BAB 54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Apa? Timur Feyre masih wujud?!" Seseorang tergamam menatap berita dari skrin telefonnya.

"Jadi khabar angin mengatakan Timur Feyre masih wujud itu adalah benar!" Seorang lagi menyambung.

"Tengok! Berita hari ini!!" Satu kumpulan di sebuah pejabaf berkumpul membaca berita dari skrin telefon seorang pekerja disitu.

"Timur Feyre masih wujud!!" Hampir terlopong semua disitu.

"Dimana mereka selama ini?! Apa sudah terjadi pada mereka?!" Seorang di kedai makan terbawa emosi sehingga menitis air mata.

Setelah bertahun-tahun, Timur Feyre hidup bertahan dengan misi perisikan, akhirnya buat pertama kali mereka dedahkan diri di mata masyarakat. Dengan ini, mata seluruh rakyat Khabi terbuka untuk menyedari hakikat yang Timur Feyre diancam dengan kejam oleh Duvan!

Sehari selepas berita tergempar itu, rusuhan berada di merata tempat. Di hadapan ibu pejabaf Duvan, di pejabat presiden, di ibu kota. Rakyat bahkan bersatu mempertahankan hak kemanusiaan Timur Feyre. Satu demi satu kerja gelap kerajaan dibangkit dan dibongkarkan.

"JAHANAM JAMES!! APA YANG DIA FIKIRKAN!!" Indra menjerit untuk kesekian kali. Biliknya sudah bertaburan dengan kertas melepas amarah.

Turun naik nafasnya dengan gigi diketap. Dia betul-betul tidak dapat duduk diam. Tentera mereka sudah berkurang, bahkan ada yang sudah tidak mampu bertempur lagi. Tetapi tentera Gavriel berada di merata-rata tempat diluar, mereka menjaga rakyat yang melakukan rusuhan.

"Finally, waktu yang kau inginkan sudah tiba Remy.." Jett menggenggam kemas lencana Gavriel berpangkat elit yang tertera nama Remy di bawahnya.

"Aku akan pastikan, kematian kau tak sia-sia.." Makin kemas dia menggenggam lencana itu seperti menyerap segala semangat Remy.

Tangan Noah naik menepuk bahu Jett buat lelaki itu berpaling melihat Noah sudah kemas lengkap dengan seragamnya.

"Aku pelik dengan seragam Lorcan." Rowen melangkah menghampiri Jett dan Noah yang turut menghala pandangan ke arah tentera elit Lorcan yang berkumpul tak jauh dari mereka.

"Rambut mereka sama.." Sambung jett.

Mereka agak terkejut dan malah hampir sukar untuk mengecam tentera Lorcan kerana mereka mengenakan potongan rambut yang sama, malah perempuan berambut lelaki semata-mata untuk misi terakhir mereka.

"Mereka pakai rambut palsu?" Jett kerut dahi menilik rambut-rambut tentera itu.

"Tak, mereka potong rambut sendiri. Aku jumpa banyak helaian rambut dalam bekas sampah." Noah menjawab.

"Tapi untuk apa?" Rowen pula menyoal.

"Kerana tentera handal Lorcan kebanyakannya perempuan. Kami terpaksa memakai seragam sama seperti lelaki. Identiti kami boleh beri ancaman pada diri kami semasa misi." Seorang menyambung buat Jett, Rowen dan Noah serentak berpaling.

"Kamu kawan Maria.." Dahi Jett berkerut cuba mengingat nama perempuan itu. Penampilan perempuan itu jauh berbeza buat dia hampir tidak mengenalinya.

"Syira.." Syira hulur senyum tipis.

"Bukakah misi kali ini memerlukan tentera Elit sahaja?" Jett memandang Syira dari atas kebawah. Rasanta Syira hanya doktor tentera.

"Kau pandang rendah pada aku?"

Srett!!

Serentak itu mata Jett membulat melihat sesuatu berkilau keluar dari belakang gadia bernama Syira itu.

Pedang!!

Tak berkelip Jett memandang Syira tenang menghunus pedang hampir dengan tekuknya.

"Jangan bermain dengan pedang Syira. Senjata itu tajam." Seseorang menegur buat Syira tergelak kecil lantas kembali menyimpan pedangnya.

Jett tarik nafas dalam.

"Zoey! Kau selalu patahkan semangat aku." Syira merungut. Tidak seperti Maria, Lyra, Aria dan yang lain. Syira dari kecil sudah rapat dengan Zoey, mereka hampir ditunangkan tetapi peristiwa hitam Timur Feyre membatalkan semuanya.
Sehingga sekarang hubungan Syira dan Zoey tak ubah seperti abang dan adik.

"Aku tak suka kau main benda tajam." Zoey menjenggil mata.

"Aku sudah biasa bedah orang, rasanya pedang sesuai dengan aku." Kata-kata Syira buat Jett teguk air liur. Matanya mula membayangkan perkara-perkara keji yang pernah gadis itu lakukan.

"Zoey," Noah menyapa lelaki bernama Zoey, salah seorang tentera handal Lorcan. Dia pertama kali menemui Zoey di pemakaman Aria. Pertemuan pertama yang agak dingin, dimana Noah menghunus pistol ke kepala lelaki itu. Dan sekarang mereka bertemu semula disini dibawah satu pasukan. Serba sedikit dia tahu Zoey antara tentera paling dihormati di Lorcan selain Maria.

"Gembira berkerjasama dengan kamu Noah." Zoey hulur senyum ikhlas dibalas Noah.

"Sama-sama."

"Dimana Maria?" Jett tiba-tiba menyoal buat Syira dan Zoey berpandangan sesama sendiri.

"Mungkin dibawa ke tempat selamat. Ibu mengandung tak sepatutnya ada disini." Sebaik mengungkapkan ayat itu, terdengar keluhan halus terbit dari bibir Zoey lantas berlalu bersama tentera Lorcan yang lain.

"Jumpa nanti." Syira menyarung topeng muka pada wajah. Topeng muka separuh cukup menutup separuh wajah mereka, dari hidung ke mulut.

Tapi untuk apa?!

"Topeng itu untuk apa?!" Soal Jett bingung. Sekarang dia memerlukan Remy untuk menafsir situasi! Hanya Remy yang mampu jelaskan dengan pandangan sahaja!

"Aku tak tahu, tak semua mereka memakai topeng, aku tak dapat nak tentukan jantina mereka.." Wajah Noah berkerut-kerut. Lorcan sangat berhati-hati sampai mereka keliru dibuatnya.

Akhirnya, malam itu mereka akan lakukan serangan terakhir di Duvan dan bangunan kerajaan. Serangan yang akan menangkap semua tentera dan membunuh jika perlu. Semua perancangan diatur oleh Noah sendiri dan dipersetujui Daud dan James.

Mereka nekad akhirinya.

•••

"Kumpulan Timur A5 sudah masuk dari pintu belakang Tuan!!"

"Skuad EBRA sudah masuk dari Utara Tuan!"

"Kumpulan B2 laporkan situasi." Jett tenang menyoal sambil dia menghirup kopi dan disajikan skrin lebar komputer riba dihadapan wajah. Dia dapat melihat setiap pergerakan tentera dari perlbagai sisi.

"Kumpulan kami berada dalam keadaan baik. 6 Tentera Junior Duvan sudah berada di dalam tahanan, mereka menyerah diri." Seorang menjawab, Jett tersenyum sumbing.

"Noah?" Jett menyoal ketua operasi yang bakal menempuh tempat sukar.

Ktak!

Mata Noah tajam memandang ke hadapan.
"Aku bersedia untuk menyerang." Dan serentak itu tubuh lelaki itu berlari dan..

Bang! Bang! Bang!!

Bunyi alarm kecemasan bergema di satu bangunan. Serangan mengejut Noah buat tentera-tentera Duvan yang sedang berborak itu tidak bersedia mengeluarkan senjata masing-masing. Di kesempatan itu, Noah berlari menerkam dua dari mereka. Rambut kedua lelaki itu ditarik lalu kepala mereka dihentam kuat kedinding, cukup buat hentakan yang mengeluarkan darah dan keduanya pitam.

Bang! Bang! Bang!!
Tiga dari mereka diuruskan Rowen dan Zoey dibelakang!

Mereka memang diberi pilihan untuk membunuh atau menahan, tetapi sekarang mereka berada di level yang terdiri tentera-tentera elit Duvan, tiada pilihan lain selain membunuh satu-satunya pilihan yang mereka punya.

"Kerja bagus Noah." Zoey senyum sinis.

Noah tidak menjawab selain terus melangkah ke hadapan, tangan menyelup kebelakang mengeluarkan bom asap beracun lantas dibaling ke satu sudut. Isyarat tangan diberi kepada Rowen dan Zoey untuk mereka menekup mulut sendiri dengan topeng.

"Uhuk! Uhuk!!

"Gas! Uhuk!!"
Tak lama beberapa orang keluar dari sudut itu mencari ruang udara yang bersih. Nafas meraka mungkin sesak dek asap pekat itu.

Noah angkat tangan kepada Rowen dan Zoey sebelum.

Bang!! Bang!! Bang!!
Kesemua mereka sudah jatuh ditembak Rowen dan Zoey tanpa belas.

Mereka menunggu hingga 3 minit sehingga gas beracun dari bom asap itu hilang barulah masing-masing melangkah. Kawasan itu sudah selamat untuk mereka bergerak.

"Noah belakang kau!!" Jett menjerit melihat seseorang cuba menjerut Noah dengan tali dari belakang dari skrin komputer ribanya. Nampaknya dia mungkin mana-mana tentera yang tidak bersedia dengan senjata dan terpaksa gunakan tali itu untuk pertahankan diri.

"Ergh!!" Gigi Noah diketap mencari nafas. Rowen mengangkat pistolnya cuba menembak lelaki yang menjerut Noah tetapi pergerakan lelaki itu tidak menentu, buat dia sukar sasarkan tembakan.

"Jangan hina aku untuk mati denga tali!!" Noah berundur dengan kuat hingga tubuh lelaki itu tertolak ke dinding. Sekali lagi dia kedepan dan menghentam kuat tubuh itu kedinding cukup buat lelaki yang menjerutnya tadi jatuh lemah kelantai.

Bunyi derap langkah berlari ke arah mereka, Noah segera mengangkat pistolnya.

"Tuan!!" Noah jatuhkan pistolnya memandang beberapa orang dari pihaknya menghampiri.

"Bawa dia sebagai tahanan." Zoey meninggalkan arahan sebelum melangkah pergi.

"Gavriel kurang adabnya juga ya?" Seorang menegur tenang lantas melangkah menghampiri Noah dihadapan. Wajah Noah kosong tak berperasaan.

"Datang tak berjemput, ini tidak adil Noah, kami tak persiapkan jamuan untuk tetamu lagi." Sinis lelaki itu menutur.

"Jadi?" Tenang Noah menyoal.

"Buang senjata kau, dan lawan aku dengan cara yang adil." Lelaki itu sepertinya mencabar Noah. Seperti kebiasaan tentera, mereka akan menyahut cabaran itu untuk menganding kekuatan tenaga dan fizikal masing-masing.

"Okay." Noah angkat pistolnya. Lelaki Duvan itu tersenyum tapi tidak lama.

BANG!!
Lelaki yang mencabar Noah tadi jatuh rebah kelantai dengan luka parah ditembak Noah diperut.

Jatuh rahang Zoey melihatnya.
Rowen senyum sumbing. Siapa yang pernah menjalani misi dengan Noah pasti akan faham yang Noah..

"Aku tak suka buang masa kotorkan tangan aku." Wajah Noah tak berperasaan memandang lelaki sedang berkerut kesakitan itu.

"Noah kau..." terketat-ketar bibir lelaki itu menahan sakit dan geram.

Noah tenang melangkah melintasi tapi belum sempat dia melangkah jauh. Kakinya berhenti seketika.

"Saat kau menyerang Duvan dahulu, kamu semua juga datang tak berjemput dan bunuh orang-orang kami tanpa belas." Sebaik menutur ayat itu Noah melangkah meninggalkan ruang itu. Hatinya puas.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro