21- Dark & Darkness

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KALAU nak dibandingkan dengan semua orang, rasanya Stefan seorang sahaja lah yang mampu mendengar segala celoteh yang keluar daripada mulut Vanessa. Sebulan dia pulang ke Malaysia, sebulan itu juga lah cerita Vanessa tak pernah nak habis. Ada saja Vanessa mengajaknya pergi ke mamak untuk bercerita, membawang dan sebagainya.

"Lepastu kan, assignment saya semua kena tolak. Sebab katanya saya tiru si Damia tu. Padahal Damia tu yang tiru saya!". Vanessa meluahkan rasa ketidakpuasaan hatinya kepada Stefan sambil gadis itu menghirup air sirap laici kegemarannya.

Minum punya minum, Vanessa perasan yang Stefan hanya merenungnya daripada tadi sambil tersenyum. Tiada satu pun daripada ceritanya yang direspon betul-betul oleh Stefan. Dia tahu, Stefan ini pendiam sikit orangnya. Tapi, takkan lah tak respon langsung!?

"Awak...". Panggil Vanessa.

Diam. Tiada respon.

"STEFAN!". Kali ini Vanessa memanggil sambil menepuk kuat meja plastik kedai makan mamak itu sehingga terhinjut bahu Stefan dek kerana terkejut. Aduhai adinda ni, nasib baik tak tercabut jantung kanda.

"Ya?".

"Saya bercerita daripada tadi, awak mengelamun pula. Cantik sangat ke muka saya ni?". Tak dinafikan, Vanessa memang cantik. Wajahnya yang putih melepak dengan bibir yang kemerahan. Alisnya cantik terbentuk dan setiap kali dia tersenyum, pasti muncul dua lesung pipit comel pada pipinya.

" Cantik". Bicara Stefan di bawah nafasnya berharap agar si cantiknya tidak mendengar. Mampus lah dia kalau Vanessa dengar. Putus agaknya talian persahabatan mereka.

Ceritanya, Stefan sudah berkawan dengan Vanessa sejak daripada mereka di bangku sekolah menengah lagi dan sejak daripada itu lah Stefan jatuh cinta dengan sahabatnya ini sendiri tetapi dia tidak sanggup untuk menggadaikan persahabatan mereka dek kerana perasaan bodohnya ini sendiri. Jadi, biar lah dia rahsiakan sahaja dulu perasaan sebenarnya ini.

"Apa? Tak dengar". Nasib baik Vanessa ni bukan jenis bertelinga lintah.

"Tak ada apa. Saya cuma nak cakap yang saya dah nak balik ke Jerman minggu depan".

Terus berubah ekspresi wajah Vanessa. Sedih juga jika sahabat baiknya ini sudah mahu pergi ke luar negara secepat ini. Ingatkan Stefan nak cuti untuk setengah tahun hehe.

"Serius la? Awalnya...".

"Tak awal la. Dah sebulan saya di Malaysia ni". Stefan sudah umpama seorang teman lelaki yang sedang memujuk teman wanitanya supaya jangan merajuk.

"Nanti saya sorang-sorang lagi".

"6 bulan je, Ven. 6 bulan je saya dekat sana. Nanti saya balik, terus saya jumpa awak dulu". Stefan tersenyum manis. Aduh, ini senyuman mahal ni. Susah nak tengok Stefan senyum macan ni. Stefan ni sejenis macam Ivan, susah nak senyum. Kalau senyum pun, di saat bersama gadis tercinta sahaja. Eh-

"Janji?".

"Janji".

🕊

BARU sahaja Haidar keluar daripada bilik itu untuk meronda kawasan atau dalam erti kata lain, dia bosan, terdengar satu suara manja yang ketawa turun daripada tingkat tiga rumah itu. Oleh kerana bilik Haidar terletak betul-betul di hadapan tangga, maka apabila Haidar keluar sahaja daripada bilik itu terus matanya menjamah pemandangan yang sangat mahu membuatkan dia muntah hijau.

Yang sedang turun daripada tangga itu ialah Ivan dan si gadis seksi dengan kedua-duanya hanya menyarungkan bathrobes di badan masing-masing. Rambut keduanya tampak masih basah. Apa yang mereka sudah lakukan bersama?

Haidar menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tak nak fikir! Suka hati mereka la mereka nak buat apa pun. Sejak bila seorang Haidar Zaheera suka menjaga tepi kain orang ni?

"Zaheera?". Sekali lagi dia ditegur secara mengejut oleh Ivan yang tahu-tahu sahaja sudah berada di hadapannya yang masih berdiri di hadapan pintu bilik itu. Tak sempat nak buka langkah seribu, tahu-tahu sudah muncul di situ. Ivan ni pakai teknologi teleport agaknya.

"Apa?". Mata Haidar bergilir-gilir memandang Ivan dan gadis di sebelah Ivan yang tampaknya seperti manja semacam aje itu. Duk berkepit dengan Ivan sedari tadi. Macam dah nak masuk bawah ketiak si jejaka.

"Makan?".

"Hal awak pun saya tak masuk campur, jadi awak tak perlu susahkan diri awak untuk masuk campur hal saya. Ingat peraturan ketiga saya". Hal Ivan yang dimaksudkan oleh Haidar ialah apa sahaja hal yang sudah dia lakukan dengan gadis seksi itu. Tidur bersama? Mandi bersama? Ya, Haidar tak nak ambil tahu langsung.

"Go away". Ivan menolak tangan si gadis seksi yang sibuk duk memeluk lengannya daripada tadi itu. Pantas sahaja gadis seksi itu pergi sambil mendengus kasar. Dia betul-betul benci apabila Haidar memunculkan diri di rumah itu. Dia betul-betul benci apabila Ivan mampu tersenyum dengan ikhlas setiap kali lelaki itu bersama dengan Haidar sahaja. Dia tak suka!

Sekarang, tinggal lah Haidar dan Ivan berdua di hadapan pintu bilik itu. Aku tengok kau, kau tengok aku.

"Awak nak apa ni, Ivan?".

"Kita keluar nanti. Beli barang untuk bilik melukis kau". Sekali lagi, ini bukan pertanyaan atau ajakan. Ini arahan daripada seorang diktator kuku besi. Boleh tak kalau nak ajak tu, ajak baik-baik sikit? Ini Haidar terasa macam sudah berada di kem ketenteraan.

"Tak nak". Haidar menolak.

"Huh?".

"Saya cakap saya tak nak. Saya tak nak ikut awak keluar. Saya tak nak. No. La (no). Noh (no). Awak nak dengar dalam bahasa apa lagi?". Haidar sudah berkata tidak dalam empat bahasa. Melayu, Inggeris, Arab dan Sepanyol. Kalau Ivan tidak faham bahasa lagi, mungkin Haidar kena pakai bahasa Transformers agaknya.

" Fine". Kata Ivan lalu dengan kasar, dia menarik tangan kiri Haidar untuk masuk semula ke dalam bilik itu.

Masuk sahaja dalam bilik itu, terus badan Haidar dihempas ke atas katil besar itu lalu tangan kanan Haidar yang ternyata masih sakit itu digari dengan agak kasar. Haidar mendesis kesakitan manakala Ivan langsung tidak mengendahkannya.

"SAKIT LA IVAN!!!".

"Keep moving and it will hurt you more, sugar". Kata jejaka itu lalu dia mengunci gari pada tangan kanan Haidar membuatkan gadis itu kembali meronta-ronta.

"Lepas lah Ivan! Apa kena dengan awak ni?!!".

"Susah sangat ke kau nak dengar cakap aku?". Ivan menundukkan wajahnya semakin mendekat dengan Haidar lalu bertanya. Mata Haidar automatik melorot jatuh pada dada Ivan yang agak terdedah di sebalik jubah mandi itu.

ASTAGFIRULLAHALAZIM HAIDAR!

Seakan tersedar daripada dunia nyata, terus dia memejam rapat matanya.

"Susah! Now, get out!".

"I will, sugar. I will".

🕊

"NI makanan kau. Lain kali jangan nak menyusahkan aku!". Si gadis seksi ni apahal? Tiba-tiba sahaja dia masuk ke dalam bilik Haidar lalu meletakkan dengan kasar dulang yang terisi dengan makan dan minum Haidar itu ke atas meja solek berhampiran.

"Saya tak pernah suruh awak hantar tapi awak hantar juga. Awak lah yang menyusahkan diri awak sekarang ni". Balas Haidar. Come on, ni Haidar lah. Edrian yang lelaki tu pun boleh kalah dengan mulut berbisa Haidar. Apatah lagi perempuan ni.

"Kalau bukan kerana kau ni perempuan simpanan kesayangan Ivan, memang aku lempang kau. Kau tahu tak?".

"Sedapnya mulut awak bercakap, cik gadis. Minta maaf, saya nak betulkan sedikit pernyataan awak. Saya ni BUKAN perempuan simpanan dia. Saya tak rela pun nak duduk bersama dengan dia dalam rumah ni. Saya rasa kalau mulut awak tak boleh nak bercakap benda baik, lebih elok rasanya kalau awak diam saja". Panas juga Haidar apabila dirinya dipanggil sebegitu rupa oleh si gadis seksi. Apa perempuan tu ingat Haidar ni sejijik itu kah sampai dia sanggup nak gadai maruahnya buat Ivan? Tidak sama sekali!

Si gadis yang seolah-olah sudah terkeluar asap daripada lubang telinganya dek kerana kegeraman itu, terus mendegus kasar. Dia berpaling untuk keluar namun niatnya yang satu itu terhenti tatkala dia terfikirkan satu idea jahat yang bernas. Segera dia berpaling semula ke arah Haidar.

Tangan si gadis lalu naik mencengkam kuat tangan kanan Haidar yang terluka itu membuatkan Haidar menjerit kesakitan.

"Apa yang awak buat ni?! Sakit lah!!". Haidar cuba untuk membuang genggaman tangan si gadis pada pergelangan tangannya yang sudah mulai mengeluarkan darah itu namun tidak berhasil. Semakin kuat pula si gadis menggenggam dengan wajahnya yang tertampal dengan senyuman jahat itu.

" Kau ni kalau tak diajar, memang kerja asyik nak melawan je kan? Aku tak tahu la macam mana Ivan yang macam tu pun kau boleh lawan mulut. Dasar perempuan tak sedar diri!". Makin lama, makin kuat tangan si gadis menekan area tangan kanan Haidar yang sedang berada dalam kesakitan itu.

" SAKIT LA, PEREMPUAN!!".

" Memang! Memang aku nak kau sakit!". Si gadis tertawa jahat.

" Get her hand off you before I slit both of your wrists, Dinda". Muncul suara beku itu membuatkan Haidar terkejut. Kejap, dia sebut nama siapa tadi?

Dinda?

🕊️

Macam biasa, kita update selagi yang boleh keke.
Iya la, kita ni tak nak buat readers tertunggu-tunggu kan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro