Chapter 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


PELUH yang mula membasahi dahi licin dan keliling wajah putih mulus itu membuatkan si lena terganggu. Kepalanya dipalingkan ke kiri dan ke kanan berkali-kali. Matanya yang dipejam erat terasa seperti dia dalam kesakitan.

Laura masih dalam mimpi buruknya. Cengkaman pada selimut tebal semakin kuat.

"Mmmama! No! Noooo!" Terus Laura terjaga dari mimpi yang buruk. Lilo yang tidur di tempat khasnya mula terjaga akibat jeritan si Laura. Hampir setiap malam Lilo terganggu dengan tuannya yang cantik itu. Lilo bergerak dan melompat ke atas katil lalu baring di sebelah Laura. Kakinya yang gebu itu letak di atas perut Laura.

"Meow..."

Laura menangis akibat terkesan dari mimpi buruknya itu lalu baring dan peluk Lilo seerat yang mungkin. Lilo memang sangat memahami dirinya setiap malam.

"I'm so scared, Lilo. Why that bad dreams always came when i'm sleeping?"

Mimpi yang sama dia alami pada malam ini. Mimpi itu hadir sejak dia kecil lagi sehinggalah sekarang. Dia langsung tidak mengerti maksud di sebalik mimpi itu. Apakah ada sesuatu atau ia cuma mainan mimpi sahaja? Laura tidak pasti, yang pasti setiap kali mimpi itu datang menjengah, badannya akan berpeluh dan ketakutan menguasai dirinya.

"Who's that girl in my dream?" Terbayang seorang gadis dalam mimpi itu namun ia kelihatan kabur sahaja. Langsung tidak jelas. Dan, dalam samar... seorang wanita mati dibunuh.

Laura cuba untuk tidur kembali selepas menenangkan dirinya agar tidak terlalu berfikir tentang mimpi itu lagi. Jantungnya yang berdetak tak seirama mula tenang mengikut rentak normal. Tanpa sesiapa sedari mahupun Lilo si comel, air mutiara jernih mula mengalir dari tubir mata Laura ketika Laura tidur dengan lena.

++++

ROTI yang disapu dengan coklat Nutella digigit dengan sopan. Walaupun dia seorang gadis yang lincah dan nakal namun kesopanan dan adab masih ada ketika makan dan lain-lain. Puan Maria dan Encik Yasser yang mengajarnya agar sentiasa beradab dan bersopan santun walau di mana dia berada. Sikap nakalnya hanya ditunjuk dengan orang yang rapat dengan sahaja. Depan kawan Puan Maria atau Encik Yasser kena jaga adab kalau tidak, terimalah tazkirah malam jumaat oleh kedua ibu bapanya itu.

"Laura, kenapa makan sikit sangat tu?" tegur Puan Maria apabila melihat anak tunggalnya termenung jauh. Ada masalah ke?

"Err... Laura nak makan nasi lemak pula." Roti di tangannya terus digigit dan telan. Nasi lemak dan sambal udang dicedok ke dalam pinggannya dengan tertib. Sekali dua kali suap, Laura mula termenung kembali.

Puan Maria berasa aneh dengan sikap Laura pagi ini. Haih, budak ni dah kenapa? Biasanya dia paling kuat makan bila masa makan tiba.

"Kamu ada masalah ke?" soal Puan Maria terus terang. Masalah apa pula yang dihadapi anak gadisnya itu? Sudahlah jarang keluar rumah dan asyik berkepit dengan Lilo macam belangkas.

"Mana ada, Ma. Laura okeylah." Laura mengukir senyuman manis buat Puan Maria agar tidak bangkitkan soal dirinya lagi.

"Hmm okeylah kalau kamu dah cakap macam tu. Lepas ni mama nak ke butik... kamu nak ikut tak?"

Laura hanya mengangguk kepalanya laju sebelum berkata.

"Tapi, Laura nak pergi mall kejap, ma. So, nanti Laura jumpa mama kat butik." Nasib baik dia teringat akan mahu beli sesuatu.

"Hmm okey. Nanti terus bersiap lepas sarapan. Mama nak tengok bunga mama kejap." Terus bayangan Puan Maria hilang dari pandangan Laura. Dengan perlahan, Laura melepaskan keluhannya yang berat.

"Meow..." Lilo menyendeng di kaki Laura dengan manja. Menggesel bulu lebatnya dengan kaki Laura.

"No, Lilo. Pergi main kat sana. Jangan kacau Laura makan, berdosa tau! Kalau Lilo degil, Laura bagitahu papa supaya tak beli ikan salmon untuk Lilo ahad ni. Understand?" Laura sudah dididik oleh kedua ibu bapanya agar tidak manjakan kucing ketika makan. Beradab sangat. Malah, Lilo ni setiap hari Ahad dia akan dapat makanan spesial iaitu ikan salmon segar. Dasyat kan? Tu makin naik lemak si Lilo ni.

Lilo terus pergi apabila dimarahi oleh Laura sambil punggungnya yang gebu itu tertonggeng sana sini berjalan.

"Dasar kucing gemuk!" kutuk Laura dengan nada kuat. Geram jugalah dengan Lilo yang asyik nak mengada sepanjang masa.

"Meowwww!" Lilo menoleh memandang Laura dengan tajam. Mengiau pun dah serak basah. Marah lah tu kena kutuk. Kah kah kah!

Laura hanya menjelir lidah lalu jeling Lilo yang sudah keluar mengikut pintu dapur. Dasar tak tahu malu. Masuk ikut pintu depan, keluar ikut pintu belakang. Haih, Lilo... Lilo!

++++

KEDAI buku yang berada di hadapannya dipandang dengan mata bersinar. Kakinya pantas melangkah masuk ke dalam kedai buku itu. Nafas ditarik dalam menghidu bau buku-buku yang tersusun di rak. Adakah ini syurga?

Saat dia meneliti setiap tajuk novel di rak, telinganya menangkap satu gosip hangat dari dua orang gadis di belakangnya.

"Eh, kau tak tahu ke yang King Ariyyan dah upah penyiasat untuk mencari puteri?"

"Kau seriuslah? Sejak bila kita ada puteri? Setahu aku kerajaan kita cuma ada seorang sahaja putera itu pun masih remaja lagi. Hingusan sedut hingus."

"Ini apa aku dengar gosip hangat laman web Kak Super Ring yang King dulu ada skandal tau. Kesian jugalah kat Queen Sofea tau."

"Kau sahih ke benda ni? Macam tak logik je bila King cari puteri dia yang hilang. Kenapa sekarang dan bukan sejak dulu lagi? Its weird, you know." Kedua gadis itu mula henti gosip apabila salah seorang hanya menjongket bahu dan tukar gosip baru.

"Puteri?" Laura menggumam. Novel inggeris Crazy Cats is the King menarik minatnya, macam Lilo. Crazy! Lalu langkahnya terarah ke kawasan buku lukisan dan alat tulis. Alang-alang dia sudah sampai ke sini, dia mahu beli alat lukisan baharu untuk lakaran. Kata Puan Maria, butiknya akan mengadakan satu pertunjukan fesyen pada musim panas ini yang digelar Swink Show. Mungkin dia boleh reka beberapa pakaian yang sesuai.

"Eh, Laura?" tegur seorang gadias tinggi lampai tapi masih rendah dari Laura kerana ketinggian Laura amat dicemburui oleh golongan yang rendah.

"Maya?" Laura terus memeluk tubuh sahabatnya Maya. Rindunya tak terkata.

"Tak sangka kita jumpa kat sini."

"Itulah. Kau pun satu, tak cakap pun dah balik sini. Macam mana study kau? Dah habis?" soal Laura teruja.

"Dah. Bulan September nanti grad aku balik sana. Ni kau buat apa kat sini?" Maya melihat dua buah novel dalam pelukan Laura dan terlihat Laura seperti mencari barang lukisan.

"Kau ni macam tak kenal aku je. Of course la, cari novel and barang lukisan."

Maya hanya mengangguk. Kenal sangat perangai sahabatnya yang satu ini.

"Kau pula? Setahu aku kau jarang nak masuk kedai buku ni." Laura pula melontarkan soalan kepada Maya.

"Saja cari hobi baru. Ingat nak beli novel melayu yang sekarang ramai orang cari. Hehehe." Maya tayang sebuah novel melayu di hadapannya dengan sengihan lebar. Bahagia lah tu!

Laura kembali mencari barangnya lalu berjalan seiring bersama Maya ke kaunter untuk membuat pembayaran.

"Lepas ni kau ada pergi mana-mana ke?" tanya Maya setelah mereka keluar dari kedai buku itu.

"Aku kena pergi butik mama aku. Kau nak ikut? Boleh kita sambung borak kat sana. Aku rindu lagi kat kau ni." Laura buat puppy eyes lalu mengerdipkan mata beberapa kali.

"Hahahaha okey. Aku pun tak ada hal ni. Jomlah. Kita jumpa kat sana tau." Mereka berdua mula berpecah apabila tiba di kawasan parkir kereta. Laura tekan hon di hadapan kereta Maya lalu Maya mengangkat tangan.










To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro