Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"APA yang spesialnya you ni, eh?"

Soalan itu terkeluar juga sebaik saja kereta Firdaus keluar dari kawasan rumah. Black yang dari tadi tercegat di sebelah pintu besar berpaling sesaat.

"Kenapa tanya?"

Fatiya melipat kedua-dua tangan ke dada. Dengan baju tidur lengan panjang dan seluar bawah lutut, dia bersandar pada pintu.

"I pelik. Kenapa abang percayakan you?"

"And why not?"

"You orang asing. Relative pun bukan. Nak kata kawan lama abang pun tak sebab I kenal semua kawan-kawan dia."

Black tergelak kecil.

"Kena ada talian saudara aje ke baru boleh percaya? Kena kawan bertahun-tahun dulu baru nak percaya? Come on, Miss Tiya. You tak kenal dunia sebenar lagi."

Fatiya mencebik.

"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Soalan cepumas yang tiba-tiba keluar dari mulut Black membuatkan mulutnya mencebik lebar.

See! I knew it! Abang la ni, percaya sangat! Abang tak tahu ke yang buaya tembaga ni akan cuba mengurat sesiapa sahaja yang cantik termasuklah adik bos sendiri.

Ya, dia memang cantik!

Tapi apa-apa pun, your pickup line dah basilah, romeo!

"No. Tapi mungkin in your dreams." Fatiya buat muka.

"Well, gambar I merata pada dinding rumah ni and of course you dah nampak betapa cantiknya adik bos you ni, kan?"

Kali ini giliran Black pula senyum meleret. "Cantik, tapi pelik nak buat apa?"

Bulat mata Tiya mendengar jawapan Black. Apa dia cakap? Pelik? Whoa, main kasar nampak!

"Excuse me, mister. This perempuan pelik is your boss's sister. And that makes me your boss. Hormat sikit. I tak akan teragak-agak suruh dia pecat you kalau you buat hal dengan I, faham?!"

Senyuman Black makin lebar. Dia menggeleng beberapa kali sambil memandang wajah Fatiya yang sudah kemerahan menahan marah. Memang betullah adik bos dia ni pelik. Harapkan cantik aje.

"Abang cik takkan pecat I."

"Yakin sangat nampak?"

"Yup. Memang I yakin sangat pasal tu." Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Matanya merenung tepat ke arah Fatiya di depan.

Memang nampak yakin sungguh!

"Argh, whats wrong with him? Kenapa abang suka sangat dengan you ni?!" Fatiya tarik rambut sendiri. Geram! Kang kalau tarik rambut Black tu karang lain pula jadinya.

"I don't know. Tapi I yakin lama-lama nanti, cik pun akan suka saya juga. Mungkin terus jatuh cinta?"

Oh my God!

Rancangan dia untuk pikat Black dan hancurkan hati Black dah terbalik! Kenapa sekarang ni seolah-olah Black pula yang mulakan rentak?

Oh, lupa. Dia memang kasanova, kan? It's his job, Tiya!

"No way! Silap-silap you yang jatuh cinta pada I dulu." Come on Tiya, kau tak boleh mengalah. Misi perlu diteruskan!

Black tergelak kecil sebelum menjawab...

"Jatuh cinta dengan perempuan pelik macam cik? No thanks."

What the... Argh! Kali ni dia rasa nak hantuk kepala sendiri pada dinding! Kenapa? Kenapa wujud orang macam Black ni?

"Penat I fikir apa yang I dah buat pada cik sebelum ni. Tapi cik cakap kita tak pernah jumpa. Jadi memang peliklah kalau tiba-tiba cik nak marah I dan tuduh itu dan ini." Selamba Black menjawab.

Tarik nafas Tiya. Tarik nafas. Relaks. Kau yang sepatutnya hancurkan hati dia, Bukan dia yang hancurkan hati kau.

"Okey. Let's play a game, then." Dia nekad. Hati mamat ni kena pijak lumat-lumat juga. Tak kira!

Kening Black terangkat bila mendengar cadangannya.

"Game?"

"Yeah, a game. Whoever falls in love first, loses!"

Lama Black merenung anak mata Fatiya yang tersenyum-senyum memulakan rancangannya. Fatiya senyum senget. Dia nampak Black teragak-agak untuk menjawab.

Takutlah tu...

"Kalau I menang, I nak cik balik UK dan jangan balik sini untuk beberapa tahun." Black bersuara yakin.

"And, kalau I menang, I nak you berhenti kerja. Jangan ada kaitan dengan famili I lagi." Dia juga tak nak kalah.

"Alright. Deal." Black senyum segaris.

"Bersedialah untuk jatuh cinta pada I, Cik Fatiya. I will win."

"Try me, romeo."

"Don't worry, I will."

Fatiya mencebik sebelum menghempas pintu dan terus berlari ke bilik meninggalkan Black di luar rumah sendirian.

Game on, romeo!

Black hanya mampu sengih dengan gelagat satu-satunya adik perempuan Firdaus. Langkahnya dibawa keluar ke kereta sendiri yang diparkir tidak jauh dari pagar rumah. Mengingatkan permintaan Fatiya tadi, sekali lagi dia ketawa.

"HANY, aku rasa kau salah orang! Dia tak nampak macam Romeo pun! He is a jerk! I hate him so much!"

Sebaik sahaja talian disambung, dia terus menjerit. Geram sebenarnya. Mana boleh Black yang mainkan dia sebelum dia mulakan misi hancurkan hati ni?

"Romeo mana pula ni?"

Mendengarkan suara lembut yang menyambut, Fatiya terdiam kaku. Alamak, mak su!

"Helo, Tiya? Mak su tanya ni..."

"Hany mana, mak su?" Soalan maksunya dibiarkan tanpa jawapan. Mana boleh mak su tahu yang tujuan dia balik ke Malaysia ni sebab nak jalankan misi balas dendam.

"Dalam bilik air. Mandi..." Belum sempat habis ayat mak su, kedengaran suara Hany menjerit dari hujung talian.

"Mom, apa jawab call orang ni?"

Fatiya mencipta sengih. Hany dan mak su memang dah macam best friend. Lagipun beza umur dia orang hanya 20 tahun. Memang sangat rapat. Kadang-kadang dia sendiri cemburu bila tengok keakraban Hany dan mak su.

Sebab mama pergi sejak dia sekolah menengah lagi.

Rindu!

"Hah, cuzzie, why?"

Dia kembali ke alam nyata saat mendengar suara Hany yang mengambil alih talian.

"Pasal Black." Dia menarik nafas sesaat.

"Kau yakin ke lelaki tak guna tu Black?"

Lelaki tak guna. Aplikasikan lirik lagu Yuna tu.

"Positif, Tiya."

Fatiya tarik nafas dalam-dalam.

"Kau tak salah bagi gambar, kan?"

"No, Tiya. Itu memang dia. Aku akan ingat muka dia sampai bila-bila. Mustahil aku salah! Why? Kenapa tanya? Kau dah jumpa dia ke?"

Dia cuba bertenang sebelum menjawab kesemua soalan Hany. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah tingkap yang hanya dilapisi dengan langsir yang nipis itu. Dari dalam bilik, dia dapat menangkap Alphard hitam terpacak di luar rumah.

Kereta Black.

"Sebab aku tak nampak pun dia macam kasanova, at least, yang suka mengayat perempuan pakai ayat manis-manis..."

Bibirnya digigit perlahan. Sudahlah dia tak reti bab-bab memikat lelaki ni. Dapat pula lelaki tak guna macam Black tu, memanglah dia lagi menyampah!

"He's a jerk, Hany. Aku tak tahu macam mana dia boleh pikat ramai perempuan dengan perangai dia macam tu."

"Sekarang kau nak kata aku bodohlah sebab percayakan kata-kata dia selama ni?" Hany dah tersinggung.

"No... Bukan macam tu!" Cepat-cepat Fatiya berdalih. Walaupun dalam hati nak aje dia cakap yang Hany memang bodoh. Ya, sebab percayakan lelaki yang dia tak pernah jumpa!

Kenapalah perempuan bijak dan cantik macam Hany tu boleh termakan dengan ayat manis lelaki walau hanya dengan chatting?

"Cuma, well... Mungkin aku yang salah," luah Fatiya akhirnya. Dia tak nak mungkiri janji yang dah dibuat.

"Mungkin aku yang cepat sangat nilai dia."

"Wait, Tiya? Kau dah jumpa dia ke ni? Cepatnya!"

Fatiya mengeluh perlahan. Sebenarnya, sejak dia nampak wajah Black di KLIA semalam, sejak itulah fikiran dia terganggu. Wajah mereka sama, cuma gambar Black yang diberi Hany tempoh hari kelihatan lebih muda. Lain dengan air muka Black sekarang.

Beku. Dingin. Dan... Jerk!

Adik-beradik? Pelanduk dua serupa?

Tapi nama mereka sama!

"Dia PA Abang Firdaus."

"He what?!"

"I know..." Fatiya merebahkan badannya ke atas katil. Hujung jari telunjuk mula membuat bulatan pada kepala, menggulung beberapa helaian rambut. Tabiat.

Sama seperti Hany, dia pun terkejut bila lelaki yang dikehendaki, muncul sendiri tanpa perlu dicari.

"But, don't worry. Aku tahu apa yang aku nak buat. Aku tetap akan tunjuk pada dia yang kita, wanita bukan untuk dipermainkan."

"That's the spirit. Aku tak nak kau pun termakan dengan kata-kata dia, Tiya. Please?"

Fatiya menggeleng laju bila mendengar kata-kata sepupunya. Dia? Nak terpedaya dengan ayat lelaki macam Black tu?

Tolong sikit. Dia tak bodoh lagi.

"Kalau aku jatuh cinta pada dia, kau boleh kerat jari aku satu per satu."

"Good. Don't. Okey?" Sepatah-sepatah dia menyebut.

"Of course I won't!"

"Alright. Apa-apa nanti inform aku."

Keluhan terkeluar tanpa sedar sebaik sahaja talian diputuskan. Sekali lagi dia mengintai di sebalik langsir putih yang ditiup angin itu. Kereta Black masih di situ. Serius ke Black akan tunggu dia sampai abang balik?

Tak bosan ke?

Dan, bukan ke Black tu PA abang? Kenapa nak kena jaga dia pula? 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro