ANGEL EYES 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"An..Angel.." Pandangan Deen kelam, awalnya gelap kini mula kabur dan terlihat cahayanya.

"Zael.." Suara itu lemah menyeru bagai susuk orang-orang dicintainya ada dihadapan matanya sekarang

"Adeen!." Syira yang sedang duduk menyilang kaki segera bangun menerpa. Setelah beberapa minggu tidak sedarkan diri, akhirnya remaja lelaki itu bangun dari koma yang Panjang.

"Si..siapa.."Lelah. itu yang dia rasakan. Walau baru 3 patah perkataan keluar dari mulutnya, rasanya seperti dia sudah 3 jam berenang.

"Saya Doktor Syira. Doktor merawat kamu selama ni. Kamu ni Hospital milik ketenteraan Gavriel." Sambil menjawab sambil Syira memeriksa tekanan darah anak muda itu. Adeen kelihatan lelah dan membiarkan sahaja tubuhnya diperiksa wanita itu. Otaknya masih tidak dapat mencerna apa yang sedang berlaku pada dia sekarang.

"Kamu akan sembuh Adeen. Tahniah." Sebaik siap memeriksa hampir keseluruhan keadaan lelaki itu, Syira hulur senyum manis.

"Angel, Zael.." Hanya itu mampu dibalas Adeen. Dia betul-betul ingin melihat Zael dan Angel ada dihadapannya sekarang.

Syira Tarik nafas berat seraya kembali melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Mereka akan balik nanti. Kamu patut rehat dan kumpul tenaga kamu untuk jumpa mereka nanti." Lembut Syira memberi nasihat. Dia seorang ibu dan dia faham bagaimana seorang ibu akan rasa jika anak mereka ada tempat Adeen sekarang.

Adeen kelihatan memahami apa yang diperkatakan Syira. Perlahan-lahan mata remaja lelaki 16 tahun itu melayu kembali. Dia perlu kumpul tenaga untuk bertemu Angel dan Zael. Dia betul-betul perlukan tenaga.

Mata Syira jatuh memandang tapak tangan sendiri. Jelas getaran yang dia rasa. Ketakutan mula menyelubungi diri. Semoga segalanya berjalan lancer disana.

"Kenapa mereka masih ramai?!" Turun naik nafas Adham, bersembunyi di belakang dinding.

"Ini bukan orang Duvan, tapi mereka senjata Duvan." Kyle pula menyambung dari earpiece. Mata bergerak melihat orang-orang Duvan bergerak gelojoh tanpa mereka fikir tentang kematian. Ini yang Angel katakan? Duvan menculik pelarian untuk dijadikan senjata sendiri.

"Jangan risau, Lorcan sudah sampai." Adham Tarik nafas panjang apabila bunyi tembakan dan asap-asap mula kelihatan dari tingkap menandakan Lorcan sudah memunculkan diri memberi bantuan.

"Adham. 5 orang ke arah kau. Aku tak tahu kenapa mereka obses nak serang kau."

Bang! Bang! Bang!! Kyle dan Adham serentak melepas tembakan buat beberapa orang yang cuba menyerang Adham bersembunyi dalam luka.

"Sebab mereka tahu aku anak Maria dan Noah." Adham senyum sinis sebelum membawa mata ke corong scope senjatanya dan.

BANG BANG!!

Dua orang jatuh ditembak Remy Adham. Kyle tarik nafas seraya melepas tawa kecil. Bunyi tembak menembak diluar bagai lagu bermain di telinga mereka sekarang. Tiada henti dan entah bila ianya akan berakhir.

"Papa!" Lucy laju keluar dari kenderaan membawa kanak-kanak sebaik melihat kenderaan Gavriel dan Rowen disitu bersama orang-orangnya bersedia memberi bantuan jika diperlukan. Rowen dan Jett menjadi kepala untuk misi kali ini dan orang bertanggungjawab untuk mengatur segala rancangan.

"Lucy, kamu patut balik dan bawa kanak-kanak tu ke tempat selamat." Berkerut wajah Rowen memandang Lucy yang mendekati. Kesan darah palsu banyak di baju putih gadis menunjukkan Lucy ditembak dan mujurlah gadis itu mengenakan vest silicon ciptaan Syira. Rowen tarik nafas lega.

Lucy mengabaikan arahan papanya sebaliknya menyerah kunci kereta kepada seorang tentera disitu, dengan gerakan kepala dia memberi arahan agar tentera itu mengambil alih kanak-kanak untuk dibawa ke tempat selamat.

"Lucy!" Mata Rowen menjenggil.

"Lucy ada bawa pesanan dari Angel." Lucy mencapai sesuatu dari poket seluarnya sebelum dia hulur sekeping kertas putih. Jett yang dari tadi sibuk dengan komputernya segera berpaling.

"Ini peta apa?" Rowen dan Jett sama-sama mengerut dahi. Sebelum Jett terlebih dahulu membulat mata.

"Ini peta ruang bawah tanah yang Angel pernah tunjuk pada kita!" Jett rampas kertas dari tangan Rowen sebelum dia hulur kepada seorang tenteranya.

"Check kawasan ni." Arahnya. Dan serentak itu juga si tentera memeriksa menggunakan kemahirannya menggondam keseluruhan sistem keselamatan bangunan Duvan atas bantuann Angel.

"Tuan!" Mata si tentera membesar terkejut.

"Kat sini ada simpanan bahan api yang mungkin mereka guna untuk hasilkan bom!"

"Bawa lagi dekat." Arah Rowen.

"Mereka cipta bom secara haram?" Rowen urut pelipis sendiri. Kes Duvan ini sudah jadi semakin berat dan boleh menggugat kesejahteraan negara.

"Tuan!!" Sekali lagi tentera itu tersentak melihat satu benda yang sedang berkelip berhampiran bahan api itu.

"Ini bahan letupan jarak jauh dan dia sedang aktif!!" Jett pula menyambung memandang skrin.

"Berapa orang tentera kita disana?" Soal Rowen.

"4 Gavriel dan 30 Lorcan. Dan mereka semua tengah berbalas tembakan dan orang-orang Duvan makin ramai."

Rowen diam memikirkan sesuatu.

"Mereka Duvan culik pelarian untuk dijadikan senjata"

Mata Rowen serentak membesar.

"Arahkan semua tentera berundur sekarang juga!!"

"DENGAR SEMUA GAVRIEL DAN LORCAN. Kamu semua diarahkan berundur dalam masa 10 minit daripada sekarang." Adham kerut dahi memegang earpiece di telinganya.

"SEMUA GAVRIEL DAN DUVAN diminta berundur dalam 10 minit."

"Adham!"

Bang! Bang! Bang! sambil melepaskan tembakan, dengan tangkas tubuh Kyle bergolek membawa dan kasar menarik Adham mengikutnya keluar.

"Adham! Kau nampak Ella di arah pukul 3. Kau pergi selamatkan dia sekarang dan bawa dia berundur secepat yang mungkin." Adham mengerut dahi, buat kali pertama sepanjang misinya dia mendapat arahan daripada Kyle.

"Kau?"

"Aku akan selamatkan seseorang dan berundur secepat mungkin." Dan sebaik itu Kyle berlari dari tempatnya dan Adham mula bergerak mendapatkan Ella.

SATU demi satu terimbas dilayar matanya. Dari mata dipanggil Angel Eyes itu dia lihat segala seksa dan penderitaan dicipta Duvan dalam hidupnya sejak dia masih kecil di dalam rahim. Hakikatnya dari mata itu juga dia mencari sebuah kebenaran yang akhirnya terungkap sekarang. Dari dulu matanya dikaburi dengan penipuan dan helah orang-orang Duvan. Dia digunakan untuk kepentingan mereka sendiri.

Angel ketap gigi membayangkan jasad Zael dibunuh dengan tragis oleh tangan mereka, Adakah ayahnya Argus turut rasa perkara yang sama?

"Angel.. Lepaskan pistol kat tangan kau,," Ivan teguk air liur dengan orang-orangnya yang makin berundur. Tawa Angel terletus sinis dan jengkel.

"Kau gunakan orang-orang lain sebagai senjata dan tembok kekejaman kau Ivan! Tapi kau sendiri takut mati! Kelakar." Kuat suara Angel kedengaran buat orang-orang disitu kecut perut.

"Ingat Angel, kau sekarang digunakan mereka Gavriel!"

"Aku yang gunakan diri aku Ivan. Bezanya aku tak takut mati sebab kau sendiri yang gunakan aku sebagai senjata kau selama ini Ivan."

"Ini yang dipanggil senjata makan tuan.."

"Angel!!" Saat kepala itu berpaling. Mata Angel sedikit membesar melihat Ryan berlari ke arahnya sebelum.

Buk!!

Angel pejam mata menarik nafas. Kau sangat ceroboh Ryan..

"Kyle?" Turun naik nafas Ryan memandang Kyle merempuhnya menghalang mendekati Angel.

"Lepas Kyle."

"Kita dah lambat Ryan. Tuan Rowen minta kita berundur sekarang." Kyle keraskan diri menarik Ryan menjauhi Angel. Mata Ryan sedikit membesar tidak mengerti.

"Kita kena selamatkan Angel dulu! Kyle!!" Entah mana datangnya kekuatan Kyle, atau Ryan yang semakin lelah. Ryan kali ini tidak dapat melawan tubuhnya ditarik Kyle hingga masuk ke dalam perut kereta.

"Angel adik aku Kyle!!" Langkah Kyle terhenti memandang Ryan kosong.

"Maaf Ryan." Dan serentak itu dua orang tentera datang membantu Kyle membawa tubuh Ryan masuk ke dalam perut kereta.

"Lepas!! Lepaskan aku! Aku atasan korang semua!! Lepas!!!" Ryan berdecit meronta tapi malangnya kedua belah tangannya dipegang kemas dan kereta dinaikinya sekarang sudah bergerak keluar dari perkarangan bangunan Duvan. Rontaan Ryan melonggar, mulutnya sedikit terbuka mencari nafas. Kepala berpaling ke belakang melihat Angel yang turut berpaling memandangnya dengan senyuman.

"Kita ada lagi beberapa minit untuk berundur!" Akhirnya suara Kyle kedengaran memberi arahan pada seorang tentera Lorcan yang memandu.

"Apa maksud kau?" Ryan yang selama ini kelihatan tenang akhirnya menengking. Kyle kembali terdiam. Tiada satu pun dalam kereta mampu berbicara menjawab persoalan Ryan sehingga dari jauh kelihatan beberapa buah kenderaan Gavriel kelihatan. Kereta dipandu dipecut dan serentak itu..

BOOMM!!! Gegeran dapat terasa kuat hingga kereta dinaiki Kyle dan Ryan turut hilang kawalan mujurlan tentera yang memandu lebih cekap mengawal hingga kereta selamat berhenti dan kesemua mereka terdorong kehadapan.

"Ryan!!" Ella berdiri di sebelah Noah berlari mendapatkan kereta yang hilang kawalan tidak jauh dari mereka.

BOOM!!! Letupan masih meledak kuat dari jauh terasa.

"Uhuk!! uhuk!!" Ryan dan Kyle sama-sama terbatuk dan Ryan terlebih dahulu bangkit dan keluar dari perut kereta. Mata Angelnya menyaksikan satu bangunan yang dia berada sebentar tadi kini sedang marak dek letupan.

"Angel mana..?" Adham kelu memandang ke dalam perut kereta tiada Angel yang kelihatan.

Ryan pula masih terpaku tidak berkelip memandang bangunan sudah marak dengan api itu.

"Angel mana?!" Suara keras Adham seperti membangunkan Ryan ke alam nyata.

"Uhuk! uhuk!!" Belum sempat Kyle keluar dari perut kereta kolar bajunya ditarik Ryan kasar sehingga tubuhnya terdorong jatuh ke tanah.

Buk!! Buk!! Bukk!!

Tak berperasaan Ryan tumbuk wajah sahabatnya dengan segala geram sesal terbuku di dada.

"Ryan!!" Ella memberanikan diri menarik Ryan menjauhi Kyle dan Adham pula menarik Kyle menjauhi Ryan.

"Apa dah jadi ni? Ryan?!!" Keras suara Rowen menjerkah anak lelakinya. Mata Ryan tajam memandang Kyle yang kelihatan lelah dan kesakitan dibelasahnya.

"Kenapa kau halang aku selamatkan adik aku Kyle!! Kenapa?!!!" Tengking Ryan kuat ditambah api bangunan yang semakin marak seperti segala kemarahan Ryan sedang membuak-buak terluah dan dirasakan semua orang disitu.

"Ini permintaan Angel sendiri.." Dalam kesakitan Kyle membalas buat Ryan kelu.

"A..apa kau cakap?"

"Aku ada rancangan lebih besar dari apa yang ada dikepala kau sekarang Kyle.." Kata-kata Angel semalam kembali terimbas.

"Rancangan?" Kyle kerut dahi.

"Ya, lebih baik kau tak tahu dari tahu." Angel senyum tipis.

"Pihak mana yang akan dapat untungnya?" Soal Kyle tenang tidak terkejut dek riak wajah gadis itu.

"Gavriel."

Kyle terdiam.

"Jadi aku perlukan pertolongan kau memandangkan antara kau, Ryan, Adham dan Ella. Hanya kau lelaki yang boleh diletak tanggungjawab. Ketiga mereka terlalu ceroboh dan beremosi."

"Jadi kau nak suruh aku buat apa?" Soal Kyle.

"Bawa ketiga mereka jauh dari aku malam nanti. Jika diminta berundur. bawa mereka berundur dengan selamat. Kau sanggup?"

"Arrhh Bullsh*t!!" Ryan raup rambut sendiri. Gigi diketap dengan getaran.

Ella terduduk menekup mulut dan Adham kelu tidak terkata.

"Ini yang Angel rancangkan? Dia bawa kita untuk selamatkan kanak-kanak tu dan buat semua orang-orang Duvan muncul. Dia perangkap orang-orang besar Duvan dengan tangan dia sendiri dan sekarang dia hancurkan semuanya.." Berat nafas Jett kedengaran sebelum matanya melihat Ryan rebah terduduk.

Mata Ryan rapat terpejam membayangkan senyuman terakhir Angel tadi buatnya.

"Angel.." Bergetar bahu Ryan disapa tangan Rowen. Sepanjang dia besarkan anak itu, Ryan belum pernah kelihatan tersiksa seperti ini? Adakah kehadiran sementara Angel begitu memberi impak dalam hidup anak itu?

"Angel dan terbang tinggi tinggalkan kitaa.." Ella mula teresak-esak.

"Maafkan aku Ryan.." Kyle jatuhkan kepala.

Rowen tarik nafas panjang melihat bangunan sedang marak terbakar. perkenalan yang cukup singkat tapi kehadiran Angel buat mereka sedar, pengorbanan tidak mampu diganti dengan kemenangan. Sakit kehilangan itu masih terasa sehingga hari ini.

Satu lagi Angel tidak layak terbang rendah di tempat mereka. Penghormatan yang tinggi buat Angel Argus.

•••
Selepas awak baca chapter ni..
Sila tengok post terbaru saya di IG @thelollysnow ataupun pergi ke highlight story saya dan cari 'Angel'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro