BAB 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mata kuyu menatap wajah terkulai dihadapan tidak bernyawa. Darah pekat mengalir sudah kering dilantai. Air mata sudah serik mengalir sepertinya suda kering. Tapak tangan merah umpama disiram cat air. Suasana sunyi sepi tiada satu pun bunyi yang kedengaran. Dia tidak tahu kemana semua orang pergi. Sama ada mereka sama seperti mamanya sekarang atau pergi dibawa orang-orang itu.

Bunyi kokokkan ayam kedengaran sepertinya sebentar lagi waktu subuh akan tiba. Tapi akankah masjid kecil dipenempatan mereka melaungkan azan seperti biasa? Masih adakah orang dikawasan itu atau hanya tinggal dia seorang diri?

Bunyi enjin kenderaan kuat buat Noah tersentak lantas bangun bersembunyi di dalam almari tempat mamanya menyembunyikan diri malam tadi. Pisau diguna mamanya malam tadi sempat dicapai dibawa sekali bersama-sama.

Bibirnya bergetar apabila ada derap langkah kuat kedengaran di luar rumah seperti mereka memakai kasut boot . Jumlah mereka pasti ramai sekali.

"Berpecah! Dan periksa setiap rumah!" Kedengaran suara kuat melaung memberi arahan. Dan sebaik itu kedengaran bunyi langkah kuat beredar dan berpecah. Noah ketap gigi apabila dia dapat mendengar beberapa langkah masuk ke dalam rumahnya.

Ktak ktak ktak..

Tanganya bergetat menggenggam pisau ditangan.

"Tuan!" Laungan seseorang kedengaran dekat.

"Elena.... Sayang.." seseorang rebah lemah. Noah tidak dapat mengendap dari almari yang tiada ruang untuk dia lihat siapa diluar.

Pintu almari tiba-tiba dikuak dan Noah pantas menghala pisau ke leher lelaki dihadapanya. Lelaki dihadapanya kelihatan terkejut tapi dia berpengalaman menahan pisau hampir terkena di lehernya.

"Tuan! Ada budak disini." Laung lelaki dihadapan. Mata Noah bergerak melihat lelaki yang memangku mamanya.

"Papa.." pisau yang kering dengan darah ditangan jatuh kelantai. Baru sekarang dia dapat menarik nafas.

"Noah!!" James meletak tubuh Elena di atas lantai lantas mendapatkan anaknya. Tubuh Noah dipeluk erat.

"Maafkan papa.. maafkan papa.. tsk tsk.." James tak dapat menahan emosi melihat isteri tercinta sudah tinggal jasad tidak bernyawa dan satu-satu anaknya sedang seorang diri berjuang mempertahankan nyawa.

Noah tak mampu membalas selain menatap wajah-wajah asing dihadapanya. Mereka lengkap berseragam coklat gelap. Ditubuh mereka tersarung vest perlindungan dan tergantung senjata api yang besar.

"Tuan! Seluruh kampung sudah lenggang. Sepertinya mereka diculik dan bakinya dibunuh. Kami jumpa 47 mayat di dalam rumah dan jalan.. Kami tidak pasti ada yang masih selamat dan kemungkinan besar hanya anak ini yang selamat." Mata James terpejam menerima laporan dari orangnya.

"Papa tak akan tinggalkan kamu lagi Noah.." Ujar James mendatar. Rambut lembut Noah diusap lembut.

"Mama sudah tiada. Kenapa papa lambat.." suara Noah akhirnya keluar. James mengetap gigi menahan air mata dari menitis dihadapan anaknya.

"Maafkan papa.." hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya. Hakikatnya. Mereka tentera Gavriel ditipu dengan misi dicipta kerajaan semata-mata untuk mengalih perhatian dari perkara yang terjadi pada kaum Timur Feyre malam ini. 

"Kami hampir pupus!" Terngiang-ngiang kata Elena tahun lalu. Berulang kali Elena mengatakan perkara yang sama. tali dipandang enteng oleh dia dengan keamanan yang dicipta presiden keempat.

Tak sangka sejak pilihan raya kelima. Sejarah lama kembali berulang. Pertukaran kerajaan membawa kembali kaum yang sudah mengecil itu kepada peristiwa tragis ini.

"Sabar James. Saya tahu apa yang kamu fikir. Sia-sia fikirkan untuk balas dendam buat masa sekarang." Bahu James ditepuk dari belakang. James diam memandang ke wajah anaknya. Sudah pasti banyak perkara yang menjadi telah memori hitam dari mata anaknya malam tadi.

"Kamu tahu kuasa kita dibatasi."

"Tapi tentera Gavriel lebih hebat dari Duvan!"

"Dan kamu rasa pertumpahan darah antara dua kumpulan tentera akan selesaikan isu ini? Ini melibatkan kerajaan dan rakyat!" Tengking lelaki bertubuh tegap. Banyak bintang tertacap di baju korporat lelaki itu.

"Dunia ini kejam.." James memeluk tubuh anaknya dengan esakan.

"Tak guna kamu menangis dihadapan anak kamu. Apa untuk melatih dia jadi lembik?" Satu lagi suara menyapa. Noah mengangkat wajah memandang lelaki berwajah dingin dimuka pintu.

"Rahsiakan identiti Noah yang berketurunan timur Feyre. Latih dia jadi seorang yang kuat dalam Gavriel!"

•••

Noah tak lepas memegang tangan ayahnya. Dia memandang sekeliling melihat tentera mengeluarkan jumlah jasad tidak bernyawa di dalam rumah.  Melihat rumah Maria mata Noah membulat lantas melepaskan genggaman tangan ayahnya.

"Noah!" James memanggil melihat Noah berlari masuk ke dalam rumah Adela dan Malik.

"Maria.." Noah memandang sekeliling.

"Maria!!" Ada tompokan darah dilantai buat hatinya sakit.

"Noah, orang di dalam rumah ini sudah tiada." Seorang sahabat ayahnya muncul memberitahu.

"Anak kecil. Perempuan?" Soal Noah.

"Mungkin dia sudah diculik. Jasad yang ada semuanya orang dewasa. Tiada kanak-kanak." Diri rasa seperti dihempap. Pesanan terakhir Pak Cik Malik pun dia tak mampu tunaikan.

Dia memang seorang yang lemah. Noah ketap gigi. Dia hanya mempu melihat tentera membersihkan kesan darah di dalam rumah itu. Noah bergerak mengambil bingkai gambar keluarga Maria yang terletak di atas meja perhiasan lalu dipeluk ditubuh.

"Pasti banyak yang dilalui anak itu. Aku tak boleh bayangkan jika berada di tempat dia." Ujar salah seorang tentera. Tidak sangka agenda yang terlalu tragis untuk satu pihak tapi menguntungkan semua orang.

"Noah. Kamu kemana?" James mendapatkan anaknya. Noah tak mampu membalas selain menunjuk bingkai gambar Maria dan keluarganya. Pandangan James jadi saya.

"Papa.." Noah menarik tangan papanya kembali masuk ke dalam rumah mereka. Hatinya dirundung sebak. Rumah dimana dia dan Elena berteduh. Walau dia jarang berada dirumah kerana misi tentera. Tapi hanya rumah itu menyimpan beribu kisah manis hidupnya. Disitu dia bekeluarga. Disitu Noah dibesarkan.

Noah membuka tong sampah lantas mengeluarkan beberapa bingkai gambar dibuang Elena malam tadi. James kembali bergenang air mata menarik keluar bingkai gambar keluarganya. Gambar dia dan Elena bernikan. Gambar Noah dilahirkan. Dan gambar mereka sekeluarga.

"Elena pasti lakukan semua ini untuk menyembunyikan identiti orang di dalam rumah ini." Noah mendongak menatap wajah ayahnya. Wajah James penuh dengan luka dan kesedihan. Wajah memendam beribu rasa tapi tidak mampu untuk melepaskan.

"Siapa anak ini?" James pantas menegak tubuh dan berpaling.

"Saya, James squad Fourix. Dia anak saya tuan!" Noah terkebil-kebil memandang ayah dan lelaki dihadapanya silih berganti. Siapa lelaki ini? Kenapa ayahnya kelihatan takut dan patuh?

"Dia seorang yang selamat?" Soal lelaki itu. Wajah James mengendur.

"Ya tuan!" Suara itu mendatar. Lelaki berambut sedikit putih itu menunduk wajah memandang ke arah Noah.

"Kamu seorang yang berani dan kuat. Macam mana kamu selamat?" Soal lelaki itu. Noah membalas tatapan.

"Sembunyikan diri tanpa keluar. Ikut arahan mama." Balas Noah lemah. Lelaki itu tiba-tiba melutut menyamai ketinggian Noah.

"Apa yang kamu buat betul. Kamu belum cukup kuat untuk melawan mereka. Jangan salahkan diri sendiri." Bahu Noah ditepuk lelaki itu.

Tuan Adam menatap jauh ke dalam mata anak itu. Mata yang menatap beribu kesakitan dan luka. Sudah pasti anak itu menyimpan dendam.

"Siapa nama kamu?" Soal Tuan Adam.

"Noah." Balas Noah sepatah. Tuan Adam kelihatan mengangguk lantas berdiri menatap wajah James dihadapanya.

"Mulai hari ini. Noah akan menjadi pelatih termuda kita di kem tentera Gavriel." James tergamam mendengar apa yang keluar dari orang atasanya itu.

Tentera yang mengiring Tuan Adam turut tergamam tidak percaya.

"Saya tidak mahu dendam membawa dia kejalan yang salah. Kita akan latih dia untuk balas dendam dengan cara yang betul." Tuan Adam menilik wajah James yang sedikit terkejut dan Noah terpegun.

"Kamu macam mana Noah?" Seperti biasa James akan menyoal anaknya terlebih dahulu.

Kali ini Noah tidak berfikir lagi selain laju mengangguk. Tuan Adam tersenyum tipis lantas mengusap rambut hitam pekat dan halus anak kecil itu.

Dan selepas itu daerah perkampungan Timur Feyre ditutup dan mungkin tidak akan dibuka untuk selama-lamanya. Kerana pewaria kaum yang tinggal hanyalah Noah. Yang lain diculik pasti gagal untuk ditemui lagi walau puas dicari.

•••

Ktang!

Buk!!

Kayu dipakai jatuh dan Noah terkulai lembik jatuh kelantai. James mengetap gigi melihat tubuh anaknya lemah cuba berdiri melawan sahabatnya dihadapan.

"Kau terlalu kasar dengan dia Dann!" Seseorang disebelah James melaung buat Dan di dalam gelanggang menggaru kepala.

"Oh, maaf! Noah. Kalau mahu berhenti katakan. Saya boleh berhenti." Ujar Dan sambil melihat Noah masih lemah terbaring.

"Be..lum." Noah mengumpul tenaga. Dia bukan terluka cuma terbaring mencari tenaga.

Noah perlahan-lahan bangkit lantas menarik batang kayunya kembali.

"Saya akan kalahkan pak cik Dan!" Jerit Noah bersemangat. James di tempat duduk menarik senyum tipis. Tak sangka anak lelakinya mempunyai tenaga begitu banyak.

"Masih terlalu awal Noah!" Jerit Dan kembali sambil tersengih.

Ktang! Ktang!
Bunyi kayu berlaga menandakan mereka kembali mul berlawan.

"Kalau Noah tidak diperlawa Tuan Adam untuk menjadi pelatih muda di Gavriel. Apa yang kau akan lakukan?" Soal Loki disebelah James.

"Aku mungkin akan bersara dari Gavriel dan membesarkan Noah dengan pendidikan yang tinggi sehingga Noah jadi presiden." Balas James tenang. Loki tersenyum tipis.

"Aku dah agak." Balasnya mudah.

"Argh!"
Ktang ktang!
Bunyi perlawanan Dan Dan Noah kuat mengisi dewan latihan tentera itu.

"Kau rasa dengan jadi presiden dapat pulihkan peristiwa lama?" Soal Loki. James menarik nafas dalam.

"Sekurang-kurangnya masa depan berubah." Balas James lantas bangun bergerak ke arah gelanggang.

"Noah! Sudah!" Laung James. Noah dan Dan yang berumur 27 tahun serentak berhenti.

"Jom. Dah lewat." Arah James. Noah mengeluh. Dia masih belum puas berlatih dengan Dan.

"Kita sambung minggu depan pula ya Noah!" Dan mengusap kepala Noah sebelum mencapai batang kayu digunakan mereka untuk berlatih.

"Noah.." James hulur tangan untuk Noah melompat keluar dari gelanggang.

"Urgh tak sangka aku keluar tenaga banyak untuk lawan budak 9 tahun!" Dan mengeluh. Loki melepaskan tawa kecil.

"Sama ada dia yang sudah makin kuat. Atau kau yang makin lembik." Balas Loki. Dan mencebik.

"Dia cepat belajar." Loki memandang belakang Noah yang berpimping tangan bersama James dihadapan.

"Sudah banyak perkara yang dia lalui seusia itu. Sudah pasti itu yang mendorong dia." Balas Loki beriringan melangkah bersama Dan.

"Aku tak sabar nak ada anak!" Ujar Dan tiba-tiba. Loki yang mendengar menahan diri dari tertawa.

"Maknanya kau kena cari teman wanita dahulu. Itupun kalau dapat." Balas Loki lantas mencepatkan langkah. Dia tahu Dan pasti mengamuk dengan ejekanya.

"Loki...." Mata Dan menyipi.

"Serang Loki!!" Suara Dan macam halilintar memberi arahan. Loki mengekek lantas berlari mendahului James dan Noah.

Noah yang mendengar arahan Dan segera melepaskan pegangan di tangan James dan mengejar Loki sahabat ayahnya.

James menggeleng kepala dengan senyuman tipis. Siapa sangka takdir Noah akhirnya berkawan dengan orang tua tak matang seperti mereka.

Saya perlukan pandangan anda untuk cerita ini. 🥺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro