BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SETAHUN BERLALU~

"Pak Cik Malik!"

"Ayah!" Maria berlari terlebih dahulu untuk menemui ayahnya, diikuti oleh Noah dari belakang. Wajah Malik terlihat lesu dan kepenatan setelah dua hari tidak pulang ke rumah.

"Kamu sedang bermain dengan tunang kamu, Maria?" Soal Malik dengan senyuman tipis.

Maria terus mengangguk sambil tersenyum lebar. Sejak mereka ditunangkan beberapa bulan yang lalu, sudah kebiasaan bagi orang tua untuk membahasakan tunang anak mereka sebagai tunang, bukannya sahabat. Ini agar anak-anak tumbuh dengan pemahaman bahawa mereka akan dinikahkan kelak.

"Abang." Adela yang dengar suata suaminya terus keluar dari dalam rumah.

Pandang sahaja wajah isteri, Malik terus geleng kepala. Membuat wajah Adela serta merta berubah sayu. Mata Noah menangkap riak di wajah-wajah itu mula dihurung persoalan. Apakah yang sedang berlaku?

Beberapa lelaki di kampung mereka dikerah untuk pergi beberapa hari. Dan sekarang Malik pulang dengan wajah yang lesu.

"Masuklah. Saya dah siapkan makanan," Adela mendekati suaminya lantas menyalami lelaki itu penuh kasuh.

Malik membalas dengan anggukkan. Baru beberapa tapak dia berjalan ke arah pintu rumah,  dia tiba-tiba menoleb ke bekakang memandang ke arah Noah dan Maria.

"Noah.." Malik tiba-tiba melutut menyamai ketinggian anak itu.

"Pak Cik tahu banyak persoalan ada dalam fikiran kau. Suatu hari nanti pasti ia akan terjawab. Dan jika ianya berlaku, Pak Cik ingin minta tolong daripada kau..." Malik menarik tangan Maria berdiri di hadapan Noah. Anak perempuan itu terkebil-kebil tidak mengerti. Dia tatap mata Noah yang sekarang menatapnya.

"Jaga dan lindungi tunang kamu. Dia bakal isteri kamu." Noah pandang Maria, anak kecil itu hanya tersengih menunjuk ruang gigi yang rongak kerana beberapa hari lepas ada gigi Maria tercabut.

"Baik." Noah mengangguk dan Malik hela nafas lega.

"Abang, jangan takutkan Noah.." Adela menepuk bahu suaminya.

"Dia harus tahu kemungkinan yang akan berlaku nanti. Saya cuma ingatkan dia."

"Mungkin kehilang anak perempuan Daud tu sebab cinta dia kena halang dengan Daud. Abang lupa ke anak Daud ada bercinta dengan tentera Duvan?" Adela sedapkan hati suaminya.

"Tu la yang buat abang risau. Mungkin anak gadis Daud dah—" Malik menggeleng kepala dan menoleh ke arah anaknya yang masih kecil.

"Sudah la tu.. Jangan la fikir benda pelik-pelik. Kita semua doakan yang terbaik untuk Maria dan kita semua."

"Malik!!" Noah berpaling melihat ibunya menjinjit barang dapur di tangan. Langkah ibunya laju bergerak ke arah rumah Maria tempat dia meluang masa sekarang.

"Elena." Malik turut.berpaling memandang sahabat karib isterinya itu.

"Macam mana dengan Sofea? Dah jumpa ke?" Soal Elena dengan nafas tercungap-cungap.

Malik kelihatan menundukkan wajahnya, kemudian menggeleng lemah.

Elena terkejut. "Sudah laporkan pada pihak berkuasa?" tanya Elena lagi.

"Sama je kalau kita laporkan atau tak. Takkan ada hasil punya," suara Malik terdengar seperti dia sudah putus asa.

"Apa kata kita minta tolong tentera Gavriel? Suami kau, Elena, pasti akan bantu kita," cadang Adela.

Elena menelan air liur. "Apa orang kita nak percaya suami aku?" tanya Elena. Sejak kawin dengan James, seorang tentera Gavriel, dia dah banyak dengar sindiran dari orang kampung. Sejarah lama dah kikis keyakinan orang Timur Feyre kat tentera-tentera kerajaan.

"Anak-anak kita. Aku nak mereka membesar dengan gembira tanpa pikir pasal masa depan yang kelam," kata Adela dengan leman.

Elena terkedu sambil dia tatap Noah dan Maria bergilir. "Aku akan cuba call James. Aku harap tentera presiden keempat tak akan khianati kita," kata Elena.

"Okeylah," Malik dan Adela angguk setuju bersama-sama.




NOAH menyusun buku pelajaranya ke dalam beg sekolah mengikut jadual untuk esok hari. Hari jumaat. Siap mengemaskan apa yang patut dia menolak daun pintu bilik mencari sosok ibunya.

Elena kelihatan sedang duduk di sofa bersama telefon bimbit. Ada selimut kecil melingkar di badan wanita itu.

"Hello, saya Elena isteri kepada Tuan Kapten James. Dia ada di sana?" Mata Noah tidak berkelip memandang ibunya.

"Misi?"

"Oh, baiklah.." Elena kelihatan mengeluh memandang skrin telefonnya.

"Mama.." Noah melangkah mendekati ibunya.

"Mama rindu papa?" soal Noah. Elena tersenyum tipis sambil mengangguk. Noah nampak mata ibunya berkaca-kaca memandang ke arahnya.

"Noah pun rindu..." Noah mengambil tempat di sebelah Elena lantas tubuhnya ditarik masuk dalam pelukan hangat wanita itu. Elena menarik selimut sedikit menutupi tubuh anaknya.

"Papa akan balik, minggu depan lepas misi dia siap. Noah sabar, ya? Nanti boleh main dengan papa macam dengan Pak Cik Malik tu." Noah senyum tipis, Pak Cik Malik lah tempatnya menumpang kasih seorang bapa. Kerana James selalu tiada dirumah.

"Papa kerja untuk jaga keselamatan kita. Noah faham..." Kelopak mata Noah perlahan-lahan ingin tertutup.

Elena senyum tipis lalu mengusap lembut kepala anaknya. "Nanti besar, Noah nak jadi apa?" Soal Elena dengan lembut.

Noah yang sedang pejamkan mata hanya mampu menggeleng. "Noah tak tahu. Mungkin Noah nak kahwin je," balas Noah dalam kantuk. Elena tergelak kecil lalu mencuit hidung anaknya dengan lembut.

"Noah kena kerja untuk kahwin. Nanti Noah kena tanggung Maria dan anak-anak Noah," suara Elena kedengaran samar-samar. Dia terlalu mengantuk untuk berbual dengan ibunya.




BUNYI ketukan pintu kuat buat Noah dan Elena sama-sama terjaga. Mereka berdua hanya tidur di sofa dalam kedudukan Noah tidur di riba ibunya dan Elena bersandar pada sofa.

"Mama.." Noah memandang Elena kelihatan terkejut dengan bunyi ketukan pintu itu.

"Noah duduk sini." Suara Elena kedengaran serius. Noah teguk air liur lantas mengangguk akur.

"Siapa?" tanya Elena sambil mendekati pintu.

"Ini Malik! Elena, buka cepat!" Suara itu keras, dan Elena segera membuka pintu.

"Kenapa, Malik?"

"Sofea, anak gadis Daud, dia telah mengkhianati kita. Dia sudah membocorkan maklumat tentang perkampungan Timur Feyre kepada musuh secara terperinci. Sekarang kita dikepung!"

"Tapi..tapi kenapa?"

"Kita mungkin akan dijadikan bahan lagi. Cepat keluar—"

'Bang!!'

Bunyi tembakan kuat meletus dari rumah Adela dan Maria buat Malik tergamam. Matanya membulat melihat rumahnya yang tidak jauh dari situ sudah dikerumuni orang asing.

"Adela.. Maria!!" Belum apa-apa Malik berlari laju menuju ke arah rumahnya. Elena pantas menutup daun pintu dan terduduk.

Noah menyelak langsir dan matanya membesar melihat Pak Cik Malik dipukul oleh beberapa orang lelaki. Hatinya terasa kesakitan. Giginya diketatkan. Pemandangan itu sungguh menyakitkan.

"Noah!" Lengan Noah ditarik oleh Elena dengan kasar.

Noah memandang wajah ibunya yang telah basah oleh air mata. "Mama—"

"Cepat bersembunyi!" Elena bergerak dengan cepat menuju ke bilik Noah, lalu melipat tilam yang biasanya digunakan oleh Noah. Gambar-gambar keluarga yang tergantung di dinding diambil dan dimasukkan ke dalam tong sampah, kemudian ditutup.

Kemungkinan mereka tidak tak ada peluang melarikan diri lagi. Mungkin ini adalah pilihan terakhir yang mereka ada.

Dengan cepat, Elena berjalan ke dapur untuk mengambil pisau sambil mematikan lampu-lampu di rumah. Katil dikemas dengan rapi untuk menunjukkan bahwa tidak ada orang di dalamnya.

Noah masih kaku menunggu arahan dari ibunya.

"Noah, bersembunyi kat sini. Kita tidak boleh bersembunyi bersama-sama. Jika salah satu dari kita tertangkap, jangan membuat suara apa pun. Faham?" Elena meminta Noah untuk berbaring di bawah almari sebagai tempat bersembunyi.

"Ingat pesan mama. Kalau salah seorang dari kita ditangkap. Jangan keluarkan suara." Sebaik meninggalkan pesanan itu Elena bangun dan mengambil tempat di dalam almari. Pisau digenggam kemas di dada.

Tidak lama kemudian, gema ketukan kuat menerjah pintu rumah mereka. Noah memejamkan matanya dengan kemas, berusaha keras untuk menenangkan denyut jantung yang tidak henti-henti berdentum dalam dadanya. Kini, derap langkah yang menghampiri dari luar telah menjadi semakin nyata. Sepertinya, mereka yang datang ke rumah ini bukanlah dalam jumlah yang sedikit.

"Ada sesiapa?" desak suara yang garau.

"Ada." Daun pintu terbuka dari luar, membuat mata Elena membesar. Kini orang itu sudah sampai ke dalam biliknya, di tempat dia dan Noah menyembunyikan diri.

"Tapi katil semua rapi. Mungkin tuan rumah dah larikan diri." Balas suara yang lain.

"Orang yang melarikan diri tidak akan sempat mengemas katil. Lagipula, sinki di dapur masih basah." Elena tersentak. Dia tersilap langkah. Dia telah berusaha mengemas agar rumah tampak kosong, tetapi kali ini dia terlepas pandang. Lelaki itu lebih bijak daripadanya.

Noah menutup mulut yang bergetar. Dari bawah almari, dia dapat mendengar derap langkah beberapa orang mendekat ke arah dirinya dan Elena.

"Kami tidak ada waktu nak bermain sorok-sorok..." suara itu seperti sedang memanggil, mengisyaratkan agar mereka keluar.

"Tak perlu dicari. Dia ada di sini." Serentak itu, pintu almari terbuka dan Elena mengetap gigi di dalam. Pandangannya tajam saat melihat lelaki di depan.

"Jumpa." Lelaki bertubuh tegap itu tersenyum sinis.

"Oh ya?" Elena membalas senyuman dan dengan tiba-tiba dia melayang tendangan yang kuat tepat di wajah lelaki itu.

"Sir!" Seseorang datang untuk membantu lelaki yang terjatuh akibat tendangan Elena.

"Jangan meremehkan orang Timur Feyre!!" Elena berteriak dengan penuh keberanian. Pisau yang sebelumnya diambil dari dapur dipegang erat di tangan kanannya, dan dia buka langkah dalam posisi bersiap untuk mempertahankan diri jika diserang.

"Jangan buang masa kami kalau tak mahu mati!!" Pekik lelaki yang terkena tendangan tadi. Elena senyum sinis.

"Saya rela mati dari menyerah diri pada kamu semua."

"Jadi terpaksa lah." Seorang lelaki merapati Elena tapi Elena pantas mengelak dan melibas pisau ke muka lelaki itu. Gerakan wanita itu terlalu tangkas sepertinya Elena pernah belajar mempertahankan diri sebelum ini.

"Tak guna!!" Lelaki tadi berlari ke arah Elena tapi Elena tangkas melawan dengan berpusing, kaki lelaki itu dipangkah dan zup!! Tikaman tepat terkena di perut itu.

Mata Noah membesar, dari biasan cahaya tingkap dia dapat melihat darah membuak keluar dari perut lelaki itu.

"Jangan remehkan dia! Dapatkan dia cepat!!" Arah seseorang buat dua orang lagi lelaki merapati Elena dan sekali lagi Elena bermain dengan pisau di tubuh mereka. Pergerakan Elena sangat tangkas buat mereka gagal menangkap pergerakan tubuh itu dalam kegelapan malam.

"Arhh!!" Seorang lelaki berundur apabila pisau Elena terlibas dibahunya.

"Bunuh dia!" Mendengar perkataan bunuh Noah membulat mata.

Bang!! Terdengar tembakan kuat sekali. Noah tak dapat mengerlipkan mata melihat tubuh ibunya terkulai jatuh di lantai. Mata Elena memandang tepat ke arahnya yang masih bersembunyi di bawah almari. Seperti mengatakan tiada apa perlu dirisaukan. Teruslah bersembunyi.

Dia tak mampu berbuat apa. Dia lemah.

"Tak guna bawa perempuan macam kau! Menyusahkan!" Mata jadi saksi melihat ibunya dipijak lelaki itu. Lelaki berkumis tebal. Bermata lebam.

"Bawa dia!" Lelaki yang lemah ditikam Elena tadi diangkat lalu dibawa keluar oleh mereka. Noah ketap gigi sendiri. Dia ingin meraung melepaskan amarah tapi sia-sia. Dia sedar dia masih lemah tidak sekuat ibunya untuk melawan.

"Mama.." Noah merangkak mendapatkan Elena. Bibir diketap sehingga berdarah berusaha untuk tidak mengeluarkan bunyi.

"Noah.. kena kuat ubah dunia kejam ini.."

"Mama jangan tinggalkan Noah.." Noah menarik kain di dalam almari lalu menekup di perut ibunya yang berdarah tanpa henti.

"Noah ingat pesan mama.."

"Jangan jadi anak nakal.. Jadilah orang berguna.. untuk semua orang." Suara Elena kedengaran tersekat-sekat.

"Mama.." Noah mahu keluar mendapatkan pertolongan tapi bayang-bayang Malik dipukul tadi mengisi ruang mata. Kalau dia keluar sekali pun mungkin tiada siapa yang terselamat.

"Mama sayangkan.. Noah.." Perlahan-lahan dia melihat Elena mengatup matanya. Noah menunduk lantas menekup wajah di bahu wanita itu.

Air mata ditahan-tahan menitis kepipi. Mendengar derap langkah orang disekeliling rumah Noah kembali bersembunyi dalam esakan. Dia sempat mencapai telefon bimbit ibunya di atas meja.

Hari ini waktu yang diberitahu ibunya satu ketika dahulu sudah berlaku.

"Saya Noah.." suara bisikan halus dicorong telefon.

"Daerah perkampungan Timur Feyre diserang. Kami perlukan pertolongan tentera Gavriel. Ibu saya dibunuh. Jiran saya dibunuh."

"Tolong kami.."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro