9 / The war

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



Taehyung melihat ke arah skrin telefonnya. Nombor milik Tessa hanya diperhatinya lama.

Nak call ke tak nak? Nak? Tak nak? Hm.

Taehyung mengambil keputusan untuk menutup semula telefonnya dan memejamkan mata buat seketika dan memikirkan keadaannya dan Tessa.

Dia tidak suka apabila hubungan mereka terjejas seperti ini. Dia tahu semua ini salah dia kerana dia yang inginkan hubungan lebih dari seorang kawan. Dia yang mengajak Tessa untuk berkahwin sedangkan dia tahu, Tessa hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat dan abang sahaja. Apabila Tessa meminta untuk dilepaskan, hatinya rasa cukup berat dan sakit. Dia tidak rela tapi terpaksa akur kerana dia tahu menyeksa hati dan perasaan Tessa.

Dia fikir, jikalau dia melepaskan Tessa dan menjalinkan hubungan sahabat seperti sebelum ini, hatinya akan melupakan Tessa. Tapi dia silap. Hatinya sengsara setiap kali mengingatkan bahawa Tessa bukanlah miliknya lagi.

Taehyung mencelik semula matanya. Dia melihat ke arah jam dinding yang tergantung kemas di dinding bilik tidurnya.

8:45 pm

Dia kemudian bangun dan terus mengapai hoodie yang terletak di atas meja kerjanya dan juga kunci keretanya. Destinasi yang dituju adalah apartment milik Tessa.

Sama ada wanita itu ada atau tidak, itu semua ikut nasib.

Kalau nasib dia baik, Tessa ada dekat rumah. Tapi kalau nasib dia tidak baik dan Tessa tiada di rumah, dia akan tunggu di hadapan pintu rumahnya sehingga wanita itu pulang ke rumah.

Dia perlu betulkan apa yang salah. Dirinya tidak dapat untuk duduk dengan diam apabila hubungan mereka berdua bergoyah seperti ini.

———

Jungkook menyikat rambut Tessa selepas dia mengeringkan rambut milik Tessa di hadapan TV. Tessa sedang duduk bersila dihadapannya di atas karpet!manakala Jungkook duduk di atas sofa.

Tessa hanya diam sambil menikmati snack yang berada ditangannya. Dia menonton television dengan diam. Rancangan yang di tonton adalah sebuah k-drama yang baru sahaja ditayangkan iaitu Someone You Loved.

Jungkook menggigit sikat tersebut dan mula mengikat rambut Tessa dengan pigtails. "Done, cupcake!"

"Thank you. Nak?" Tessa menghulurkan snack ke arah Jungkook dengan pandangan innocent.  Jungkook terlalu lemah melihat pandangan itu.

Lelaki itu hanya menggelengkan kepala dan tersenyum comel. Dia meramas lembut bahu Tessa sebelum berdiri. Jungkook mengeliat kecil sebelum melihat waktu pada telefonnya.

"Malasnya nak balik.." Jungkook merungut kecil. Dia begitu malas nak balik ke apartment dia dan Jimin. Kalau boleh, dia nak duduk dekat Tessa dan memeluk gadis itu sepanjang masa.

"Then, tak payah balik. Tidur sini." Ujar Tessa sambil memandang ke arahnya dengan pandangan yang sama. PANDANGAN PENUH SUCI DAN COMEL DAN UGHHH ITU KELEMAHAN SEORANG LELAKI BERNAMA JEON JUNGKOOK.

Jungkook mengusap lembut rambut Tessa. "I wish I can. But I tak ada pakaian lebih kat rumah you. So I kena balik lagipun I ada assignment kena siapkan."

Tessa mencebik. "Fine.. next time you bawa lah baju lebih and letak je kat dalam drawer bilik I.." Ujar Tessa perlahan dengan nada yang comel. Jungkook mula mengukirkan senyuman menyakat.

"Omo omo. Ms Oh dah mula tak boleh berjauhan dengan saya? Kenapa? Nanti Ms rindu saya?" Tessa mencebik. Dia melemparkan kusyen kepada Jungkook. Pipinya mula rasa bahang dan malu.

Memang tidak dinafikan bahawa wanita itu tidak mahu berjauhan dengan lelaki muda itu. Too cute to handle and too hot to handle. 2 in 1!

"M-mana ada! I cuma bagi cadangan je." Jungkook ketawa kecil.

"Nanti I bawa baju I and letak dalam drawer bilik you. Tapi I rasa I kena angkut semua baju I and letak dalam drawer you since I hari-hari nak tidur sebelah you, peluk you and cium you sampai puas."

"Boleh je.." Tersenyum lebar Jungkook apabila mendengar kebenaran dari Tessa.

"I balik dulu, baby. Jumpa kat kolej esok." Ujar Jungkook. Dia melambaikan tangannya ke arah wanita itu dan mula melangkah ke arah pintu.

Tessa mula berdiri dan meletakkan snacknya di atas meja kopi. Dia membetulkan pajamas miliknya dan mula mengikuti langkah Jungkook.

Baru sahaja Jungkook ingin membuka pintu, seseorang mula menekan loceng. Tessa dan Jungkook serentak melihat ke arah monitor cctv di hadapan pintu rumah Tessa.

Mata mereka terbutang luas apabila melihat Taehyung yang sedang berdiri dihadapan rumah.

Belum sempat Tessa berkata atau bertindak, Jungkook terlebih dahulu membuka pintu dan menyapa Taehyung dengan penuh perlian.

"Wassup Mr Kim!"

Taehyung agak terkejut melihat kehadiran Jungkook yang ada di rumah Tessa. Dia tidak menyangka pelajarnya ada di situ. Taehyung melirik ke arah Tessa yang berada di belakang lelaki itu.

"Kamu buat apa dekat sini, Jungkook?" Soal Taehyung yang tidak lepas dari memandang ke arah Tessa, meminta jawapan.

"Mr. Kim buat apa dekat rumah girlfriend saya?" Soalan dibalas soalan. Terbeliak mata Taehyung apabila Jungkook berkata sebegitu.

Tessa juga turut sama terkejut. Dia dan Jungkook belum ada apa-apa lagi hubungan special. Hanya sekadar— urm agak complicated tapi lebih kepada friends with benefits.

Tessa menjilat bawah bibirnya dengan penuh nervous. Dia tidak sangka Taehyung akan berada di hadapan rumahnya.

Dia memperlawa Taehyung untuk masuk ke dalam rumahnya. Jungkook yang tadinya mahu beredar kini berada bersama Taehyung di ruang tamu sambil memeluk tubuh dan menatap ke arah lelaki itu seperti mahu menerkamnya.

Tessa keluar dari dapur dengan dua gelas jus epal dan beberapa keping cookies lalu diletakkan di atas meja kopi.

"Ada urusan apa yang buatkan you datang rumah I malam-malam?" Soal Tessa sambil melabuhkan punggung di sebuah sofa single.

Taehyung berdehem perlahan. Dia melihat ke arah Jungkook dan memberi isyarat mata untuk meminta ruang buat mereka berdua.

Jungkook mendengus kecil dan mula melangkah ke arah dapur, meninggalkan mereka berdua.

Apabila sudah ada ruang untuk mereka berdua sahaja, barulah Taehyung memberitahu tujuannya.

"I cuma nak tengok keadaan you. Lately ni.. you asyik mengelak dari I. I'm so worried." Tessa menggigit bawah bibirnya.

Dia mengelakkan diri dari bertembung dengan Taehyung kerana dia berada janggal selepas malam itu.

"I- I cuma—"

"I'm sorry. I janji I tak akan cakap macam itu lagi and move on. I tak suka hubungan persahabatan kita runtuh di sebabkan ini."

Tessa hanya diam. Dia juga tidak suka hubungan mereka renggang disebabkan perkara ini.

"I— I pun minta maaf sebab I jadi childish and asyik larikan diri dari you.. I pun tak suka.." Taehyung mengukirkan senyuman manis.

"We're fine?" Tessa mengangguk dengan senyuman.

———

Jungkook masih lagi memandang ke arah Taehyung dengan pandangan seperti mahu menerkamnya. Dia menyandarkan tubuhnya pada pintu rumah Tessa sambil memerhati Taehyung yang sedang memakai kasutnya.

Tessa tidak dapat menemani Taehyung di hadapan pintu kerana dia perlu menjawab panggilan dari pihak kolej yang tiba-tiba sahaja menelefonnya.

"So.. you're her ex husband, Mr. Kim?" Soal Jungkook sebaik sahaja Taehyung menoleh ke arahnya.

Taehyung bermain dengan rambutnya sambil tersenyum.

"Well.. yes." Jungkook mengangguk perlahan.

"By the way, tak perlu kot formal sangat. Kita dekat luar kolej. Guna aku-kau pun, okay. I'm fine. Feel young." Taehyung cuba bermesra dengan Jungkook tapi melihat ke arah Jungkook, lelaki itu langsung tidak mahu bermesra.

Kim Taehyung musuh utamanya.

"Tak sangka Tessa seorang yang berkenan dengan lelaki muda."

Jungkook mengulingkan matanya. "Dengan aku seorang sahaja dia berkenan."

Taehyung ketawa kecil. "I know her well. Dia dari dulu tidak berkenan dengan lelaki muda darinya. Dia lebih suka lelaki yang matang dan berfikiran jauh."

Jungkook berdecit. Dia boleh lihat bahawa Taehyung sedang memperkatakan dirinya sendiri.

"Kalau dia berkenan dengan lelaki macam itu, dia tak akan minta kau lepaskan dia." Senyuman Taehyung mula kendur. Dia melihat ke arah Jungkook yang sedang menatapnya tajam. Dia dapat lihat dari mata Jungkook, lelaki muda itu cuba untuk mencetuskan peperangan.

Dia berdehem perlahan. Apa yang dikatakan oleh Jungkook, 100% betul. Dia tidak nafikan.

"Kau tahu, dengan hubungan special kau dengannya boleh mendatangkan masalah buat Tessa. And of course boleh jejaskan kerjaya dia sebab laws." Kini, Taehyung pula membalasnya.

Rahang Jungkook mula jatuh. Belum sempat Jungkook menyerang kembali, suara Tessa mula kedengaran.

"Belum gerak?" Tessa hadir dengan senyuman dibibirnya.

Taehyung tersenyum sinis ke arah Jungkook sebelum memandang ke arah Tessa. Dia menukar senyumannya menjadi senyuman lembut.

"I borak kejap dengan your boyfriend."

"He's not my boyfriend—"

"Yet. But will." Kata Jungkook. Tessa melihat ke arah Jungkook. Lelaki itu menatap ke arah Taehyung dengan pandangan tak puas hati.

"I balik dulu, Tess. Sleep well and rest well. Jangan stay up late and drink too much coffee. And jangan skip breakfast, you tu cepat pitam kalau skip breakfast."

"Yeah yeah. Go and take care." kata Tessa sambil mengangguk. Dia tidak mahu mendengar bebelan Taehyung.

"Oh by the way, kau pun nak balik juga Jungkook? Boleh tumpang naik dengan aku." pelawa Taehyung.

"No. Malam ni aku tidur dengan baby kesayangan aku ni. Kau boleh balik seorang. Take care, bro." Jungkook terus memeluk pinggang Tessa. Tessa hanya tersenyum janggal.

Taehyung ketawa kecil. Dia mula melangkah menuju ke arah lift sambil menggeleng kecil.

Alright young man, peperangan akan bermula!

-TBC-

Last update untuk hari ini hihi 💜 actually aku tak boleh stop dari menaip chapter baru untuk fanfic ni 😔☝🏻 jxksksksks

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro