PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dimulakan kisah sebuah negara bernama Khabi, sebuah negara Republik yang diperintah oleh seorang presiden yang dipilih oleh rakyat. Terdapat dua pasukan ketenteraan khas, DUVAN DAN GAVRIEL. Pasukan ketenteraan Duvan terlebih dahulu dibentuk oleh presiden pertama. Disebabkan adanya penindasan terhadap rakyat yang terjadi pada pemerintahan presiden kedua, pasukan GAVRIEL dibentuk oleh presiden keempat dengan tujuan menjaga rakyat.

Dua sistem ketenteraan tersebut tidak berhubung baik. Dan satu presiden yang mulai berlaku kejam. Ini bukanlah kisah Istana. Ini adalah kisah sebuah kaum yang tertindas oleh kekejaman pemimpin.

•••

'Hari ini dalam sejarah, Selusia dan Ferland bersatu dalam satu pemerintahan. Berita mengejutkan ini diumumkan di seluruh dunia, menjadi sejarah baru dalam pemerintahan bagi kedua negara tersebut.'

"Tak sangka setelah puluhan tahun mereka bermusuhan, akhirnya siapa sangka dua negara itu bersatu juga," Elena meletakkan pinggan di atas meja sambil telinganya memberi fokus pada siaran televisyen.

"Kat dalam dunia ni, pelbagai benda boleh jadi. Kita siapa nak nak letak tentukan." Lelaki berkumis nipis menutup akhbar yang sedang dibacanya, lalu menatap wajah manis isterinya, seorang wanita Timur Feyre. Rambutnya berwarna hitam pekat, licin sehingga setiap kali wanita itu bergerak, rambutnya turut ikut bergerak mengikuti irama. Wajah yang manis itu mampu membuat mana-mana lelaki tergila-gilakan perempuan Timur Feyre tersebut.

"Kenapa awak tengok saya macam tu, James." Elena memberi teguran dengan lembut, sambil menatap suaminya yang tidak mampu untuk berkedip mata kerana sedang menatapnya. James mendengar teguran tersebut dan mula melepaskan gelak tawa yang kecil.

"Saya terlalu rindu awak dan Noah. Oh ya. Noah mana?" Mata James melilau mencari kelibat anak kecilnya. Rasanya tadi dia melihat si anak berumur 8 tahun itu berada di depan televisyen.

"Noah dah keluar. Aku suruh dia hantar makanan kat keluarga Adela dan Malik," jawab Elena. Suara lembut meluncur dari bibir wanita itu, mampu membuat sesiapa pun terhanyut terdengarnya.

"Apa khabar dia orang? Saya dah lama tak bertemu dengan pasangan tu." James bertanya dengan teruja. Adela adalah sahabat karib Elena, seorang yang selalu berada di sisi Elena ketika dia pertama kali berusaha untuk mendekati isterinya. Sekarang Adela telah bersuami dengan seorang lelaki yang juga merupakan kaum Timur Feyre.

"Dia orang sihat. Maria juga sudah semakin besar dan menjadi kawan rapat bagi Noah kita." jawab Elena.

Sekarang, makanan sudah siap dihidangkan di meja, menanti Noah untuk pulang dan makan bersama-sama.

"Maria?"

James kelihatan tidak mengenali siapa Maria. Elena pula tergelak kecil.

"James, dah lupa ke? Maria tu yang awak dukung tahun lepas? Anak kecil yang muntah kat baju awak tu." Mata James tiba-tiba terbeliak. Baru teringat pada budak comel itu.

"Oh Maria. Anak Adela dan Malik. Berapa umur dia sekarang? Saya dah setahun mengikuti misi Gavriel. Makin lupa banyak benda." James dengan melepaskan tawa kecil lantas mengurut pelipisnya.

"Lima tahun. Dia akan membesar jadi gadis yang cantik. Dan saat itu saya akan kahwinkan dia dengan Noah." Teruja Elena memasang angan.

"Cinta tak boleh dipaksa. Perjalanan mereka berdua masih panjang." Kata James seraya mematikan senyuman di bibir isterinya.

"Jadi saya nak tunang kan diorang masa kecil ini, supaya bila diorang dah besar nanti, diorang boleh cari satu sama lain,"

"Maria dan Noah tu masih budak-budak lagi. Banyak lagi yang diaorang kena belajar," balas James.

Elena mencebik tidak puas hati dengan respon suaminya.

"Mama, papa! " Noah melepaskan sandalnya dan dengan serta-merta berlari masuk ke dalam rumah..

"Basuh tangan dulu, Noah," Mendengar teguran ibunya, Noah pun berlari menuju dapur, kemudian mencuci tangannya terlebih dahulu. Aroma sedap masakan yang dimasak oleh ibunya membuat perutnya berkeroncong.

"Kamu lama kat rumah Mak Cik Adela, buat apa?" Tanya James sambil anaknya mengambil tempat di meja makan.

"Noah teman Maria bagi makan kat angsa Pak Cik Malik." Balas Noah. Matanya melilau teruja tengok hidangan di meja.

"Kamu suka dekat Maria ke?" Soalan tiba-tiba James buat Noah mengangkat muka dan memandang papanya.

"Kamu tahu apa itu cinta?" James sambung menyoal buat Noah terkebil-kebil seketika.

"Cinta itu bermaksud menjaga dan melindungi," balas si anak kecil itu. Tidak dapat disangkal, Noah memang bijak dan peka. Dengan hanya memerhati, dia sudah mampu merumuskan pandangannya sendiri terhadap hal-hal tersebut.

"Cinta itu adalah perasaan yang ingin memiliki, melindungi, dan menjaga. Jadi, kamu cinta Maria?" Elena menyela, membuat James melirik isterinya. Noah terlihat sedang berpikir sejenak.

"Noah nak selalu dekat dengan Maria," jawab Noah, membuat Elena tersenyum lebar sambil memandang suaminya. James menggelengkan kepala dengan helaan nafas berat.

"Yes! Satu, kosong!" Elena bersorak gembira menandakan kemenangan baginya.

"Noah makan dulu." Siap membaca doa, Noah menyuap makanan ke mulut. Manakala Elena dan James masih dalam peperangan mereka.

"Di sini, Timur Feyre," Elena membuka bicara,

"ada adat di mana kanak-kanak ditunangkan sejak usia sembilan atau sepuluh tahun, bergantung pada persetujuan ibu bapa. Dan ketika mereka mencapai kematangan pada usia 17 tahun ke atas, mereka akan dikahwinkan." Elena menerangkan adatnya, sementara James masih tampak ragu-ragu.

Noah berhenti mengunyah dan menelan nasi dalam mulutnya. "Kenapa mereka dikahwinkan dari kecil? Adakah ini bermaksud takdir mereka sudah ditentukan oleh orang tua sejak dulu?" Soal Noah dengan bijaksana. Wajah Elena terus berubah. Terkejut dengan soalan anaknya.

"Ini berkaitan dengan masa depan, baik kamu maupun Maria. Kalau ditunangkan dan menikah sejak awal, kamu boleh jaga Maria. Kalau tidak, ada kemungkinan banyak benda buruk boleh berlaku," balas Elena.

"Karut. Waktu dah berubah, Elena!" James bersuara pula, membuat Elena memicingkan mata ke arah suaminya.

"James, awak tak tahu sejarah orang Timur Feyre kerana awak tak pernah alami sendiri. Seperti yang awak cakap tadi, dalam dunia ni, pelbagai perkara boleh berlaku. Kita siapa nak tentukan?" Suara Elena tadinya lembut tiba-tiba tegang.

"Kami hampir pupus..."

Mata Noah sedikit membesar, mencerna kata-kata ibunya.

"Perkara itu dah berlalu, Elena. Sekarang kita dah dalam era baru. Tak ada lagi penindasan. Malah, negara Khabi ni terkenal sebagai negara bebas rasuah, agama Islam yang kukuh. Dah tak ada aktiviti tak elok sejak presiden keempat ambil alih, " tolak James atas kata-kata Elena.

Bang! Meja dipukul kuat dan Elena tajam menentang mata suaminya. Bahu Noah terhinjut.

"Awak akan terus membela kerajaan kerana awak Gavriel! Tentera Gavriel itu juga tentera kerajaan dan akan terus menyokong baik buruk kerajaan. Mereka percaya apa yang buruk itulah yang memberi untung pada negara, kan?"

"Jangan campuradukkan tentera Gavriel dengan Duvan," James membalas dengan tenang, memandang Elena dengan mata tajamnya.

"Saya tak peduli. Saya akan tunangkan Noah dan Maria. Kanak-kanak lelaki juga terhad di Timur Feyre. Saya sudah khaskan tempat Maria di sisi Noah. Agar keturunan Timur Feyre tidak akan pernah mati walau keadaan berubah kelak." Kata-kata Elena penuh dengan keazaman buat James terdiam menatap Noah yang tenang menyuap nasi ke dalam mulut di sebelahnya.

"Bagaimana pendapat kamu, Noah?" Tanya James kepada anak lelakinya. Noah mengangkat wajah sebentar sebelum mengangguk, menunjukkan dia setuju dengan kata-kata ibunya.

Lantas James mengeluh.







"MAMA.." Noah mengangkat kepala memandang ibunya yang sedang menarik selimut untuknya.

"Iya, sayang?" Suara Elena lembut sambil duduk di sebelah anak lelakinya.

"Papa balik berapa lama? Noah masih tak puas main dengan papa," ujar anak kecil itu. Elena tersenyum tipis sambil mengusap kepala anaknya.

"Mungkin seminggu, mungkin lebih. Tapi bulan depan akan ada pilihan raya. Pasti ada tugas penting untuk papa," balas Elena lembut. Noah tampak sedikit kecewa.

"Tak boleh papa duduk rumah macam Pak Cik Malik?" Noah bertanya lagi.

"Papa bekerja untuk kerajaan, Noah. Apa yang dia lakukan sekarang penting untuk menjaga keamanan kita," jawab Elena sambil mengusap lembut pipi anaknya sehingga Noah hampir terlelap.

"Tapi, kenapa mama macam perlekehkan pekerjaan papa? Takkan salah? Tentera tu bukan untuk melindungi kita?" Noah mengajukan pertanyaan lagi, membuat Elena terdiam sejenak. Ia tampak berusaha mencari jawapan yang tepat untuk soalan anaknya.

"Papa tak bersalah. Cuma, ada sejarah yang buat mama risau."

"Sejarah?" Noah mengerutkan dahinya. Walaupun usianya masih 8 tahun, ia berpikir lebih dalam, mencari jawaban yang menggelitik rasa ingin tahunya.

"Sebaiknya biarkan sejarah itu tidak membayangi pikiran anak-anak. Tapi, kalau suatu saat sejarah itu kembali, kamu akan faham juga," Elena tersenyum tipis sambil bangkit untuk merapikan selimut anak lelakinya. Noah masih tetap terkebil-kebil memandang ibunya.

"Selamat malam, mama."

"Selamat malam, sayang."

Terdengar langkah yang menjauh, lalu pintu tertutup. Noah masih tetap menatap siling bilik dengan matanya yang terbuka luas.

"Ini berkaitan dengan masa depan, baik kamu maupun Maria. Kalau ditunangkan dan menikah sejak awal, kamu boleh jaga Maria. Kalau tidak, ada kemungkinan banyak benda buruk boleh berlaku,"

"Bertunang dan berkahwin?" Noah bertanya pada dirinya sendiri. Adakah itu juga merupakan suatu perjuangan untuk menyelamatkan sesuatu?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro