BAB 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Jika lencana logo ini tertanggal ia akan disebabkan dua perkara. Sama ada kamu tewas di dalam misi dan kamu gagal menjadi tentera Gavriel. Jadi sila jaga dan pastikan ia tidak hilang." Kata-kata azimat dilontar pada hari pertama mereka terpilih sebagai tentera Gavriel kembali terngiang-ngiang di dalam kepala.

Maria ketap gigi buat sekian kali, kali ini dia sudah tidak menangis lagi. Dia sudah mempersiapkan dirinya untuk melalui hari-hari ini. Setelah berbulan-bulan sejak kehilangan Lyra, dan penemuan mayat Aria. Kini mereka dikejutkan dengan pengiriman lencana yang tertulis nama Lyra diatasnya. Ada tompokan darah yang sudah kering disitu yang sah milik Lyra.

"Lyra.." Rowen ketap gigi. Tanganya dikempal sehingga menimbuk urat. Tiada jasad Lyra yang ingin mereka beri penghormatan terakhir. Hanya bingkai gambar gadis itu diserta lencana yang dikirim ke Gavriel tanpa tahu siapa pengirimnya. Setelah berbulan-bulan dia berharap Lyra masih ada untuk diselamatkan.

Jett pandang Rowen sebelum tangannya naik mengusap bahu lelaki itu. Dia tidak tahu apa yang berada di kepala Rowen, tapi keadaan tekanan Rowen sangat berbeza.

'Adakah lelaki itu menyukai Lyra?'

"Lyra.. kau mungkir janji.." Rose menitis air mata buat kesekian kali. Dua ahli kumpulannya pergi dengan misteri tanpa dia mampu lakukan apapun untuk selamatkan mereka. Padahal Lyra dan Aria kedua-duannya sudah berkorban nyawa mahu menyelamatkan dia satu ketika dahulu.

"Kau janji nak bawa aku makan aiskrim kat tepi pantai bila kita bercuti nanti.." Sebak suara Rose.

Maria menunduk menahan air mata.

Kini mereka berada di padang lapangan untuk memberi penghormatan terkahir pada Lyra. Walaupun Lyra tiada jasadnya, tapi Lyra sudah diisytihar tewas sebagai Gavriel. Hanya bingkai gambar dan lencana gadis itu dijadikan penghormatan terkahir mereka.

Rose meletak beberapa kuntuman mawar di hadapan gambar Lyra sebelum dia memejam mata melepaskan tangkungan air mata.

"Rehatlah, aku akan tuntut keadilan untuk semuanya."

Seorang demi seorang meletakkan kuntuman bunga buat Lyra. Lyra terkenal dengan kenakalan dan kemesraannya pada semua orang. Sebab itu ramai yang mengenalinya di Gavriel.

Tiba giliran Maria, Noah memandang isterinya sebelum menggenggam tangan Maria dibawa ke tugu peringatan Lyra.

"Apa yang dah berlaku Lyra?"

"Apa yang mereka buat pada kau..." Suara Maria sebak.

Maria hela nafas berat sebelum meletak kuntuman bunga di hadapan bingkai gambar Lyra. Jika Lyra sudah pergi, biarkan gadis itu pergi dengan tenang. Jika tidak, semoga Lyra tidak terlalu sakit untuk hadapi penderitaan itu.

Menjelang petang, semua mula beransur pulang. Tinggal seorang yang masih menegak memandang bingkai gambar si gadis dikatakan tewas. Senyuman gadis di dalam gambar itu terlalu lebar seperti hari-hari biasa yang dia lihat sebelum ini.

"Saya tiada pilihan selain terus bertahan untuk semua orang, dan Aria." Gemersik suara itu bermain dalam fikirannya.

Aria sudah pergi, adakah itu maknanya Lyra sudah tidak mampu bertahan lagi? Dan kenapa dia harus rasa kecewa sebegini? Adakah dia terlalu meletak harapan tinggi pada diri sendiri untuk menyelamatkan Lyra?

"Adakah aku terlewat Lyra?" Tiupan angin senja buat rambut jejaka itu bergerak-gerak. Rowen tarik nafas dalam sebelum mendongak memandang dada langit.

"Aku rasa sedih untuk Rowen dan Maria.." Keluh Remy memandang Rowen tegak masih berdiri di hadapan tugu peringatan Lyra.

"Kenapa Rowen?" Jett menyoal.

"Rowen sukakan Lyra bukan?" Entah dari mana munculnya Noah menyampuk perbualan Jett dan Remy.

Remy tidak memasang riak terkejut kecuali Jett sedikit kaget. Adakah dia seorang yang tertanya-tanya selama ini sedangkan semua orang sudah tahu yang Rowen sukakan Lyra?!

"Macam mana kau tahu Noah?" Soal Jett terkejut.

"Dari tingkah dia. Rowen bersungguh-sungguh untuk menyiasat Duvan tanpa diperintah oleh aku. Dia jadi tertekan sebegitu sejak Lyra hilang." Serentak tiga lelaki itu berpaling memandang Rowen masih tegak disitu.

"Kisah cinta yang menyakitkan. Aku tak patut ambil tahu." Remy merengus lantas meraup rambutnya. Mendengat berita duka mengenai Lyra dan Aria sahaja cukup buat hatinya sakit, inikan melihat Rowen sebegitu.

"Maria mana?" Soal Jett, memandang Noah hanya seorang diri tanpa Maria. Bukan sepatutnya dia bersama isterinya. Maria lebih berduka daripada Rowen.

"Dia bersama Rose, Erin dan Finn. Aku biarkan mereka ubat kesedihan dahulu." Balas Noah mendatar. Pandangan terakhir Maria sebentar tadi bagai meminta ruang darinya, dan Noah sekadar mengangguk lantas membiarkan Maria bersama rakannya yang lain. Mungkin dengan cara itu kesedihan dan kerinduan Maria sedikit terubat.

•••
Maria perlahan-lahan membaringkan tubuhnya di atas katil milik Lyra. Pandangan kaku mendongak ke syiling. Bilik dorm milik dia dan Lyra berkongsi segalanya. Dia dan Lyra sudah berkongsi bilik daripada kecil. Tak mudah untuk dia lalui semua ini. Satu ketika dahulu, kehilangan Lyra adalah perkara yang paling dia hindari. Malah tidak pernah dia terfikir untuk kehilangan Lyra. Tapi sejak hari itu. Dia sudah hilang semuanya.

Betul kata ayahnda. Misi yang dia lalui, adalah misi untuk dia bersedia hilang segala yang dia punya.

Aria dan Lyra..

"Lyra.. Kau dah lupa nak cari baju untuk festival esok?" Tegur Maria. Wajah tegang Lyra tiba-tiba mengendur.

"Arghh!! Aku lupa!!" Lyra bingkas bangun dari katilnya lantas membuka loker baju. Seketika dia terdiam tidak bergerak. Maria mengerut dahi hairan.

"Huarghh!! Aku tak ada baju nak pakai!!!" Jeritan kuat Lyra boleh menggegar satu bangunan hostel.

"Lyra! Shuhh! Malam ni.." Bisik Maria lembut tapi kedengaran tegas. Lyra melepas keluhan berat.

"Aku tak ada baju nak pakai.." keluhnya. Kening Maria tercantum. Habis baju kemas tergantung di dalam loker gadis itu dipanggil apa?

"Lyra, duit elaun kita dah masuk. Bolehlah kau cari baju esok. Sementara itu pakailah apa yang ada." Pujuk Maria sambil mengeluarkan sehelai baju tshirt putih dan seluar jeans dari loker baju Lyra.

"Baju ini cantik." Puji Maria ikhlas. Lyra lambat-lambat berpaling melihat baju dikeluarkan Maria dari lokernya. Boleh lah dari tak ada.

"Terima kasih Maria." Lyra mencapai baju dihulur Maria lalu digantung pada dinding bilik. Maria senyum lega.

Maria tersenyum tipis, bagai bayang-bayang Lyra sedang bermain di depan matanya membuka loker dan menjerit. Celoteh yang tak pernah habis dari dahulu sehingga sekarang.

"Maria!!" Lyra berlari mendapatkan sahabatnya.

"Lyra kenapa kau kat sini?"

"Kenapa? Kau dah sebulan tak balik dorm. Aku risau mereka buli kau." Marah Lyra, dia tidak peduli orang orang itu atasanya. Dia memang dilahirkan untuk jadi biadab semata-mata melindungi orang yang dia sayang.

"Aku okay."

"Dagu kau.." Lyra menilik dagu Maria yang kelihatan sedikit kebiruan.

"Aku jatuh.." Maria hulur senyum tipis seperti mengatakan tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Kau dah jalani latihan berat dengan mereka. Sampai bila?" Lyra menarik Maria duduk disampingnya. Tidak dia peduli pandangan lelaki-lelaki yang memandang ke arah mereka seperti mahu menelang gadis yang membuat sesi latihan mereka terbantut.

"Sampai kita dapat apa yang kita nak." Lyra angkat wajah memandang jauh kedalam mata Maria. Dia tahu ada maksud tersirat dari kata-kata gadis itu.

"Tak perlu korbankan diri. Kita boleh buat sama-sama." Lyra menanggalkan kain kasa putih yang membaluti jari-jari Maria. Ada kesan merah bekas latihan yang berat dilalui Maria.

"Aku suka apa yang aku buat." Balas Maria senada. Lyra dalam diam mengetap gigi. Tangan menyeluk masuk ke poket seluar sebelum mengeluarkan ubat sapu yang dibawanya.

Bunyi ketukan pintu mematikan lamunan Maria.

"Maria kami bawakan makanan.." Finn menjenguk kepala.

"Maria kau menangis.." Erin menolak daun pintu lantas membolos diri masuk ke dalam bilik sahabatnya. Bilik Lyra dan Maria ibarat bilik kedua mereka kerana hanya disitu tempat mereka meluang masa jika kelapangan.

"Aku rindukan Lyra.." Maria perlahan-lahan cuba bangun dari baringan tetapi tubuhnya memberat buat dia kembali jatuh terbaring.

Mata Maria membesar.

Perlahan-lahan dia cuba mengangkat tanganya. Berat! Ada sesuatu tidak kena pada tubuhnya.

Berkerut-kerut Maria cuba bangkit dari baringan. Kali ini dia mampu tapi kepalanya ras terhempap meminta untuk dia kembali terbaring.

Maria bertahan pada besi katil dengan nafas berat keluar dari mulutnya. Dia seperti seseorang yang baru membuat pusingan diri, berpeluh dengan tubuh terasa berat. Pandangannya tidak jelas.

"Banyak barang Lyra yang kita kena kemaskan." Dia sampai tidak sedar bila Rose menampak masuk menilik loker milik Lyra.

Maria sedikit berdecit buat Finn berpaling memandang sahabatnya.

"Maria?! Kenapa?!" Tergamam gadis itu menegur Maria kelihatan berbeza.

"Maria kau okay?" Rose membulat mata sebelum pantas mendapatkan tubuh sahabatnya.

"Bawa.. aku ke unit kesihatan.." Suara Maria tenggelam timbul. Rose pantas mengangguk lantas menarik tangan Maria diletak ke atas bahunya.

"Aku bawa Maria ke unit kesihatan. Erin dan Finn boleh uruskan barang Lyra?"

"Boleh!" Serentak Finn dan Erin bersetuju. Wajah keduanya gusar melihat keadaan Maria kelihatan lemah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro