Chapter 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


BAM!

"Laura! Apa benda yang jatuh tu?" Puan Maria menjerit dari tingkat bawah. Risau mula bertandang di hati apabila terdengar bunyi jatuh dari tingkat atas.

Bunyi tapak kaki yang sedang lari kedengaran. Muncul seorang gadis dengan rambut yang serabai. Satu sengihan dipamerkan buat Puan Maria.

"Sorry, ma. Laura jatuh tadi." Laura memohon maaf seraya sengih dan dua jarinya diangkat. Peace!

Puan Maria menggeleng kepalanya perlahan lalu mengusap dadanya. Satu helaan nafas dilepaskan dengan perasaan lega. Haih, budak bertuah ni.

"Haih kamu ni buat mama risau je. Macam mana boleh jatuh?" soal Puan Maria dengan masih kerisauanya sebagai seorang ibu. Sudip di tangannya masih digenggam erat.

Laura menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan satu sengihan melebar.

"Laura erm... err... panjat kabinet sebab nak tangkap cicak untuk Lilo." Laura terus menunduk kerana risau Puan Maria bakal memarahinya. Kedua tangannya digenggam erat.

"Astaghfirullah al azim! Berapa kali mama nak kena pesan ni? Laura tu perempuan, sayang. Bahaya tau main panjat macam tu lainlah kamu tu ada kuasa spiderman nak melekat kat dinding! Buat apa kamu nak bagi cicak kat Lilo?" Puan Maria mula membebel sambil sudip di tangannya mula gerak ke sana ke sini di awangan. Fuh, bahaya kalau terkena kat kepala orang ni.

"Sorry, mama. Laura saja nak takutkan Lilo. Yalah, Lilo kan takut dengan cicak." Mulut Laura memuncung tanda merajuk.

"Dah tu, kamu dapat tak cicak tu?" Tertanya juga sama ada anak nakalnya ini dapat cicak tu?

"Dapat! Mama nak tengok? Laura ada simpan dalam bekas tadi. Jap, Laura ambil!" Baru sahaja Laura mahu mula melangkah.

"No! Never! Mama tak nak! Eee geli tahu tak, Laura? Kamu main je cicak tu dengan Lilo. Lepas main, buang! Jangan ada bangkai cicak pula." Bebel Puan Maria lalu masuk ke dapur semula. Laura hanya melihat Puan Maria pergi sehinggalah bayangnya hilang.

Laura tersenyum. Bebel dan marah macam mana pun Puan Maria terhadap dirinya, tetap Puan Maria sayangkan dia. Anak kesayanganlah katakan. Laura berjalan riang ria menuju ke kawasan rehat di tingkat atas untuk mengambil bekas cicak yang ditangkapnya tadi.

"Hmm... mana Lilo eh? Lilo! Lilo! Lilililili Lololololo! Lilo!" Laura mencari Lilo yang gebu itu. Pasti Lilo akan meraung apabila nampak cicakman ini. Laura tersengih jahat. Hehehe.

Kaki Laura mula melangkah di kawasan lapang banglo keluarganya. Menjadi kebiasaanya Laura tidak memakai selipar atau kasut apabila berjalan di luar kawasan rumah kerana dia suka memijak rumput yang sungguh lembut.

"Lilo! Janganlah main sorok-sorok! Laura penat tau cari! Laura ada hadiah untuk Lilo!" Jerit Laura sambil matanya dicerlungkan setiap sudut untuk mencari si Lilo.

Tiba-tiba matanya tertancap ke suatu arah iaitu gazebo kayu. Lilo sedap tidur lena di gazebo dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Senyuman sinis mula terlakar di bibir Laura.

"Lilooo!"

Lilo yang sedap tidur terus terjaga mendengar jeritan Laura. Kemudian, dia menggeliat dan baring kuak lentang.

"Lilo! Here you are!" Laura meletakkan bekas cicak di tepi lalu memeluk Lilo yang gebu gebas. Bulunya berwarna putih yang lebat dan sungguh lembut sangat menenangkan. Ahh, macam bantal peluk!

"Meow."

"Lilo."

"Meow... meow."

"Laura ada hadiah."

Lilo bermanja di atas riba Laura. Laura mengeluarkan bekas cicak tersebut lalu letak di hadapan Lilo. Mata Lilo berwarna biru itu terus membulat memandang isi di dalam bekas.

"Meowwww!" Lilo cuba melarikan diri namun ditangkap Laura. Laura sengaja mengambil bekas kecil itu dan letak atas perut Lilo. Lilo mengiau dengan lebih kuat apabila melihat cicak di dalam bekas itu mula menggerak.

"Hahahahah comelnya Lilo!" Itulah manja sangat kan? Kena usik dengan cicak, terus mengiau tak henti. Haa ambil kau ambil! Laura geram dengan kucing kesayangannya yang terlalu manja dan suka membela lemak. Tak pernah nak bersenam. Buruk betul perangai!

"Laura akan lepaskan Lilo kalau Lilo janji nak bersenam dengan Laura! Lilo tu dahlah gemuk! Obesiti! Bahaya tau, boleh membawa maut! Faham?"

Lilo masih bergelut. Hampir menangis kucing itu dibuatnya. Siapa kata kucing tak menangis? Lilo nangis!

"Meowww!"

"Alololo kasihan dia!" Laura letak bekas cicak itu ke tepi lalu memeluk Lilo erat. Lilo diusap dengan penuh kasih sayang. Lilo turut memeluk Laura. Laura berkawan dengan Lilo sejak kecil lagi, mereka membesar sama-sama seperti adik beradik.

"I love you, Lilo."

Laura terlentak di gazebo bersama Lilo yang baring di atas tubuhnya. Menikmati suasana alam pada waktu petang. Senyuman Laura mula pudar.

"Who am i, Lilo?"

"Meow." Lilo menyendeng di bawah lengan Laura dengan manja.

++++

ENCIK Yasser memicik pelipisnya kerana sakit kepala apabila anak tunggalnya menyatakan hasrat untuk memulakan kerjaya sebagai seorang pereka fesyen.

"Papa..." Laura memanggil Encik Yasser meleret tanda memujuk.

"No, Laura Audrey! Papa tak izinkan. Papa masih boleh tanggung Laura dengan mama lagi. Lagipun, Laura boleh tolong mama kat butik kan? Kenapa perlu kerja sebagai pereka? Tak cukup ke duit yang papa bagi setiap bulan?" Encik Yasser tegas memberi keputusan.

Laura senyap. Duit yang Encik Yasser pagi tersangat cukup buat dia kerana jumlahnya mencecah lima angka.

"Laura cuma nak bina kerjaya je. Lagipun tu impian Laura. Tak boleh ke Laura nak capai impian Laura?" Laura sayu. Lilo di kakinya diangkat lalu dibelai perlahan.

"No. When i said no, forever no. Clear? Its too dangerous for you. Kat luar sana terlalu bahaya untuk Laura. Papa tak nak anak papa dalam bahaya."

"What do you mean, papa? Elok saja orang lain kerja." Laura tidak mengerti dengan alasan Encik Yasser itu.

"Enough. Jangan timbulkan soal ini lagi. Ikut je mama kamu pergi butik. Tu pun sama je macam impian kamu." Encik Yasser terus berlalu pergi ke bilik bacaannya. Laura merenung ke arah Lilo dengan muka cemberut. Hidupnya di dalam banglo ini sungguh kosong walaupun mempunyai mama dan papa yang terlalu menyayangi dirinya.

"Lilo."

"Meow."

Puan Maria yang hanya memerhati situasi itu dari dapur terus merapati anak gadisnya itu.

"Laura..."

"Hmm."

"Ikut cakap papa, ya? Lagipun Laura boleh reka pakaian untuk butik mama. Mesti pelanggan suka dengan rekaan Laura. Ya sayang?" Puan Maria mengusap lembut kepala Laura.

Laura hanya mengangguk sahaja lalu senyum manis ke arah Puan Maria. Senyuman palsu, perit hatinya tidak boleh diluahkan. Tak mengapalah kalau impiannya terkubur begitu sahaja asalkan mama dan papanya bahagia. Itu sahaja sudah cukup.

"Mama tahu anak mama ni baik."

Laura hanya tersenyum. Lalu, mata Puan Maria terarah ke pergelangan tangan anaknya. Gelang emas putih yang mempunyai ukiran bunga yang cantik.

"Ma... Mana Laura jumpa gelang ni?" soal Puan Maria dengan gagap.

Laura pandang gelang emas putis di tangannya lalu sengih.

"Laura jumpa dalam bilik stor. Ada dalam kotak kecil. Cantik kan, mama? Laura suka sangat. Mama punya ke? Laura pinjam eh?" Laura sibuk membelek gelang itu.

"Err... erm tak apa. Laura ambil sajalah."

"Betul ke ni, mama?"

"Ya, sayang."

Laura melonjak gembira lalu mencium gelang emas putih itu berkali-kali.

"Lilo, i have a bracelet! Kau tak ada! Werk!" Laura mengejek Lilo. Lilo hanya tayang muka selamba dan kereknya. Ceh!

Dalam diam, Puan Maria terasa sesuatu di hati. Matanya langsung tidak lari dari memandang gelang di tangan Laura. Ya Allah, berdosakah aku?





To be continued...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro