ANGEL EYES 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Markas Penentang Kerajaan (Duvan) 11 malam

Angel melangkah diikuti beberapa orang Duvan dibelakang, matanya melilau memandang di ruang bawah tanah yang terkurung kanak-kanak masih kecil memandangnya penuh sayu.

"Aku akan menginap disini." Angel berhenti melangkah memandang ke arah orang Duvan itu.

"Tapi mereka semua kanak-kanak?" Bukankah selera Angel cuma pada lelaki yang sudab dewasa?

"Tiada lelaki dewasa dalam tahanan ini bukan? Paling tua pun hanya remaja 16 tahun. Kau fikir aku akan puas?" Angel memandang garang buat dua orang Duvan itu berpandangan sesama sendiri.

"Tinggalkan aku dan pergi." Angel menekan pin pintu menuju ke bilik kanak-kanak itu. Kali ini urusannya mudah, Ivan terus menghantarnya ke bilik tahanan. Ivan sudah pasti masih menyimpan curiga padanya, sebab itu dia berada di dalam ruang tahanan itu.

"Baik, selamat malam." Orang-orang Duvan itu nenunduk sedikit kepalanya seraya berlalu meninggalkan Angel dimuka pintu bilik tahanan kanak-kanak itu.

Angel bercekak pinggang melihat seorang demi seorang kanak-kanak sedang ketakutan memandang ke arahnya. Mereka masih lemah, badan mereka kurus tidak mendapat makanan yang mencukupi. Baju mereka juga sangat lusuh.

"Kamu semua sudah sedia untuk dapat misi pertama kamu?" Soal Angel pada anak-anak itu. Rata-rata mereka terkelu tidak mengerti.

"Hai saya Lucy." Lucy hulur kad nama pada seorang Duvan yang berjaga di muka pintu markas.

"Doktor?"

"Yeah saya doktor muda diiktiraf." Lucy kebas rambut bangga.

"Jadi buat apa kamu disini?" Soal lelaki itu. Lucy mengerut dahi tidak percaya dengan soalan itu.

"Saya dapat panggilan dari orang di markas ini untuk tugasan special. Katanya ada 4 orang mayat Timur Feyre..."

"Masuk!!" Belum sempat Lucy habiskan ayat dia terus ditolak masuk oleh seorang Duvan. Lucy senyum jengkel.

"Saya tak sabar nak bermain darah." Laungnya seorang diri buat si Duvan di depan pagar meneguk air liur sendiri. Gadis gila!

"Bilik doktor Lucy di sebelah sini.." Seseorang membawa Lucy ke asrama penginapan.

"Organ itu elok dikeluarkan malam ini juga sebelum ianya rosak." Sambung Lucy tenang.

"Hah?" Orang itu terkebil.

"Saya mahu keluarkan organ orang Timur Feyre itu malam ini juga. Kamu baru ada pengalaman merobek organ mayat?" Soal Lucy kedengaran kejam. Orang itu meneguk air liur seraya menggeleng kepalanya.

"Sepatutnya jadual doktor tiba disini esok hari.."

"Saya ubah semuanya sebab kali ini melibatkan Timur Feyre.." Lucy dekatkan mulut di telinga gadis Duvan itu.

"Awak tahu kan bertapa bernilainya organ Timur Feyre? Saya tak akan lambat-lambatkan perkara bernilai." Bisik Lucy tepat di telinga orang itu. Wajah gadis Duvan itu serta merta berubah tegang dan pucat tidak berdarah.

"Ba..baik!" Mereka menukar arah ke bilik menempatkan bilik-bilik mayat Timur Feyre tadi.

"Arhh! Busuknya!" Lucy menjerit.

"Ma..maf Doktor Lucy. Mungkin bau darah mayat mereka.."

"Kamu semua patut letak mereka dalam peti mayat! Kalau macam ni organ mereka boleh rosak!" Marah Lucy pada orang-orang yang berjaga di pintu bilik itu.

"Maaf Doktor. Kami tiada kelengkapan peti mayat."

"Oh miskin rupanya.." Lucy senyum tipis seraya menolak daun pintu. Dia perasan orang-orang Duvan mengetap gigi terkesan dengan ayat terakhirnya.

Plastik putih menutup mayat Ryan ditarik sebelum dia tersenyum memeriksa tubuh itu.

Bag dibawanya dibuka sebelum pelbagai perkakasan pembedahan keluarkan.

"Awak nak jadi assistant saya?" Lucy tilik pisau bedah ditangannya. Si gadis Duvan teguk air liur sendiri.

"S..Saya tak kuat. Tapi saya cuba." Balasnya. Lucy diam kembali meletak pisau bedah ditiliknya tadi.

Sebatang jarum penyuntik dikeluar dari begnya.

"Tutup pintu." Arah Lucy ringkas. Si gadis Duvan akur lututnya rasa lemah membayangkan pandangan-pandangan ngeri yang bakal dia lihat selepas ini. Organ mayat-mayat itu dikeluarkan di depan mata dia!

Mata Lucy tenang memandang batang jarum sudah penuh dengan satu cecair. Jarinya naik menjentik sedikit sebelum dia melangkah ke arah gadis itu.

"Huh?" Gadis Duvan itu kelihatan terpinga-pinga sebelum..

Zupp!! Tak berperasaan Lucy menikam jarum itu pada leher gadis Duvan itu hingga terbeliak mata gadis itu tidak percaya dengan tindakan drastik Lucy. Dalam beberapa saat, mata gadis itu melayu lantas rebah terbaring.

"Kau patut berterima kasih pada aku, sebab aku tak bunuh kau." Lucy senyum sinis seraya berpaling memandang ke belakang.

"Sudah-sudah! Waktu tidur dah tamat." Lucy selak satu demi satu plastik putih mayat Timur Feyre itu.

Ryan tarik nafas panjang sebelum dia bangun perlahan-lahan dari baringannya.

"Letak dalam peti mayat ya? Kau memang nak abang mati ke?" Tajam Ryan pandang adiknya. Lucy hanya melepaskan tawa kecil.

"Itu cuma lakonan abang. Jangan lah serius sangat." Lucy tumbuk dada Rya. Sudah pasti mereka berempat sudah bersedia dengan vest kalis peluru yang dicipta khas dengan silikon tebal yang diisi dengan darah palsu. Silikon ciptaan Syira beberapa tahun lalu akhirnya berguna pada hari itu. Sudah pasti buat musuh tidak perasan akan vest tersebut saat tubuh mereka berempat diangkat.

"Angel pandai menembak. Aku kagum." Tak malu, Kyle selak bajunya lantas mengeluarkan silikon dipenuhi darah palsu itu.

Pada awalnya Ryan dan Adham ragu untuk meletak kepercayaan pada Angel. Tapi Angel tidak main-main dengan rancangannya. Dia betul-betul tangkas dalam menembak hingga tidak meleset dari tempat vest silikon itu berada.

"Kita dah tak ada masa. Kita perlu keluarkan Angel." Lucy keluarkan peta dilakar Angel tempoh hari. Peta menempatkan bilik tahanan bawah tanah.

Mereka cuma merancang untuk keluarkan kanak-kanak itu. Sebelum mereka hancurkan markas Duvan.

"Kyle dan Ella kau hapuskan pengawal di hadapan." Adham memberi arahan buat Kyle dan Ella serentak mengangguk kepala lantas bergerak mengeluarkan pistol dari beg besar dibawa Lucy.

'BOMM!!!' Kuat bunyi letupan dari bawah tanah. Bau asap dan dan kepulan asap mula naik ke atas. Bunyi jeritan dan teriakan kedengaran.

Nafas Angel turun naik sebelum dia capai gas pemadam api berdekatan lantas dihala pada api yang menghampiri menyambar. Ada beberapa remaja lelaki di belakangnya turut membantu.

"Apa sudah berlaku?!!" Beberapa orang Duvan akhirnya datang membuka pintu.

"Aircond terbakar dan meletup! Tempat ni akan hangus!! Cepat bawa semua pelatih keluar!!" Jerit Angel. Bunyi siren kecemasan mula kedengaran. Dan kanak-kanak mula dibawa keluar.

Nafas Angel turun naik melihat kanak-kanak mula ketakutan. "Jangan takut." Seorang dari mereka dipeluk membuang rasa takut anak itu.

Wajah Angel sudah membahang merah dengan bahang api di bawah tanah tadi.

"Cepat!! Bawa semua gas pemadam!! Kita kena hapuskan api ni sebelum api ni merebak ke atas." Arah Angel dan beberapa orang Duvan berlari mendapatkan gas pemadam api dan mula berlari masuk ke dalam ruang bawah tanah seorang demi seorang.

"Kamu semua kena hentikan api tu dari merebak!!" Angel menjerit memberi arahan. Matanya bergerak memberi isyarat pada seorang remaja lelaki. Dan serentak itu remaja itu mengangguk kepala lantas menolak anak-anak yang lain ke satu arah.

Kekecohan berlaku makin ramai Duvan mula berlari ke ruang bawah tanah untuk menghapuskan marakan api.

Angel senyum sinis. Pintu ruang bawah tanah dikatup. Gas pemandam api dipegangnya dihentak pada pin pengunci di hadapan pintu itu, buat pin itu tidak dapat berfungsi lag dan pintu itu tak akan dapat dibuka.

"Kalau kamu semua nak hidup, pastikan api di dalam itu terpadam. Itupun kalau ada orang yang ingat kamu semua terperangkap di dalam ni nanti." Ujar Angel sendiri seraya pergi meninggalkan pintu ruang bawah tanah itu.

"Apa dah jadi!!" Ivan yang masih berbaju tidur kelihatan panik melihat kepulan dan bau asap yang menusuk hidung.

"Ruang bawah tanah kita telah terbakar." Jawab Abdul.

"Macam mana dengan budak-budak tu? Angel? Macam mana dengan Angel?!" Kolar baju Abdul ditarik kasar.

"Kami dah selamatkan mereka." Balas lelaki itu. Dan serentak itu Ivan menarik nafas lega.

"Siapa yang selamatkan siapa?" Seorang menyampuk buat Ivan dan Badrul serentak berpaling. Sejak bila orang itu berada disitu?

"K-kau?" Mata Ivan membesar melihat orang Timur Feyre patutnya mati tadi kembali hidup di hadapannya.

"Kau dah mati!!" Pekik Abdul tergamam.

"Ya, kami dah mati. Sekarang depan mata kau mungkin hantu." Tenang Ella menarik picu pistol lalu dihala pada Ivan.

"Kau seorang perempuan je, kau ingat kau boleh kalahkan kami?" Abdul tergelak pahit seraya mengeluarkan pistolnya.

"Ya, aku memang sorang perempuan, tapi lagi tiga lelaki.." Ella senyum sinis dan serentak itu,

Zupp!! Bunyi tali menandakan seseorang menuruni bangunan lantas menghempap kaca tingkap bangunan itu. Bunyi kaca pecah kedengaran diiringi serpihan-serpihan memenuhi lantai. Tiga tubuh lelaki berjaya masuk ke dalam bilik itu buat Mata Ivan dan Abdul membulat.

'BANG BANG BANG!!'
"Bunuh mereka!!" Abdul tangkas menarik tunuh Ivan sambil dia melepaskan beberapa tembakan rambang pada empat orang tenteran Gavriel itu.

dan serentak itu beberapa orang Duvan muncul di balik pintu melepaskan tembakan pada Ella tapi mujurlah Ryan pantas menarik Ella kearahnya buat mereka berlindung di balik meja manakala Adham dan Kyle sama-sama berlindung di balik perabot.

"Adham, Kyle. Kita berpecah. Kau kena turun." Ryan memberi arahan pada earpiece. Dan serentK itu tubuh Kyle dan Adham keluar dari persembunyian.

Sempat mereka melepaskan beberapa tembakan sebelum kembali keluar melalui tingkap menggunakan tali dan turun di tingkap di bawahnya.

Tinggal Ella dan Ryan menghabiskan orang-orang itu.

"Hai saya Lucy."

"Kita tak ada masa untuk berkenalan. Bawa budak-budak ni cepat!" Angel dukung anak-anak dibawanya masuk ke dalam kenderaan Gavriel yang baru tiba untuk mengangkat kanak-kanak itu ke tempat selamat.

"Garangnya.." Lucy juih bibir seraya turut membantu kanak-kanak kecil dibawa ke dalam kenderaan.

"Aku tinggalkan mereka pada kau Lucy. Aku ada urusan lain."

Angel pandang kenderaan membawa beberapa orang tentera tiba di perkarangan markas Duvan. Beberapa orang tentera khas Lorcan juga turut disitu.Dia dapat melihat dengan jelas Zoey berada disana bersama beberapa orangnya.

"Okay." Lucy pandang Angel berlalu begitu sahaja.

"At least kau ingat nama aku." Senyuman Lucy tersungging.

Belum beberapa langkah Angel bergerak, kira-kira 15 orang Duvan tiba-tiba muncul dihadapannya.

"Bang! Bang! Bang!!" Mereka nampaknya sudah tahu punca semuanya. Ivan pasti sekarang menyelamatkan diri dan mengarah orang-orang untuk mencari budak-budak itu, sebelum mereka melarikan diri meninggalkan Markas Duvan!

Bang! Bang! Bang!!

"Lucy!!" Angel menjerit melihat Lucy terduduk ditembak seorang Duvan sambil gadis itu melindungi seorang kanak-kanak.

Bunyi tembakan silih berganti buat anak-anak menjerit ketakutan dan 5 orang Gavriel yang ditugaskan  membawa anak-anak itu sudah terbaring ditembak.

"Serahkan budak-budak itu Angel!" Kuat suara Ivan kedengaran buat nafas Angel turun naik. Sambil dia melepaskan tembakan di balik pagar.

Kuat bunyi tembakan di markas Duvan kedengaran menandakan pentempuran sedang berlaku. Sudah pasti orang-orang Duvan sedang mengalih perhatian tentera Gavriel di sebelah sana sedangkan Ivan dan Abdul bersama beberapa orang-orang Gavriel berada disini merampas kanak-kanak itu kembali dan pergi dari Markas Duvan.

Angel pandang alat pemadam api terletak di hadapan orang-orang itu itu.

'Bang!!' Satu tembakan dilepaskan buat alat pemadam api itu tembus mengeluarkan asap mengalih perhatian tentera Duvan itu.

"Now Lucy!!" Angel pandang Lucy yang sudah tersenyum menolak semua kanak-kanak itu ke dalam kenderaan bersedia untuk memandu membawa anak-anak itu pergi.

Tak guna Lucy jadi anak murid kesayangan Syira jika gadis itu tidak memakai vest kalis peluru khas dicipta gurunya.

Tiga buah kenderaan membawa Gavriel yang membawa anak-anak itu mula bergerak apabila tentera Gavriel yang tadi berpura-pura tewas bangun dalam diam menuju ke tempat pemandu sementara perhatian Orang Duvan beralih kepada Angel.

Sambil gas itu masih menutup mata-mata Duvan, Angel bergerak menghampiri tentera-tentera itu tanpa riak. Satu demi satu butang baju dipakainya dibuka.

Dia tak memerlukan vest kalis peluru untuk lindungi diri lagi. Kerana dia ada sesuatu yang lebih hebat untuk hapuskan semua orang disitu.

"Tembak aku. Kau semua mati.." Dan saat gas itu menghilang. Mata-mata Duvan itu membesar melihat

"Kau memang licik Angel.." Abdul ketap gigi memandang tubuh Angel sudah penuh dengan bahan letupan yang cukup meletupkan satu bangunan Markas Duvan itu.

"Aku atau kau yang licik Ivan? Aku cuma belajar dari apa yang aku belajar. Bukan ke ayah aku, Argus diguna untuk dijadikan senjata letupan Duvan?" Angel jungkit sebelah kening sambil dia memasukan peluru baru ke dalam pistolnya.

Nafas Ivan tersekat, seorang pun dari mereka tidak berani bergerak memandang ugutan Angel dihadapan.

"Tembak aku. Kenapa takut?" Angel makin merapat melangkah dan selangkah itu orang-orang Duvan berundur.

Bang! Bang! Bang!! Ryan kesat peluh di dahi. Sumpah dia tak jangka orang Duvan boleh jadi seramai ini. Gavriel selama ini betul-betul membuta mata membiarkan mereka berkembang seramai itu.

"Angel.." Mata Ella terpaku di tingkap kaca memandang ke bawah.

Ryan yang masih turun naik nafasnya turut menoleh sebelum dia tersentak melihat Angel yang tenang berdiri diacu senjata oleh orang-orang Duvan.

Selangkah Angel maju dan selangkah itu orang-orang Duvan berundur.

"Badan dia.."

"Ryan! Tubuh dia ada bahan letupan!!" Ella menjerit dan serentak itu dia melihat Ryan melompat memecah dinding kaca itu dan menuruni bangunann menggunakan tali.

"Kau memang cari pasal!" Sekuat tenaga Ryan berlari ke arah Angel. Gigi diketap menahan beribu rasa.

Jarang kan, Hero adalah abang kepada Heroin. HAHAHA😅😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro