11- Another 'Threat'

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"DAH ada kawan baru, buat apa nak tunggu saya lagi?".

Haidar rasa semacam mahu menghentak sahaja kepala sendiri ke dinding sekarang ni. Kenapa? Kerana nadanya kedengaran seperti sedang merajuk atau lebih teruk lagi seolah-olah dia sedang cemburu dengan Daim! Cemburu dengan Daim sebab dapat menjadi serapat itu dengan Ivan hanya dalam masa yang singkat. Oh God!!!

Terhenti sekejap tindakannya yang ingin mengunci kedai itu apabila dia tersedar akan kesilapan sendiri. Sumpah Haidar rasa malu nak mampus sampai habis merah mukanya. Nasib baik la dia sedang duduk membelakangi Ivan. Kalau tidak, memang lagi malu lah dia!

"Cik Zaheera pun kawan saya. Daim tu pun kawan saya. Salah ke kalau saya nak berkawan dengan ramai orang? Or you want me all for yourself?". Ivan bertanya dengan nada yang seakan dia sedang memprovok Haidar untuk mengakui yang diri gadis itu sebenarnya sedang cemburu dengan Daim. Rasa lawak pun ada HAHAHAHAHA! Okay, tak baik gelak. Haidar salah cakap je first-first tu, korang kena faham.

"Jangan nak mengarut! Kita baru kenal lebih kurang seminggu".

"Cik Zaheera kira?". Sekali lagi Haidar tersilap kata membuatkan laju sahaja Ivan membidas dengan penuh yakin. Langkahnya juga semakin maju mendekati figura Haidar yang berdiri kaku membelakanginya itu.

"Saya balik dulu, assalamualaikum". Tak mampu untuk menahan malu lagi, Haidar berasa seperti mahu berlari sahaja sekarang ni. Rasa mahu terus terbang ke rumah lepastu kunci diri dalam bilik. Lepastu tak mahu jumpa Ivan lagi dah.

"Kejap". Namun, Ivan menghalang. Ada sesuatu yang perlu dia berikan kepada Haidar.

"Apa lagi, Encik Patung Beruang?".

"Pusing sekejap. Saya nak bagi sesuatu". Kalini Ivan serius. Tidak mahu lagi main-main.

"Kalau tak penting, saya tak nak terima".

"Saya jumpa benda ni dekat depan kedai awak tadi. It looks like something... like a type of dessert but crocheted. Saya tak pasti pencuci mulut apa. It comes with a note. Cuba Cik Zaheera tengok". Puas memujuk, Ivan akhirnya berjalan ke hadapan gadis itu dan menghulurkan benda alah itu. Dan ya, gadis itu berpaling kerana... dia tahu benda alah tu memang untuk dia dan ini merupakan kali kedua dia menerima hadiah yang tak diingini itu.

Haidar kemudiannya menyambut crocheted dessert yang kelihatannya seperti sepotong kek itu. Di atasnya ada sepotong nota yang tertulis:

Why did you throw it away?

-C.

Tapi kali ini, di hujung nota itu ada tertulis inisial si pemberi dipercayai Haidar bahawa itu merupakan huruf pertama kepada nama si pemberi. Tangannya yang memegang kertas itu tiba-tiba bergetar hebat membuatkan dahi lelaki di hadapan Haidar itu berkerut. Dah Kenapa dengan perempuan ni?

"Cik Zaheera... Cik Zaheera okay?".

"Encik jumpa dekat mana benda ni?". Suaranya sudah mahu bergetar sama seperti tangannya tapi dia tahan.

"Betul-betul dekat depan kedai Cik Zaheera. Kenapa? Apa yang tertulis atas kertas tu, Cik Zaheera?". Soal Ivan seraya semakin mendekati Haidar untuk mengambil kertas kecil itu. Niatnya turut ingin menganalisa isi kandungan kertas itu namun cepat-cepat dirinya ditahan oleh kata-kata Haidar.

"Awak tak perlu tahu, Encik Ivan". Larang Haidar, tegas.

"I meant no harm, saya hanya cuma mahu membantu kalau-kalau Cik Zaheera ada masalah because you look like you do right now". Balas Ivan dengan tenang tetapi langkahnya tak lgi mara ke arah Haidar.

"Maaf, ini hal peribadi saya. Saya tak mahu orang lain masuk campur".

"Orang lain? Bukan saya dah jadi kawan Cik Zaheera ke?". Haidar mengeluh. Dia sudah mengagak yang memang Ivan akan memulakan 'pergaduhan' mulut berkaitan topik ini dan lelaki itu memang tidak akan pernah mengalah walaupun sudah banyak kali dibidas oleh Haidar.

"Bukan dengan semua kawan kita boleh berkongsi rahsia. Ini rahsia saya dan saya tak merancang untuk kongsi dengan sesiapa pun termasuk lah diri awak". Haidar perlahan-lahan mahu melangkah pergi daripada situ tetapi lagi-lagi ditahan oleh suara Ivan.

"Tapi--".

"Berhenti, Encik Ivan. Saya tahu awak ikhlas nak berkawan dengan saya dan saya memang takkan halang awak tapi kalau awak terus memaksa macam ni, saya minta maaf... Saya mungkin dah tak nak jumpa awak lagi lepas ni". Haidar tersenyum sebelum akhirnya berlalu masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Pak Cik Isa itu.

Lalu kereta itu dipandu sederhana laju membelah jalan, meninggalkan Ivan sendiri di hadapan kedai kek alias kafe milik Haidar itu.

"Easy, Ivan. Easy". Keluh perlahan dilepaskan sebelum dia turut berlalu pergi.

🕊

"HAIDAR". Namanya diseru sebaik sahaja dia menutup pintu utama rumah itu membuatkan dia terus berpaling ke belakang menghadap ruang tamu yang luas itu dan... ibu bapanya. Wajah mereka kelihatan serius semacam. Naik takut pula Haidar dibuatnya.

"Assalamualaikum. Mama, papa". Salamnya tidak dijawab, malahan pandangan tajam itu terus-terusan dihalakan ke arah Haidar. Erk dia ada buat silap ke? Rasanya macam tiada

"Siapa kami pada Haidar sebenarnya?". Soal Puan Zulaikha seraca tiba-tiba membuatkan Haidar terkejut besar lalu terus berjalan laju menuju ke arah kedua orang tuanya itu.

"Apa maksud mama? Haidar tak faham". Haidar melemparkan senyuman janggalnya. Dia lalu berjalan mendekati kedua orang tua kesayangannya itu.

"Dah berapa lama Haidar kena intip tapi Haidar tak bagitahu papa dengan mama?". Sembur Puan Zulaikha lagi membuatkan Haidar terdiam sepi. Macam mana mama dan papa boleh tahu pasal hal ini? Dia bahkan tidak pernah memberitahu sesiapa sekalipun tentang hal ini.

"Macam mana mama dapat tahu?".

"Mama jumpa benda yang Haidar buang dalam bakul dekat luar tu. Mama jumpa nota yang pengintip Haidar bagi, yang Haidar simpan dalam laci meja di bilik Haidar...". Tubir mata Puan Zulaikha bertakung. Jujur, dia terasa hati. Masakan perkara sepenting ini tidak diceritakan oleh Haidar kepadanya? Gagal kah dia sebagai seorang ibu kepada gadis ini?

"Kenapa Haidar tak bagitahu mama? Mama ni dah tak layak untuk ambil tahu pasal Haidar ke?".

"Mama... Papa... Bukan itu maksud Haidar... Haidar cuma tak nak susahkan mama papa lagi dah. Cukup lah kejadian dulu yang buat mama dan papa sedih separuh mati tengok keadaan Haidar. Haidar tak sanggup lagi nak tengok mama dan papa risaukan Haidar". Pujuk Haidar dengan suara lembutnya.

"Kamu tu anak papa mama, Haidar Zaheera! Tiada isitilah 'menyusahkan' yang patut wujud!". Tengku Haiman tiba-tiba bangun daripada duduknya dengan suara memetir itu.

"Kalau lah mama tak jumpa benda-benda tu semua, nyawa Haidar boleh ada dalam bahaya. Kamu tahu tak? Kalau mama tak pernah jumpa benda-benda tu, memang sampai bila-bila Haidar nak rahsiakan benda penting macam ni daripada kami kan?".

"Papa... Bukan--".

"Kalau Haidar terus berahsia dengan mama dan papa lepasni, I am gonna get you married. Maybe having someone else by your side ialah cara yang paling sesuai to keep you safe". Ugut Tengku Haiman sebelum berlalu pergi daripada situ diikuti oleh Puan Zulaikha.

Haidar pula sudah jatuh melutut ke atas lantai ruang tamu itu.

"Ya Allah". Wajahnya diraup dan nama Allah Yang Maha Esa itu diseru.

🕊️

Dah dekat dah dengan konflik ni.
Sementara itu, sayang-sayangku boleh enjoy dulu chapter bahagia ni hehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro