BAB 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Awal kamu hari ni Andy." Samar-Samar cahaya mentari di balik pergunungan timur Feyre kelihatan di dini hari buat bayang seorang jejaka yang baru tiba di gerbang perkampungan kelihatan dari jauh. Andy sengih sahaja.

"Gerbang dah buka?" Soal Andy. Biasanya setiap pagi mereka akan buka pintu gerbang untuk penduduk keluar mencari barang keperluan, tetapi mereka akan tetapkan jadual, siapa yang akan keluar dan hanya ketua keluarga yang dibenarkan.

"Alang-alang kamu dah sampai awal. Kamu lah buka." Ujar lelaki separuh umur itu.

"Baik!" Andy meletak barang sebelum dia mencapai roti lalu disua ke mulut.

"Hakim tak sampai lagi? Bagi pakcik tolong kamu buka Gerbang." Ujar Pak Cik Brian.

"Terima Kasih Pak Cik." Andy menghabiskan roti sarapannya sebelum bergerak membuka kayu gerbang. Pintu gerbang tinggi setinggi dua lelaki memerlukan tenaga dua orang lelaki sehingga ia terbuka.

Bunyi keriukan kedengaran dari besi-besi lama gerbang kayu itu.

"Lepas ni Pakcik balik lah, muka Pak Cik nampak penat." Tegur Andy melihat wajah tua itu tetap teguh berkhidmat dalam Lorcan walaupun sudah berusia.

"Ia, Pak Cik tunggu Hakim datang dulu baru Pak Cik beredar." Balas Pak Cik Brian. Andy senyum lantas mengangguk kepalanya.

Sebaik pintu gerbang dibuka penuh, dan sebaik itu juga dua lelaki itu tergamam melihat satu tubuh terkulai di atas tanah, tepat dihadapan pintu gerbang.

"Ada orang!!" Jerit Pak Cik Brian buat mereka yang duduk di menara tertoleh kebawah. Serentak itu semua turun melihat orang dimaksudkan lelaki itu.

Andy mengeluarkan senjatanya sebelum berhati-hati mendekati jasad terbaring di atas tanah itu. Dia memandang sekeliling takut-takut ada lagi perkara yang mereka terlepas pandang.

"Siapa dia?!" Soal seorang tentera Lorcan sebaik turun dari menara, dia sendiri bahkan tidak perasan kehadiran mana-mana manusia sejak malam tadi.

"Dia pengsan?" Pak Cik Brian memandang Adri, tubuh itu terbaring di tanah dan wajahnya ditutup helaian rambut.

"Mungkin." Andy duduk meraba nadi di leher wanita itu. Lemah.

Dia tarik tubuh itu sebelum rambut wanita itu  diselak. Seketika kesemua mereka membulat mata dan tergamam.

"Maria!!"

"Kapten!"

"Bawa dia Andy!" Pak Cik Brian mengeluarkan arahan. Walaupun Maria sudah dihalang memasuki Timur Feyre, tetapi Daud tetap berpesan, jika Maria kembali, bawa wanita itu masuk walau bagaimana keadaanya.

Andy pantas mengangguk sebelum tubuh Maria dicepung lantas dibawa masuk ke dalam Gerbang.

•••

"Slurpp!" Bunyi seseorang sedang menikmati maggi buat wajah Noah berkerut-kerut terjaga dari lena. Kepalanya terasa begitu berat sekali sehingga matanya sukar untuk dibuka.

Noah pandang ke sisi melihat Remy tenang makan maggi di dalam biliknya. Dia merengus.

"Kau makan dalam bilik aku lagi Remy." Noah letak lengan di atas kepala. Matanya terkebil-kebil memandang syiling.

"Ku tunggu dudamu untuk makan maggi di dalam bilikmu." Jawapan spontan Remy mengundang jelingan Noah.

Noah kembali hela nafas berat. Dia termenung merenung syiling. Kepalanya kosong. Terlalu kosong.

"Jadi aku ditinggalkan...?" Terluah keluhan dari bibirnya. Remy berhenti menikmati mee segeranya lantas mengangkat wajah memandang Noah.

"Hm, nampaknya macam tu lah. Tau yang mengalah bukan?" Soalan dibalas soalan.  Noah diam tidak menjawab.

"Macam mana kau boleh ada dalam bilik aku?" Mereka lelaki memang suka membalas dengan soalan.

"Aku tak tahu apa-apa. Firasat aku sahaja." Remy bangun dari kerusi lantas beredar ke dapur.

"Tch!" Noah mengecilkan mata. Sia-sia sahaja kalau dia bertanya. Kalau Remy tidak mahu beritahu sesuatu perkara, lelaki itu tidak akan beritahu apapun walaupun nyawanya sebagai galang ganti.

•••

"Maria tengok! Itu Lorcan!!" Mendengar perkataan Lorcan keluar dari mulut ke kecil Lyra berumur 12 tahun. Maria tangkas berpaling, melihat beberapa orang tentera Lorcan baru sahaja pulang dari Gerbang. Mereka berdiri tegak sambil diperiksa beberapa tentera yang lain.

"Kata orang mereka di bawah unit perisikan." Irwan menyampuk. Wajah Maria dan Lyra sama teruja.

"Satu hari nanti aku nak masuk unit perisikan, dan keluar ke dunia luar." Mata Maria berkilau-kilau teruja. Irwan dan Lyra sama-sama berpaling memandang Maria.

"Maria,, ianya berbahaya. Menjadi perisik umpama kita masuk ke kandang musuh dan serah diri untuk dibunuh." Ujar Lyra mendatar. Maria senyum lebar sebelum menggeleng kepalanya.

"Aku mahu mencari seseorang. Aku yakin dia dapat lindungi aku.. Aku mahu keluar dari perkampungan ini dan lihat sendiri bahaya itu dihadapan mata aku." Kata-kata Maria bergitu bersungguh-sungguh buat Lyra diam berfikir sejenak.

"Aku akan ikut kau!" Lyra senyum memandang Maria. Irwan turut mengangguk kepalanya.

"Abang!!" Dari jauh kelihatan si comel Aria berlari-lari mendapatkan abangnya.

"Aria jangan lari nanti.."

Buk!! Aria rebah tersembam.
Irwan tepuk dahi.

"Abang!!' Huarghh!!!!" Pekikan Aria kuat bergema. Irwan lepas keluhan berat lantas bangun menuju ke arah adiknya.

"Kan abang dah cakap jangan lari."

"Hua!!! Sakit!" Aria menunjuk lututnya berdarah. Maria dan Lyra tersenyum dari jauh melihat Irwan meniup lutut Aria sambil memujuk adiknya yang manja itu.

"HAHAHAHA.. Aaaa!! Lari!!" Bunyi tawaan kanak-kanak dibawah pokok tempat tak jauh dia merehatkan tubuh. Kanak-kanak itu kelihatan ceria berlari-lari bersama sahabatnya tanpa mereka perlu fikir bahaya dan derita sepertinya.

"Saya akan jadi perisik! Saya akan hampuskan tentera diluar!!" Terdengar teriakan seorang kanak-kanak lelaki kuat penuh semangat. Maria hela nafas lantas memejam matanya.

"Maria.."

Maria angkat wajah memandang sahabatnya yang kini juga doktor di Timur Feyre. Dahulu Syira dihantar keluar oleh ayahnda dan dipalsukan identitinya untuk belajar tentang perubatan. Dengan itu Syira dapat berkhidmat di dalam Timur Feyre.

"Kau dah bangun?" Sapa Syira lembut. Maria sekadar mengangguk kepalanya.

"Aku rasa lemah."

"Mungkin kau dah guna tenaga kau terlalu banyak dan kesan dari vitamin yang kau dah makan badan kau akan jadi sangat lemah lebih dari biasa." Ujar Syira. Ya Maria ada katakan yang dia ada menelan vitamin tenaga yang dicipta khas untuk wanita Timur Feyre sahaja semata-mata untuk dia larikan diri dari Gavriel.

"Ingat Maria, vitamin tu bagus untuk kesihatan, tapi kau tak boleh gunakan terlalu kerap. Vitamin tu terlalu kuat. Bahaya untuk kandungan kau."

"Aku tahu." Suara Maria mendatar lantas mengalih pandangan keluar tingkap kayu. Angin menerjah masuk memberi rasa nyaman. Maria pejam matanya seketika.

"Aku dengar banyak cerita tentang kau. Kalau kau sudah baik dan perlukan teman untuk luahkan. Aku sudi dengar semuanya." Ujar Syira. Mata Maria kembali dicelik. Maria tidak membalas, wajahnya kosong. Sangat kosong.

Bunyi ketukan pintu buat Syira berpaling, wanita itu pantas membuka pintu sebelum dia tersentak melihat orang tertinggi di Timur Feyre berada didepan pintu bersama tenteranya.

"Saya mahu menemui Maria sahaja. Jangan risau." Ujar Daud. Syira mengangguk seraya membuka luas daun pintu untuk lelaki itu.

Maria berpaling dan tak semena-mena air matanya tumpah dipipi. Daud lepas keluhan berat sebelum bergerak menghampiri wanita yang dianggap anaknya itu. Dalam susah payah Maria bangun dibantu Daud.

"Apa sudah terjadi nak? Kenapa kamu macam ni?" Suara Daud turut sebak.

"Kalau saya tahu bertapa sakitnya berada di luar, saya tidak akan jadi perisik.. Terlalu sakit ayahnda.." Tangisan Maria bergema. Syira dan dua tentera Lorcan kelu di muka pintu.

"Saya mahu kehidupan saya yang dahulu.. Saya telah hilang semuanya!!"

"Dunia luar terlalu menyakitkan.. Maafkan saya ayahnda.." Tersedu-sedu Maria dalam pelukan Daud.

"Kamu sudah lakukan yang terbaik.. Jangan salahkan diri kamu."

"Saya gagal.. Saya gagal lindungi mereka.."

•••
"Hmm hmm hmm.~" Rose menggumam dengan nada sambil melangkah matanya melilau mencari seseorang.

"Erin! Kau buat apa kat sini?" Rose memandang wajah moyok Erin melangkah kearahnya.

"Aku baru balik dari misi, dan ada misi baru." Keluh Erin. Rose senyum tipis, kumpulan Erin yang lengkap buat gadis itu banyak mendapat misi berbanding dia dan Asrul. Aria dan Lyra sudah tidak ada, jadi mereka dianggap skuad tidak lengkap dan dijadikan sandaran pada misi yang perlukan bantuan.

"Oh kau buat apa kat sini? Ada misi juga?" Soal Erin kembali.

"Tak, aku cari Maria. Ada nampak dia?" Soal Rose.

"Erm, tak pula, tapi aku ada nampak Tuan Jett ke bilik latihan. Mungkin mereka kat sana."

"Okay terima kasih Erin! Good luck!" Rose kenyit mata buat Erin sebelum melangkah ke tempat dimaklumkan gadis itu. Erin yang memandang jungkit bahu lantas berlalu.

Rose tolak daun pintu sebelum telinganya menangkap bunyi seseorang yang kuat menumbuk punchbag. Matanya membeku melihat Noah tidak henti menumbuk punchbag tergantung. Sesekali lelaki itu menumbuk, sesekali lelaki itu menyepak. Pelbagai gaya dibuatnya. Gerun Rose melihat.

"Oh Rose! Kenapa?" Mendengar suara kuat Jett menyapa, Rose tersentak sebelum berpaling melihat Rowen, Remy dan Jett tenang duduk menikmati makanan ringan. What? Apa mereka bertiga ni buat? Sedang menonton Noah kah?

"Er saya cari Maria." Ragu-ragu Rose bercakap lantas membolos masuk ke dalam bilik itu. Apa yang berada ditangan disembunyi dibelakang tubuh.

Mendengar nama Maria disebut. Noah berhenti menendang punchbag. Dia menoleh memandang rakan isterinya itu.

"Dia tak ada." Tak berperasaan Rowen membalas.

"Oh dia tak ada kat sini. Saya lupa dia tak sihat!" Rose tepuk dahi. Mestilah Maria tak datang sebab dia mengandung, kenapa dia boleh lupa.

"Kalau macam tu saya pergi rumah dia." Rose senyum sebelum berpaling ingin berlalu.

"Rose jangan!" Mendengar halangan Remy, Rose berhenti melangkah. Dia berpaling dengan kerutan. Kenapa jangan?

"Ke..kenapa?"

Seketika semua terdiam. Nafas Noah kelihatan turun naik melepas lelah. Remy melepas keluhan berat. Dia bencikan situasi ini.

"Dia sudah balik ke kampung dia." Jawab Remy

Ktang! Botol vitamin dipegang Rose jatuh kelantai sehingga isi didalamnya terkeluar. Rose kelu tidak tahu bagaimana mahu beriak. Kata-kata Ayahnda Maria tempoh hari terngiang-ngiang dikepala.

Maria tidak akan pulang ke sini lagi jika dia kembali ke sana.

"Ta..tak mungkin.." Rose geleng kepala. Cukuplah dia sudah kemaskan barang Lyra di bilik itu. Dia tidak mahu mengemas barang Maria pula. Jiwanya sakit.

"Dia sudah buat pilihan sendiri. Kami tak mampu menghalang."

"Tapi dia mengandung!!" Jerit Rose kuat dan serentak itu juga mata Noah sedikit membesar. Setakat ini dia belum tahu yang Maria sedang mengandung, fikirnya Maria pulang ke Timur Feyre kerana terkesan dengan apa berlaku pada Lyra.

"What?!" Mulut Jett terlopong sebelum berpaling memandang Noah yang turut tergamam. Hanya Remy tenang tidak bersalah.

"Kau dah tahu Remy?" Rowen jeling Remy.

"Aku tak tahu apa-apa.." Remy buat tidak endah.

"Semalam Maria lemah lepas majlis penghormatan Lyra. Tubuhnya sangat lemah sampai dia tak boleh nak bangun. Dia minta saya bawa dia ke unit kesihatan."

"Apa jadi lepastu?" Soal Jett.

"Dia disahkan hamil 4 minggu. Tapi Maria halang saya dan doktor untuk beritahu Noah." Suara Rose mengendur.

"Kenapa?" Noah pula menyoal dingin.

"Dia cakap nak buat surprise."

"Perempuan Timur Feyre sangat berhati-hati semasa mereka mengandung. Menjaga kandungan ibarat menjaga berlian berharga. Kandungan adalah keturunan mereka yang seterusnya, sebabkan itu, mana-mana tentera Timur Feyre yang mengandung. Mereka dikerah berhenti untuk berkhidmat sehingga mereka selamat melahirkan tak kira berapapun usia kandungannya." Terang Jett.

"Maaf saya tak tahu semua tu. Saya terlalu teruja.." Air mata Rose jatuh melihat vitamin sudah berselerak di lantai. Rasa ralat dan kecewa kerana tak mampu berikan vitamin itu kepada Maria. Dia bahkan sudah lakukan cariaan vitamin terbaik untuk dihadiahkan kepada Maria.

"Tak apa Rose. Pergilah berehat. Ambil ruang tenangkan diri." Remy senyum tipis. Rose sekadar mengangguk kepalanya lantas beredar meninggalkan ruang itu.

Noah kelihatan masih terkejut, perlahan-lahan lelaki itu melangkah mencapai botol vitamin dibawa Rose. Mata dipejam seketika cuba menenangkan diri. Kenapa dia tidak perasan perubahan Maria semalam.

"Noah, kau boleh ambil dia bila-bila masa yang kau nak." Rowen tepuk bahu Noah.

"Aku tak akan ambil dia buat masa ni. Biarlah dia berehat disana. Pilihan yang dia buat tak salah." Noah letak botol vitamin itu ke atas tapak tangan Rowen.

Rowen kerut dahi.

"Anak kau?" Soal Rowen. Tak mungkin Noah ingin membiarkan anaknya di perut Maria begitu sahaja.

Sorry!! Sabar tau, cerita ni dah nak sampai penghujung-penghujung. Kita tunggu chapter mencabar dulu.

Fact about Gavriel:
🎃Dalam banyak-banyak cerita dikarang lollysnow. Cerita Gavriel yang banyak memerlukan sis memerah idea sehabis mungkin semata-mata mahu campurkan rekaan dan logik.

🤖Cerita Gavriel lebih kepada pergelutan kaum dan negara juga pengorbanan.

👻 Tiada satu pon kota wujud di Gavriel ada di dunia sebenar. Ia sekadar rekaan suka suka sis semata-mata.

🤡 Lollysnow lebih sukakan Gavriel daripada ceritanya yang lain. Mungkin kisah penceritaannya yang mencabar untuk dia habiskan.

👾 Gavriel boleh dikatakan sambungan tidak berkaitan daripada Medina. 😹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro