BAB 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sebentar.." Zoey menghentikan langkah Noah dan Rowen. Wajahnya pula berkerut memandang ke hadapan.

"Sudah ada tentera kita yang masuk ke sini sebelum kita?"!Rowen tunduk memeriksa keadaan mayat yang sudah terkulai di lantai.

"Belum, SKUAD EBRA masih dibelakang." Noah turut memandang sekeliling. Hanya Zoey diam memerhati susuk-susuk itu.

"Ini kesan luka terkena senjata tajam, seperti pedang.." Mata Rowen menangkap kesan luka yang jadi punca kematian tentera-Tentera itu.

"Kau maksudkan Syira?" Soal Noah. Rowen mengangguk seraya bangun berdiri memandang Zoey yang terdiam.

"Sekurang-kurangnya kita tahu dia dipihak kita." Zoey menyambung langkah memeriksa bilik demi bilik menempatkan atasan Duvan. Kosong, tiada seorang pon di berada dibilik mereka.

Syira sudah lakukan semuanya?

Kini mereka melangkah menghampiri pertengahan bangunan yang menempatkan dataran membulat yang besar.

"Mereka disana." Ujar Noah sebelum memperlahankan langkah dan bergerak secara berhati-hati menghampiri kawasan itu. Yang dia nampak beberapa orang terikat di tiang-tiang penghias bangunan.

Sebaik dia hampir dengan tempat itu, Noah berhenti bersandar pada dinding dan memandang ke arah Rowen dan Zoey. Dalam kiraan beberapa saat mereka serentak bergerak mencari ruang melakukan serangan tetapi sesuatu yang mereka lihat buat ketiga lelaki itu perlahan-lahan menjatuhkan senjata masing-masing.

"Syira?" Soal Rowen memandang seorang gadis Lorcan menghala pistolnya tepat di wajah Sofea, pengkhianat Timur Feyre.

"Tak, Syira disana." Mendatar suara Noah menunjuk Syira bersama beberapa tahanan dan kesan darah dibajunya. Apa gadis itu memang gemarkan hiasan darah dibaju?!

"Jadi dia.." Rowen kembali memandang gadis Lorcan yang mengeras memandang tajam Sofea di hadapan.  Sofea pula hanya mampu tersenyum sumbing, tenang tidak takut dengan ancaman gadis dihadapanya.

Terdengar keluhan berat keluar dari ulas bibir Zoey, sebelum lelaki itu melangkah ke arah dua wanita yang saling bertatapan itu. Terdapat beberapa tentera Gavriel dan Lorcan yang lain turut baru tiba ke situ sekadar menghantar bantuan sebelum mereka terkedu melihat situasi dihadapan.

Kenapa gadis itu itu tidak menembak sahaja Sofea atau menahan perempuan itu? Bukannya Sofea bersenjata. Apa yang gadis itu tunggukan?

"Apa sedang berlaku?" Seorang tentera Gavriel yang baru tiba terpinga-pinga tidak mengerti situasi semasa. Bukankah mereka diminta untuk menahan atau membunuh tetapo apa yang gadis itu tunggukan?

"Jatuhkan senjata kamu, jangan bunuh dia. Kita perlukan keterangan dia." Zoey menolak pistol dipegang gadis itu tetapi tindakan gadis itu menepis tangan Zoey buat semua disitu tergamam.

"Mana dia?" Akhirnya keluar soalan dari mulut gadis Lorcan bertopeng itu.

Sofea membalas dengan senyuman segaris, tenang.

"Aku tanya mana dia?!!" Mendengar pekikan kuat itu, mata Noah membesar. Sudah lama dia bersama gadis itu, dia tidaklah leka untuk tidak mengecam suara itu.

"Maria..?" Rowen malah turut mengenali suara itu.

"Apa yang kau maksudkan Maria?!" Zoey menengking Maria. Apa wanita itu mencarj Camila, Tessa atau Lyra yang sudah sah-sah tak mungkin kembali.

Belum sempat dia mahu menghentikan Maria, tangannya ditarik Syira. Perempuan itu memberi isyarat gelengan kepala supaya Zoey tidak masuk campur. Pasti ada sebab kenapa Maria setegang itu.

"Dia tak perlukan kamu Maria.." Balasan Sofea buat Maria ketap gigi sebelum makin dekat menghunus pistolnya tepat ke leher Sofea. Dia dapat menangkap wanita itu teguk air liur.

"Mana si pengecut itu? Kenapa kau nak sembunyikan dia?" Suara Maria kedengaran dingin. Sofea melepaskan tawa kecil.

"MANA LYRA?!!!" Pekikan Maria buat semua disitu tergamam.

Apa yang dimaksudkan dengan Lyra??

"Bukankah Lyra sudah disahkan terkorban?" Seorang tentera Lorcan menyoal temannya.

Rowen turut berpaling ke arah si penyoal sebelum menghala pandangan kehadapan. Dia juga dihurung persoalan. Apa yang Maria cari sebenarnya?

BEBERAPA HARI LALU DI RUANG RAHSIA BAWAH TANAH.
Maria menghunus pedang hampir mengena leher lelaki Duvan yang menyusup masuk ke ruang rahsia bawah tanah. Hanya satu persoalan berada di kepalanya.

"Bagaimana kau boleh masuk ke dalam ini? Siapa yang dedahkan kau semua maklumat tentang Timur Feyre?" Dingin suara Maria kedengaran buat lelaki Duvan itu kecut perut. Mata wanita itu sudah cukup membunuh.

"A..aku tak akan beritahu.." Ragi-ragu lelaki itu membalas.

Maria senyum sinis.

"Aku akan panggal kepala kau dan hantar pada keluarga kau! Anak atau isteri? Biar mereka semua terseksa dan menyesal kerana kau menyertai Duvan!" Ugutan Maria buat lelaki Duvan itu tergamam seraya menggeleng kepalanya.

"Tak! Jangan!!"

"Kau tahu apa yang boleh buat aku batalkan niat aku.." Maria mula mengangkat pedangnya bersedia untuk memacung kepala lelaki itu.

Wanita-wanita Timur Feyre di belakang mula menutup masa masing-masing dengan aksi kejam dari tentera handal Lorcan itu. Maria akan jadi tidak berperasaan bila tiba masanya.

"Baik!! Baik aku akan cerita semuanya!!" Lelaki Duvan itu menjerit meminta simpati. Maria senyum sinis.

"Seorang dari Timur Feyre sudah dedahkan segalanya..."

"Dan orang itu.."

"MANA LYRA!!" Maria kini hilang sabar mencengkam kasar baju wanita itu. Walau Sofea lebih tua darinya, hormatnya pada wanita itu tidak pernah wujud.

"Kau makin hilang sabar Maria.." mata Maria yang tadinya dingin sedikit membesar mendengar satu suara menyambung pekikannya.

Dia pantas berpaling melihat seorang gadis jauh berbeza dari apa yang dia kenal beberapa bulan yang lalu. Pakaian dipakai gadis itu cantik, rambut gadis itu terpotong kemas. Maria ketap gigi. Topeng diwajah dibuang sebelum dia berpaling memandang gadis itu.

"Lyra.." Rowen tarik nafas panjang. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa Maria kelihatan begitu marah.

"Sebab aku tak sabar nak bunuh kau.." Bergetar suara Maria seraya menolak kasar tubuh Sofea pada tenteranya lantas mengangkat pistol dihunus pula ke wajah Lyra.

"Apa yang terjadi? Maria?? Lyra?!" Zoey memandang dua perempuan itu silih berganti. Maria dan Lyra terkenal kerana ketangkasan mereka di Timur Feyre juga kedua-dua mereka sangat rapat seperti pasangan kembar. Tapi kenapa hari ini mereka berbeza?

"Lyra sepatutnya mati di tangan aku kerana dia telah mengkhianati Timur Feyre!!" Setelah sekian lama memendam pedih, Maria akhirnya luahkan segala yang dia simpan seorang diri.

Rowen dan Noah serentak tergamam memandang ke arah Lyra yang tenang menghulur senyum sinis. Tiada lebih sakit dari kehilangan seorang kawan di medan perang tetapi sakit dikhianati teman pasukan lebih pedihya dari itu. Saat semua orang berduka kehilangan Remy, Maria memendam pedih dengan hakikat teman sendiri mengkhianatinya yang menjadi punca serangan di Timur Feyre tempoh hari.

"Aku sudah muak dengan dunia aku Maria.." Lyra melangkah tenang menghampiri Maria.

"Kau dah korbankan Remy! Kau dah bunuh ramai tentera!! Kau memang punca segalanya Lyra!" Turun naik nafas Maria memandang sahabatnya. Jika mereka tidak disituasi begini, pasti sekarang dia sudah memeluk dan menangis di dalam pelukan Lyra. Tetapi sekarang tidak, Lyra yang berada di hadapannya bukan Lyra yang dulu.

"Ya, aku yang dedahkan semuanya." Tak berkelip Rowen memandang ke arah wanita itu. Kenapa semudah itu Lyra?

"Kalau begitu aku yang paling layak bunuh kau!!" Maria ketap gigi, air mata ditahan mengalir dari tubir mata.

"Tak Maria, aku yang patut bunuh dia.."

Ktak!

Bunyi picu pistol ditarik dan derap langkah menghampiri.

Mata Lyra sedikir membesar memandang Rowen berwajah kosong menghampirinya. Ya akhirnya, segalanya sudah berakhir.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro