20- Siapa Dia?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"CIK Haidar dah bangun? Selamat pagi". Tindakan Haidar ingin mencuri-curi makan dan minum di dapur rumah agam itu terhenti tatkala dia ditegur oleh salah seorang pembantu rumah di situ. Ditegur daripada belakang pula tu. Gaya Haidar dah serupa pencuri pula. Well technically, she was.

Terus Haidar berpusing ke belakang dan memandang wajah si pembantu rumah. Haidar sedikit terpaku. Pembantu rumah yang ini bukan lah pembantu rumah yang menghantar makanan buatnya di hari pertama di diculik. Pembantu rumah yang ini tampak muda sedikit.

"Oh, lupa saya nak perkenalkan diri. Nama saya Seri. Seri Delilah". Sekali lagi Haidar terpaku. Cantiknya nama dia... Muka pun nampak macam muda lagi. Macam mana orang secantik dan semuda ini boleh bekerja di bawah seseorang yang sudah serupa Hit-- (okay tak nak sebut nama dia, kontroversial).

Apabila nampak Haidar yang terpaku buat kali kedua itu, Seri cepat-cepat membuka mulutnya lagi.

"Maaf, ini semua mesti masih mengejutkan untuk Cik Haidar. Sorry sebab banyak cakap. Tuan ada suruh saya sediakan makanan pagi untuk Cik Haidar. Katanya Cik Haidar tak makan daripada semalam. Nak saya hidangkan?". Seri bertanya dengan penuh sopan. Haidar hanya mengangguk sebagai balasan. Bukan niatnya nak kurang ajar, namun dia masih terkejut dengan semua ini. Tambahan pula, dia memang sedang lapar! Tenaganya untuk bercakap pun barangkali sudah hilang.

" Duduk lah". Jemput Seri lalu Haidar mengambil tempat duduknya di meja makan itu sambil dia melihat Seri mulai menghidangkan makanan pagi buatnya.

"Tuan dah pergi kerja tadi. Dia warning saya, katanya saya kena pastikan yang Cik Haidar makan harini. Jadi, Cik Haidar makan banyak-banyak ya? Saya takut Tuan marah saya nanti". Seri menayangkan wajah kesiannya yang comel itu membuatkan terukir senyum kecil di bibir Haidar. Alahai, comel sangat ya Seri ni.

Roti bakar yang disapu mentega kacang itu dihidangkan di atas piring Haidar. Masih berasap maknanya masih panas.

"Dekat rumah ni ada tiga orang pembantu rumah. Saya yang bernama Seri ni. Ibu saya yang hantar makanan untuk Cik Haidar waktu Cik Haidar mula-mula datang ke sini, namanya Seri juga. Tapi Seri Melati. Cik Haidar panggil je Mak Ti. Dan seorang lagi...". Terjedanya cerita Seri itu, terjeda juga lah tindakan Haidar yang baru sahaja ingin mulai makan roti bakarnya itu.

" Seorang lagi namanya Dinda. Cik Haidar kena jaga-jaga sikit dengan dia".

Okay, kali ini Haidar pelik dengan bicara Seri. Seri suruh dia berjaga-jaga dengan Dinda? Kenapa?

Baru sahaja Haidar ingin membuka mulut dan bertanya, dia terdengar deheman daripada arah dapur dan ternyata itu ialah deheman daripada Mak Ti. Mungkin Mak Ti tidak mahu Seri terus bercakap benda yang bukan-bukan dengan Haidar.

Seri yang turut juga terdengar deheman itu terus memberhentikan niatnya untuk memberi amaran kepada Haidar tentang Dinda meskipun dia merasakan bahawa amaran itu sangat lah penting tapi, dia sedar umurnya yang baru mahu menginjak ke usia 20 tahun itu tidak memberinya apa-apa hak untuk masuk campur urusan orang dewasa.

"Maaf, Cik Haidar. Cik Haidar makan lah. Kalau nak apa-apa, panggil je Seri. Seri selalu ada dekat dapur je". Seri tersenyum manis lalu bergegas ke dapur dengan wajah yang serba salah. Haidar pula membuat keputusan untuk tidak terlalu memikirkan hal itu. Dia ada banyak benda lagi nak fikir. Amaran tak lengkap Seri itu rasanya boleh diketepikan buat seketika. Atau tidak...?

🕊

PUKUL 5 petang. Tepat pukul 5 petang baru lah Haidar nampak kelibat Ivan pulang ke rumah. Lelaki itu kelihatan dengan mukanya yang lelah (tipikal orang baru lepas balik kerja) baru sahaja tiba di anak tangga utama rumah itu. Baru sahaja Haidar mahu turun membuat perhitungan dengan Ivan, ada seorang gadis datang mendekati jejaka itu. Cepat-cepat Haidar menyorok di sebalik dinding di anak tangga yang paling atas.

Daripada situ, dia dapat lihat gadis itu sedang memeluk mesra lengan Ivan. Yang Haidar peliknya, gadis ini datang daripada mana? Tadi tiada pun. Nak cakap cantik, memang cantik! Mukanya macam model. Pakaiannya agak terdedah. Baju yang seolah menampakkan pusat dengan spaghetti straps dan seluar bermaterial satin.

"Perempuan simpanan dia ke?". Soal Haidar sendiri.

Gadis itu terlihat terus-menerus memeluk mesra Ivan manakala Ivan hanya mengekalkan riak wajah bekunya. Tak senyum, tak juga marah.

"Move. I wanna rest". Suara Ivan.

"Dengan I?". Ini suara gadis itu.

Haidar tidak mahu memfitnah atau berburuk sangka, namun sangkaannya seakan betul. Gadis seksi itu merupakan perempuan simpanan Ivan? Haidar yang terkejut dengan kenyataan itu, terus menekup mulutnya dan bergerak sedikit ke tepi untuk tidak kelihatan dan tidak lagi memberikan akses kepada dirinya untuk melihat aksi kurang sopan itu.

Haidar tahu, dia juga jahil dahulu tetapi... untuk mengulang lihat aksi seperti itu di hadapan matanya, dia tak sanggup.

Dalam kepalanya, dia sedang memikirkan segala benda. Ivan ni siapa sebenarnya? Gadis itu siapa? Dia berada dalam situasi apa ni sebenarnya? Sedikitpun Haidar tak faham. Terlalu banyak persoalan. Lepas satu, satu.

"Kau nak turun makan ke?".

"AAAA!!!". Suara itu mengejutkan Haidar. Sudah lah garau! Tambahan pula Haidar dengan khusyuk berfikir tadi, memang menjerit lah dia.

"What's wrong with you? Setiap kali aku datang, kau mesti terkejut macam nampak hantu". Ivan mengerutkan dahinya. Pelik betul dia dengan Haidar ni. Tapi... comel pun ada. Terus hilang semua penat lelahnya tatkala dirinya disapa oleh telatah comel wanita di hadapannya ini.

"Ya Allah! Terkejut saya! Boleh tak awak bagi salam dulu sebelum muncul! Ini tak, main terjah--". Haidar terhenti sendiri dek teringatkan fakta yang Ivan ni bukan orang Islam. Mana lah dia tahu nak memberi salam.

"Maksud saya-".

"Okay, lepas ni aku beri salam. Now answer my question, kau nak turun makan ke?". Ivan memotong sebelum Haidar sempat menghabiskan kata-katanya.

"Awak sibuk kenapa? Mind your own business". Haidar lalu melangkah turun ke bawah untuk makan tengahari yang dia tak sempat nak makan tadi, meninggalkan Ivan tergeleng-geleng kepalanya di situ.

"Literally, what's wrong with you?". Bicaranya sendiri. Ehem, ehem. Biar saya ingatkan awak ya Encik Ivan Tyler Grayson...

AWAK CULIK DIA!

MEMANG LAH DIA TAK KAN OKAY! ITU PUN SUSAH KE NAK FAHAM?! INI LAH LELAKI!

Back to the present...

Haidar terus melangkah turun daripada tangga itu sampai lah kakinya terjejak di dapur. Kepalanya terteleng-teleng mencari kelibat gadis miang bercampur seksi tadi. Tapi hampeh. Batang hidung pun tiada.

'Eh Haidar, sejak bila kau suka ambil tahu hal orang ni? Dah macam mak cik bawang'. Haidar menjentik hidungnya sendiri.

Tengok punya tengok, orang lain yang datang menyapa.

"Hai Cik Haidar. Cik Haidar nak makan?". Oh, Seri rupanya.

Haidar berpaling ke arah Seri sambil tersenyum. Selang tiga saat kemudian, wanita itu mengangguk. Suka lah dia makan tanpa dipaksa ni. Cuba kalau Ivan tanya dia elok-elok macam ni, mungkin dia akan cooperate. Ini tanya macam diktator kuku besi bagi arahan, memang lah dia tak nak makan!

Seri mempersilakan Haidar untuk duduk lalu Haidar menurut. Kali ini, Seri menghidangkan makanan buat Haidar dengan mulut yang tertutup rapat. Dia baru sahaja dimarahi oleh ibunya tadi kerana membuka cerita yang dilarang untuk dibuka. Jadi, dia tak akan berkata-kata melainkan untuk menjawab soalan daripada Haidar.

"Seri...". Panggil Haidar dengan suara lembutnya. Tak sama langsung dengan nada dia bercakap bersama Ivan tadi.

Seri yang kelihatannya teruja kerana baru pertama kali mendengar Haidar berbicara itu, terus berpaling dengan senyuman yang lebar.

"Ya, Cik Haidar?".

"Sebenarnya... Saya tengah period. Saya ada guna pad yang ada dalam bilik tu tapi macam tak cukup je. Boleh tak Seri tolong belikan nanti? Saya tak boleh keluar sesuka hati tanpa Ivan, nanti dia marah". Pinta Haidar dengan sopan. Nak minta tolong, kena baik-baik. Nama Ivan pun disebut dengan lembut. Kalau tidak, nak aje Haidar panggil lelaki itu dengan nama panggilan 'Diktator Kuku Besi'.

"Boleh! Nanti Seri pergi pasaraya dengan Pak Mal. Selain pad, Cik Haidar nak apa-apa lagi?".

"Hm... Itu aje lah kut. Tapi, siapa Pak Mal?".

Haidar tanya, Seri jawab!

"Pak Mal tu tukang kebun dekat sini. Abang ibu a.k.a pakcik saya". Haidar pelik lagi. Jadi, dekat rumah ni ada seorang ibu, anak dan seorang pakcik yang bekerja bersama? Tambah, seorang gadis misteri.

"Oh, okay. Terima kasih, Seri. Maaf kalau saya menyusahkan Seri".

"Eh, takde hal lah. Ni, Cik Haidar makan lah. Saya nak ke dapur. Nak ambil puding buih yang khas saya buatkan untuk Cik Haidar tadi. Tunggu sekejap tau". Seri tersenyum gembira lalu berlari anak ke dapur. Mesti dia nak bagitahu ibunya yang dia sudah berjaya membuka bicara dengan Haidar.

"Assalamualaikum". Suara garau itu memberi salam seraya mengambil tempat duduk bertentangan dengan Haidar.

"Waalaikumussalam".

"You surely know how to make friends that fast". Tanpa simpang siur, Ivan berkata.

"Kenapa? Adakah menjadi satu kesalahan kalau saya berkawan dengan pembantu rumah awak?".

"Aku tak cakap macam tu pun. Instead, I'm happy that you're making friends now. Congrats".

"Dan saya akan turut senang hati kalau awak boleh pergi daripada ruang penglihatan saya buat seketika. Saya nak makan. Jangan kacau saya boleh?". Haidar menggunakan bahasa baku plus senyuman manis palsunya itu. Aduh, Haidar. Walaupun palsu, takut ada hati yang betul-betul cair aje nanti.

" Aku belum makan. Aku nak makan sekali dengan kau".

"Saya tak nak makan dengan awak. Samaada awak pergi atau saya yang pergi daripada meja makan ni". Haidar mengetuk-ngetuk jari telunjuknya pada meja makan berlapikkan kaca itu.

Baru sahaja Ivan ingin mengalah dan bangun daripada kerusinya, ada tangan yang menariknya untuk duduk semula. Tangan milik seorang gadis yang tiba-tiba sahaja duduk di kerusi bersebelahan dengan Ivan; turut bertentangan dengan Haidar.

'Perempuan tadi...'. Monolog Haidar.

"You nak pergi mana? Tak nak makan dulu?". Gadis itu memegang-megang lengan Ivan. Haidar di hadapan mereka itu sudah naik meluat dengan aksi manja si gadis seksi.

"Aku nak naik rehat". Terus berubah kelat wajah beserta suara Ivan terhadap gadis itu. Berbeza dengan cara dia bercakap dengan Haidar beberapa saat lepas.

"Hm~ Tunggu lah dulu...". Did she just whine? For real bro?

Si gadis seksi membuat suara manjanya seraya memegang-megang dada Ivan SEMAKIN membuatkan Haidar meluat. Haidar lalu bangun daripada duduknya dan berlalu pergi. Jangan anggap dia cemburu, JAUH SEKALI! Dia hanya meluat dan tidak sanggup lagi melihat adegan yang baginya cukup intim itu.

Terkejut Ivan dibuatnya tatkala Haidar pergi tanpa kata. Terus dia menepis tangan si gadis ke tepi.

"Sekali lagi dia tak makan disebabkan kau, you get out of my house". Dingin berais amaran yang diberikan Ivan sebelum dia turut berlalu pergi.

Seminit kemudian, baru lah Seri tiba dengan puding buihnya.

"Maaf lambat Cik--". Terhenti katanya tatkala meja makan sudah kosong. Langsung tiada orang. Rasanya tadi riuh dengan suara Haidar dan Ivan bercakap.

"Alah... Tak sempat Cik Haidar nak rasa". Monyok Seri dibuatnya.

🕊️

Second update for today!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro