BAB 45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Awak balik lewat." Sapa Noah. Maria menghulur senyum tipis sebaik menanggalkan kasut dipakainya.

"Saya tertidur di katil Lyra.." Maria melangkah perlahan mendekati suaminya. Bau Noah buat dia mengerut dahi.

"Awak masak?" Dia dapat menangkap bau masakan dari tubuh suaminya.

"Ya. Jom makan." Noah melangkah mendahului isterinya. Maria terkebil-kebil sebelum dia mempercepat langkah.

"Maaf, saya susahkan awak." Ujar Maria serba salah.

"Tak ada yang susahpun." Noah tarik kerusi meja makan untuk isterinya. Maria hulur senyum sebelum melabuhkan punggung.

"Terima kasih."

"Sama-sama." Noah turut melabuhkan punggung dihadapan isterinya. Anak mata statik memandang wajah Maria, pucat dan lesu. Mungkin masih bersedih. Pihat Duvan seperti mencabar kesabaran mereka dengan menghantar lencana itu. Itu pasti kerja mereka untuk merendah-rendahkan maruah Gavriel.

"Masakan awak sedap..." Suara Maria bergetar sambil menyuap suapan kedua ke dalam mulutnya. Noah tersenyum.

"Kalau pedas, perlu menangis ke?" Lembut suara Noah menegur sebelum tangannya naik mengusap air mata Maria dipipi.

Maria mengangkat wajahnya, tangan naik menekup mulut sendiri. Kenapa dia harus menangis sekarang. Bukankah ini yang dia mahukan?

"Maafkan sayaa.. Maafkan saya.." Ujar Maria diselang seli dengan esakan. Tangisan wanita itu makik menjadi-jadi. Noah kerut dahi, seleranya terbantut melihat keadaan Maria sebegitu.

Adakah Maria terlalu rindukan Lyra? Ya sudah pasti.

Noah bangun dari duduknya sebelum mendekati isterinya. Dia duduk melutut di atas lantai, tangan Maria di tarik, kepalanya mendongak memerhati wajah isterinya.

"Hey,, awak tak salah. Jangan menangis lagi.." Pujuk Noah lembut.

"Noah... Maafkan saya.. Tsk tsk!" Maria tarik tubuh Noah sebelum mendakap erat tubuh itu. Noah kerut dahi tidak mengerti.

"Shh... Maria, jangan menangis lagi. Semua akan baik kembali." Walaupun keadaanya tidak mungkin berbalik seperti dahulu. Dia sudah mati akal untuk memujuk Maria yang sekarang. Sakit yang dialami Maria sekarang tidak seperti dahulu, sakit yang sukar untuk diubati. Sudahnya Noah hanya membiarkan isterinya menangis sehingga Maria keletihan dan lemah di atas tubuhnya.

Sebaik itu Noah mendukung isterinya kebilik lantas dibawa makanan untuk mengisi kembali tenaga isterinya. Maria kelihatan sangat lemah tidak selemah hari dimana jasad Aria ditemui.

•••

"Yang mana.. yang mana.. yang mana ya?" Berkerut dahi Rose sambil tanganya bergerak menilik botol-botol ubat tersusun dihadapannya.

"Vitamin.. vitamin energy.. vitamin.. ha!! Jumpa!!" Seperti kanak-kanak terjumpa mainan Rose mencapai botol vitamin dijumpainya. Di tersenyum lebar sebelum terus menegak dari membongkok dan,,

Bush!

"Duh!" Terdengar suara garau berdecit dan bunyi botol dipegang Rose jatuh ke lantai.

"Maaf-maaf!" Rose cepat-cepat mencapai botol vitamin itu sebelum anak matanya menangkap tentera elit Gavriel dihadapannya.

"Tuan Remy!" Rose tegak tubuh.

"Rose kamu buat apa kat sini?" Soal Remy sekadar berbasa basi. Padahal matanya sudah menangkap Rose yang duduk di bahagian vitamin-vitamin. Matanya turut menangkap botol dipegang Rose ditangan. Untuk apa?

"Er.. Saya ada cari ubat tenaga."
"Untuk siapa?"
"Untuk saya!" Lancar Rose menjawab.

Remy diam sejenak sebelum melihat botol dipegang Rose.

"Tuan buat apa kat sini?" Rose kembali menyoal Remy.

"Jett sakit perut. Dia malas ke unit kesihatan, malu katanya." Balas Remy tenang sebelum matanya melilau mencari ubat sakit perut yang selalu dibelinya.

"Oh, semoga Tuan Jett cepat sembuh. Em kalau tak ada apa saya minta diri dulu."

"Okay." Remy angguk sebelum melihat Rose ke kaunter farmasi untuk membayat pembeliaanya. Sebaik tubuh gadis itu keluar dari pintu farmasi. Tangan Remy bergerak mencapai botol vitamin yang sama dibeli Rose tadi. Dahinya berkerut.

"Dia tipu.."

•••

"Noah, saya nak ke tandas.." Maria pegang tangan Noah kemas melingkar di pinggangnya. Tak lama dia mendengar nafas lelaki itu ditarik panjang sebelum perlahan-lahan Noah bergerak melepas rangkulan dipinggang isterinya.

Maria pandang Noah sekilas, dia tak dapat melihat wajah Noah dengan jelas kerana rambut lelaki itu jatuh di wajah. Rambut Noah makin panjang. Terlalu sibuk fikirkan Lyra dan Aria dia sampai tidak perasan semua itu.

"Kenapa tenung saya macam tu? Pergilah ke tandas." Suara garau Noah buat Maria tersentak lantas tersenyum tipis sebelum mengangkat kepala, tangan naik menyelak rambut suaminya dan satu kucupan dihadiahkan di dahi Noah sehingga dia dapat melihat mata Noah terpejam menerima kucupannya.

"Terima kasih.." Tenggelam timbul suara Maria kedengaran.

Maria bangun lantas bergerak ke tandas. Manakala Noah menahan matanya sehingga susuk Maria kembali ke bilik.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati Noah kelihatan masih dikuasai kantuk. Air liur diteguk terasa kesat. Sesuatu ditangan digenggam erat. Perlahan-lahan dia melabuhkan duduk di atas katil sebelum membaringkan badannya. Badan mengiring membelakangi Noah. Mata dipejam rapat mencari kekuatan dalam kehangantan.

Tangan Noah kembali melingkar dipinggangnya dibiar. Lama dia biarkan sehingga dengkuran halus kedengaran dari lelaki itu. Maria lambat-lambat berpaling menghadap Noah, dan sebaik itu satu titisan mengalir kepipinya.

Tangan memegang penyanggul rambutnya diangkat penuh berhati-hati lantas laju bergerak ingin menghunus ke leher suaminya. Tapi belum sempat mendarat, tangan Noah lebih tangkas mencengkam pergelangan tangan isterinya.

Mata Noah terbuka, tajam memanah mata isterinya. Maria ketap gigi sebelum dia bangun menindih lantas duduk di atas abdomen Noah. Makin kuat dia menekan makin kuat cengkaman Noah ditanganya.

"Apa semua ni Maria?!" Soal Noah dingin. Maria tidak membalas selain biasan cahaya dari jendela menampakkan mata wanita itu, cukup menceritakan segalanya.

"Tch!" Noah menolak tubuh Maria sebelum dia pula naik menindih tubuh isterinya. Kini Maria terhenyak ke katil berganti tempat . Tangan Noah masih kemas mencengkam menghalang Maria untuk menusuk penyanggul rambut beracun itu ke lehernya.

"Saya belum bersedia Maria." Mendatar suara lelaki itu.

Buk! Maria mengguna sikunya untuk menghentam abdomen Noah sehingga Noah tertolak kebelakang. Katil mereka sudah tidak terurus lagi. Kedengaran barang-barang jatuh dari meja katil tertolak dek Noah.

"Maria.." Terketap gigi Noah menyeru nama itu. Wajah Maria tidak berperasaan walaupun ada air mata menitis dipipi itu.

Maria kembali menggasak Noah, tapi tangan Noah cepat menahan.

"Saya sudah sampai terhadnya, Saya sudah tidak boleh ada diluar lagi." Kata-kata Maria buat cengkaman Noah melonggar. Wajah Noah sukar ditafsirkan, kecewa dan pasrah. Juga penuh persoalan.

"Maafkan saya.."

'Zupp!!' Serentak itu mata Noah terbuka luas dan perlahan-lahan kian mengendur. Pandangannya mula kabur, dia hanya melihat Maria mendekatkan wajah dengan wajahnya. Dia tidak merasa apa-apa. Badannya kebas, matanya tidak kuat untuk terbuka.

Maria memejam mata lama, lama dia melabuhkan kucupan di bibir suaminya. Air matanya jatuh sehingga terkena pipi Noah. Badan Noah sudah tidak bergerak, cengkaman Noah di tangan Maria sudah jatuh.

Esakan mula terbit dari ulas bibirnya.

"Maafkan saya.. maafkan saya.. tsk tsk.."

•••
Maria tarik nafas panjang sebelum mengunci pintu pagar rumah itu. Lama dia mengambil pandang, rumah setelah berbulan-bulan dia bergelar isteri kepada Noah Adrian. Memori yang cukup lama dan bermakna untuknya.

Dia berpaling dan serentak itu langkahnya terhenti memandang susuk seseorang berwajah kosong memandangnya. Nampaknya dari air ten kosong terletak di atas badan kereta dan satu lagi di tanganya, sudah pasti lama lelaki itu duduk disitu.

"Tuan Remy,,, buat apa kat sini..?" Suara Maria kedengaran gugup.

"Cuma nak pastikan sesuatu." Tenang Remy membalas.

"Apa tu?"

"Kawan Rose tak ada seorang pun yang dah berkahwin kecuali kau. Jadi mereka tak perlukan vitamin tenaga buat ibu mengandung." Tenang Remy menutur. Wajah Maria serta merta berubah.

Maria tarik nafas dalam.

"Jadi?"

"Jadi betullah, wanita Timur Feyre akan pulang ke perkampungan mereka setelah mereka disahkan mengandung? Bagi mereka keperluan untuk mereka berada diluar tidak ada lagi..?" Soalan Remy buat Maria diam sejenak.

"Seperti meletak tikus di dalam sarang ular. Saya tahu kudrat saya tidak mampu lagi." Ringkas balasan Maria buat Remy mengangguk-ngangguk.

"Apa kau buat pada dia?" Maria alih pandangan pada rumahnya.

"Dia cuma tidur."

"Anggap aku tak nampak semua ni." Remy melangkah menghampiri pintu pagar rumah Noah. Maria kerut dahi tidak mengerti. Adakah Remy tidak menghalangnya?

"Maksudnya?"

"Pergilah, aku tak halang. Dunia luar terlalu sakit buat kau." Mengalir air mata Maria buat kesekian kali.

"Terima kasih." Maria berlalu, sebelum Remy memandang wanita itu masuk ke dalam sebuah kereta.

Dia hela nafas berat. Setelah apa terjadi pada Lyra dan Aria, dia tidak berhak untuk tentukan apa yang ada di hati Maria. Mereka sudah terlalu banyak menderita.

Remy melangkah masuk ke dalam rumah milik kaptennya itu. Kerusi meja makan ditarik sebelum dia berhenti tepat di sisi katil tempat Noah beradu. Wajah lena Noah ditatap lama. Dari cahaya jendela, dia dapat melihat rambut Noah sedikit berterabur.

Mungkin mereka bergelut sebentar tadi, dari barang-barang yang jatuh kelantai. Tapi, tak mungkin Maria mampu tumpaskan Noah begitu sahaja selain lelaki itu yang mengalah. Noah juga kelihatan berada di atas bantal diletak ditengah-tengah katil. Tubuh lelaki itu juga turut diselimuti.

Remy senyum tipis.

"Kau sayang dia, tapi kau tinggalkan dia Maria?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro