13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau takde hak nak tahu apa-apa fasal aku. Kau bukan siapa-siapa pada aku. Aku bukan siapa-siapa pada kau! Stop lah nak buat baik! Tadi kau cakap kau takkan cuba nak ambil tahu, kau takkan tanya apa-apa. Penipu! Kau tiba-tiba je datang, terus tanya benda macam kau tahu semua fasal aku. Kau tak pernah kenal, kau tak pernah jumpa aku lah, sial! Ambil balik kad kau. Aku taknak!"

Keva diam teringatkan itu.

Sejurus pertanyaan Amir berkenaan perbuatan Azhar kepadanya, terus dia melenting dan menengking bukan-bukan.

Keva sembamkan muka di lipatan lengannya di atas meja.

Keva bukan mahu berkurang ajar dengan Amir. Keva sendiri sedang cuba di dalam mengamalkan hati yang baik. Keva cuma... takut. Dirinya takut, amat dan terlampau takut dengan pendekatan dan nada suara yang Amir gunakan terhadap dia. Semua itu begitu asing kepada dia.

Dia benar sudah mati.

Tetapi oksigen masih ada memayungi segala organ. Dia fizikalnya masih hidup. Jadi, apa lagi yang dia boleh buat? Melainkan meneruskan perjalanan yang sungguh berasa macam berjuta-juta tahun lamanya ini. Dia sungguh hendak memberhentikan semua.

Tetapi dia masih di sini, kerana terasa terhutang budi. Dan kemudian, Amir pula muncul dengan cara dan nada yang amat berbeza. Dia sudah tidak mahukan kebaikan daripada orang lain. Biar lah dia menjadi kebaikan, atau keburukannya sendiri. Seorang diri terus dan terus. Lebih baik ke situ. Daripada lagi sekali dia terasa terhutang budi dengan sesiapa jua.

Keva sungguh tak larat dah.

Kenapa Amir macam tu? Nanti... bila Amir tahu siapa aku, Amir akan jadi macam Azhar juga. Aku dah tak sanggup kena macam tu. Bodoh kau, Mir. Sebab kau aku kena pikir semua ni balik!

Selepas apa yang terjadi di antara dia dan Azhar, Keva jadi more than paranoid. Keva tidak percaya kepada sesiapa jua. Sekarang, dia cuma percayakan Kak Elis. Itu pun tawar. Hmm. Jika persetujuannya di dalam menolong menyudahkan hal kerja Kak Elis itu dianggap kepercayaan, jadi anggap saja lah begitu. Sebab dia sungguh hanya hendak tinggal dan lari daripada waktu sekarang.

Keva teringat akan kerisauan Kak Elis kepadanya sebaik ternampak tampalan luka di tangan dan dahinya selepas dia pulang dari rumah Amir. Dia cuma menyatakan yang dia pengsan ketika demam, menyebabkan dia jatuh terhantuk meja. Kak Elis begitu risau sehingga menariknya ke hospital.

Kak Elis sangat baik.

Dan kerana itu, Keva masih bersama Kak Elis dan Kak Wana sampai ke hari ini di pejabat mengusahakan penyiapan akaun. Sudah seminggu berlalu sejak malam itu. Selama itu, Azhar tidak melakukan apa-apa. Tetapi dia perasan mata lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia daripada kejauhan.

Tuhan, Keva pohon. Jangan buat Kak Elis tiba-tiba ada kerja dan kena pergi jauh-jauh lagi. Biar lah Kak Elis terus ada dekat sini sampai kerja Keva selesai. Lepas tu, Keva janji... Keva akan pergi dari hidup dorang dan Keva akan hidup sendiri dan tak rosakkan hidup orang lain dah. Tolong lah, Tuhan... Keva taknak rosakkan hidup Kak Elis. Keva taknak Kak Elis sedih. Sebuta-buta Keva dalam relationship, takde perempuan yang suka bermadu. Tuhan... jauhkan daripada Kak Elis kecewa dengan Keva... tolong lah, Tuhan. Kalau Tuhan benci Keva sekalipun, jangan sampai libatkan Kak Elis.

Keva merayu dengan segawat-gawat permintaan di dalam hati.

Setiap kali ketiadaan Kak Wana di rumah, tanpa gangguan kerja dan tanpa teman Kak Elis atau Kak Wana di dalam hari-harinya, dia menjadi vulnerable. Menyebabkan kejadian di dalam kereta bersama Azhar itu kerap kali terlayar di ruang ingatan. Di dalam jaga atau di dalam mimpi. Akibatnya dia selalu mengamuk merosakkan barang dan menangis meraung di dalam bilik air.

Apabila melepak bersama Kak Elis, Kak Wana, Marissa juga Azhar ketika sarapan atau makan tengah hari, Keva cuba sedaya upaya untuk tidak bersuara. Dia hanya ketawa dengan gelagat Marissa dan cerita lucu daripada Kak Elis juga Kak Wana. Pertanyaan Azhar dijawab semata-mata untuk mengelak daripada Kak Elis memasang syak.

Keva jijik. Kadang-kadang dengan Kak Elis yang begitu memuji sikap suaminya, si Azhar. Dia tahu Azhar memang tidak berkira, begitu pemurah. Seperti dulu, Azhar menjaga dia memang bagaikan adik. Langsung tidak berkira. Tetapi... tuih! Sejijik Keva kepada pujian Kak Elis terhadap Azhar, jijik lagi dan benci lagi dan minta mati lagi rasanya terhadap Azhar. Sungguh jijik dan sungguh benci. Azhar memang dasar lelaki yang tidak cukup satu. Dasar lelaki tak berguna! Tika melepak beramai-ramai, betapa Azhar gedik ber'sayang-sayang' dengan Kak Elis. Di belakang Kak Elis, Azhar menghubunginya pula dengan pujuk rayu.

Keva mengeluh memikirkan semua itu.

Sampai bila aku nak berlakon macam tu dengan rasa takut macam ni? Aku dah penat kena fikir banyak benda. Dengan pendekatan Amir, dengan Kak Elis yang makin meminta tolong, dengan Azhar yang macam tu...

Tuhan... kuatkan Keva. Cepatkan waktu untuk Keva siapkan kerja. Keva nak pergi dari semua ni...

Tuhan...

Keva takut.

Azhar tidak bergerak menyentuh atau mendekatinya lagi setakat ini. Tetapi kemungkinan itu selalu ada. Dan dia bukan takut dengan advance yang mungkin dilakukan Azhar itu. Walaupun Azhar sering menghantar mesej di WhatsApp dengan kata pujukan yang bukan-bukan. Malah Azhar sampai menghantarnya artikel yang mana merupakan luahan cinta dengan imej yang explicit.

Tetapi bukan itu yang dia paling takutkan walaupun ya, Azhar memang babi melampau. Hantar gambar jilat pussy macam tu then cakap cinta???

Dia takut dengan dirinya sendiri. Dia takut jika kemahuan tubuhnya mengatasi kata akalnya. Kalau Azhar tidak merosakkan dahulu, it will be her. Itu yang dia takuti berkenaan trauma ketagih yang dia alami.

Keva sudah tidak mahu ke tahap itu. Keva sudah tidak mahu kembali ke zaman hidupnya bersama daddy dan uncle.




Azhar membuka pintu pejabat perlahan-lahan, tidak mahu kehadirannya disedari. Elis dan Wana tiada kerana urusan bersama bank dan bersama bengkel-bengkel yang menjadi pembekal. Marissa turut ikut sekali. Jadi... Keva hanya berseorangan.

Daripada bukaan kecil pintu, Azhar terus dijamu dengan keadaan Keva yang menyembamkan muka di atas lengan di atas meja kerja. Mata lelakinya sepuasnya mengintai tubuh yang menggiurkan itu. Pinggang, lekuk belakang, punggung, lengan kurus yang cantik, jemari yang runcing, rambut hitam yang bersanggul menampakkan leher putih itu...

Renungan Azhar mencerun dengan perasaan yang kian bangkit. Intense and burning. Hati dan badan rasa terbakar dengan kemahuan. Diri sendiri tidak tahu mengapa dia rasa begini. Yang pasti, dia mahukan Keva. Sangat-sangat mahukan perempuan itu.

Sekali sudah merasa kesedapan yang sungguh menggiurkan macam tu (squirt kot, filthy and sins kot), ingat senang-senang saja ke diri lelakinya mahu melepaskan? Semua lelaki sama saja.

Dada Keva. Itu yang paling dia ingat dan tagihkan. Mata Azhar mula terpejam. Kembali mengimbau. Kembali mencari rasa puting itu di atas lidahnya. Kembali mencari rasa buah dada itu membengkak terang di dalam tekupan tangannya.

Dada Keva memang menawan. It's so freaking soft. Tak langsung macam Elis. Aku laki dia, bukan nak kutuk. Dada Elis cantik gak. Besar, penuh. Cuma tegang sangat dan gelap sikit. Sedikit londeh. Sebab Elis sendiri yang tak nak kegiatan seks yang akan banyak bagi kesihatan ke tubuh kalau explore lebih-lebih.

Mata Azhar kembali buka memandang Keva. Itu baru dada, belum anggota lain lagi. Kepalanya semakin penuh dengan keindahan yang dimiliki Keva. Daripada keadaan Keva yang berposisi menyembamkan pipi kanan di lengan kanannya, menjadikan dia dijamu penuh dengan lentik dan lekuk tubuh seksi itu. Pinggang Keva, punggung Keva, leher Keva yang cerahnya cantik. Tidak ternoda. Padahal...

Azhar jilat bibir tanpa sedar.

...kemanisan leher itu dia dah hisap banyak.

Sedang mata menjamu keindahan itu, kepala Azhar semakin membandingkan. Membandingkan. Keva dan Elis. Keva atau Elis. Keva. Kemudian, baru Elis.

Untuk seorang suami mula membandingkan isterinya dengan perempuan lain, cinta yang menyatukan mereka di awalnya memang sudah tiada makna lagi. Terutama sekali lelaki serupa si Ridhwan Azhar ini yang semakin memandang perempuan lain daripada isteri di sisi. Jenis lelaki yang tidak puas. Malah sejenis lelaki yang lupa terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki berlandaskan syariah apatah lagi hukum hidup. Jika hidup lupa akan tanggungjawab begitu, jujurnya lebih baik mereka menjadi anjing saja terus sampai mati.

Azhar melangkah masuk dengan perlahan-lahan. Lantai simen yang memang tidak menghasilkan bunyi semakin memberi peluang. Keva yang masih tidak sedar, tangannya lembut menyentuh bahu itu yang begitu membangkitkan rasanya di tika ini. Serentak itu lah, Keva terenjat terkejut.

Mata Keva terbuntang memandang Azhar. Azhar tidak endah, malah semakin berterpa untuk menakluk. Keva geram menolak dan menampar kuat dada Azhar. "Jangan dekat! Aku jerit nanti!" Keva berbisik kasar, matanya tajam memandang senyuman Azhar yang sungguh lah sinis.

Syaitan!

"Jerit lah. Keva kena fikir sebelum buat. Siapa yang akan percaya cakap Keva kalau Keva tak malu pergi buka aib sendiri?" Azhar bersuara mencabar begitu lewa dengan jemarinya lembut mengelus lengan dan kemudian naik ke bahu Keva.

Keva menepis laju. "Kau nak apa? Kau dah ada isteri. Kak Elis tu dah cukup baik. Apa lagi yang kau nak ha bodoh?"

Pergerakan Azhar terhenti. Matanya lembut memandang Keva tanpa jemarinya bergerak meraba lagi. "Zehar sayangkan Keva. Zehar dah cakap, kan? Zehar takkan ambil berat, Zehar takkan mahukan Keva, Zehar takkan setia—"

Keva benci dan jijik mendengarkan itu. Dia tolak kerusi yang dia duduki tadi kuat dan hentak ke paha Azhar. "Kau tak sayang aku. Kau bernafsu je. Nafsu syaitan! Sudah lah. Kesian Kak Elis."

Sudah berkali-kali lelaki ini menegurnya di WhatsApp. Mengenai satu restoran baru itu dengan alasan Zehar nak membawanya sekali lah ketika diri itu makan bersama Kak Elis tempoh hari. Perkara kecil begitu memang nampak macam bodo alang saja. Tidak perlu diendah. Tetapi tetap amat jijik kepada dia! Dan lagi lah bertimpa-timpa rasa jijik dan bencinya kepada lelaki jalang ini, tatkala mesej Zehar itu membunyikan mengenai rindu kepadanya sedangkan Kak Elis masih di sini, bukannya di Johor! Dan mengenai perasaan yang kononnya benar-benar mencintai dia. Mengenai kata-kata maaf dan betapa ikhlas dia menyayangi bukannya kerana tubuh badan semata!

Sungguh dajal lah jantan ni!

Sebodoh-bodoh Keva sehingga bergelar pelacur, dia tahu apa itu sayang dan nafsu. Azhar tak lain tak bukan, memang bernafsu saja terhadap dia. Dan dia pula, perempuan yang berpenyakit begini. Senang saja lah kaum lelaki mempergunakan dia. Senang saja detect dia sejenis perempuan murah yang macam mana! Azhar sudah berkeluarga, sudah berpengalaman dan sudah mengetahui masa silamnya. Jadi memang macam senang saja lah Azhar mengesan kelemahannya!

Perempuan dalam dunia ni memang bodoh!

Masa silamnya dijadikan alasan. Bodoh! Keva taknak rebah ke dalam semua tu balik! Keva taknak lagi pergi ke dark hole tu. Keva taknak lagi terkurung di dalam dread place yang melemaskan dan kekal menariknya macam tu!

"Keva—"

Azhar kembali bergerak. Keva tidak menunggu. Dia meloloskan diri daripada almari dan meja kerja, mahu berkurung diri di dalam bilik air. Tetapi lengannya sempat dicengkam ketat oleh Azhar. Sakit! Dia terus pejam mata tatkala tiba-tiba bibir Azhar mencumbui leher dan belakang telinganya. Geram! Dengan sepenuh tenaga, dia tolak badan lelaki boroi ini sampai terhasil dengusan kasarnya sebelum keras dia tampar pipi Azhar si bodoh. Sehingga terkebelakang Azhar dan seterusnya terhentak ke meja kerja. Segera dia ambil kesempatan itu, kakinya berlari ke bilik air dan berkurung diam di dalamnya.

Keva berbisik doa dan berulang-ulang kali menyeru 'Tuhan'. Keva menutup mulut cuba menahan daripada tangisannya terlepas keluar. Lama dirinya diam di dalam dan hanya melangkah keluar apabila suara Kak Elis, Kak Wana dan si kecil Marissa meriuhkan suasana.

Keva tekad. Dia hendak berterus terang kepada Kak Elis. Dia hendak berhenti kerja dan kembali menjarakkan diri daripada keluarga ini. Kuantan boleh jadi, maka Kak Elis mesti akan faham juga untuk kali ini. Dia sudah tidak kisah akan kerisauan Kak Elis kepadanya, berkenaan Kamal atau berkenaan diri sendiri. Lantak lah semua itu.

Dia cuma mahu lari daripada sini.

Dia mesti.

⧈ ⧉ ⧊



"Mir."

Hilang, berkecai, bersepai segala yang dia fikir berkenaan Keva. Amir tidak memandang mak nya yang memanggil daripada sofa sana yang berhampiran dengannya yang sedang baring di karpet dengan TV terpasang. Dia berbunyi "hmm" saja kepada teguran mak.

"Dah mesej Husna macam yang mak suruh?"

Kali ini, laju kepalanya pusing masih di bantal memandang mak. "Husna mana pula?"

Puan Dayah menjeling. "Mazatul Husna tu lah."

Amir mencebik terus. Tetapi sedikit lega terselit di hati. Pandangannya kembali kepada filem di TV yang kononnya begitu khusyuk dia menonton sedari tadi. Walhal, Keva saja yang memenuhi ruang kepala. Sambil itu, dia membalas sambil lalu kepada suruhan mak nya. "Panggil je lah Atul. Sibuk nak Husna bagai. Tak. Amir tak mesej lagi. Sibuk."

Spontan, pipinya terasa 'kecepup' jentikan hasil Puan Dayah membaling segulung benang ke arahnya. Dia muncung lalu. Tetapi bangun juga dia mencapai benang yang tergolek itu kemudian diletakkan di kabinet TV.

"Biar lah mak nak panggil dia Husna. Husna lembut apa. Sedap je. Dah lah dia santun, cantik je. Hesh."

Amir mengerling mak nya yang kelihatan begitu gembira. Nampak semangat saja rupa mak yang duduk di sofa itu sedang menjahit seluar Aiman yang terkoyak di tengah akibat bermain bola petang tadi.

"...berkenan betul mak nak jadikan Husna tu menantu."

"Hhhmmmmmmmm." Dia berbunyi panjang saja-saja. Teruskan je lah berangan, mak. Amir takde rasa lagi nak fikir fasal Atul tu.

Dia menyelesakan baringannya. Fokus kepada filem di kaca TV yang daripada tadi dia sudah hilang track sebenarnya kerana memikirkan hal Keva.

"Mir."

"Hm."

"Jangan kecewakan mak tau?"

"Hm."

"Mak nak menantu yang pandai jaga diri, santun, pakai tudung, dari keluarga baik-baik. Budak perempuan zaman sekarang banyak yang dah rosak, kan? Tak kahwin lagi, tapi dah kena sentuh. Takde laki lagi, tapi dah mengandung. Husna tu... Alhamdulillah. Mak berkenan betul. Kalau Amir dengan dia, nanti mak dah tak risau lebih-lebih lah dekat Amir. Boleh fikir ke adik-adik Amir pula."

Amir tidak tahu mahu bereaksi apa apabila mak sudah mula nak main sappy-sappy. Penyudahnya, dia memilih untuk masih tidak bunyi menjawab dan kekal diam saja menonton filem.

Sebenarnya, ayat-ayat abah berkenaan kahwin itu ibadah, berkenaan kahwin itu untuk membela nasib kaum Hawa, untuk menyelamatkan kaum Hawa lebih memberat di dalam kepala Amir. Ayat mak pula, terang-terang berharap malah seperti MESTI hanya approve kepada menantu yang tip top ten.

Kalau... Keva jadi menantu mak, mak boleh terima ke? Aduduh, masalah pula ni.

Amir tiba-tiba garu kepala dengan mata masih di kaca TV.

"Rumah yang kau duduk dengan kawan-kawan tu... okay, Mir? Takde kurang makanan ke? Kurang sabun mandi ke? Ubat gigi ke? Ada? Mak pergi dulu, macam tongkang pecah, berhabuk berlemi bersawang."

Amir kembali "hhhhhhmmm" panjang, "Adat lah, mak. Rumah orang bujang."

Puan Dayah mencebik. "Untung kau, Mir sebab kau bukan anak perempuan. Kalau tak, dah lama mak ikat kau. Tak bagi duduk jauh dari mak."

Amir terus tertawa lucu. Malas nak menjawab. Nak tengok Avengers. Dan lagi... bersama nama Keva masih berlingar di dalam kepala.

⧈ ⧉ ⧊



Amir baring di katil di rumah sewanya. Matanya terkebil-kebil memandang siling.

Dia memikirkan kata-kata mak yang mula bising berkenaan langkahnya yang tidak bermula lagi di dalam cuba menghubungi Atul. Salah dia juga. Tetapi rasa itu tiada, takkan mahu dipaksa? Dan pertemuannya dengan Keva baru-baru ini, di dalam keadaan perempuan itu yang begitu pula tu, sangat-sangat macam baru membuka kotak penglihatan mindanya. Ke arah suatu pandangan dan pemahaman yang baharu. Kesedaran itu bagai sangat meresap ke dalam sanubari.

Aduh.

Atul. Keva.

Kedua-dua itu Amir tidak cinta pun.

Atul yang dia tidak pernah kenal. Ingat pun hanya samar-samar yang mereka pernah menjadi teman sepermainan di waktu kecil.

Keva yang dia sudah kenal, tahu, ingat... nampak. Semenjak 16 tahun dulu.

Setiap pertembungannya bersama Keva, malah sedari dia berumur 15 tahun dan budak itu serupa di tadika lagi, sangat-sangat segar di ingatan. Gambar lama itu yang menjadi penghubung di antara dua titik tanpa dia sedar. Kemudian, semasa dia bekerja sebagai penghantar piza, yang lepas itu juga seperti saban hari bermain di dalam ingatan. Mana tidaknya? Dia masih berasa bersalah ke atas apa yang terjadi ke atas Keva. Dan Keva selama ini senantiasa bertitip di bibirnya di sepanjang doa.

Dan semakin dia mengenali malah semakin hendak lebih mengenali selepas dia lihat sendiri akan kesedihan dan tangisan perempuan itu yang sungguh... membuatkan hati lelakinya merasa sakit.

Daripada dulu sakit masalahnya.

Kalau kahwin di antara dua tu, mana satu yang boleh memberi kebahagiaan, keselesaan, kemudahan atau kegembiraan? Sudah semestinya Atul. Sebab mak memang sudah sangat berkenan. Kalau bawa Keva jumpa mak... mak akan terima tak? Keva tak bertudung dan dari setakat yang aku tahu, dia bukan Islam.

Cinta. Aku tak kisah sangat. Cinta selepas nikah yang memang sangat indah hingga ke syurga. Tapi zaman sekarang ni, tak usah cakap lah. Makin ramai lelaki dan perempuan yang tak kisah bujang. Jadi kahwin je lah antara dua pilihan tu, kan? Cinta, insyaAllah... boleh dipupuk antara aku dan dia selepas dah bergelar suami isteri nanti. Maknanya, nampak sangat cinta tu tak penting lelangsung pun. Tanggungjawab, makna kau faham ke tidak yang status kau dah berubah. Dan kau bukan semata lelaki dah.

Suami.

Kahwin jangan sebab kau nak ada bini. Sekurang-kurangnya kahwin sebab kau dah betul-betul faham ke tak apa itu suami.

Tapi tu lah. Dengan Atul, memang aku takde rasa langsung nak ambil langkah merapatkan. Kalau dengan Keva... ada rasa tu. Tapi sebab aku kesian dengan dia. Aku rasa nak menjaga dia. Tangisan dia... aku taknak lagi dia sakit macam nak mati macam tu. Aku pun rasa sakit yang sama.

Tapi... kalau aku kahwin dengan Keva, apa akibatnya? Banyak akibatnya. Dengan masa silam dia yang macam tu lagi, dengan hidupnya yang... berkemungkinan kes dia dengan Azhar tu lagi...

Ya Allah...

Amir meraup muka.

Tapi Keva tak jahat. Dia perempuan teraniaya. Tahun lepas lagi dia dah kena teruk. Bukan aku tak tahu. Sebab kan benda tu lah aku rasa bersalah sangat. Cuma kali ni dengan Azhar...

Amir bangun daripada baringnya. Hatinya merasa tidak tenang.

Serius ke... Keva memerlukan sangat-sangat perlindungan sekarang ni? Dan serius ke, dan sudah bersedia ke aku untuk memberi sebaik-baik perlindungan kepada dia? Dengan keluarga aku, dengan mak, dengan kisah dia lagi yang aku sendiri tak jelas...

Yang paling penting, Keva nak ke tidak ada orang jaga dia lagi?

Amir menggosok dadanya berkali-kali, cuba menenangkan degupan laju yang dia alami. Amir meraup muka sehingga ke ubun-ubun kepala. Ketat dia meraup muka dan rambutnya. Sehingga ke belakang tengkuk.

"Woi, kenapa?"

Amir pandang Ashraf, si teman serumah yang melangkah masuk ke biliknya. Kaki Ashraf menghala ke rak buku miliknya. Teman serumah memang sudah biasa meminjam buku-bukunya serupa meminjam daripada perpustakaan awam.

"Aku rasa aku nak kahwin la."

Hampir terlepas 'Don't Be Sad' daripada tangan Ashraf. Diri merasa terkejut gembira. Sebab dia bukan tak kenal Amir ni macam mana. Maka, dia nak korek lah. Laju dia menarik kerusi kerja Amir dan melabuhkan duduk. "Wah serius? Calon mak ke?"

Amir menggelengkan kepala. "Kau kan tahu, aku ni..."

Ashraf tersengih. "Ye, ye. Sifu tak nak kahwin sebab sifu fikir kahwin ni tak bahagia dan komitmen dia begitu besar dan banyak cons daripada pros."

Amir tersenyum sedikit. "Kalau... kau. Kau akan kahwin ke kalau semata sebab nak jaga perempuan tu? Aku memang tak kisah cinta, sebab aku tak tahu cinta jiwa apa semua tu. Tapi... kalau kahwin sebab kau nak melindungi dia. Bukan sebab arranged marriage yang kau tahu, kau kena pupuk rasa cinta tu. Ni... kau kahwin sebab semata kau nak jadi... savior ke perempuan tu? Like... what's the damage? It will be okay ke?"

Ashraf mengangkat bahu. "Definisi okay tu... agak bahaya sikit. Kahwin ni luas, bro."

Amir angguk kepala di dalam duduk tegak bersilanya di birai katil. "Expand."

Ashraf senyum. "Okay. Ada orang kahwin berkali-kali, sebab perkahwinan dia hancur. Ini yang kau banyak tweet."

Amir mencebik dengan perlian kecil daripada Ashraf itu.

Ashraf sengih dan menyambung.

"Ini aku cakap both sides lah eh tentang kahwin? Lelaki dengan perempuan. Ada orang kahwin semata-mata fikir sedap. Ada yang kahwin, kahwin je lah sebab umur dah meningkat, nak buat apa lagi? Kahwin tu orang pandang macam satu tanggungjawab hidup jadi... dia macam nak tak nak kena kahwin juga sebab semua orang dah kahwin. Kahwin tu juga ada orang pandang bukan benda wajib sepanjang kau hidup. Sebab hidup bukan pasal kahwin je, bukan kahwin tu jadi cert kau pernah hidup pun. Tapi, ada juga tak kira lelaki ke perempuan, kahwin semata-mata fikir cinta. Benda ni banyak dekat pasangan warga emas yang dah puluh tahun hidup sama. Kan kes baru ni, dan kes lain jugak yang kita tak tahu? Dia tak kisah pun bakal bini dia tu ada kanser tahap 4. Janji dia dapat kahwin dengan perempuan yang dia cinta tu, dan dia dapat jaga perempuan tu, dan perempuan tu mati dalam pangkuan dia. Kan ada kes tu? Kecoh dekat..."

Amir memintas. "Kau tahu kan aku tak baca media dan segala IIUM Confession tu semua? Skip."

Terus Ashraf tepuk tangannya sekali. "Ha! Tu sebab kau tak 'membaca' penuh lagi." Dia sertakan "peace" di tepi kedua telinganya selari perkataan 'membaca' yang dituturkan.

Amir kerut kening melihatkan itu.

Ashraf menyambung serius.

"Bro, sorry to say. Not to offense. Fasal kahwin ni, banyak kebaikan dan pahalanya daripada kau fikir taknak kahwin sebab semua tu macam beban. Memang... penuh dan besar serta tinggi tanggungjawab kahwin ni. Tambah-tambah lelaki macam kau yang ada life passion macam tu. Aku faham. Tapi... bila dah hidup berdua, kau tak rasa lagi kau alone dalam dunia kau. Akan ada orang yang jadi peneman kau. Dan kahwin bukan fasal cinta je. Tengok contoh kahwin arrange, tetap bahagia JIKA itu jodoh kau. Kalau kau kahwin sebab nak tolong dan bela perempuan tu, tetap bahagia JIKA itu lah yang Allah susun untuk kau. Kau berbalik pada apa yang kau selalu nasihat aku la, bro. Susun segala baik buruk, dan kemudian kau buat istikharah. Kahwin tak seteruk macam kau fikir, bro. Bakal isteri kau takkan rasa toksik macam kau cakap. Percaya cakap aku. Aku tak suruh kau to give it a try. Sebab ni kahwin kot. Bukan benda ringan macam orang sekarang buat. Tapi... kahwin ni ibadah besar. Nak kaut pahala banyak, kau kahwin je. Nak-nak pula, kita ni lelaki. Nak tahu rasa jadi lelaki yang sebenar-benarnya, kahwin lah. Bukan pasal jaguh ke apa. Tapi pasal tanggungjawab dan syariat Allah yang kita semua harap dapat dekat Sana nanti. Kita nak faham betul-betul macam mana nak kecap benda tu, kahwin. Tu mak pak aku selalu cakap."

Amir mengeluh dengan kata panjang lebar daripada Ashraf. Dia meraup muka untuk kesekian kali.

Kahwin bukan fasal cinta je. Kahwin ni sebenarnya ibadah.

Amir pejam mata lama di dalam keadaan dia menutup muka dengan kedua sikunya menongkat di kedua sila.

Betul ke tidak langkah yang aku fikir ni? Ya Allah Ya Tuhan...

⧈ ⧉ ⧊



Finally!

Hari ini hari terakhir dia berada di bengkel ini. Keva sudah berangan gembira. Malam ini dia mahu mengemas baju. Kak Elis akan menghantarnya ke stesen bas. Dan dia akan kembali ke Kuantan. Itu yang diberitahu kepada Kak Elis. Padahal, tidak. Sebab Kak Elis benar-benar berharap untuk dia terus kerja bersama mereka. Memang tidak lah. Maka, dia memang tidak lah akan memberitahu mereka tujuan dan perancangan sebenarnya selepas ini apa dia.

Keva mengeluh memikirkan itu sedang dia termenung. Kemudian, matanya memandang sekitar bengkel yang sunyi. Dia berada di tingkat bawah. Di mana kereta, lori dan bas memenuhi segenap ruang.

Kak Elis dan Kak Wana tiada kerana menguruskan hal kerja. Dan seperti biasa, Marissa mengikut sekali. Azhar pula meminta dia menunggu di bawah ini kerana bengkel yang kosong. Akibat ketiadaan semua budak-budak bengkel termasuk Azhar sendiri kerana mereka perlu menghantar lori dan kereta kepada pelanggan.

Jadi, dia berseorangan sekarang. Kawasan ini pula kawasan perindustrian baru. Memang agak sunyi tanpa keriuhan sesak jalan raya dan cuma ditemani oleh salakan anjing-anjing tepi jalan daripada kejauhan.

Keva diam di dalam duduknya di kerusi sambil matanya terkebil-kebil memandang berbotol minyak hitam yang tersusun mengikut jenama. Telinganya disumbat earphone mendengar dendangan suara Alif Satar di YouTube macam biasa. Sudah agak lama, Keva berdiri memandang anjing-anjing di seberang sana. Sudah lama dia tidak mengusap kepala mereka dan sudah lama juga dia tidak merokok. Dia hormat akan Kak Elis. Kak Wana dan budak-budak bengkel baru saja mengenalinya. Dia tidak mahu mereka cakap yang bukan-bukan. Nanti Kak Elis juga yang malu.

Sedang tubuh dan mindanya begitu relaks tika ini, segala-galanya mula tegang tatkala sebuah kereta menjalar masuk. Daripada cermin kereta, kelihatan Azhar di dalamnya. Keva terus menuju ke tangga, mahu naik ke pejabat.

"Keva!"

Keva terhenti. Matanya memandang Azhar yang menghulurkan plastik makanan.

"Akak dengan Wana balik lambat. Dorang suruh Keva makan dulu. Makan dengan Zehar sekali dekat atas. Jom."

Keva mendadak berubah riak.

Azhar senyum memujuk. "Makan je. Zehar dah sedar. Zehar takkan usik Keva dah. Zehar minta maaf."

Keva terkebil-kebil pula memandang Azhar.

Azhar senyum tawar dan mengangguk meyakinkan. "Zehar minta maaf. Akak baik, dia percayakan Zehar untuk jaga Keva. Zehar patutnya jaga dan lindungi Keva. Zehar minta maaf fasal..." Azhar garu telinganya dengan pandangannya dibawa ke tepi, terang-terang serba-salah. "Apa yang Zehar dah buat, Zehar minta maaf."

Azhar pandang wajah Keva lurus-lurus, benar-benar memaksudkan. "I'm sorry. Zehar menyesal. Kay?"

Keva diam.

Sebelum bebola matanya agak bulat gembira berserta senyumannya terukir ikhlas untuk Azhar. Sebab dia nampak kilasan pintasan malu dan menyesal di mata hitam Azhar. Jadi dia yakin dengan kata-kata lelaki itu.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro