23- Tak Seperti Dulu Lagi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"STARTING from today, I want you to act like a real maid. Tiada lagi macam dulu. Jangan masuk bilik aku sesuka hati, jangan sentuh aku sesuka hati. Panggil aku dengan nama panggilan 'Tuan' sepertimana Seri, Mak Ti dan Pak Mal panggil. Kita dah tak boleh macam dulu lagi". Terus ke pangkal cerita kata-kata Ivan. Malas dia nak bersimpang siur dengan yang namanya Dinda ini.

"Kenapa pula? Sebab perempuan tu ada dekat rumah ni?". Soal Dinda tidak puas hati. Tubuhnya yang berbalut dengan sleeping dress berkain satin itu dipeluk sendiri. Asal nak berjumpa dengan Ivan je, kena seksi. Tak boleh ke pakai macam pembantu rumah yang lain? Dia ni tak sedar diri ke?

" Zaheera. Nama dia, 'Zaheera'. And no, bukan sebab dia. Ini pilihan aku sendiri. You don't need to think that she influenced me to do this. Alasan aku kau tak perlu tahu. Kau cuma perlu kembali kepada tugas asal kau. Pembantu rumah". Jawapan Ivan itu membuatkan Dinda tertawa besar. Dia tak faham sedikitpun apa yang Ivan sedang merapu ni. Lelaki ni betul ke tidak?

"Macam tu je you campak I? Lepas dah habis guna, you buang macam tu je? Apa you fikir I ni anak patung pakai buang ke?".

"End of conversation, Dinda. Mulai daripada esok, tolong pakai pakaian yang sesuai dengan kerja kau. Tolong bertingkah laku sesuai dengan kerja kau. One more thing... Don't touch her. Jangan ganggu Zaheera". Amaran terakhir Ivan itu semakin membuatkan Dinda kegemaran. Dengusan kasar kedengaran terlepas daripada mulutnya. Istimewa sangat kah perempuan itu sampai Ivan yang selalunya tidak suka mengambil tahu tentang mana-mana manusia ini memberi Dinda amaran sebegitu rupa sekali?

"Istimewa sangat ke Zaheera tu untuk you? You ada hati dekat dia eh? Ivan... ingat sikit. You dengan perempuan tu bagaikan langit dengan bumi. Tak mungkin dapat bersama. Dia tak pandang you sikit pun lah. You tu PENCULIK dia. Jangan buat-buat lupa pula". Perkataan 'penculik' itu sengaja ditekan oleh Dinda. Sengaja ingin membuatkan darah Ivan semakin menggelegak.

Ivan menenangkan dirinya sendiri. Tali leher yang masih terjerut di lehernya itu dilonggarkan sedikit. Vest yang dipakai ditanggalkan butangnya. Dengan suara yang tenang, dia berkata...

"Indeed. She's special. Dia ada sesuatu yang tiada pada kau". Terdiam Dinda dibuatnya. Apa yang Haidar ada yang dirinya sendiri tiada? Seistimewa itu kah wanita bergelar Haidar Zaheera itu sampai dia dapat membuat Ivan bagaikan lumpuh ke tanah?

"Now, get out of my room". Tak perlu disuruh, Dinda memang nak keluar pun daripada bilik ini! 15 minit dia dipanggil ke sini, 15 minit itu juga lah dia terpaksa menahan telinga mendengar amaran dingin yang diberikan oleh Ivan. Ingatkan lelaki itu memanggil dirinya untuk...

Dinda mendegus kasar, bangun daripada kerusi yang didudukinya tadi lalu keluar daripada bilik itu. Sempat dia menghempas pintu bilik kerja Ivan dengan kuat sekali membuatkan jejaka itu memicit dahinya sendiri. Pening dengan perangai tidak semenggah Dinda.

"Such a pain". Bisik Ivan sendiri lalu di bangun daripada duduknya dan melipat kedua-dua lengan kemeja yang dipakainya hingga ke siku. Langkahnya diatur keluar daripada bilik itu. Mahu ke dapur. Lebih baik dia makan daripada membuang masa memikirkan hal Dinda. Untung-untung boleh tengok wajah cantik Haidar. Itupun kalau Haidar ada lah.

🕊

"COME here. Aku nak tengok luka kau". Nampak sahaja kelibat Haidar yang baru sahaja melintasi ruang tamu itu, terus Ivan panggil. Di tangan wanita itu penuh dengan kesan cat air. Tangan kiri ada berus-berus yang digunakan untuk melukis. Tangan kanan ada sebekas air bersih, barangkali baru siap disalin. Tengok daripada keadaan itu, rasanya sejak daripada siang tadi Haidar bertapa dalam bilik seni dia tu.

"Tak payah. Elok lagi balutan ni".

"Siapa yang balutkan?". Tanya Ivan seraya menilik ke arah tangan kanan Haidar yang terluka itu. Teruk juga kerana masih kelihatan ada kemerah-merahan di sekitar balutan itu tanda luka itu masih berdarah. Rasa bersalah pula Ivan dibuatnya. Kalau dia tak gari Haidar, tak akan jadi macam ni.

"Tak perlu lah kut awak nak ambil tahu setiap perkara yang terjadi dalam hidup saya. Awak sedar tak yang saya ni diculik oleh awak dan awak tu penculik saya? Awak dah lupa ke?". Haidar kalau mulutnya tak melawan, memang bukan Haidar lah. Oleh itu, Ivan kena bersabar dan bersedia. Sejak daripada awal pengenalan mereka lagi, sudah sebegini sikap Haidar.

" So stubborn". Ivan mengeluh kasar sebelum bangun daripada duduknya untuk melangkah ke arah Haidar.

"Stop! Berdiri dekat situ je. Kalau tak, saya tak nak bagi awak tengok terus". Kata-kata Haidar menghentikan niat Ivan untuk terus berjalan ke arah wanita itu. Apabila Ivan berhenti, Haidar mengangkat tangan kanannya yang berbalut itu daripada kejauhan.

"Seri yang balut waktu awak keluar bekerja tadi dan mulai daripada sekarang, kalau saya tak boleh balut sendiri... Seri yang akan tolong saya balutkan luka ni. Seri juga yang akan tolong ubatkan. Awak tak perlu lagi sentuh saya. Faham?". Tidak pernah terjadi lagi dalam household ini ada yang berani-berani mengarahkan itu ini kepada Ivan Tyler Grayson. Haidar ialah manusia pertama.

Lebih mengejutkan lagi, Ivan mengangguk patuh.

" Alright then".

"Dah tiada apa-apa lagi Encik Ivan? Saya nak sambung kurung diri saya dalam bilik seni tu". Satu-satunya bilik yang Ivan tidak boleh masuk sesuka hati dan satu-satunya bilik yang Haidar tidak akan digari.

"What were you doing in there sampai seharian kau tak keluar daripada situ harini?". Sambil berpeluk tubuh, Ivan bertanya.

"Melukis. Ada nak tanya apa-apa lagi?". Sepatah Haidar menjawab.

"Papa kau telefon tadi". Pertukaran topik yang sangat drastik. Sampaikan bekas berisi air dan semua berus lukisan yang ada di tangan Haidar tadi jatuh ke lantai. Bibirnya bergetar. Buat seketika, dia seakan tersedar ke alam nyata. Dia diculik... Jauh daripada keluarganya. Jauh daripada mama, papa. Jauh daripada semua orang.

Tubir matanya segera bertakung.

Dengan suara yang tersekat-sekat, Haidar bertanya...

"Papa... Papa saya cakap apa?".

"He asked about you".

"And what did you say?". Ivan sudah bersiap sedia untuk menerima apa sahaja yang Haidar bakal lakukan sebaik sahaja dia menjawab soalan ini.

"Aku cakap kita tengah berseronok. Bukan berseronok yang-".

Pam!

Tak sempat nak mengelak, langkah laju Haidar dibawa deras ke arah Ivan lalu tangannya naik menampar kuat pipi lelaki itu. Terteleng Ivan ke tepi. Kuatnya tamparan itu hinggakan ada luka kecil terbentuk di hujung bibir Ivan.

" Apa reaksi papa?". Air mata Haidar sudah mengalir deras. Namun, dia kuatkan juga diri untuk menanyakan soalan itu walhal dia sudah tahu betapa hancurnya hatinya apabila dia mendengar jawapan Ivan nanti.

"He laughed. A proud laughed. He said that he's happy that you're having fun with life again". Sungguh Ivan tahu kata-kata itu akan menyakitkan hati Haidar namun itulah kenyataannya. Ternyata bukan Puan Zulaikha sahaja yang menginginkan Haidar kembali kepada kehidupan jahilnya yang hanya mementingkan keseronokan dunia namun... Tengku Haiman juga sama?

Maka, jatuh terduduk lah Haidar ke lantai. Mulutnya terkunci. Hanya esakan yang kedengaran.

"Aku minta maaf, Zaheera". Niat Ivan hanya cuba untuk memujuk tetapi...

"Apa kesannya kalau awak minta maaf sekalipun? Ianya tak akan mengubah apa-apa, Ivan. Saya tetap saya yang dulu di mata mama papa. Dan awak... Awak semakin memburukkan keadaan! Awak bagi saya nampak macam saya ni semakin jijik dan buruk di mata mama papa! SAYA DAH BERUBAH LAH, IVAN! SAYA BUKAN SAYA YANG DULU LAGI!". Pekikkan Haidar kuat bergema si seluruh ruangan rumah agam itu. Bagaikan dia kesal dengan semua orang.

Ivan hanya mampu melihat si gadis dengan mata redupnya. Tidak mahu lagi dia memujuk. Risau jika makin teruk jadinya. Maka adalah lebih baik, dia diamkan diri sahaja.

🕊️

Okay, this is the second update for today.
Esok saya akan update dua lagi chapter lepastu saya akan 'cuti' pada hujung minggu lepastu update balik pada hari Isnin (15/7/24)!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro