10 / Painting

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

OMO OMO 13 IN FANFICTION SJJSJSJS THANKYOU GUYSSS MUAH MUAH


Jungkook menghela nafas berat sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam studio art. Masuk sahaja, wajah pertama yang dia nampak ialah Kim Taehyung. Lelaki itu sedang menyusun canvas pada setiap kerusi yang disusun secara bulatan.

Jungkook cepat-cepat mengambil tempat, jauh dari pandangan Taehyung. Dia tidak mahu bertembung mata dengan lelaki itu. Dengar suara dia pun kalau boleh tak nak!

Beberapa orang pelajar turut masuk dan mengambil tempat masing-masing. Taehyung mengukirkan senyuman manis dan memandang ke arah semua pelajarnya.

Pancaindera miliknya menangkap figura yang amat dicarinya itu ; Jeon Jungkook. Lelaki itu hanya menatap ke arah telefonnya dan membuat halnya sendiri.

"Good afternoon, class." Taehyung mula memberi ucapan salam. Matanya tidak lepas memandang ke arah Jungkook.

"Good afternoon sir!" Semua pelajar kecuali Jungkook membalas salamnya. Lelaki itu menggeleng perlahan. Young man..

"Masih ingat pertandingan yang bakal di adakan di kolej kita? Di mana lukisan kamu akan dihakimi oleh seorang pelukis terkenal, Jeongmoon Choi?"

Jungkook mula memandang ke hadapan. Dia menyimpan telefonnya dan cuba untuk fokus intipati yang ingin disampaikan oleh Taehyung apabila nama pelukis kegemarannya disebut oleh lelaki itu.

"Pertandingan itu akan bermula pada hari jumaat ini. Tempoh yang diberi adalah selama 3 bulan dan saya nak, hari ini kamu semua cari idea dan bahan untuk lukisan kamu. Konsep adalah bebas. Penggunaan bahan juga adalah bebas. Dan kalau kamu mahu mulakan hari ini pun, tiada masalah."

"Dan untuk pengetahuan kamu, pertandingan ini juga dapat membantu markah kamu nanti. Saya harap semua ambil cakna dan ambil tempat dalam pertandingan ini." Ujar Taehyung lagi lalu tersenyum.

Jungkook menjilat bawah bibirnya. Dia mula memikirkan idea yang bakal diolah olehnya. Dia kemudian menghidupkan telefonnya. Apabila dia melihat gambar Tessa yang dijadikan wallpaper skrin telefonnya, dia terus tersenyum lebar.

Dia sudah jumpa inspirasi idea untuk pertandingan kali ini!

"Jeon Jungkook," Senyuman gembiranya mati apabila suara Taehyung menampar telingannya. Dia memandang ke arah Taehyung yang sedang berdiri ditepinya. Pandangan dingin dilontarkan.

"Memandangkan kamu selalu menaikkan nama kolej kita di dalam setiap pertandingan seni yang di adakan..." Jungkook tersenyum bangga. Dia sentiasa mendapat tempat setiap kali pertandingan seni diadakan.

"Pihak sekolah meminta kamu untuk menyiapkan tiga lukisan dalam masa 3 bulan. Satu untuk pertandingan, 2 lagi untuk pameran."

Senyuman bangganya kendur. Matanya terbutang luas dan dia memandang ke arah Taehyung dengan terkejut. Dapat dia lihat senyuman senget yang penuh dengan sinisan oleh Taehyung.

"Tapi saya nak kamu siapkan ketiga-tiga lukisan dalam masa 2 bulan."

Kepala otak dia.

"2 months for 3 fucking painting? Are you lost your mind, Sir? I'm human and I'm not a robot. This is so fucking ridiculous that I need to finish all of the fucking painting in 2 months!" Bentak Jungkook. Dia tidak pasti sama ada Taehyung sengaja untuk membalas dendam kerana merampas Tessa atau tidak.

Tapi dari mata lelaki itu, dia tahu. Lelaki itu memang sengaja untuk kenakannya.

"You did that on purpose!"

"No, I'm not. You can do it, young man. Aturkan masa dengan cermat dan kurangkan membuang masa dengan perkara yang tidak faedah. Kamu sebagai seorang pelajar kena 100% dengan pelajaran kamu sebab kamu pun belum jamin akan capai kerjaya kamu impikan atau tidak."

Jungkook mengetap giginya. Dia memandang ke arah Taehyung dengan tidak puas hati. Taehyung mula melangkah pergi dengan tawa halus yang amat menyakitkan hati Jungkook.

Dia menghentak kaki dengan kuat dan cuba kawal kemarahannya. Rambutnya dikusutkan dan matanya melihat ke arah Taehyung yang sedang tersenyum sinis ke arahnya.

———

Tessa menghampiri cafeteria untuk membeli sandwich untuk makan tengah harinya. Hari ini dia tidak sempat untuk keluar makan di luar kerana sekejap sahaja lagi dia terpaksa menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh pengarah kolej.

Sedang menunggu giliran untuk membeli, matanya memandang setiap pelajar yang ada di situ. Dia sebenarnya cuba mencari seseorang dan akhirnya matanya menangkap figura lelaki yang dicarinya.

Dia melihat ke arah Jungkook yang sedang fokus melihat telefonnya dan membiarkan kawan-kawannya yang lain berborak sesama sendiri.

Tessa melihat raub wajah Jungkook yang agak murung seperti kecewa dan marahkan akan sesuatu. Lelaki itu kelihatan seperti tiada mood dan tidak seceria selalu.

Tessa menggigit bawah bibirnya. Kemungkinan hari ini merupakan hari yang malang buat lelaki itu.

"Ms?" Tessa menoleh semula ke arah kaunter dan memberikan senyuman kepada pekerja tersebut. Dia membeli dua sandwich telur dan kobis.

———

Jungkook : I can't come to your place to night, baby😣
Jungkook : I have a lot of fucking works to do😪
Jungkook : Your fucking ex husband really hate me 🙄

It's okay, kookie. Do your work first.

Ayy no la. kenapa pula dia nak benci?

Jungkook : Cause I'm your handsome boyfriend 😉


"Tessy." Tessa mengangkat wajahnya dan melihat ke arah Taehyung yang mula melabuhkan punggung di sebelahnya. Dia memberikan senyuman manis ke arah lelaki itu sambil menyimpan telefonnya.

"Malam ni, you ada masa tak?"

"I'm free. Why?" Taehyung tersenyum lebar.

"Dinner with me. I'll pick you up at 8 pm."

"Okay.."

Selang beberapa minit kemudian, pengarah kolej mula melangkah masuk dan mesyuarat dimulakan.

———

Jungkook menghentakkan dahinya beberapa kali di atas meja. Idea langsung tidak masuk di dalam otaknya. Dia seakan mahu terjun bangunan ketika ini. Kepalanya serabut. Hatinya juga masih sakit disebabkan oleh Taehyung.

Jungkook mengeluh berat. Dia mula bangun dan mencapai telefonnya yang sedang di cas itu. Dia mula mencari nombor Tessa dan menelefon wanita itu.

Selang beberapa detik, panggilan di angkat.

"Hello, cupcake—"

"Oh hello, Jungkook." Kejap. Kenapa tiba-tiba suara Tessa bertukar menjadi suara lelaki. Dan paling teruknya, suara Tessa seakan bertukar dengan suara Taehyung.

Dia melihat semula ke arah telefonnya untuk memastikan sama ada dia menelefon nombor yang betul.

My beautiful, Tess. 🧁

Jungkook menggigit bawah bibirnya. "Kau buat apa dengan telefon dia?"

Dia dapat dengar suara Taehyung yang sedang ketawa sinis. "She's with me. And sekarang ini dia dekat tandas. Well, you know.. kami—"

Belum sempat Taehyung menghabiskan ayatnya, Jungkook terlebih dahulu mematikan panggilan.

"Fuck!" Dia mencarut dengan kuat lalu mencampakkan telefonnya di atas katil dengan geram.

Dia meraup kasar wajah. Cemburunya dengan tiba-tiba membuak-buak. Dia cemburu bukan disebabkan dia benar-benar mahukan Tessa tapi dia cemburu dan marah akibat 'permainan' miliknya diusik oleh orang lain. (such a jerk)

Sial Kim Taehyung.

———

Taehyung melihat skrin telefon Tessa yang sudah gelap. Jungkook terus mematikan telefon apabila Taehyung mula menyakatnya. Taehyung tersenyum kemenangan.

1 : 0

Dia meletakkan semula telefon Tessa di atas meja dan melihat ke arah Tessa yang baru sahaja keluar dari tandas restoran tersebut.

"Done?" Soal Taehyung sebaik sahaja Tessa sampai di mejanya semula.

Tessa tersenyum dan mengangguk.

"Jom, I hantar you balik rumah."

"Okay.."

TBC

Agak hambar chapter kali ini dkskkdsk maaf. Insyaallah hari ini afi akan update 1 atau 2 chapter lagi(kalau ada idea heheh)

💜💜💜💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro