12- You & I

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

VANESSA kalau sudah berjumpa dengan kawan kolej lama dia ini, mulut tu memang jarang sekali lah nak berhenti bercakap. Kalau dulu, Haidar boleh turut serta bermulut murai bersama-sama dengannya tetapi sekarang Haidar sudah banyak berubah. Haidar sekarang sudah semakin diam dan sopan. Sudah tidak boleh ketawa langsuir dengan Vanessa seperti dulu lgi.

"Aku ada banyak cerita nak cerita dekat kau weh". Ujar Vanessa dengan suara bersemangatnya seraya memeluk lengan Haidar yang mempunyai ketinggian lebih jauh daripada ketinggian dirinya itu. Kalau tengok balik, tinggi Haidar sudah semacam nak mencapai tinggi abang tirinya. Abang tirinya itu berketinggian 185 cm.

"Ya, boleh. Tapi kalau kita pergi makan dulu boleh?". Tanya Haidar dengan penuh kelembutan. Haish, dia ni! Kalau bukan abang tiri Vanessa yang jatuh cinta, boleh jadi Vanessa yang--

"Haidar ni...". Vanessa menayangkan wajah monyoknya. Bukan lah dia tidak mahu bersetuju dengan cadangan Haidar itu melainkan...

"Eh kenapa? Awak tak nak pergi makan dulu ke? Atau saya ada tersilap cakap? Kalau saya ada tersilap cakap, maafkan saya ya?". Haidar tersenyum-senyum manis.

"Ish, bukan lah. Tapi, kau punya suara lembut sangat".

"Kenapa? Salah ke?". Haidar memandang Vanessa dengan pandangan yang merisaukan. Dia risau jika kata-katanya ada yang menyakiti hati si gadis comel itu. Haidar yang sekarang sangat menjaga setiap tutur katanya... kerana itu lah dia risau terlebih sekarang ini.

"Bukan... Nanti kalau kau cakap lembut-lembut comel-comel macam ni, ada yang terpikat. Aku belum bersedia untuk kawan aku ni kahwin tau! Sebab... Kita dah lama tak jumpa, so kau kena spend time dengan aku dulu baru kau boleh kahwin!". Ujar Vanessa sambil memeluk erat lengan Haidar yang berbalut blaus berwarna perang itu.

Haidar tergelak kecil sebelum berkata,

" Siapa lah yang nak terpikat dengan saya ni, Esah? Kalau dulu, mungkin ya. Sekarang tak ada dah kut". Vanessa dah mula mengerutkan wajahnya apabila Haidar sudah mulai memanggilnya dengan nama panggilan itu lagi. Apakan daya, Haidar cakap itu nama manja untuk Vanessa.

"Ada la! Aku yakin ada".

"Dah lah, mengarut dah awak ni. Jom la kita makan dulu. Saya dah lapar ni". Haidar menayangkan wajah comel buat Vanessa.

"Cik Zaheera?". Eh?

Terhenti terus langkah Haidar tatkala ada yang menyebut namanya daripada belakang. Sebaik sahaja dia berpaling ke belakang bersama-sama dengan Vanessa, riak wajahnya yang tersenyum manis tadi terus pudar.

'Lelaki ni lagi'. Monolog Haidar sendiri.

"Tu ha, dah sampai". Vanessa tersenyum-senyum kambing sembari menyiku lembut lengan Haidar. Bersilih ganti dia melihat abang tiri dan kawan baiknya itu.

Dalam masa yang sama, Haidar tidak tahu yang Ivan merupakan abang tiri Vanessa. Ivan tidak tahu yang adik tirinya berteman dengan Haidar. Vanessa pula tidak tahu Ivan sudah kenal dengan Haidar. Pening kan?

"Hai Cik Zaheera". Berkerut dahi Vanessa apabila mendengar abang tirinya menyapa kawannya itu. Dia tak sangka pula yang Ivan sudah tahu nama Haidar. Sudah lah Ivan memanggil gadis itu dengan nama keduanya. Pernah berjumpa kah mereka berdua ni?

Haidar di sisi lain pula mengeluh perlahan. Dia kalau boleh tidak mahu berjumpa sangat dengan Ivan. Bukan lah tidak suka namun ada banyak benda lagi dia perlu fikir daripada melayan karenah Ivan. Contohnya, hal dia dengan keluarganya yang masih belum selesai.

"Abang kenal ke dengan Haidar?".

Ivan mengangguk sekali.

"Aik? Serius la? Haidar, kau kenal abang tiri aku ni?". Vanessa berpaling pula ke arah Haidar.

"Kenal. Encik Ivan ni kawan saya tapi saya tak tahu pula awak adik tiri dia". Perlahan sahaja suara Haidar. Tadi dah perlahan, sekarang makin perlahan. Mungkin sahaja dia tidak mahu terlalu menonjolkan suaranya di hadapan lelaki ini.

"Abang pun tak tahu yang Ven berkawan dengan Cik Zaheera".

"Lah... Patut la! Ni la kawan kolej Ven yang Ven cerita haritu".

Ivan menyangkan wajah berkerutnya. Mencuba untuk mengingati cerita yang mana satu yang Vanessa maksudkan. Kadang-kadang, Ivan ni pelupa juga orangnya.

"Tak apa la. Jom masuk! Kita makan sekali. Nanti Ven kenalkan balik Haidar kepada abang. Haidar, kau okay aje kan makan dengan abang tiri aku ni?". Vanessa sekali lagi memeluk lengan Haidar sambil membuat muka comel. Dia tak mahu la 'date' mereka ini terbatal hanya kerana kemunculan Ivan.

Haidar kelihatan berfikir sebentar. Dia agak tidak suka sebenarnya dengan kehadiran Ivan ini. Dia mahu meluangkan waktu cutinya ini hanya bersama dengan Vanessa; sahabatnya dan bukannya abang tiri si gadis itu!

"Boleh ke, Cik Zaheera? Kebetulan saya baru balik daripada weekend meeting tadi. Can I join you guys for lunch?". Ivan tersenyum manis memandang ke arah Haidar.

Haidar berfikir seketika sebelum mengangguk sekali.

🕊

TAK lepas mata Ivan merenung Haidar. Entah lah, baginya Haidar kelihatan begitu menawan pada hari ini. Padahal gadis itu hanya memakai blaus labuh berwarna perang, skirt kembang berwarna putih serta khimar labuh yang turut berwarna putih.

Ivan pandang macam nak terkam! Seram pula Haidar dibuatnya.

"Kenapa Encik Ivan pandang saya macam tu?".

"Masih panggil saya 'Encik Ivan' ke? Kita kan dah jadi kawan sekarang". Tamat juga lamunan Ivan apabila dia menjawab soalan Haidar. Kalau Haidar tak bertanya, memang sampai subuh agaknya si jejaka mahu merenung wajah si cantik.

"Tadi awak panggil saya 'Cik Zaheera' juga kan dekat depan Vanessa?". Haidar membalas soalan dengan soalan. Aduhai, perempuan ni.

"Memandangkan saya lelaki, baik lah. Saya mengaku saya yang salah. Sekarang dah boleh tukar nama panggilan kan?". Ada saja kata-kata yang keluar daripada mulut Ivan untuk memenangi perbualan mereka itu.

"Saya tak cakap pun awak salah".

"Memang. Tapi, saya mengaku. Bukan kah itu lebih baik daripada akan terjadinya pergaduhan mulut yang berpanjangan jika tiada yang mengalah?". Kali ini, Haidar terdiam. Betul juga logik yang dipakai oleh Ivan itu.

Okay, kali ini dia suka dengan gaya pemikiran Ivan.

Lama mereka berdiam diri selepas kata-kata terakhir Ivan itu.

Haidar sedang duduk di sebuah bangku manakala Ivan berdiri statik di hujung kiri bangku itu. Lebih kurang satu meter daripada kedudukan Haidar. Dia tahu Haidar tidak suka mendekat dengan lelaki, jadi dia menjauh lah sedikit. Tidak rugi apa pun.

Mereka sebenarnya sedang menunggu Vanessa yang sedang beratur membeli aiskrim di Llao Llao. Haidar nak beratur sekali, Vanessa cakap tak payah sebab takut kawannya itu sakit kaki. Ivan nak tolong beraturkan untuk adik tirinya itu, Vanessa melarang dengan alasan Ivan tidak tahu perisa topping aiskrim kegemarannya dan Haidar.

Barisan masih panjang juga. Sesekali Haidar melambai ke arah Vanessa yang sudah sememangnya tertampal senyuman manis di wajahnya itu. Suka betul dia dapat keluar dengan Haidar hari ini.

"Awak okay?". Tanya Ivan perlahan apabila melihat Haidar yang sekejap-sekejap merenung skrin telefonnya itu.

Haidar menggeleng. Dia memang tengah tak okay sekarang, jadi terus terang aje la. Tak baik menipu.

"Mind to tell me?".

"Saya dah cakap, bukan semua rahsia kita boleh kongsi".

Oh, lupa pula Ivan pada kata-kata gadis itu tempoh hari. Marah betul dia di saat Ivan bertanyakan tentang si pemberi nota misteri dan crocheted dessert itu. Seolah itu ialah rahsia terbesar Haidar.

"Awak tunggu siapa mesej awak?". Ivan menukar topik. Dia tidak mahu memaksa Haidar jikalau gadis itu tidak mahu bercerita tapi dia...

... dia risau akan gadis itu.

"Mama. Saya ada bagitahu dia saya nak keluar tadi tapi dia belum balas. Dia baca saja mesej saya. Saya risau takut dia tak izinkan tapi saya dah keluar". Buat pertama kali sepanjang perkenalan mereka berdua, Haidar meluahkan kegusaran di hatinya kepada Ivan dan di saat itu lah Ivan tahu bahawa Haidar ini merupakan seorang anak perempuan yang sangat baik.

Jauh berbeza dengan dia. Dia terkadang langsung tak meminta izin daripada ibunya untuk keluar kerana dia menganggap itu tidak penting.

"Awak ada masalah dengan mama awak ke?".

Kali ini, Haidar berdiam diri.

🕊️

Update lagi!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro