14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keva memandang kosong akan pintu bilik air yang baru ditutup. Kemudian, matanya teralih masih kosong kepada taburan baju di tepi tubuhnya yang terbaring.

Apa aku dah buat?

Keva kembali memandang pintu bilik air apabila kedengaran pancuran air paip di dalamnya. Serentak itu, Keva seperti baru tersedar. Segera dia bangun menyarung pakaian dan terus dia berlari keluar dengan beg bahu yang sentiasa dia bawa.

Dia kena pergi.

Bengkel masih kosong tanpa budak-budak bengkel. Kak Elis dan Kak Wana juga masih tidak sampai. Keva gesa melangkah melalui jalan yang dia ingati untuk keluar daripada kawasan ini.

Keva kena pergi terus hari ini. Tak boleh tunggu dah.

Keva sentuh pipinya apabila terasa titisan air. Dia menangis? Ya, dia menangis. Keva tak hirau akan air mata yang meleleh berterusan itu. Dia malah memandang kelam kabut ke kiri dan ke kanan, mencari bayang-bayang teksi atau perhentian bas. Amat terdesak untuk keluar daripada tempat ini. Amat amat amat terdesak untuk berambus daripada saat ini. Tetapi tidak nampak sebarang teksi atau pondok menunggu pun. Kelam kabut juga perbuatannya mengeluarkan telefon bimbit daripada beg, membuka aplikasi Grab.

Dia tempah Grab ke TBS.

Keva kena pergi jauh daripada sini. Hari ini juga.



Keva keluar daripada tandas. Panty yang basah, dia buang saja ke dalam disposal bin. Keva tak hiraukan mereka yang beratur panjang dan lurus langkahnya terus membasuh muka. Kemudian, Keva keluar. Agak lama dia termangu-mangu di tengah orang yang lalu lalang. Sebelum matanya jelas akan ruang menunggu di sana. Dia melangkah serupa tidak melangkah. Kerana terasa lama dan perlahan sangat peredaran waktu. Berdiri saja di sisi barisan kerusi, dia melabuhkan duduk perlahan-lahan di ruang ini yang mungkin kebetulan agak lengang di masa ini, menghadap dinding kaca menunjukkan suasana luar stesen.

Fikirannya menerawang. Kosong. Bejat. Lemah. Tanpa tuju.

Aku tak nak semua ni. Aku tak minta. Siapa je yang bodoh nak semua ni?

Kau dah mati, Keva. Sebab tu kau minta semua ni.

Kau dah takde apa-apa. Kau tak punyai apa-apa dah.

Hidup kau dah memang sebuah neraka, kan? Dari kau lahir?

Tuhan dan tentukan untuk kau hidup macam ni.

Ini memang hidup kau, Keva.

Satu neraka.

Sudah berbelas tahun malah hampir seluruh zaman selama dia membesar, dia disajikan dengan sentuhan, pendekatan dan bisikan yang begitu daripada lelaki. Membuatkan senang-senang saja dia jatuh di saat bibir Azhar pantas dan licik mencari titik-titik kelemahannya.

Daripada tragedi bersama Azhar di dalam kereta lagi, Keva already lost herself. Memang sudah tiada jalan kembali lagi dah walau berjuta kali mana pun dia membunyikan yang dia sungguh tidak mahukan semua ini, dia berusaha macam nak mati menolak semua ini. Apatah lagi meminta secebis keadaan begini. Apa guna dia menyatakan "tidak mahu" untuk sedikit kefahaman daripada lelaki yang sudah menoda dia? Tiada guna. Hanya akan semakin membuat tubuhnya meminta lebih.

Menagih lebih.

Kenyataannya, Keva tak boleh tipu diri sendiri walau dengan sesungguh hati dia cuba menafi dan mengelak. Kerana selepas kes itu di dalam kereta, sudah berapa kali sebenarnya dia menyentuh diri sendiri tatkala rasa itu datang menggoda tanpa diundang.

Keva ketagih.

Keadaan ketagih di mana minda dan akal sudah tidak berfungsi. Tubuh akan kekal; umpama lebih hidup daripada kemampuannya untuk menguruskan; kekal menghasilkan ketidaksenangan dan jeritan dalam yang berterusan dan menyeksakan sampai lah kemahuannya dilunaskan. Keva tak boleh untuk mengawal kemahuan diri. Dia tiada daya. Dia dah lama hilang daya. Hendak-hendak pula apabila dalamannya sendiri sudah biasa dengan keadaan kotor begitu.

Dia dibesarkan di dalam keadaan yang begitu, menjadikan dirinya teliti dan seukir moleknya sedia begitu.

Dia sudah memberi... sekali, kepada Azhar ketika di dalam kereta itu. Dan beberapa jam yang lalu, dia sudah pun menerima. Kata-kata penolakannya memang tiada makna. Hanya menjadi pemacu nafsu semata.

Untuk dirinya tenggelam kembali ke dalam, memang kekuatan diri sendiri sudah tidak boleh diharap lagi. Jika benar ada savior itu wujud dan dewa bagai dikata, mohon savior itu datang tepat di waktunya. Sebelum Keva sedar betapa tinggi tahap hilangnya dia, tahap traumanya dia, benar-benar mati kah dia, yang mana bukan penyesalan lagi dah. Tetapi nama dan alasan pasrah dan takdir yang akan menjadi setiap suratan kepada apa jua yang bakal terjadi di dalam kehidupan yang dia tersedia serah kalah sekarang ini.

Keva masih tidak mengenali Allah. Keva masih tidak mengenali Islam. Keva masih mencari-cari... sehingga ini, dia sesat kembali. Membuatkan dia kalah di tangan Azhar.

Amarah penolakannya ketika Azhar mula menembusi, terus hilang melayang tatkala Azhar kembali mencium dan mengucup di sana dan sini. So, she just let it happened. She let it be. Be done. Done with Azhar. Kemuncak nafsunya yang ditahan selama ini, berjaya dilepaskan tadi bersama Azhar.

It feels heaven, in fact it is actually hell.

Siapa yang mahukan hidup bodoh dan kotor dan salah macam tu?

Tiada siapa yang mahu.

Tetapi apabila dicampur gangguan trauma yang sudah macam head trauma, because she was fixed like that, dicampur nikmat nafsu, dicampur hilang pedoman, dicampur akal yang sudah tiada guna kerana nafsu diri lebih menguasai... terhasil lah Keva.

Seorang perempuan yang berhidupkan nafu. Seorang perempuan yang bertuankan tagih. Seorang perempuan yang sedrastiknya akur terhadap sentuhan. Seorang perempuan yang sudah lama mati rasa.

Dulu, daddy dan uncle. Incest.

Kini, Azhar. Lelaki yang memandang dia seperti adik. Incest.

Ini hidup seorang Keva. Serupa Lolita. Cuma pelakunya bukan seorang bapa tiri melainkan si lelaki yang dahulu menolongnya dan menaburnya budi.

Dan lagi, apa bezanya, kan?

Keva tunduk memandang gambar mother di riba. Air mata di pipi langsung tidak dia seka.

"Sampai bila, mother? Mother hidup macam Keva juga ke dulu?" Suaranya terketar berbisik di dalam tangisan.

Keva pejam mata.

Nafsu.

Itu ke hidup aku? Berkenaan nafsu semata? Aku memang kena jadi pelacur ke? Aku memang kena diam ke, tak perlu fikir fasal benda lain? Aku memang tak boleh hidup normal? Aku memang hanya perlu memuaskan lelaki yang datang, sekali gus baru aku rasa lega bila tiada lagi jeritan dalaman yang minta dilepaskan?

Macam tu ke?

Aku tak rasa sebarang kasih atau sayang dari belaian yang aku dapat. Aku cuma dahagakan itu. Seks. Aku cuma nak lepaskan sakit nafsu yang tertahan. Kenapa aku bangkai sampai ke tahap itu? Kenapa aku jadi macam ni? Kenapa aku mesti kalah dekat setiap sentuhan dan bisikan lelaki yang mengawalkan dulu?

Aku memang sentiasa dijodohkan dengan lelaki serupa itu. Memang begitu ke takdir aku sampai aku mati? Sia-sia hidup? Dimahukan hanya kerana tubuh? Dan mati pun sia-sia? Tidak akan ditangisi dan dirindui? Macam tu ke hidup aku?

Kedua tapak tangan Keva bergerak silih ganti mengesat kedua pipi.

What's the deal of being me? I am losing myself already. Sampai ke tahap mana lagi aku akan tenggelam dalam rasa macam ni?

Zehar. Kak Elis.

Kau dah berikan pada Zehar apa yang kau berikan pada daddy dan Kamal.

Bukan semata tubuh yang kau beri. Kau beri tagih kau, kau beri jiwa Lolita kau, kau beri rasa hina kau, kau beri sepenuhnya diri kau yang memang minta kena pijak dan ludah masa semua tu.

Kau mati, Keva.

Kau dah pun mati.

Kau tak mahu semua ni, Keva. Sampai bila kau nak habiskan hidup kau... kembali ke lembah macam tu?

Macam mana kalau Kak Elis tahu semua ni? Ini cara kau balas segala kebaikan dia? Kau binatang, Keva... sebab buat Kak Elis macam ni.

Kau mati buat apa lagi kau nak fikir pasal Kak Elis?

Kau kata kau taknak kecewakan Kak Elis. Tapi ini apa, Keva? Kau berpura-pura dengan Kak Elis. Lagi teruk daripada kau beritahu semua pada dia dengan kau berpura-pura macam ni. Berapa banyak muka perwatakan lagi yang kau nak mainkan, Keva?

Kau memang nak terus hilang sampai kena kubur macam ni? Lepas satu, satu lelaki kau nak jadikan pemuas kau? Dengan semua orang tak tahu siapa kau sebenarnya. Apa pengharapan kau, apa impian kau, apa doa kau. Mati penuh sebagai semata Keva, si pemuas nafsu. Macam tu?

Keva tunduk dengan nafas yang mula terasa sesak akibat tangisan tiada hentinya.

Aku tak mula dulu. Aku hanya nak perlindungan. Jauhkan aku dari lelaki macam tu.

Tapi... memang untuk orang kotor macam aku, perlindungan tu memang tidak akan datang, kan?

Memang dah takde lelaki baik ke dalam dunia ni? Memang untuk aku, hanya disajikan dengan lelaki-lelaki buas saja ke?

Aku merayu... untuk aku diberi peluang mengenali lelaki yang benar-benar baik. Untuk aku mengenali mereka yang benar-benar memandang aku sebagai manusia. Bukan mangsa rogol, bukan jenayah perdagangan, bukan pelacur, bukan anak perempuan yang dirogol daddy sendiri.

Aku pohon untuk secebis harapan dan kekuatan. Untuk aku balikkan harapan dan kekuatan kepada mereka. Untuk sama-sama menyokong dan menjayakan.

Aku pekakkan telinga. Aku kuatkan diri bila nama aku dibualkan dengan perkara-perkara busuk. Aku butakan mata bila aku dipandang dengan niat yang bukan-bukan. Aku pasang kepercayaan yang aku akan dapat kebaikan tu suatu hari nanti walau berpuluh tahun aku kena tunggu, untuk aku jadi satu kebaikan juga kepada orang lain.

Aku pasang harapan, Ya Tuhan...

Tapi, ke sini juga aku dibawa.

Salah aku ke? Apa salah aku untuk terus disalahkan macam ni? Apa dosa aku untuk terus terperangkap macam ni? Apa dosa aku untuk terus jadi lemah macam ni? Apa dosa aku untuk membesar seorang diri macam ni?

Keva teresak-esak dengan bahu yang terhinggut-hinggut. Tangisannya semakin nyata kedengaran.

Memang lah barisan kerusi di mana dia melabuhkan duduk ini kosong. Tetapi masih ada beberapa orang lain di berdekatan. Walaupun begitu, dia tidak hiraukan langsung semua itu. Dia hanya terus menangis dan menangis. Dan masih juga dia tidak endah walau mula terdapat mata-mata yang memandang jengkel dan terasa terganggu dengan tangisannya sampai orang-orang itu bangun mengangkat kaki meninggalkan beberapa perkataan "gila". Dia hanya terus menangis dan semakin meraung melepaskan rasa hiba.

Ya Tuhan... apa sebenarnya yang patut aku cari untuk aku hentikan semua ni? Kalau mati saja boleh padam semua kesakitan ini, kuatkan hati aku untuk menikam jantung aku sendiri.

Keva kian meraung dengan rasa sesal yang bertimpa-timpa. Tubuhnya bongkok dengan kedua tumit tangan memangku dahi. Dia tekan dan tekan dahinya menghasilkan sakit sebagai gangguan sekaligus melepaskan geram. Dengan matanya pejam dan mulutnya terbuka melepaskan tangis. Air mata yang menitis jatuh langsung tidak dia seka, hanya dibiar dia membasahi seluarnya.

⧈ ⧉ ⧊



"Aku dah dekat sini. Mana kau?" Amir bersuara malas kepada angah di hujung talian. Sambil itu matanya melilau mencari. Dan terhenti di seseorang itu sebaik tersinggah. Wajahnya berubah terus. Sekaligus suaranya berbunyi gesa. "Kau buat lah apa-apa pun. K bye."

Serentak dadanya merasa debar. Yang baru.

Mata Amir kekal di seseorang itu dengan langkahnya laju begitu mahu cepat tiba di sisi seseorang itu. Dan apabila sudah jelas di mata, langkahnya menjadi perlahan dan agak kaku dia rasakan kedua belah tangannya yang bergerak buka dan tutup buku lima.

Dia menangis lagi. Dia kesakitan lagi. Dia kembali menangis di kawasan terbuka macam ni.

Kedua penumbuknya terketar geram di sisi badannya.

Daif.

Perkataan itu membuatkan Amir nekad. Dia nekad dengan kata hatinya. Dia benar-benar nekad dan sungguh tekad di utama kali ini. Maka terus, kakinya mengatur langkah ke kerusi yang diduduki si seseorang itu.

Keva buka mata memandang sehelai sapu tangan biru muncul terhulur di hadapan mukanya. Dia angkat kepala tanpa kisah akan bagaimana selebet dan basah berkilau mukanya dengan air mata, dan memandang si tuan sapu tangan di sisi. Lelaki yang tersenyum menegurnya.

Kenapa? Kenapa dia?

"Okay?"

Keva tak tahu mahu bereaksi bagaimana dengan pertanyaan sepatah itu. Jadi dia kembali tunduk dan kembali teresak dan terhinggut-hinggut turun naik bahunya menangis. Dia sudah tak merasa apa-apa. Apatah lagi dengan pendekatan begini yang lelaki ini beri. Kononnya menunjukkan simpati. Padahal, kemudian...?

Tidak kisah lah sudah boleh membalas senyum tawa sekalipun dengan lelaki ini, dia sudah tadek rasa.

She just had enough.

"Apa yang sebenarnya jadi kepada kau, Keva?"

Penuh. Baku. Dalam rasa.

Nada yang lelaki itu guna membuatkan dia kembali mengangkat kepala. Dengan mata merah yang basah, dengan pipi yang berkilat air mata, dengan hingus di hidung, dengan air liur di tepian bibir hasil raungannya tadi, dengan rambut yang dicengkam tangan... Keva pandang muka lelaki itu.

Piza.

Lelaki yang agak teruk dimarahi dia semenjak kali pertama berhadap muka. Lelaki yang walau bagaimana pun, serupa sentiasa ada di mana-mana, memberikan dia piza dan serba serbi keadaan yang ganjil yang sering membuatnya tertanya-tanya. Lelaki yang memberinya kad nama di bulan lepas. Lelaki yang mengambil berat akan dia di dua minggu lalu, memberinya makan dan memberinya kebersihan.

Kesemua itu perkara baharu dan keadaan pertama kali yang amat asing untuk dia. Membuatkan dia runsing dan takut.

Kerana itu, ini lelaki yang dia hamburkan tengking hanya sebab mahu membantu. Dah macam asbab.

Dia kan memang jahat dan tak baik untuk semua orang?

Tetapi masih, lelaki ini tetap di sini. Kembali ke sini. Kembali kepada dia. Dengan pertanyaan ambil kisah yang tak pernah dia dapat keadaan dan perasaan ini daripada sesiapa juga. Tak daripada Kak Elis, yang dia begitu pegang dan pandang seabagai penyelamatnya selama ini.

Matanya basah dan kekal di wajah itu yang tiada senyum. Tetapi perhatian lelaki itu terang-terang sepenuhnya umpu diberikan kepada dia.

Kenapa mesti dia yang selalu muncul depan mata aku? Kenapa mesti dia yang jumpa aku dalam keadaan macam ni? Every fucking times. Aku tak perlukan dia! Mamat ni nak apa?

Tengkingan itu tidak terlepas keluar. Akibat daripada rasa penuh yang terlampau sesak di dalam dada. Dia dah tak larat mahu menampung, mahu menanggung dan mahu menyimpan lagi. So, help me God. Menyebabkan ringan dan lesu saja mulutnya mengkhabarkan tanpa berfikir.

"I was in incest... with my daddy since I was five. I just slept... with other husband about two hours ago."

Keva tak tahu mahu membentangkan di dalam keadaan bagaimana lagi. Jadi, dia nyatakan saja keadaan sebenar dirinya dengan ayat terang dan tak bertapis begitu. Yang dia benar rasa itu lah keburukan seorang dia.

Mungkin dengan cara itu, lelaki piza ini akan terus boleh berambus dan henti daripada memberikan dia rasa yang tak pernah macam ni.

Dia takut.

Dia takut dengan sebarang kemungkinan. Negatif, apatah lagi positif.

Keva pandang lama akan wajah lelaki di sebelahnya ini. Dia kesan riak terkejut. Tetapi lelaki itu berjaya simpan dengan ketenangan yang dipamerkan. Keva menggelengkan kepala. Kedua tangannya naik mengesat kedua pipi yang licin basah. Gambar mother masih dia pegang kemas di riba. Sapu tangan yang lelaki itu hulurkan, dia masih tidak menyambut. Sehingga lelaki itu menarik kembali tangannya.

Keva diam memandang riba sendiri. Air mata kembali mengalir tanpa sempat dia menahan. Esakannya kembali berbunyi. Bahunya kembali terhinggut menangis. Keva tak mampu. Jadi dia hanya terus menangis dan terus menangis terang-terang disaksikan lelaki di sebelahnya.

"Kalau kau semata... nak tunjuk... kesian... kau boleh blah. Aku... taknak." Keva bersuara di sebalik tangisannya. Kepalanya semakin ke bawah. Rasa malu, rasa bodoh dan rasa mahu mati sekali gus menghempap dirinya selepas apa yang dia hamburkan tadi. "Please... just—just go away. Leave me alone."

Esakannya dan ngongoian tangisnya nyata kedengaran vokal. "I'm just so tired with everything!"

Keva pejam mata. Tak langsung memandang kerusi di sebelahnya. Tak tahu lelaki itu masih ada atau tidak. Dia cuma tahu menangis dan teresak menarik nafas. Dia biar pipinya gatal dengan air mata. Rambut yang dia biarkan lepas turut dia lantakkan saja beralun semak ditiup kipas.

"Aku takkan pergi, Keva. Keadaan kau yang berulang macam ni, aku—"

Keva sedikit terkejut, kerana disangka lelaki ini sudah pergi. Sebab ye lah, whats the deal actually untuk lelaki ini terus berada di sini? What fucking is it? Kenapa terus nak membuang masa dan serabut berkenaan dia? Dia siapa kepada lelaki ini?!

Akibat fikiran kacau, menjadikan suaranya keluar marah. "Cut the bullshit!" Kedua tangan mencengkam rambut, benar-benar kerimasan sebab bengong tak tahu apa yang sedang terjadi di saat ini. Dan kaki lelaki itu masih teguh memang tidak beralih walau seinci pun. Jadi dengan mata kerut dan masih berkaca, dia tajam memandang muka Amir.

"Kau nak apa? Kau tak pernah kenal aku. Setakat aku sepak kau... kau—kau bagi piza dekau aku... aku—aku... ikut kau balik rumah dulu, pakai baju kau... kau nak buat baik macam ni, no need lah! Kau tak kenal aku! Aku tak kenal kau! Pergi je lah!" Geram, bengong dan putus asa habis bercampur di dalam acuan yang sungguh selerak dan hamis. Tangisannya semakin kuat kedengaran dengan kepala balik tertunduk.

"Aku dah taknak. Aku dah penat. Cukup lah... just leave me alone... pleeeease..."

Diam.

Hanya diam.

Cuma esakan Keva yang masih terus dan hingar-bingar di keliling. Tanda-tanda Amir masih setia ada juga tidak menunjukkan sebarang tanda apatah lagi bunyi.

"Aku kenal kau dari 16 tahun lepas lagi, Keva."

Keva buka mata basahnya perlahan-lahan. Tangisan masih teguh. Kepala tidak dia angkat. Tetapi telinganya mendengar. Kerana Amir suka memberinya rasa teka-teki begini. Sungguh membuatnya tertanya-tanya, ingin tahu seterusnya rimas akan menyerang. Sebabnya dia tetap tidak akan berjumpa sebab musabab siapa Amir dan kenapa Amir. Dia malas hendak melayan repekan itu kali ini jadi dia cuma melayan tangisan sendiri.

"Kau tak ingat aku?"

Baru lah kepala Keva bergerak memandang lelaki di sebelahnya ini. Muka sembap dan kening berkerutnya pergi lantak. Kerana berani Amir menggunakan intonasi begitu dengannya?

Lupa? Siapa? Siapa Amir ni?

"You're in my arms once, Keva. 16 tahun lepas. Masa tu, kau takut ada anjing nak gigit kau. And... aku peluk kau."

Bebola mata Keva agak membulat. Begitu tidak sangka itu yang keluar daripada mulut Amir.

Maknanya...?

"Tak ingat?"

Keva kaku.

"Lepas tu, kau blah dengan ayah kau dan kau terus hilang. Tapi, kau cicirkan satu gambar. Gambar dekat riba kau tu..."

Keva ternganga. Matanya beralih daripada Amir kepada gambar mother di riba. Kemudian, dia terbalikkan gambar ini. Tertera coretan di belakang gambar. Keva kembali memandang lelaki di sebelahnya. Keva masih berwajah berkerut, kosong dan sembap air mata.

"Ya. Tu aku lah yang tulis."

Mata Keva semakin bulat.

Pandangannya semakin agak lebih jelas. Serasanya semua keadaan ini begitu baru; bak permulaan. Bukan saja pandangan korneanya, tetapi dalamannya juga mula merasa sesuatu itu di dalam jelas. Terasa terbuka dimensi yagng baru. Terasa meruap luas kepala dan dadanya.

Dengan riak mulutnya yang ternganga, dengan kerutan wajahnya yang serius tidak menyangka. Tidak dia hirau akan wajah merah dan basahnya kelihatan buruk bagaimana rupa. Dia hanya sungguh terkejut sekarang ini.

"She's your mother, right?"

Keva pandang dan dengar. Tak tahu mahu mengeluarkan sepatah apa dan tak tahu mahu bereaksi macam mana. Dia terpaku sepenuhnya. Dia rasa keras seluruh badannya. Terkejut dan sungguh tidak sangka. Tetapi dalaman kepala dan dada kian bagaikan luas. Meruap dan meruap menguasai segala yang kotor terbiar. Semangat dan baharu.

Ini savior.

Keva merasa bengong dan confuse di dalam diri.

"Bila jumpa kau balik... 15 tahun lepas tu..."

Daripada tadi hanya sisi muka Amir yang menjadi setia pandangan. Dan kini, sepasang mata lelaki itu sudah pun bertemu balas dengan pandangnya. Dia menelan liur tanpa sedar.

"...aku kembalikan gambar tu pada kau. Dekat hospital, masa kau tidur."

Keva ternganga lebih luas lagi dengan matanya juga bulat terang-terang lagi. Air mata dia sudah memang biar kering begitu saja. Dada dan kepala mula merasa denyutan sakit yang begitu kuat, dengan senyuman lelaki itu yang muncul jurus cuma kepadanya.

"Aku rasa Allah lukiskan cara macam tu... untuk aku tahu kisah diri kau. Untuk aku kembalikan gambar tu yang dah macam kekuatan pada kau. Kan? Cause... she's your mother. Mother is everyone's strength."

Keva tunduk diam memandang gambar mother di riba.

Mother... savior dekat sebelah Keva, mother. Selama ni dia yang jaga mother. Keva sakit dengan daddy, mother kena jaga dengan savior. Lepas tu, dia kembalikan mother yang kuat ni... balik ke Keva. Apa maksud semua ni, mother? Dia jaga mother, dia jaga Keva ke selama ni?

"Aku simpan gambar kau tu. Tak tahu kenapa aku simpan. Mungkin... sebab kau akan balik dalam hidup aku?"

Keva pandang Amir ini di sebelahnya. Apa maksudnya? Lelaki itu tersenyum tawar, nipis dan agak serba salah sebelum melepaskan helaan nafas yang perlahan. Kenapa dia nampak debar?

"Now... I know I've just heard something new that is very disturbing from you. And... kalau dah 15 tahun aku jaga kau, dengan jaga kekuatan kau which is the picture. And... I kind of... sekaligus sikit lah ambil berat dalam hal kau selama ni. Even kau tak tahu. Aku memang kisahkan kau, Keva. Kisahkan kau sangat-sangat. Jadi..."

Wajah Keva berkerut penuh. Masih tidak nampak ke mana hala tujuan Amir ingin membawa perbualan ini. Amir pula kelihatan gabra sambil garu kening, berhenti, garu kening, berhenti. Sebelum lelaki itu lurus memandangnya. Nampak mata lelaki itu begitu nekad dan tekad, juga penuh azam kepada dan terhadapnya.

"...aku nak terus jaga kau. Kalau kau izinkan."

Keva tak faham. Jaga?

"Jaga macam mana?"

Keva menunggu jawapan. Sampai dia sendiri tidak sedar mulutnya keluar bercakap itu. Sebab dia rasa nafasnya sepenuhnya sudah ditarik pergi. Tetapi lelaki itu kekal diam saja di dalam masih kelihatan berdebar. Cuma nampak terkawal lah darah gemuruhnya itu walaupun memang nyata dan tara.

"Kahwin dengan aku."

Keva rasa dia bermimpi. Lidahnya hilang, begitu juga suaranya. Matanya terasa besar membulat sehabis bulat. Itu saja otot dan kapilari yang macam bernyawa. Sekujur tubuh kaku tidak bergerak. Kemudian, bebola matanya bagai berpusing. Sebelum keningnya bergerak kerut memandang lelaki ini yang sudah tiada senyum. Tetapi serius dan pasti menunggu... mungkin balasannya?

You ask for the savior, hence here he comes. In a circle of time, that is really overwhelming.

Sekarang, untuk pertama kalinya... Keva merasa kesemua ini terserah kepada dia. Untuk pertama kali, dia diberi pilihan. Memang ayat Amir bukan satu pelawaan. Tetapi daripada pandangan dan bahasa badan lelaki itu yang terang hormat menunggu izin malah sekelumit maklum balas daripadanya, membuatkan Keva tidak tahu hendak berfungsi macam mana.

Sebab dia dipandang dan dititikberatkan.

Dia tidak pernah diberi kata putus apatah lagi pilihan sebelum ini. Dia tidak pernah didengari atau ditunggu pun sebelum ini.

Dan kini, saat yang tidak pernah dia minta apatah lagi jangka itu muncul dan tiba-tiba di hadapan muka akhirnya.

Jadi kesemuanya ini terserah dan berada di tangan Keva. Untuk percaya dengan takdir yang datang pada cantiknya waktu dan menyambut huluran tangan itu. Atau untuk menerus kekal rasa kecewa akibat kepercayaan yang sudah beberapa kali dikhianati dan kekal di dalam jalan hidup yang dia hasilkan salah.

Perjudian. Ya, ini suatu perjudian besar.

Tetapi bukan kah hidup ini pun suatu perjudian infiniti?

Tetapi di dalam hal ini, perjudian ini sendiri bunyinya bagaikan lombong emas yang baharu dia jumpai.

Perjudian yang amat berbahaya di namanya.

"A—Amir." Keva membunyikan itu.

Umpama masih cuba untuk faham dan terima yang semua ini adalah benar dan sedang terjadi. Yang semua ini benar-benar berlaku terhadap dia. Bukan mimpi, bukan bayangan terdesak, bukan pengharapan palsu.

Untuk benar-benar buat dirinya faham dan alami yang... Amir benar-benar lah di sisinya sekarang ini.

Amir. Lelaki piza.

"Iya. Aku. Amir."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro