

Jam lapan setengah pagi.

Selesai membasuh muka dan gosok gigi, langkahnya dibawa turun ke tingkat bawah.

Tiba di dapur, mata terus menangkap tiga bungkus nasi lemak menyerikan meja makan di ruangan dapur. Niat nak membuat pancake untuk sarapan terus terbantut.

Bau nasi lemak ni memang mengancam!

Tapi kenapa ada tiga?

"Morning."

Suara dari belakang membuatkan dia sedikit tersentak. Ingatkan Firdaus dah pergi kerja. Dah dekat pukul sembilan pun.

"Morning. Lewatnya abang bangun..." Ayatnya terus terhenti. Mulut terus ternganga bila melihat wajah Black yang berdiri tegak di sebelah peti sejuk.

"What are you doing here?!" Suaranya meninggi.

Marah bercampur terkejut.

Macam mana Black boleh tiba-tiba masuk rumah orang pagi-pagi macam ni? Kalau dia buat hal keluar ke dapur pakai singlet aje tadi, macam mana?

Laju dia menggeleng. Kalau ya pun nak jadi bodyguard...

"Kenapa bising pagi-pagi ni?"

Dua kepala berpaling ke arah suara ketiga yang menegur. Firdaus yang dah siap dengan pakaian kerja turun dari bilik atas dengan kerutan di dahi.

"Tiya?" soalnya perlahan. Langkah dipercepatkan turun ke ruang tamu. Wajah adiknya yang mencuka dicuit perlahan. Pandangannya beralih pula pada Black yang masih berdiri tanpa riak di sebelah peti sejuk.

Fatiya mendengus kasar. Sungguhlah dia tak suka ada orang asing dalam rumah ni.

Tak bebas!

Nak-nak pula orang asing itulah punca dia balik ke Malaysia ni.

"Tiya tak tahu pun yang rumah ni dah jadi rumah PA abang juga!" Sengaja dia kuatkan suara. Tak puas hati sebenarnya.

Dan Firdaus hanya ketawa mendengar rungutan adiknya.

Makin sakit hati Fatiya. Kenapa abangnya ketawa? Kelakar sangat ke?

"Tiya, sebelum ni pun Black selalu breakfast dengan abang. Dia aje yang sudi temankan abang. Itulah, siapa suruh tak balik bertahun-tahun." Firdaus menarik salah satu kerusi di meja makan dan terus duduk di situ.

Fatiya masih mencuka. Kedua-dua tangannya dilipat ke dada sambil bersandar pada dinding.

"Eleh, abang. Dia yang tak bagi Tiya balik." Muncung dah sedepa.

"So? Sekarang Tiya dah balik, abang dah tak perlu 'orang lain' teman untuk breakfast, kan?"

Sebungkus nasi lemak yang diletakkan di tengah-tengah meja dicapai dengan sebelah tangan. Sengaja dia tekankan perkataan 'orang lain' tadi.

Sengaja.

Firdaus hanya mampu menggeleng.

"What's wrong with you, princess? Takkan angin UK dah ubah adik abang yang lemah lembut ni?" Firdaus tersenyum simpul.

Sekali lagi dia menjeling ke arah Black yang masih diam di tempatnya.

"Sit. Kita makan sama. Nasi lemak ni terbaik, tahu tak?"

Dengan muka mencuka dan rasa terpaksa, kerusi di sebelah abangnya ditarik juga sebelum dia melabuhkan punggung di situ. Black yang masih membisu dari tadi dipandang dengan perasaan berbaur.

Dia mencapai sudu dan garpu dari tengah-tengah meja. Mata masih tidak lepas dari gerak-geri Black yang selamba. Sikit pun tak terkesan dengan reaksi dia tadi.

"Hari ni nak buat apa?" soal Firdaus sebaik sahaja nasi lemak di dalam mulutnya habis dikunyah.

"Tidur aje kut. Penat lagi."

Firdaus mengangguk perlahan.

"Okey. Tapi kalau nak ke mana-mana, Black ada dekat luar rumah. Suruh aje dia hantar, okey?"

Nasi lemak yang ditelan terasa berbatu-batu.

"I don't need him la, abang. Tiya keluar seorang pun tak ada hal. Bak kunci kereta aje. Tak pun, panggil Mak Cik Bihah teman macam selalu."

Black angkat kepala memandangnya.

Kunyahan Firdaus pula terhenti bila nama Mak Cik Bihah disebut. Spontan nafasnya dilepas perlahan.

"Mak Cik Bihah dah tak ada." Perlahan dia bersuara.

"Kalau Tiya nak kemana-mana, just call him. Full stop."

Mak Cik Bihah dah tak ada?

"Tak ada?" Perlahan suara yang terkeluar.

"Ya... Awal tahun hari tu..."

Antara dengar dan tidak Firdaus membalas. Walaupun tak berterus terang, cepat sahaja Fatiya menangkap maksud sebenar.

Air matanya hampir menitis dengan berita yang tak disangka-sangka itu.

"Tak bagi tahu pun..."

Suaranya tersekat pada kerongkong.

Baru saja raya tahun lepas dia telefon Mak Cik Bihah sebab tak dapat nak balik beraya. Waktu tu rasanya Mak Cik Bihah sihat wal afiat lagi.

Selama ni pun, Mak Cik Bihahlah tempat dia menumpang manja sejak arwah mama dan abah tak ada. Sekarang ni, dia nak bermanja dengan siapa lagi?

"I'm sorry, okay. Dah. Makan. Abang dah nak gerak pergi ofis. Anything, just call me or Black."

Black lagi... 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro